Thursday, December 31, 2009

Sayonara 2009!



wah...pejam celik pejam celik 2009 dah nak meninggalkan kita dalam masa tak sampai 24 jam pon lagi (skemanya ayat!). it's been a good year for me. how about you? talking about 2010's resolutions, i have soooo many things to think of. but this one resolution i still keep it recycled for every year since hmm...i can't remember when. it's related to religious values so let me just keep it to myself. hehe...


just to revise things that had happened to me in 2009:


1. i've been living in KL for half of the year. it's great to be together with bobo but the traffic jam was no fun at all!

2. my FIL passed away in April :'(

3. bobo had moved to Perlis for good in November. no more PJJ :D

4. i had the chance to be 'ibu tunggul' for a few months. phewww...thank Allah bobo's here now..

5. i moved back to Perlis from KL bringing stuffs with 3 tonnes lorry (duk umah flat pon barang 3 tan tau)

6. i regain my normal weight ;p


but the best part of all...


7. seeing adam's development before my eyes...from laying to rolling to standing to cruising to walking and now talking! can i consider 1-2 words as talking? ehehhe....


i listed here some of the things that i want to do or to complete in 2010. it's not really resolutions but more like targets ;p. here goes:


1. to finish reading PS I Love You ;p

2. to cut my hair

3. to cook more (to start cooking would be the best sentence kot ;p)

4. to be more organized in work

5. to start exercising (brisk walking perhaps)

6. to save more money (see item no. 7 and you'll get the idea ;p)


and last but not least...


7. to move (again! )


speaking of moving, yup, finally me and bobo have decided to buy a house in Jitra so that his journey to work could be reduced for 40 minutes. as for me, i have to travel extra 40 minutes. terpaksalah berkorban...heheh...anyway, the house is still under construction but it has already completed about 70%. insya Allah by middle or end of 2010 we'll be Jitranians! never in my life i imagined to be living in Jitra. kun fayakun....


last week we went to see the new showhouse. alamak, melelehnya tengok...with all the renovations and the interior design. memang taste aku la. modern contemporary theme gitu. the renovation cost is about RM100k+. plus the house price altogether is around RM430k+! and the showhouse does not even have a buyer yet. iskkk...if i have all the money in the world...berangan jelah...


anyway, i need to get back to work!
wishing all of you SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010! hopefully this year will bring more prosperity and happiness to us. amin...

Friday, December 25, 2009

Kegigihan Diriku & En. Abam @ 1 year and 1 month old

wow! it's been more than 2 weeks i haven't updated my blog. lamanyesss....tetengah malam ni gigih lak aku nak update blog sambil mendengar 'sound effect' thanks to mr bobo ;p. tapi takper, malam ni christmas eve dan esok cuti..en. abam plak dah lena dengan opahnya. heheh...mind you, it's a long entry. sebab tu title entry pon 2 in 1. hihihh...

skang ni kan musim cuti...kalau orang lain, ujung2 taun ni mesti nak abiskan cuti, tapi aku takder chance langsung. weekend pon dok kat umah jer jadi desperate housewife kepada mr bobo ;p eh tak jugak, ada gak weekend yang aku kena pegi opis. so mr bobo plak la yang jadi desperate househubby to mrs bobo. kui3...mak aku pon dok tanya 'tak balik KL ka? lani ni kan dok sale merata2' (my mommy is really good when provoking her daughters to shop, shop & shop! tak gitu my sisters? ;p) huwaaa....baru aku sedar sejak pindah balik ke Perlis, aku tak pernah lagi balik KL purposely for balik kampung, eh bandar ;p. yang dok balik tu cuma kejap2 jer sebab ada meeting di Putrajaya. so it doesn't count la kan? tambahan pulak bobo still on probation. takleh la nak amek cuti lama2. so tak sempat la aku nak menikmati Y.E.S ujung taun ni..takper, ada hikmah di sebaliknya (slamat duit aku...hehe..)

anyway, my long silence was due to a workshop at Cameron Highlands and study period for my PTK exam. alhamdulillah exam PTK baru jer tamat riwayat arini. fuhh...legaaaaa...dah tua2 pon kena stadi maut lagi. sampai naik pimples muka aku tau...mencik jer..tapi kalau tak amek exam tu takder harapan la nak dapat anjakan gaji (dasar mata dollar!). bab naik pangkat, maleh nak komen ;p it's not my priority right now. harap2 dapat la aras 4...maleh btoi kalau kena repeat (mintak simpang!). tawakkaltu a'lallah....

nih nak citer pasal bengkel di Equatorial Cameron Highlands lak. tapi sebelum pegi sana ada pre-bengkel dulu kat opis. bengkel sesajo...tu pasal la nak update blog pon tak sompek (nih awat tetiba cakap nogori lak nih..hehe..) ;p kat sana sangat sejuk!! 1st night tu susah nak tido sebab rasa sejuk sampai ke tulang sum2 walaupun dah pakai outfit macam kuih lapis. pastu ditambah pulak dengan kekepaman bau blanket. eughhh....kepam gilos tau!! tapi 2nd night dah boleh tido sebab dah immune dengan bau tu kot. hahaha...

apa pun bengkel kat Cameron tu was ok. takder rasa pressure sangat sebab aku skipped the dinner and the telematch (notty2 ;p). yang paling bes masa pegi pasar malam kat Brinchang. walaupun orang ramai, tapi tak rimas langsung sebab tak rasa panas. heheh...kat pasar tu pon kitorg abiskan masa 2 jam! pompuan...pompuan....the next day before nak balik kitorg singgah kat pasar sebelah hotel tu lak. aku beli sayur sket dan pokok cili api! ehehhee...gigih sungguh nak tanam pokok. tingin nak pegi kebun teh tapi tak sempat lak. tak merasa la aku nak feeling2 bollywood jap. kui3...

pasal en. abam lak. alhamdulillah...pejam celik pejam celik anak bujangku dah masuk setahun sebulan ari krismas ni. aku ingat lagi masa awal2 lepas bersalin dulu. to tell you all the truth, aku takder confidence dan tak reti langsung camner nak jaga dan besarkan anak masa tu. almaklumla, takder experience...so, i just go with the flow...kekta, my big sis pon banyak membantu. time pantang dulu sket2 sms dia, sket2 sms dia untuk tanya itu ini pasal baby care. hehe...sibaik dia pon tengah berpantang gak. so ada la time nak entertain sms2 aku (yolah tu..). hehehe....

oklah, enuff with the memories ;p here goes en. abam's milestones at 1 year & 1 month old:

