Friday, December 3, 2010

On Kitchen Cabinet


pic di atas bukan kitchen cabinet (kc) kitorg yer. tapi rupa dia nanti lebih kurang camtu la ;D

setelah ditimbang tara (gitu!), finally we decided to do our kc with Glamour Living (GL). sebabnya, apek kontraktor tu sampai ke titisan akhir masih belum dapat convince aku cemana workmanship kc dia. dia kata kalau pintu kabinet nak guna glass, glass tu kena tampal dulu dengan plastik ada kaler. then baru tutup dengan kayu kat belakang dia. GL pulak cakap glass tu diorg akan spray dengan cat terus. kaler cat ikut pilihan customer. so macam2 kaler la leh pilih. then tutup belakang. i've read once in a forum pasal 3G glass ni. ada yang jenis tipu, ada yang real 3G. which one tipu/real aku tak ingat lak. malas nak gugel balik ;p

btw, ni specs kc kitorg:

  • material countertop = quartz stone kaler krim
  • pintu cabinet = maroon 3G glass macam pic kat atas tu. kabinet gantung aku mintak diorg buatkan frosted glass. takderla sakit mata sangat tengok semua kaler maroon jer nanti. hehehe...
  • wall tiles lak kaler putih jer. tapi tiles aku pilih yang ada pattern sikit. timbul2 macam 2D gitu.
  • tall unit ada 2 ketul. satu untuk microwave & oven, satu lagi untuk simpan food stock. i loike.... ;D
  • body cabinet = material kayu kot, kaler putih
  • accessories = bottle rack, swing rack & cutlery tray. roller drawer pakai brand Hettich. aku tak amek soft close system sebab nak kurangkan kos sket. hehehe..leh gitu? sink aku pilih double bowl. tap belum pilih sebab kena confirm dulu kedudukan pili air umah camner. fuhh...payah gak nak pilih tap ni yer ;p
  • handle = aluminium edging. kiranya handle tersorok la sebab taknak bagi adam senang bukak. hahahaa....we'll see.....

leh imagine tak camner rupa kc tu nanti? aku sendiri pon takleh nak imagine lagi. kui3....

esok kitorg nak ke GL lagi untuk finalize layout kc. sebab aritu diorg buat dish drainer tinggi sangat. aku ni dahla 'bonsai', kang tak sampai lak ;p apa pun 40% deposit aku dah bayar last week kat diorg. hopefully boleh siap in Jan 2011 nanti...can't wait!!

sebenarnya choices of kc materials ni aku yang pilih sendiri lepas buat some references dalam intenet & mag Impiana Dapur. aku siap usung mags masa pegi GL. senang sikit nak tunjuk rupa kc camner yang aku berkenan ;p bobo semua serah kat aku jer sebab aku dah gigih buat reference bagai. so dia setuju jelah. kekdahnya, kalau dah elok bagi aku, elok jugakla bagi dia. kih3....

aku memang dah lama berkenan dengan 3G glass kaler maroon. nampak moden gitu. untuk countertop aku pilih quartz stone sebab material ni yang paling tahan lasak kalau compare dengan granite atau solid surface. it's also non-porous & no need to be sealed. sesuai untuk orang macam aku yang malas nak ngelap sokmo nih. huhuhu....

as for hob+hood+oven, aku dah beli awal lagi, brand Fujioh which is made in Japan. kekta bagitau brand ni bagus. aku taktau sangat sebab belum sempat buat research. kebetulan aritu kekta bagitau brand ni ada sale. dia siap fax newspaper cutting pasal sale tu. aku pon dengan konpidennya bawak la paper tu ke GL. rupa2nya sale tu untuk KL jer. tapi disebabkan aku gigis bawak newspaper cutting, bos diorg bagi jugakla aku beli dengan harga sale tu. hahahaha...tak sesia! harga less is more than 50% lak tu!

sabtu lepas masa di GL tengok2 ada sale hob+hood+oven Fujioh. sibaikla sama jer harga dengan time aku beli aritu. fuhhh....

untuk umah baru kitorg tu memang kat bahagian dapur yang paling banyak makeover kot. area lain tak buat apa2 pon except nak pasang kipas & lampu. buat kc ni once in a lifetime bagi kitorg. melainkan kalau kita nak berpindah randah banyak kali la kan. leh la jadi twice or thrice and so on. hehehe...hopefully it'll turned out well like we expected and worth the money spent ;p

ouh, it's time for my beauty sleep now. dah kul 12am+ and guess what? adam pon tak tido2 lagi! tskkkk...

toodles!

6 comments:

ana said...

tak dpt bayangkan...jd kena la upload gambar kabinet pas siap. wajib!!!!

aNnAsUe'G said...

thanks for the info! perlu tahu jgk ni sbb thn dpn pon nak buat kitchen cabinet ni. mintak2 la harga die tak fengsan! huhu.

una said...

ana: dun wori, akan dihaplod punye (kalau lawa jer tau). hehehe...

jie: welkam! elok jugak kalau amek tau sket bab2 kc b4 buat. bkn aper, takut tipah tertipu jer. kita bkn kenal pon material2 kc ni kan...huhu...

mama alyn said...

upload2..sure cantik la k.Una. tgh dok mencari KC gak nih..

sirrulhusna said...

berape ek arga kitchen kabinet tnpa accessories..counter top quartz bp 1sf? gl tu kat mane kedai die?

una said...

hi sirrulhusna, sy buat kc ni dah 2 tahun lps so harga mungkin dah lain. kalau tanpa accessories kurang la kot dlm rm2-3k not really sure. quartzstone top tu seingat saya dalam rm400+ per sq ft. GL tu di alor setar...