Friday, December 30, 2011

Entry Terakhir 2011 (kot?)


olaa! lama sungguh ahkak menyepi membawa diri yang lara. heee...taklah. i'm still here, safe & sound alhamdulillah....


this might be the last entry for this year. hujung tahun pon aku busy like a bee sebab kena prepare macam2 dah for next year's tasks.
so, apa azam tahun baru anda? (soalan cliche mesti ada ;p) mine, rahsia! tehehe....sebenarnya takder azam pon. takpon carry forward jelah mana2 azam yang still tak tercapai tu.


anyway, saja nak citer pasal kejadian petang tadi.


sekarang ni hari2 aku drive kete Persona bobo pi balik keje. kete dia tu ada tepek sticker ala2 sporty la kunun kat cermin depan.


tadi kat satu trafik lite ni (lampu merah) aku benti betul2 di belakang kete recond zaman 80-an kot. penuhla fancy2 sticker kat kete tu. driver dia budak laki muda lagi. leh nampak sebab dia turunkan cermin tingkap.


pastu aku perasan masa aku benti kat belakang kete dia, mamat tu siap ushar lagi thru side mirror dengan rear view mirror dia. sangat obvious!


once lampu dah hijau tetiba dia drive slow jer macam bagi chance aku overtake. aku pon terus la belok sebelah tapi memang tak pandang pon kat dia. koser mak! tapi aku drive dalam 80-90km/j jer pon.


tup2 bila dekat nak sampai kat trafik lite lagi satu, tetiba pulak dia pecut tak mau2 potong aku. hek elehhhhh...lu pehal mamat?! tetiba nak show off dengan kete buruk dia tu. last2 sampai kat trafik lite lagi satu lampu merah balik. dia kena benti. tapi aku lak memang dah kena belok masuk jalan kiri kat sebelah dia. selisih jer. takyah susah payah pecut pon! hahahahhaaa!! show off ler sangat!


aku rasa orang laki especially yang muda takleh terima kot orang pompuan drive kete elok sikit dari diorg. nak2 pulak dia tengok level ahkak2 jer bawak kete yang lebih sporty dari diorg. terus rasa diri tu terancam kot. huhuh....kesian sangat aih. very low self-esteem problem.


kepada anak2 muda di luar sana, sempena nak masuk tahun baru ni, lebih baik korang pegi cari hobi yang lebih berpekdah daripada nak intimidate golongan hawa dengan kete recond buruk korang tu! now go get a life!


sekian saja bebelanku di hujung tahun 2011 ;p
niway, hepi new year eberibadi! wish siap2 la yer just in case dilanda penyakit 'M' esok malam. tehehehe....

Saturday, December 17, 2011

Cutest Biscuit Tin!

tin biskut oat krunch ni cute sangat kan? ada 3 designs untuk 3 biskut variety. murah jer cuma RM9.90 per tin. ada 16 packet biskut. sila dapatkan di supermerket berhampiran anda ;D

Thursday, December 15, 2011

Tekak oh Tekak!

prasan tak? prasan tak? tu kat blog list tu....hehehhe....
dah lama plan nak buat makeover kat situ tapi asyik tertangguh jer.
hari ni tetiba ntah mana datang angin rajin terus buat ;D
macam la susah benor. tehehe....

just a quick update.

aku tengah sore throat. dekat 2 minggu dah kot tak baik2.
tapi alhamdulillah kali ni tonsil tak bengkak sampai jadi ulcer. tapi merah sangat.
nak telan liur sendiri pon sakit. aduiii....
strepsil dan lozenge woods dah habis 2 peket.
kat rumah sebelum tidoq telan breacol lagi.
semua tak jalan. tskkkkkk.......
a friend of mine suh try minum air asam jawa.
will do that asap!

ouh, tenkiu sebab sudi baca luahan perasan orang tengah sakit tekak ;p

Wednesday, December 7, 2011

Luahan Perasaan Kejap

pic: gugel

semenjak dua menjak ni rasa taktau nak update pasal apa. my life is not interesting anymore! hahhaa...mundane jer hari2 pegi keje balik keje pegi keje balik keje. kalau orang yang ada anak dah sekolah confirm tengah bersuka ria coti2 kan?
i'm not like some people yang suka tiru blogger lain 'eh, dia tu buat entry pasal jerawat, aku pon nak buatlah!' ada kan spesis camni? gigih nak bagi ada entry jugak walaupun topic nan hado. so pathetic!

oklah, tu jer luahan perasaan pada hari ni ;p toodles!