  • he loves to shout or shriek at the top of his lungs! testing vocal kot tapi macam nak tercabut anak tekak jer aku dengar. iskk..risau lak aku
  • he can walk a bit faster now. jatuh2 pon dah kurang. takder dah gaya jalan ala2 zombie macam awal2 dulu. hehe...chaiyok!!
  • dah pandai gelengkan kepala kalau taknak something. kekadang tu geleng2 without purpose jer. pastu sengih2 tayang gigi rabbit dia. hehe...notty jer rupa..
  • pandai tunjuk jari telunjuk (macam E.T tu) bila kita sua jari telunjuk kita. when i say E.T., he'll show his telunjuk (ajar anak jadi E.T plak ;p). then bila aku cakap 'NO!', dia akan tunjuk gesture no dengan telunjuk dia. tapi apa yang aku larang dia still buat. perbuatan dengan percakapan tak sinonim lagi. blom memahami maksud NO la kaedahnya. kih3....
  • he loves fan. nak2 table fan. haiyoo...kalau dia nampak jer fan, laju jer jalan terkedek2 nak pegi tepuk2 fan tu. ada skali tu sampai ter'on' trus fan tu. iskk...bahya sungguh!
  • dah pandai sebut 'cat' & 'jatuh'. kalau aku tanya dia 'mana cat?' dia akan sebut balik 'cat' pastu tercari2 kat mana kucing tu. hehe...dengan kucing pon dia tak takut gak. sukati dia jer nak tarik2 bulu kucing kat umah makcik aku aritu. pastu kalau dia yang jatuhkan barang mesti nak sebut jatuh. tapi cara dia sebut tu pelat & bunyi macam 'chaaa...uhhh'. ehehhe...
  • he's able to drink using a straw. aritu la adik aku sua straw air kotak ice lemon tea kat dia, pastu laju jer dia sedut air tu. wahh...bukan main suka lagi dia dapat minum ice lemon tea....sibaik tak sakit perut pastu..
  • he loves to babble in his own language. macam2 bunyi ada. macam bahasa jerman pon yer ;p
  • dah pandai buat gesture letak handphone kat telinga. skang ni abis semua barang dia buat macam handphone ie. a piece of paper, his baby wipes packet & Astro remote control. budak2 zaman milennium sungguh!
  • suka baling barang ke belakang dari atas kepala. err..geddit? camner nak explain eh? ha..macam nak main jengket/tengteng tu...kita baling batu ke belakang tapi ngadap ke depan. iskk...apo2 lah ;p ha, dia suka buat camtu. ni citer 18sx sket. aritu aku dok lipat2 kain baju termasuklah undies2. pastu datang si kecik ni camukkan abis sumer lipatan. pastu dia ambil satu undies daddy dia & baling ke belakang. tup2 trus tersangkut kat leher dia. ahahhahaha!! gelak gilos kitorg tengok peel dia time tu. aku suh bobo amek pic tapi dia segan lak sebab nanti kantoi orang nampak undies dia. ahahhaa....
  • ouh yer, en. abam baru jer baik dari demam. alhamdulilah kali ni tak lama demamnya. mebbe sebab nak naik bulan kot...cuma bezanya kali ni, dia jadi clingy sket dengan aku. sikit2 nak cari aku walaupun masa tu opah dia dok layan dia. anak omak nih! ;p

okla kot for the time being. buat syarat untuk update jer nih. heheh...so, pics2 akan diupload kemdian. it's time to sleep now...sok pagi aku ada facial appointment. lehla suruh amoi tu reducekan dark circles yang timbul semata2 nak update blog nih! haha...

toodles!

p/s: i love my netbook (tetiba!)

Wednesday, December 9, 2009

Rahsia Di Dalam Ais


i got this email from a friend about ice. all these while i thought chewing ice could make us 'sakit urat' and bloat but it's not stated here. do read and you'll know more about ice ice bebeh ;p

  • Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.


  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.


  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.


  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.


  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Wednesday, December 2, 2009

Cerita Hari Raya Haji

raya haji baru2 ni aku, bobo & adam celebrate kat umah dulu. lepas bobo solat raya baru kitorg gerak balik Bukit Mertajam (BM) ke umah makcik aku. sebelum nak balik tu kitorg bekpes dulu kat umah. kalau orang time raya mestila makan nasi impit, ketupat, rendang bagai...tapi aritu kitorg makan apa tau? kari ayam Ayamas dalam tin cicah dengan roti. kui3....bobo kata dia round gak cari kot2 ada gerai yang bukak. iskk...mana la ada orang jual nasik lemak pagi2 raya cik abe ni ponn.... ;p last resort pegi cari food kat 7 Eleven jela...

sampai jer BM kitorg makan nasik pulak (keje makan jer). pastu konvoi 3 kete dengan adik bradik sumer ke kampung tersayang - Batu Uban untuk jumpa sedara mara kat sana lak. aku beraya pakai jeans jer. rock abih. heh...dah abis beraya tu kitorg pegi cari pasembor lak kat tanjung. jenuh tawaf cari pasembor tapi tak jumpa...last2 kitorg pegi makan kat Restoran Kapitan. my feberet cheese nan & tandoori! nyummmmsssss....masih terngiang2 kelazatannyer ;p (raya2 pi makan kedai mamak lak yer...kui3...)

2nd day raya esoknya kenduri kawin sepupu aku (anak makcik aku yang bongsu). boleh tak aku lupa bawak baju kurung nakpi kenduri. langsung tak bawak satu pon! iskkk...yang aku dok ingat nak pakai tshirt muslimah jer time malamnyer sebab kenduri sepupu aku tu buat time malam. malas la nak formal2 pakai baju kurung. tu yang plan nak casual jer...tapi yang kenduri akad nikah & sebelah pengantin pompuan langsung aku tak ingat! haiyoooo....

aku cakap kat mak & abah kitorg tak join la pegi akad tu sebab aku takder baju...pastu dah tak pegi kenduri nak buat apa lagi, kan? melencong la ke Queensbay Mall. ehehehehe....insyirah a.k.a cewah, anak kakak aku pon join skali sebab dia kena tinggal. sebab bangun lewat kot...sampai2 sana kitorg lunch dulu kat Chicken Rice Shop (CRS) sebab cewah lapar. besnyer skang ni kat CRS ada 3 Layer Tea! feberet tuh....

dah kenyang acara jalan2 cari pasal (pasal mengabihkan duit) la pulak. plan kitorg sebenarnya memang nak belikan adam besday present dia kat sana. sebelum tu aku dah survey kat Toys R Us tengah ada sale. so kitorg beli kat situ la...nanti aku buat entry lain pasal present adam. hehehe...







adam & cewah naik ketapi. dia taknak turun bila ketapi dah stop! iskk...





ni naik roket lak. see the big plastic bag? it's adam's bday present!



sibuk jer nak pegang gak stereng ketapi tu. hehhe...

lama jugakla kitorg dok tawaf dalam Queensbay tu..almaklumla, dah lama takpi mall ;p sampai adam tertido la dalam stroller dia. hehe...sampai jer umah rasa nak pengsan pon ada. letih sungguh! tapi apakan daya....kena bersiap untuk kenduri malam tu plak.

anyway, selamat pengantin baru to my cousin - Aizad & Syena. cool abih pasangan pengantin ni. kaler tema hantaran depa black & red tau. so gothic! hehehe....aizad lak leh lupa bawak kasut masa kenduri seblah syena. dia pakai kasut crocs jer. ahahhaha....lawak sungguh. last2 kawan dia pinjamkan kasut boot kat dia. sibaik lagi...

hmm...tu jelah citer raya haji kami. macam tak raya jer kan? ;p

Tuesday, December 1, 2009

Twilight


orang dah berjabu (bahasa utara, nak translate pon xtau camner ;p) citer pasal movie Twilight ni tapi aku officially baru abis tengok semalam. skang New Moon pon dah kuar. heheh...ketinggalan ERL betul. masa dok Puchong dulu aku penah tengok sekerat jalan pastu terlelap. semalam pon aku 're-run' sebab Astro kena potong pasal bobo lupa bayar! huwaaaaa.....

sebenarnya aku tak baper faham naper orang minat sangat dengan movie ni. bagi aku movie ni besa2 jer (Twilight fans, please don't hate me. heh). quite slow dan ada scene2 yang aku rasa macam tak perlu ada jer. sebab tu aku bleh terlelap masa 1st attempt nak tengok movie ni. pastu vampires main baseball? apa motip kena ada thunders masa main baseball? macam tak sesuai jer...hehe..just my 2cents.
pastu orang dok may i say 'gila bayang' dengan si 'Edward Cullen' & 'Jacob' yang kunun hensem (not my taste) tu. ntahla, tak minat lak aku. haha...mau fan dia marah kat aku kalau baca blog ni..ker sebab aku dah makin matured (another term for old ;p) eh? budak muda mudi minat la kot dengan depa ni but not for me. tapi 'Bella' tu memang comel la...
baca dalam news, New Moon pon dah box office. the Twilight frenzy is back but i'm not joining ;p
(pic credit to mrgugel)

Thursday, November 26, 2009

ADAM RAYYAN 1st BIRTHDAY!!




