Sunday, July 8, 2012

London Revisited - Day 2

day 2 - 24 mei 2012

hari ni kitorg bercadang untuk shopping! sebut pasal shopping di london, tempat wajib semestinya maggi oxford street ;D

pagi tu kitorg breakfast kat rumah jer. lepas tu siap2 terus keluar pegi area bayswater dulu. tahun lepas aku dah pegi situ dan found out ada satu kedai perfume murah dalam shopping mall whiteleys. si ja & dell nak beli perfume so aku suggest pegi kedai tu. tapi apa pun memang aku dari awal plan nak pegi whiteleys sebab nak beli whittard tea kat situ. huhu...

masuk2 whiteleys terus nampak H&M. kebetulan nak beli belt sebab belt lama dah rosak. jeans pun asik nak terlondeh jer. hahah! teruk sungguh. pastu terfikir nak beli satu baju untuk pakai esoknya. almaklumla kan bawak sweater jer, mana leh pakai. very hot ye know! terpaksa la cari baju baru ;p cari punya cari dapatla satu blouse kat area budak2. kah3...okla tus asalkan muat.

kat bayswater jugak banyak kedai jual souvenir. mujur aku ingat sikit2 jalan kat situ. siap ada satu kedai tu letak notis bagitau malaysian boleh dapat further discount. katanya tokey kedai tu pun malaysian. tapi aku beli tshirt bobo kat kedai lain. hehe...

lepas masing2 dah dapat tea, perfume & baju H&M, perut pun mula lapar balik. so kitorg lunch kat manoush. aku share jer order nasik kebab dengan ja sebab takut portion besar (pengajaran masa di paris ;p). tup2 memang besar pon. elok sangat share. dell order sup apa tah tapi rasa peliks. last2 kena share nasik kitorg jugak. kih3...aku & ja tak order air pun sebab dah bawak botol air. cheapskate sungguh! hahahaha...overall restoran ni not bad. boleh recommend. nasik kebab sedap. nice ambience. toilet pun lawa macam kat hotel! ;p

food pic maleh nak amek so amek pic menu jer ;p

dua orang minachi di manoush ;p

auntie niman joined us later. dia tengah break for lunch. sekarang ni dia keje dengan i'm not sure NGO ker apa tapi keje dia jaga the elderly yang tinggal sorang2. siap ada jadual tiap2 hari kena pegi rumah mana dan kena buat apa e.g. bawak pegi shopping, sediakan food, kemas rumah, etc. mulianya keje tu kan? i wonder kat negara kita ada tak service macam tu? yang aku tau rumah penjagaan orang tua2 tu ada la...

anyway, lepas makan kitorg nak shoot terus ke oxford st. so auntie niman offer untuk tolong kitorg bawak balik shopping items sebelum tu. huhu..sian auntie dahla naik basikal jer. tapi dia insist jugak. so kitorg bagi jugakla barang2 tu kat auntie. sibaik muat bakul basikal dia.

dari bayswater kitorg naik bas. lalu sebelah hyde park tapi tak singgah pun. masa itu emas! (bab shopping dan2 emas no...tehehe). turun2 jer kat oxford st. memang betul2 depan primark. tunggu apa lagi terus serbu la...punya la ramai umat dalam tu. tapi aku dengar majority bukan speaking english pon. tah macam2 bahasa pelik2 dok ada. mebbe tourists yang ramai kot termasuk la kitorg. huhu...aku pi primark kat ireland pun tak seramai tu! end up aku cuma beli 2 pasang baju siang & 2 tshirt untuk adam. kalut jugak sebab orang ramai, pastu dengan nak pegi kedai lain lagi. so sambar jelah cepat2 mana yang berkenan.