alhamdulillah....25th november 2009 is our little darling's 1st birthday! dah besar anak aku...hehehe...aku ingat lagi masa nak deliver adam setahun yang lepas. perasaan bercampur baur. antara excited, takut, letih, happy, blom ready, sakit, you named it, semua ada...tup2 dah setahun si kecik yang notty nih ;p




ni pic raya tahun lepas, adam masih dalam 'inkubator'. heheh...aku due lagi sebulan kot masa ni...



adam sehari lepas lahir. sian tengok tangan kecik2 dah kena cucuk IV tube. masa ni kulit dia merah lagi...bila tengok dia sihat & sempurna, semua sakit masa contraction tu sangat berbaloi..baloi....


masa ni dah encem sikit, nurse sikatkan rambut. eheheh...


adam on 2nd day...still blom discharge sebab aku c-sect. kena bungkus baek punya....

adam at 2 months old. dah pandai senyum...boolat abis!

masa 4 bulan...still boolat ;D daddy tengah mandikan adam atas meja makan tau masa ni. hehehe...

masa ni dah 6 bulan...kami bawak adam jenjalan di Perlis...



dah 7 bulan. baru pandai menyulur masa ni...control idung sket, adam....kui3...



10 days before his 1st birthday. gigi dah 8 batang, rambut still maintain cacak! (p/s: pic ulang tayang yer...hehehe)

on his birthday! ummi & daddy love you soooooo mucho! muacksss.... :-*


adam: 'ummi ni nak enterprem jer...this entry is about me, okeh?' ummi: 'ala, bagi can la kat ummi jap...'



hah, amek...penuh pics adam dalam entry kali ni..hehehe...last nite kitorg 1 family kuar celebrate besday adam kat Maicafe. yang tak senonohnya, ummi & daddy birthday boy yang melantak sakan. birthday boy nyer cuma minum susu dan makan roti sket2. aku la tersilap oder sup. ingatkan Spanish Chicken Soup tu macam sup ayam Campbell dalam tin tu...rupanya macam sup tomato...takleh la bagi adam makan sebab masam sket. last2 cubit2 la roti yang keras tu bagi adam makan...

balik jer umah, pakat pengsan awal sebab dah dekat kul 11. mata dah berat, perut takyah cakapla...kui3...besday kek yang aku beli petang tu pon dah tak larat nak makan..so, simpan makan arini jela. kek pon aku beli 2 slice jer...memang untuk ummi & daddy yang makan sendiri. muahahaha....

budak umur setahun dah pengsan dalam playground cum cot. encik doraemon & mr ulat tu bodyguard dia tiap2 malam ;p

so, that's how we celebrated adam's 1st ever birthday...

TO ADAM,

UMMI & DADDY DOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI...BELAJAR RAJIN2 TAU..BILA BESAR NANTI BOLEH JADI ASTRONOT MACAM DR. SHEIKH MUSZAPHAR. EHEHE....TAKYAHLA, JADI ANAK YANG SOLEH & MANUSIA YANG BERGUNA DI DUNIA & AKHIRAT, OK? WE ALL LOVE U SOOOO MUCH!

LOTS OF LUV,

UMMI & DADDY

p/s: kepanjangan entry kali ini adalah disebabkan oleh mood raya aji yang sedang melanda blogger. sebabnya, takder half day kat opis arini (alasan!) ;p

Tuesday, November 24, 2009

Goodie Bags Dah Siap!

the flower marshmallows

goodie bag & the items. kek hiro tu ganti kek besday la kiranya. hehehe...


okeh, dah siap 20 goodie bags untuk kawan2 en. abam for tomorrow's celebration!


Monday, November 23, 2009

It's Back!!

tiap2 kali bila dah nak dekat CNY, mesti aku tertunggu2 bila Prosperity Burger McD ni nak kuar. and guess what? it's available now!! hip..hip..hooray! ehehe...

ari sabtu baru ni kitorg sefamily pegi ke Star Parade, Aloq Staq. tak sangka lak rupanya McD dah start jual Prosperity Burger dia. bobo macam tau2 jer aku nak oder apa, then trus dia pegi beratur untuk oder without asking me what do i want. heheh...

aku ingat lagi hampir setahun yang lepas, masa tu tengah pantang, burger ni la aku dok makan sebab burger ni kan banyak black pepper. kira macam makanan masa pantang gakla. hehe...seminggu ada kot dalam 2 kali aku makan. kui3...cuma kali ni aku rasa burger tu macam terlebih pedas sket. ker sebab bawang dia yang terlebih? hehe...memandai jer aku nih ;p

anyway, to friends who are craving for this burger and their curly fries (nyum...nyum...), go get yours today! as for me, kena la tunggu balik kampung raya haji ni plak untuk beli lagi sebab Perlih takder McD. ehehhe...sabaq..sabaq....

(pic credit to mrgugel)

Saturday, November 21, 2009

BERJAYA!

tanggal 20 November 2009, en. abam dengan rasminya telah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BERJAYA BERJALAN!! yay!!
alhamdulillah....semalam tak disangka2 en. abam dah berani berjalan tanpa pegang apa2. lebih dari 5 steps lagi...sebelum2 ni cuma 2 steps jer pastu dia terjatuh. so far semalam la yang paling jauh dia berjalan. lepas percubaan pertama dia dok try lagi berjalan. kejap jatuh, bangun, jatuh lagi, bangun lagi...tak putus asa langsung. heheh...tapi aku lupa lak nak snap gambar dia. almaklumla, ummi & daddy yang excited terlebih dok bagi support..hehe.....

Thursday, November 19, 2009

My Latest Addiction


yup, it's Victoria Secret's Ultra Moisturizing Hand & Body Lotion. i chose Delicate Petals coz i really really love the delicate scent & the texture of the lotion. tak melekit langsung & the scent lasts long. plus it's pink!
anyway, skang dah takyah susah2 nak beli VS thru ebay atau online shop sebab kat KLIA dah ada! yang paling dekat jual produk2 VS ni cuma kat Singapore. ada variety lagi bau yang ada sampaikan taktau nak pilih yang mana (being me, nak pilih lotion pon mau berjam2...heheh). body mist pon ada tapi tak rasa nak beli lak. it's quite affordable too, rm40 for 200ml. ok la kan?
apa pon pasni mesti kulit aku makin lembut & wangis..heheheh....
p/s: eh, tadi aku cakap nak wat keje, ni dok merapu lagi..kui3....

Unsangkarable...

ingat tak dalam entry yang lepas2 aku bagitau yang aku outstation ke Melaka? aku ke sana untuk attend Kursus Penyeliaan Berkesan & Memahami Psikologi Organisasi (panjang sungguh nama kursus nih) kat MITC Hotel...

overall training ni sangat enjoyable! 1st day tu cuak jugak bila tengok muka peserta2 lain sebab tak kenal lagi...diorg datang dari macam2 organization. ada yang keje nurse trainer, kurator muzium, pegawai keselamatan & doktor pon ada! yang tak besnya cuma satu jer, bilik hotel cam hampeh! taraf hotel Ban Cheong bak kata kawan aku. orang Perlih jer yang tau hotel ni...ehehe...

niway, to cut the story short ;p ada la satu sesi ni kitorg kena lukis muka masing2 dalam A4 paper. iskk...aku ni dahla 'kerastangan'. huduh gilos lukisan aku. haha...tak kisahla, yang penting spek aku sama shape. kui3...

pastu lukisan tu kena distribute among semua peserta dan kitorg kena tulis attribute kawan kita kat belakang paper tu. kira macam 1st impression kita pada seseorang la..lepas dapat balik lukisan sendiri, aku pon baca la apa yang kawan2 lain tulis. dalam ramai2 tu ada dua orang jer komen aku 'pendiam', tapi ada gak orang tulis aku 'peramah'. ahahaha....jarang sangat orang cakap aku peramah. pendiam tu memang sokmo ler orang cakap walaupun sebenarnya takla pendiam mana pon..heheh...

ada macam2 lagi la komen diorg...dan yang paling tak tahan (malu jer nak citer ;">), ada yang tulis 'dah kawin ker?', 'hai cantikla awak, bagi la no tipon...brapa?'. ahahahahaha! bila aku baca tu nak gelak besar rasanya...tak sangka lak aku still nampak macam orang bujang. maksudnya nampak muda la, kan? hehe...bes2...and btw that's not even an attribute! tu soklan cepumas namanyer...sorry yer, but i'm taken. heh...

dalam kursus tu gak kitorg belajar pasal temperament staf termasukla bos2. temperament manusia ni boleh dikategorikan dalam 4 kaler iaitu emas, oren, biru & hijau. lebih kurang macam api, angin, air & tanah la...pasan tak yang kebanyakan big2 boss dalam sesuatu organisasi tu kaler emas which is api. orang kaler emas ni extrovert, determined & kurang sensitif. sebab tu kot ada pesen bos2 yang sedap2 jer fire staf dalam miting tapi luar miting macam takder pape berlaku. heheh....contoh jer yer...tiada kena mengena di antara orang idup atau mati ;p

banyak lagilah benda yang aku belajar dari kursus tu. masa last day, kitorg dapat sorang sekotak biskut as a token of appreciation selain sijil penyertaan. hehehe....tak penah2 aku attend kursus yang bagi biskut untuk peserta bawa balik.

oklah, nak sambung buat keje lak...

tata for now!

Tuesday, November 17, 2009

Budak Motak Yang Macho

playin' with his truck


posing jap. macho tak, ummi?



adam showing his choppers ;D


p/s: baru pasan dah lama tak upload pic adam dalam blog. pic2 ni diambil semata2 untuk update. heheh...



Saturday, November 14, 2009

En. Abam @ 11 months

i've been saving this entry for 2 days already. no ideas for intro, so here goes (malas mode):


  1. can stand still without holding onto anything for a longer period (more than 20 secs). baru2 ni dia try jalan ke depan dalam 2 steps, pastu jatuh. what an achievement! chaiyok! chaiyok!
  2. currently he's been 'ceri beri' (my cute term for diarrheoa ;p) regularly in every single day! maybe its time to switch the milk or maybe it's because of something else. malas nak bawak jumpa doc lagi coz he seems normal, active and healthy. takder merengek2 sebab sakit perut pon. but i still have to monitor him..
  3. he loves to watch tv especially during azan and selawat Asma Ul Husna in Astro Oasis. drama2 pon dia tengok gak. hehe...ni mesti turun prangai ummi dia yang 'hantu tv' ;p kadang2 dia siap berdiri depan kabinet tv sebab nak tengok lebih dekat. jangan rosak mata nanti udahler...
  4. his nursery teacher told me that en. abam is the most kuat makan baby in the nursery! ahahahhaa!!! see the macho body la teacher...btw ada trophy tak untuk category ni? ehehee...
  5. dah pandai 'memberi'. contohnya, kalau dia tengah pegang toys, bila aku mintak, dia akan hulur bagi kat aku. hehe...hopefully esok besar tak jadi 'kupik' la..
  6. gigi dah ada 8 batang! antu gigi bak kata bobo. hehe...
  7. suka crawl sambil angkat kaki tinggi2. macam menonggek2 gitu. apa punya pesen daaa....
  8. dah pandai marah bila tak dapat something yang dia nak. wahh...such a drama king!
  9. he loves to see our wedding pics. tersengih2 jer bila tengok frame gambar kitorg tu. hehehe...
  10. he can wave bye2 now. tapi ikut mood dia. hehh...
  11. last but not least, berat dah 8.9kg. tinggi tak ukur la plak ;p

that's all i can think of. banyak jugak yer achievements budak kecik nih...berkat susu banyak DHA kot. ahahahah....memandai jer aku nih.

speaking of susu, me & bobo have planned to switch his milk when he's 1 year old because of several reasons. but let us just keep the reasons to ourselves. but anyway, my option for the time being will be Nespray 1+. ala, yang iklan dia Dato' Sheila Majid tu...i've compared the DHA content with another brand - Dumex Dugro ker Dupro tah and the latter contains lesser DHA than Nespray. price wise has not much difference. beza dalam sen2 jer..hmm...we'll see how...ada lagi masa untuk buat comparison. lagi pon stok susu Promil Gold dia pon ada 4 kotak lagi. bobo cakap kalau nak bagi cepat abis, jual jer dalam mudah.com.my. haha...susu pon nak jual dalam mudah pokcik nih ;p

oklah, nak rest jap coz tonite i'll be flying to KL for tomorrow's meeting. tq to en. abam's teacher for letting him stays with you once again tonite...baik ati sungguh cikgu taska nih ;D

adios...

Ideas for Birthday Goodie Bag

it's saturday afternoon and i'm blogging from my office sweet office. heh...dah malas nak ngadap keje sebenarnya, so baik aku update blog yang dah nak bersawang balik nih ;p

en. abam cuks tu dah pon 11 bulan setengah....11 ari jer lagi dah nak setahun! ayayay! aku still tak plan betul2 nak bubuh apa dalam goodie bag dia. yup, aku plan nak bagi goodie bag jer untuk kawan2 dia kat taska sebab aku tak buat party/kenduri. goodie bag pon jadilaa...

i'm thinking of putting these into the bags:
  1. a slice of cake (butter/choc/marble)
  2. a box of crayon (4 or 8 pieces)
  3. a packet of marshmallows/biskut icing
  4. wafers or chocolates

ok la kot....hehehe....no specific theme or whatsoever. asalkan barang2 tu senang nak cari. btw thanks to marryme for sponsoring the crayons (eh, kira sponsor ka?). tehehe....

sesaper yang ada ideas lagi untuk goodie bags share2 la yer...

tata!

Monday, November 9, 2009

My Belated Birthday

skang dah pukul 11.06 pm. walaupun dah kantok, aku gagahkan jua mata ini untuk celik sebab nak update blog yang dah bersawang mawang nih atas permintaan Mrs F (bukan nama sebenar, u know who u are ;p). bukan taknak update, cuma takder masa...almaklumla...muka wanted...kejap miting sana...kejap bengkel sini...kejap miting lagi kat sinun...haihhh....

ekceli aku baru jer menyambut besdayku yang ke 21 tahun (perahsantan!) pada 1st November yang lalu. there's no special celebration, tapi apa yang penting hari tu aku dapat celebrate bersama2 dengan my two heroes...macam last year, aku celebrate besday cum baby shower (kunun2 la) dengan ex-hosmet. it was fun tho...diorg beria2 nak surprisekan aku...siap beli kek & prezen. hehe..thanks guys....i really appreciate it...

for this year, aku telah mengprezenkan diri sendiri dengan this 'baby'.....jeng..jeng...jengg.....


isn't she's cute? ;D

ni semua gara2 karnival brukben haritu la....aku memang pantang sket tengok benda2 in pink nih...pastu kat karnival tu ternampak la netbook ni....1st day usha2 dulu. 2nd day (on my birthday) saja jer pegi lagi karnival tu. walaupun tak plan secara serius nak beli, tapi aku standby gakla cash. kalau ada lagi, leh la beli, kalau takder, takper....tapi dalam hati dok doa mintak2 la takder orang beli lagi. heheh....

pastu tengok2 si comel ni ada lagi...trus sambar la jawabnyer...heheheh....bobo plak dok cucuk aku 'beli jelahh....' memang lagi soka ler makcik! kui3....pastu as a besday prezen, bobo belikan aku beg untuk si comel ni. kaler pink gak. siap dengan fan usb pon kaler pink. ahahaha....girlie abessss....

malamnyer, bobo belikan lauk dinner yang bes2 kunun untuk celebrate besday aku. hehhe...mulanya dia kata nak masak tapi bahan mentah aper pon tadak. so semalam dia tunaikan janji untuk masakkan aku lauk spesel resepi dia sendiri. kitorang bagi nama lauk 2 in 1. sebabnya ada 2 jenis item dalam satu lauk tu. heheh...kreatip jugak cik abe nih. rasa dia aku leh bagi thumbs up sebab sedap....sesaper nak resipi leh mintak kat bobo yer...cas murah jer. heheh...

ok lah, it's 11.30 pm right now and it's time for my beauty sleep (gelinyer ayat ;p).

toodles!