union flags dipasang sempena diamond jubilee & london cab yang cekik darah

tuan tanah mrsbobo berlatarbelakangkan oxford street & london bus ;D

jauh jugakla kitorg berjalan hari tu. sepanjang oxford st dan sepanjang regent st. tah baper km la tu. satu pengalaman yang aku takleh lupa, sebenarnya hari tu aku & ja pakai slipar jepun jer sebab panas punya pasal nak berkasut tutup. hahahaa...auntie niman yang pinjamkan kitorg slipar2 tu. tapi slipar2 pun kalau dah jalan banyak boleh melecet kan. so kitorg beli siap2 sekotak plaster kat boot's pharmacy. kronik sungguh! kalau tengok rupa kaki kitorg masa tu memang huduh habih! ja siap tampal plaster kat slipar dia. bukan takat tampal kat kaki. muahahhaa....

sepanjang jalan tu yang aku ingat kitorg masuk kedai clarks, selfridges, fossil & hamleys. dalam banyak2 tu aku cuma beli satu toy untuk adam kat hamleys. katanya hamleys ni the biggest toy store in the world. tapi toys dia agak mahal la. kat clarks dok berkenan dengan satu kasut tu tapi tak amek pun. dengan harapan boleh jumpa kat bicester village (sebab esoknya nak ke sana). so we'll see...

selepas beberapa kilometrico kitorg berjalan akhirnya sampai la kat picaddily circus.

adik kakok. macik sebelah tu apa tengok2?

itu adalah muzium ripley's believe it or not. takmau pi ;p

tengoklah betapa ramainya umat manusia menenggek kat patung tu

kat depan patung tu kedai lillywhite's/sportsdirect yang jual sports clothing & equipment. aku & ja maleh nak masuk sebab takder benda nak cari kat situ. so kitorg tenggek kat depan kedai jelah sambil tengok gelagat orang. dell nak beli jersey bola sebab murah kat situ.

our next shopping destination is harrods. aku nak cari handbag yang member kirim & tea lagi. berapa banyak tea daaa... ;p ja & dell nak beli macarons laduree. aku tak tingin dah sebab tak minat. manehhhh...so kitorg naik tube dari picaddily circus station (betul2 depan lillywhite's) menghala ke knightsbridge. keluar2 jer station knightsbridge di sebelah kanan terus nampak harrods. easy peasy ;D

selamba katak jer aku & ja masuk harrods dengan berslipar jepun. sibaik tak kena halau. kui3...masa nak cari laduree tersesat barat gak. kena la pi tanya kat mamat arab promoter ceklat kat situ. dah dapat macarons pi cari souvenir shop depa pulak. itu pon sesat lagi. hahahaa...rupanya diorg dah renobet lain kedai tu. patutla cari tak jumpa2. tapi handbag yang dicari tu takder pulak. last2 apa pun tak beli kat situ. nak beli tea pun dah malas. huh!

macarons laduree yang maneh leting!

keluar dari harrods dah lewat petang. kitorg terus naik train menuju ke restoran tukdin (another msian resto) untuk dinner. lupa lak turun kat tube station mana. pastu tak ketahuan nak menghala ke mana. hehe...dell tanya auntie niman baru dapat cari tukdin tu. kat tukdin kitorg order mee bandung. aku baca dalam porem cari ada orang recommend mee bandung dia. so saja la nak try. sedap gakla cuma aku tak minat sangat mee bandung jawa. dalam menu tak mention pun jawa tu. huhuhu..tapi rasa dan bau udang kering dia agak kuat. pastu masing2 order air yang sama gak - sirap ros. heaven weh dapat minum sirap kat london! sampai kering kontang gelas kitorg sedut. kah3...yang lawaknya budak waiter tu bleh pulak tanya 'are you done?' sebelum nak kutip gelas2 kosong kitorg. apa, boleh dapat free refill kah? kui3...

kat tukdin malas nak bergambar sebab masing2 muka macam harommm dah. penat gilaaaaaa. engsel kaki macam nak tercabut ja. huhuh...

dari tukdin kitorg naik tube (lupa station mana tapi rasanya kat bayswater) balik ke rumah auntie niman. turun kat station royal oak (ni pun ingat2 lupa ;p). sama seperti day one, lepas mandi, solat, packing untuk esok sikit pastu terus fengsan tak ingat donia!

end of day 2 in london. fuhhh....

esoknya kitorg pegi bicester village!

till the next entry! daaa...

1 comment:

dell said...

tube kat tukdin tu nama paddington la. hehe