Friday, October 30, 2009

Secret Revealed....


ayambek! miss me? (cheh, macam selebriti blogger lak ;P) lama sungguh aku tinggalkan arena blogging ni. heheh...nak citer pon taktau nak start dari mana. a lot of story to tell. starting from the 'secret', then outstation to Penang then to KL & Melaka...

oklah, i'll start with the 'secret' first. ramai kawan2 dah tahu sebenarnya pasal ni...just to share the news with you readers (cewahh...) i am soooooooo happy to announce that after a long awaited 2 years, me & bobo are not PJJing (perkahwinan jarak jauh la..) anymore starting from last week!
alhamdulillah...akhirnya Allah s.w.t. makbulkan doa kami....walaupun bobo dapat keje kat Sg. Petani yang amek masa dalam sejam setengah gak nak sampai ke Kangar, at least kitorg dapat gak dok skali sebagai satu keluarga yang complete. nilah namanya berkat kesabaran....syukur sangat... ;D

yang besnya, dia saja2 jer try mintak keje kat kompeni tu. tengok2 diorg panggil intebiu. tak sia2 aku temankan dia sampai terlelap2 dalam kete hari intebiu tu. hehehe....mana taknya, aku tunggu dalam kete dekat 4 jam tau! sibaik bawak magazine Malaysian Women's Weekly. abis khatam satu mag tu sampaikan crossword dalam tu pon aku jawab. sudoku jer aku maleh jawab. hahaha....

aritu yer2 aku ingatkan ada ramai candidates. rupanya dia sorg jer...tak penah aku attend intebiu yang berjam2 camtu. kira berbaloi gakla penantian aku dalam kete sorg2 aritu. heheh...nilah namanya rezeki, kan?

en. abam pon aku tengok makin sronok jer sebab daddy dia dah balik sini for good. yelah, kalau tak, aku sorg2 jelah yang dok layan dia. skang daddy dah balik, bukan main happy lagi dia sebab ada 'mangsa' tambahan untuk digigit. ehehehe...spiking of en. abam, budak kecik tu dah masuk 11 bulan pon...tak sampai sebulan lagi dia dah 1 year! nanti aku post entry pasal milestones dia pulak...
so, tu jelah 'secret' yang aku dok simpan sebelum ni...tanak la citer awal2 sebab takut tak jadi ker aper ker kan...citer pasal outstation, will be in my next entry (bergantung kepada tahap kerajinan ;p).


p/s: kepada kawan2 yang dok ingat aku preggy lagi, tekaan korang salah, tapi doa2kan la yer..kui3....

Wednesday, October 14, 2009

Am I That Old?

haiyaaa....it's almost 4pm today but i just realize that i missed watching Gossip Girl last night! well, actually i've missed watching several episodes already. asal hari selasa jer mesti lupa (or am i nyanyuk already?). but the most surprising part is (at least to me la..) i couldn't recall which tv show i did watched last night! so teribble huh?

anyway, back to Gossip Girl (GG) ;p i think i need to find their dvd or cd (pirated pon takper..muahahaha...) coz i really dig this show. rasa macam still remaja lak bila tengok GG. heheh....berangan jelah...but i'm still a teenager at heart. lagu2 boyband yang dolu2 pon aku suka (kantoi...). Backstreet Boys, 'N Sync, Take That, you name it. hahaha...

perhaps i should put a reminder to watch GG every tuesday on my hp. that'd solve my 'nyanyukness' maybe ;p

speaking of nyanyukness, this morning i smsed bobo to ask him whether he's at his office already coz i need to discuss with him about our 'plan'. what 'plan'? syyy...better keep it secret for now. hehehe...

then, i got a reply email from him saying that he had smsed me earlier to tell his whereabout. when i checked my sms inbox, suddenly i realized that i've already read his sms!

when i told him that i've actually read his sms but i don't remember anything about it, he blame it on the 'asam t*ik idung uncle mendiang' (ala, asam dalam botol kecik yang ada muka founder dia tu...) that i munched everyday throughout the raya days before. hahaha....sedap pulak asam mendiang tu.

moral of the story, do not eat 'asam t*ik idung' anymore. hahaha..bleh gitu?

:(

sedihla...stat arini aku terpaksa tinggalkan en. abam kat cikgu nursery dia sampai ari jumaat. sebabnya, aku kena pi monthly miting kat Putrajaya esok. aku plan nak amek flight pagi esok jer sebab mitingnyer petang. tup2 flight dah full...so terpaksa aku pi KL dari malam ni...

kalau tak, dapatla main dengan en. abam lagi untuk 1 malam. skang ni jadi 2 malam la aku tak jumpa dia... :( nak amek esok pon dah tak sempat sebab flight aku malam. nak tanak terpaksa tinggalkan lagi kat cikgu dia.

pagi tadi seblom kuar umah aku dah pesan kat dia suh behave masa kat umah cikgu. terkebil2 jer mata dia tengok aku dok cakap. macam la paham..hehh...saja aku pesan sebab cikgu dia pon cakap skang ni en. abam makin lasak! now you know. kui3...nak pakaikan diaper pon jenuh berperang tau. boys will be boys...

haih...camni la kan hidup seorang ibu 'tunggul'. i wonder how the single moms out there raise their children solely. tambah2 yang anak ramai. memang patut salute lah! dan aku patut bersyukur sebab ada bobo untuk bergantung harap...

anyway, tak sabar nak tunggu ari jumaat! wait for ummi yer en. abam busyukkk!!

Monday, October 12, 2009

Entry Yang Takder Makna

sebenarnya ada satu 'perkara besar' yang akan terjadi dalam hidup aku sekeluarga tak lama lagi...tapi, nanti2 lah aku share kat sini ;p mana tau kot2 tak jadi...tapi rasanya memang jadi kot. hehehe....can't wait!

oklah, disebabkan aku nak hold dulu story pasal 'perkara besar' tu (chewahh), aku tempek dulu pic2 en. abam yang belum ditempek di mana2 lagi. eksklusip tauu...kui3...
pic2 ni diambil masa kitorg soping raya kat Alor Setar dulu. dalam erti kata lain, pic dah basi la nih ;p

en. abam & mr. ronald


kenangan semasa berambut spikey

muka serius sambil naik kuda

tu jer entryku untuk hari ni. haha...takder makna, kan?

Thursday, October 8, 2009

Penantianku Berakhir

haha...nak tau aku menanti apa? sebenarnya aku dok menanti en. abam leh pegang botol susu sendiri masa menyusu ;p and tadaaa....yesterday was the day!

bagi orang lain mebbe it's not a big deal anak pandai pegang botol susu sendiri. but to me, it is. sebabnya, dah berbulan aku tunggu en. abam pegang sendiri botol masa nyusu. masa dia kecik aku ajar gak tapi dia taknak. still nak ummi yang pegangkan botol. nak bermanja kot. heheh...

semalam aku saja sua botol tu kat dia sebelum dia start nyusu. sebelum ni asal nak nyusu jer aku kena riba dia pastu tunggu la sampai dia abiskan susu. tengok2 semalam dia dah pandai sua puting botol tu sendiri ke mulut. aku pon lepaskan tangan. pastu dia trus nyusu sendiri. yay! dah berjaya!

masa bangun nyusu tengah malam semalam pon aku bagi dia pegang botol sendiri. biar dia prektis. tapi aku still monitor dia la. tu pon ada tumpah2 gak sebab dia nyusu sambil mengiring. hehe...

apa plak next accomplishment budak kici ni nanti yer? hmmm...sama2 kita nantikan ;D

Sunday, October 4, 2009

Testing

Test2...nak try upload vclip lagu feberet by Lenka - "Trouble Is A Friend". Enjoy!

Tak Lama Jer Lagi...

.....dah nak besday aku! yang ke berapa, rahsia..haha...macam artis lak ;p and not forgetting en. abam's besday too...hehehe....yup, en. abam was born on the same month as me - November rain ;p aku on the 1st and his on the 25th. tapi kalau ikut starsign lain2. ishh...tabaeklah percaya star2 nih...

aku & bobo plan nak celebrate besday aku & en. abam together gether. dia suh aku yang decide nak celebrate macamana. bagi aku, pegi vacation la bes, kan? dari beli kek dan prezen jer. hehe...tapi kalau leh prezen nak la jugak (dasar tomakninah nyer bini) ;p

mulanya aku teringin nak pegi vacation kat Avillion Resort, Port Dickson. ala, chalet yang leh nampak air laut dari lantai dia tu...pastu shower dia lak jenis open. bes, kan? tapi macam bahya pon ada. kang ada ikan skodeng. hehehe....

tapi disebabkan cuti bobo pon dah tinggal baper ari jer, so tukar plan lak. aku cakap pegi Penang jelah. tapi aku nak dok hotel yang aku suka yakni (yakni pulok) Hotel GrandPlaza Parkroyal kat Batu Feringghi. bilik hotel ni cantik sangat. modern kontemporari gitu...i loike....pastu food dia plak mabeles! buffet breakfast dia saja ada banyak sangat choices. sesuai untuk orang yang suka makan (aku la tu)...

semalam aku saja gugel Hard Rock Hotel yang baru bukak kat Penang. bes memang bes tapi mahal sangat lak. room rate untuk satu malam bilik dia leh dapat untuk 2 malam kat Parkroyal. tak bebaloi la...tapi kalau dapat singgah kedai merchandise dia ok gak, kan?

cuma ada satu masalah, date untuk pegi celebrate cum vacation ni kitorg lom decide lagi. sebabnya weekends dalam bulan November tersangatlah padat! 2nd & 3rd week ada kenduri kawin sepupu bobo. 4th week masa raya haji lak ada kenduri kawin sepupu dan sedara aku. nak pegi 1st week macam awal sangat pulok.

hmm...we'll see how. harap2 jadi la plan kitorg ni. i really need a vacation! cuti raya aritu kira lain yer...hehehe...

Wednesday, September 30, 2009

Exhausted

since i came back from raya holiday, i didn't get to rest properly. adam had high fever since saturday. he even vomited on me on the way back from KL to Perlis. sian dier...

on sunday afternoon me and bobo brought adam to see a doc. he gave adam an antibiotic and a bottle of orange flavoured paracetamol. the usual medicines la kan...then bobo and my MIL went back to KL on the same night. so i have to take care of adam all alone.

later at that night, his fever has become higher. the temperature was about 39.5c. i was so terrified! dahla sorg2, anak demam panas lak :( i just wipe his head with a wet face towel to reduce the heat.

on monday morning, the day i should start to work after raya, adam's fever hasn't reduced. so i had to take an emergency leave to take care of him. on that day, his fever was on and off. kejap panas kejap kebah. but the good part is, adam was still active and cheerful when playing. but later in the evening towards the night, he became weak. nak memerap dan merengek jer...sometimes i can see him like 'meracau'! risau jer...the medicines doesn't seem to work for him. i didn't know how many hours i manage to sleep on these 2 nights. jaga anak sakit lagi penting at this time...merasalah jadi zombie time2 camni...zombie kampung pisang pon kalah tau...

on tuesday morning, his fever had reduced a bit. i thought maybe he's recovering and i sent him to his nursery. at 10ish am, his teacher called and told me that adam won't stop crying and his temperature has increased. it's been 4 days since he's down with high fever. on my mind, i just think that i need to bring adam to see a paed immediately.

later in the afternoon, me and my ex housemate (thanks a lot for accompanying me) brought adam to Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar. alhamdullillah our journey was ok. aku cuak gak coz lama gilos tak drive jauh2 ni...my skill is still there. haha..skill la kunun....bawak kete auto jer pon ;p

Dr. Guna, the paed at PMC checked adam. his temperature was 38.9c at that time. his throat has become white because of infection and his phlegm was plenty too. so adam was treated with a ubat cucuk montot to reduce his fever, nebulized and phlegm suction. he got 4 different types of medicines. phewww....all together his bill was rm100+. okla kan...then adam has to be nebulized 3 times for 3 consecutive days. ulang alik klinik la aku sampai esok. on friday afternoon we need to see Dr. Guna again for check up.

today, adam is getting better. the high fever has gone with the wind ;p. only left the stubborn phlegm. one more day to go! my mommy says 'dia nak boleh apa2 la kot sebab tu dia demam...' i hope it's time for walking. hehehe....today, my MIL has come all the way from Banting to see and take care of his one and only grandchild. tq mak! terasa beban ni separuh dah hilang...tu pasal la jugak aku dapat buat 2 entry sekaligus dalam 1 malam ni. huhuhu....

hmm...all the exhaustion was worth it when you see your healthy baby smiles and giggles happily, isn't it? have a speedy recovery yer adam....

it's time to sleep now. toodles!

Pelik bin Ajaib


nilah kucing kesayangan aku dan bobo. kitorg letak nama dia mary lou or fondly known as mary ;p mary ni nama asalnyer belle. kitorg adopt dia dari SPCA in Januari 2008. masa tu umur mary lebih kurang dalam 5 bulan. kitorg baru jer pindah ke Puchong masa tu. en. abam pon tak wujud lagi ;p
disebabkan kitorg pjj, bobo cakap sunyi la dok sorang2 kat umah masa tu. so kitorg decide nak bela kucing untuk temankan dia. hehe...sian sungguh kan...aku dok kat Perlis at least ada housemates. takla sunyi sepi...tapi bobo balik keje sembang dengan mary jela...kui3...
masa nak amek vet situ bagitau yang belle a.k.a. mary ni dah di'dewormed' dan di'neutered'. maksudnya takder kutu dan takleh peknen la kan...
lepas aku abis pantang my MIL suh pindahkan mary ke umah Banting. dia nak jaga sebab taknak bulu mary affect en. abam. kalau jadi asthma kan susah...so kitorg pon terpaksa la hantar mary balik kampung...hehe...
start dari situlah mary hidup bebas. suka sungguh dia dapat panjat pokok ngan lari2 kat taman sumer. masa dok Puchong dok panjat dapo ngan lari dalam umah jer. hehehh...
di suatu hari........jeng..jeng...jeng.......


mary terberanak!

patutla masa aku balik Banting tu aku tengok dia gemuk semacam. yer2 jer aku ingat sebab dia makan banyak. tapi yang peliknyer dia nampak macam letih jer...asik2 nak duduk, asik2 nak tido. rupa2nya ada isi...iskkk....

tak ker pelik bin ajaib namanya tu? dulu vet cakap dia takleh beranak. tup2 kuar 2 ekoq trus. how kam bing? btw tu pic lama masa diorg kitten lagi. skang dah besar sket. nanti aku uploadkan latest pic diorg. comey gak macam mak diorg...heheh....

kena mintak balik rm150 dari SPCA la camnih..

p/s: ilang pulak spacing paragraf entry nih!

Friday, September 25, 2009

En. Abam @ 10 months old

budak motak yang sedang melopong di dalam walker


yup, today is our little guy's 10 months birthday! how time flies...rasa ngilu bekas c-sect aku ni pon lom ilang betul2 lagi. tup2 anak dah besar ;p he'll be 1 year old in just couple of months! iskkk....my baby is not a baby anymore...

anyway, here is his milestones for this month. i know it's too early but he's developing too fast. so, most of the milestones has emerged since he was 9+ months old. here goes:


  • he drinks not less than 6oz/180ml of milk nowadays. so i don't use his 4oz bottles anymore. i've also bought him Avent Magic Cup to teach him how to drink plain water by himself. ada la 2-3 kali sedut, pastu tanak dah. payah sungguh nak bagi minum plain water...

  • he prefers thick solid food eg. homemade unblended porridge rather than Nestle porridge and liquidated rusks recently. he'll make this 'i wanna puke' look when i feed him liquid food. dah pandai memilih!

  • dah pandai marah bila tak dapat something yang dia nak. he'll scream and merengek until he gets it. notty boy!

  • he's practising to stand up without support/holding into anything. ada la dalam few seconds gak. bila berjaya berdiri mesti nak senyum2, pastu nak terduduk dah. hehehe....cepat2 jalan yer adam...

  • he's independent when it comes to playing. pandai layan diri. takder orang layan pon takper asalkan ada toys. takder la nak memerap kat ummi & daddy dia jer...baguih2

  • dah pandai cium2 muka orang bila nak bermanja. siap pegang lagi muka orang tu pastu dia akan cium berkali2 macam woody woodpecker ketuk batang pokok. ahahaha...

  • gigi atas dah tumbuh tapi ada gap lak. ala2 Elton John & Madonna gitu. heheh...skang ni asik nak gigit orang jelah...

  • his opah bought him a walker. mula2 naik tak pandai gerak lagi. skang ni jalan ke tepi macam ketam lak. ke depan lom terer btol2. heh...but i won't allow him to use the walker frequently as it would disturb his development for walking (source from What to Expect).

hmm...tu jer kot buat masa ni. kalau ada achievement lagi i'll update soon ;D

toodles!

Thursday, September 24, 2009

Raya!

gambar raya family yang tak semenggah. baju aku lari dari tema. cett


ummi yang vogeh (vogue la kekonon) & lebai abam



heh..bosannya tajuk. dah memang tengah raya kan...nak buh tajuk apa lagi, tul tak? ;p

hmm...lama tul tak update blog. almaklum la, sibuk nak sambut raya...aku travel dari Perlis ke Banting, dari Banting ke Penang, dari Penang ke Banting balik. phewww....lotih makcik! tapi sronok sebab dapat celebrate 1st raya dengan en. abam ;D aku memang jadi banker dia la raya kali ni. ntah berapa la hasil kutipan duit raya en. abam. aku tak sempat kira lagi...rasanya ratus2 gak tu. huhu...ummi nak pinjam sket leh?

spiking of raya, 1st day kami beraya di Banting. taun ni rasa lain sket la sebab arwah bapak dah takder...tapi sibaik gak sepupu bobo 2 orang datang beraya di sini sebab parents diorg ada di US, beraya dengan family kakak sulung diorg yang baru dapat baby girl kat sana. petang tu kitorg beraya lak di umah makcik2 bobo di Kelana Jaya, USJ & Shah Alam.

2nd day raya adalah hari yang ditunggu2. heheh..sebabnya, hari tu aku, bobo & en. abam nak bertolak ke Penang. wheeee!! kitorg bertolak dari Banting kul 2.30pm. benti lunch jap kat R&R Sungai Buloh. pastu trus shoot ke Bukit Mertajam. ondawe tu smooth jer. tapi elok sampai kat Bukit Merah jam la pulok! sepanjang jalan ke Juru pastu slow jer...overall dekat 7 jam gakla travelling hour nak ke BM. lama gilos...itu la masa ondawe dari Perlis nak balik Banting kitorg dok gelakkan kete2 dari KL yang stuck dalam traffic jam di hiway PLUS. last2 kena batang idung sendiri. amek ko....

3rd day raya kitorg beraya di umah pakcik aku kat Jitra lak. aritu besday mak yang ke 57. eppy besday mak!! semoga panjang umoq & murah rezeki....malamnyer sepupu sepapat kat Jitra buat BBQ. mak lak potong kek Choc Indulgence (yummylicious!!) & Cheesecake Secret Recipe yang bobo belikan. hehehe...dalam kul 11pm lebih camtu kitorg balik semula ke BM...sampai BM, trus pangsan sampai tak larat nak salin pakai baju tido. tido dengan jeans trus malam tu. tak senon btol!

mak tengah potong besday kek dengan dani, anak cousinku ;D

4th day raya lak kitorg ikut mak abah sumer pegi makan2 kat umah mak tiri my BIL kat Sg. Petani. lepas makan trus chow balik KL. jam takyah cakap la, memang dah dijangka...9 jam kitorg travel woo...kalau nak flight dah leh sampai oversea dah. hehehe....

anyway, i had a blast during raya this year. dapat makan bes2, dapat beraya dengan family (especially tok) & dapat pakai baju baru walaupun kaler tema lain dari bobo ngan en. abam. sebab beli pon asing2. so, ikut dan jela...hehehe....tapi yang paling bes, memang tak ingat langsung pasal keje! heaven sungguh! hmm...lagi 3 ari jer nak back to reality. boleh tak nak mintak cuti raya sebulan? kui3....

Tuesday, September 15, 2009

Nak Raya Dah Ni!

diam tak diam tinggal 4 ari jer lagi umat Islam nak sambut Aidilfitri. cepatnyer masa berlalu, kan? masa awal2 puasa dulu rasa cam lambat jer lagi nak abis puasa. tup2 dah tinggal tak baper ari jer lagi...

bila check balik rupanya banyak lagi benda yang belum aku setelkan sebelum cuti raya. iskk...keje kat opis still melambak2. sampai put off mood raya aku jer ;p pastu pc opis lak dah arwah. skang ni aku terpaksa la guna laptop opis yang ala2 tukun tiruan gak tu. nasib..nasib...

anyway, jumaat lepas aku pegi la tailor kunun nak amek baju raya yang dah siap sepasang. sepasang lagi lambat sket siap sebab aku buat sulam kat tangan. understood la kan. dua tiga hari sebelum tu aku dah call dulu akak tailor tu nak kompomkan betul ker baju aku dah siap. dia cakap aah, dah siap. so, aku pon pegi la kedai dia dengan perasaan teruja sekali. sebelum pegi pon aku call dia lagi skali. dah sampai sana baru diorg nak cari baju aku. mula2 tu tak jumpa langsung baju aku waima kain perca dia pon ilek pocik. pastu diorg cari lagi dalam 5 minit baru jumpa kain. okeh, kain dah siap. baju lak? dekat 15 minit gakla diorg cari...rupa2nya dok ada dalam bakul kain yang belum siap kelim lagi. haduiiiiii.....buang masa jer aku tercongok tunggu diorg cari. potong stim btol la...last2 aku balik dengan tangan kosong jela...tapi sibaik gakla aku pegi check. kalau tak, ntah2 sampai ari raya haji pon takdan siap. haha...diorg janji minggu ni akan siap. of kos la kena siap! tak raya ahkak nanti tauuu...huwaaaa... :'(

pasal duit raya lak. aku dah tukarkan rm50 kepada duit singgit2. pastu siap amek sampul raya baru. dicampur pulak dengan baki duit raya singgit2 yang tak abis taun lepas, so berpuluh-puluh ringgit jugakla bajet duit raya untuk budak2 taun ni. untuk anak2 buah, bajet asing yer...takkan ler nak bagi singgit jer. hehh...tapi duit raya untuk diorg aku tak pegi tukar lagi nih. harap2 sempat la tukar sebelum nak cuti nanti. bank kat bawah opis pon payah nak pegi. hehe...

kue raya...semua dah dapat & ada yang dah tinggal separuh pon ;p hari2 aku dok makan masa sahur & berbuka. hahah...sukati jer..tapi memang aku beli untuk makan sendiri pon. mana la ada orang nak datang beraya umah aku nih ;p kalau ada aku goreng kopok jela memandangkan kue2 dah abis. hehe...

ouh, wiken lepas kitorg pegi shopping lagi di Alor Star (tak abih2). kali ni aku belikan bobo a pair of jeans as his birthday+anniversary gift. prezen 2 in 1 gitu...pastu dia beli tshirt raya selai. aku lak beli blouse raya. jeans macam tingin gak nak beli tapi nanti dulu la kot...tak urgent. tapi aku saja la try gak jeans sepasang. saiz dah decrease jadi 27" jer! yay!!! soka...soka...pastu en. abam pon dapat gift gak dari aku. aku belikan dia toys Fisher Price Snail Pail. heheh...ada 10% less. okla tu...baju dia aku tak beli dah. enuff!! (buat masa ni ;p)

pasni aku nak start packing lak untuk balik kampung. tahun ni beraya di Banting dulu, pastu baru balik Penang. banyaknyer benda nak dibawak balik termasukla ikan pekasam dalam peti es tu. hehehe....

oklah, nak standby depan tv dah. nak tengok Gossip Girl.

-xoxo-

Thursday, September 10, 2009

Hmmphh



hmm...punah harapangku....if i'm not mistaken, this is the first time i didn't get the yearly bonus since 7 years of working in the public sector. except year 2007 sebab masa tu ada salary adjustment. so make sense lah hujung tahun tak dapat bonus dah kan...nampak gayanya taun ni kenalah shopping raya secara berhemah (hemah sangat la total kue raya yang aku oder pon dah cecah RM100+ ;p).
speaking of shopping raya, last weekend me and my family went to Alor Setar to buy bilis lilit and pekasam at Pekan Rabu. we also bought a pair of baju melayu for en. abam that fits him just nice. seluar jela kena alter sket sebab labuh amat. his outfit is complete with a kopiah tau! balik umah ummi & daddy dia dah tak sabar nak tengok en. abam bergaya dengan baju baru dia. kitorg trus bagi dia try. hehehe...macam lebai kecik! alhamdulillah bobo also found a baju melayu that matched the colour with en. abam's. his pic nanti la masa raya baru amek. kang basi lak tengok baju dia tu. hihikk...we also bought our little guy his First Shoes. kasut Bent 10 (yup, the jibbitz is spelled b.e.n with a t. crocs imitation, what do you expect? haha...) tu tak kira la as his first shoes sebab its more like a sandal. hehh...whatever la ;p

so basically we just shopped raya for our little guy. as for me, i didn't get anything. ada la beli lipstik satu but bobo paid for me ;D ngeeee....toche lo kong...

kiranya kitorg shopping secara berhemah jugakla...(yeker?) okla kan for a gomen staff who didn't get any bonuses this year except habuk! kuikuikui....takpelah, bak kata pepatah every cloud has a silver lining...

Tuesday, September 8, 2009

The Best Toys For 9 to 12 Months Baby

en. abam versi omputih ;p (credit mrgugel)


Semenjak dua menjak ni aku asik terfikir nak belikan en. abam toys baru. sebab dah lama gak tak beli toys kat dia. tambahan pulak toys dia takder yang developmental kecuali playgym dengan buku Lamaze tu. so kat sini aku nak share tips on the best baby toys for age 9 to 12 months yang diambil dalam website annabelkarmel:


  • Building Bricks - These are great for developing hand and finger control. Soft building bricks are best for young babies, but at first your baby will only be able to knock them down.

  • Stacking Toys - Stacking rings or beakers help your baby learn about size – your baby will need help getting them into the right order. You can have fun hiding toys under one of the beakers too.

  • Activity Centre - Good for developing fine motor skills. Look for one with buttons to press, knobs to turn, spinners to spin etc.

  • Balls - Your baby will enjoy rolling a ball to you and catching it as you roll it back. You can also roll it just out of reach to encourage your baby to crawl.

  • Crawl through tunnel - once your baby has mastered the art of crawling he may enjoy trying to crawl through a tunnel.

  • Toys that make a noise - Babies like soft toys that squeak or make a noise when pressed, toy drum or upturned saucepan and wooden spoon.

  • Books - Expand your range to include lift-the-flap books.

wahh..nampak gaya macam banyak jer lagi toys kena beli nih ;p (alasan untuk soping jer lebih. heheh)

Sunday, September 6, 2009

Salin Baju

hehehe...akhirnya blog MrsBobo ni telah ber'salin baju'. saja2 jer sebab tengok 'baju' lama macam semak lak ;p apa pon still menten kaler pink+brown pastu ada bird lagi...comey tak? comey tak?

;p

Friday, September 4, 2009

Cita-Cita Anakku

adam, bila besar nanti nak jadi apa?


Mat Terap a.k.a Komando?


Body Builder?


Petani?



Mat Despatch?




atau....







Pilot Jet Pejuang?





hehehe...

Wednesday, September 2, 2009

Alkisah Kemarin...


kemarin adalah hari yang orang ca ya nun alip cakap 'tatak ong' atau omputih cakap 'unlucky' bagi aku. everything just went wrong. alkisahnya gini....


  • kebiasaannya sebelum aku reserve kete nak kuar pegi keje, aku akan jenguk dulu bawah kete sebab kat porch aku ada kucing2 pendatang yang melepak kat depan umah aku. siap branak pinak lagi. so untuk memastikan takder yang akan jadi mangsa lenyekan tayar kete, aku kena la check dulu tiap2 pagi. tapi pagi kemarin aku terlewat kuar dari umah. kat tepi kete aku dah nampak ibu2 kucing dengan anak2 dia tengah lepak. so aku pon tak tengok dahla bawah kete. elok jer reverse (slow jer) baru aku ternampak sekor kitten terjelepuk atas lantai porch. nehiiii!!!! kaki depan dia terkangkang tapi tak berdarah. aku pegi tengok macam dah tak bernapas :'( aduiii...nilah 1st time dalam idup aku terlanggar kucing. sedih tau...tapi yang peliknya, bila aku balik umah kucing tu dah takder kat porch. sapekah yang alihkan dia? sebab aku memang tinggalkan dia camtu jer pagi tu. sampai skang dok muskil lagi. hmmm....

  • kat opis lak, ada masalah yang tidak diingini berlaku (ada ker masalah yang diingini? haha). kena pulak deal dengan orang yang bersikap 'i'm always right'. memang pressure laa. huh...sabo jelah...

  • pastu masa nak beli juadah berbuka kat satu gerai ni, aku hampir2 nak terjatuh sebab tak prasan terpijak kat bendul tiang. sibaik kedai tu tak ramai sangat orang. dahtu semua dok bz membeli jer. takder la kot orang yang nampak aku nak jatuh tu (harap2 la). malu lerr... ;">

  • masa amek adam kat taska, cikgu dia bagitau adam kena gigit dengan budak umur setaun masa diorg tengah main tadi. pulakkkkk....habis berbekas merah siku dia. aku maleh nak salahkan sesaper sebab tak monitor masa diorg tengah main tu. so anggap perkara normal jelah...budak2 apa tau, kan? tapi yang kelakarnya kalau kat umah adam dok gigit aku. kat taska dia lak yang kena gigit. heheh....nasib la adam ooi....

  • ondawe balik umah, depan mata aku ternampak kete (2 dari depan aku) ni terlanggar kucing yang dok lari lintas jalan. ya Allah....tergolek2 somersault kucing tu. tapi alhamdulillah dia dapat balancekan balik badan dia pastu trus lari ke tepi jalan. phewww....sibaik tak berlaku tragedi ngeri depan aku. hal pagi tadi pon lom ilang dari ingatan lagi...

  • malamnyer pulak, aku tertido sebelum abis tengok Gossip Girl. ciss...

what a day....