Friday, December 2, 2011

Happy 3rd Birthday Adam Rayyan!

alhamdulillah selamat sudah majlis besday adam hari sabtu yang lepas despite the heavy rain. semuanya berjalan lancar except aku jer yang jalan tak lancar hari tu. nak terpeleot dah sebab banyak sangat menapak ke sana sini! hahahaa....

sehari sebelum majlis aku dan bobo amek cuti untuk preparation. walaupun majlis tak besar mana but still, kena la prepare betul2 ye dop? ;p tambah pulak ni 1st time kitorg organize majlis besday untuk adam.


sibaik la jugak parents aku, my MIL and SIL datang awal sikit. pastu maid kekta pon ada skali. dapat la jugak tolong aku prepare macam2. dua hari sebelum kejadian pon aku asyik tido lewat. banyak sangat benda kena buat. padahal food semua order dari orang. cuma kuah kacang & nasi impit jer yang aku buat. eh, tolong mak aku buat. ngeeeee ;D


silalah jamu mata pics kat bawah ni. sorry aku susun not in order. maleh pulak susun balik ;p
pics yang sempat amek pon sikit sangat2. sedihhhh :'(


sorry takder gambar buffet table. seketul ni jer yang ada. tu pon cilok dari fb SIL aku. huhuh...aku suh bobo snap each food tapi rupanya dia tak amek pon sebab kamera aku memory dah full. pastu dia tak bagitau aku balik. duhhhh.....frust la jugak tapi nasik dah jadi buboq! :(


besday kek adam. op kos la tema Thomas (again!). aku order 2kg choc moist. tapi nampak macam kecik lak. tapi apa pun sedap!



my MIL sedang mencedok kuah laksa penang yang marvelous! iskk teringat2 lak :p~


adam dok renung masa depan Thomas seketui di tepian kek. heheh...


sesi cucuk ker potong kek nih? huhuh...sebelah adam tu cousin dia, nuha. anak bongsu kekta yang beza umur seminggu jer dengan adam :D eh arini besday nuha! epi besday nuha!! we love youuu!!!


the earliest guests - jiran tetangga :D ni jer kot gambo guests yang ada. guest2 selepas tu semua takder pics dah ;p


bukan nak tayang tv tu yer, nak tayang deco kat atas tu ;p streamer dan balloons kami beli di balloonbuzz OU. gigih import dari KL. hehe...


me mommy, MIL, uncle and auntie



pic ni diambil masa malam sebelum majlis. lawak jer tengok adam lagi kemetot dari nuha. sampai terlangut amek pic! hehehe...


besday prezen from tok. suka la dia dapat Thomas lagi!!!! tskkkkk.....



amboi renyihan besday boy tak menahan! ;p


yang ni clear sikit. best cuzzie foreber! tehehe....


dari baju sampai toys Thomas jer. adakah anakku akan berkhidmat di ketapi tanah melayu dewasa kelak? huhuhu....


hmm...believe it or not, tu jer pics yang ada untuk majlis ni. salah aku jugak tak check dulu memory kamera. yang aku dok ingat nak charge battery jer, bab housekeeping lupa langsung!! pastu kamera pulak bukan dengan aku sebab dok sibuk layan tetamu dan refill food. takpelah, simpan memory dalam kepala sendiri jer. huahuahua...


till then! tata!




Thursday, December 1, 2011

Adam's Party Favors

fuhh...kejap jer dah masuk bulan 12. kekta pon esok dah nak balik dari menunaikan haji. how time flies!
alhamdulillah majlis besday adam pon dah selamat diadakan hari sabtu lepas (eh, awat ayat aku skema sangat nih?). many thanks kepada kawan2 yang datang!


oklah, sementara masih belum basi ;p, aku nak share pasal party favors yang aku buat untuk besday adam last week. party favors tu ada yang aku letak dalam goodie bags, ada yang aku letak dalam candy basket masa kenduri.


aku buat dalam 48 goodie bags. patutnya 50 tapi dah beli semua barang baru prasan paket kek tak cukup. aku beli 2 kotak yang ada 24 pieces each. tehehehe...mengong! untuk kawan2 taska aku bawak dalam 23 paket jer. selebihnya untuk kawan2 dan jiran yang datang masa kenduri...



items yang aku 'sorok' dalam laci dapur. sibaik adam tak rajin bukak laci tu. risau gak sebab senang jer nak bukak laci tu. hehehe...


ceklat crispy ni aku beli kat duty free bukit kayu hitam. kebetulan jer jumpa yang paket besar. ada 75 keping semua...aku letak dalam goodie bags. yang extra aku letak jer dalam candy basket.


fun size M&Ms aku beli di Tesco. ada 15 paket each packs. aku beli 2 packs jer. satu yang biasa, satu lagi yang ada peanuts. yang ni aku letak dalam candy basket. cepat jer sold out! ;p


kacang tumbuk moden. tak main dah balut2 dengan kertas minyak. hehehe...yang ni beli 1kg dari opismet. ada berapa ketul tah lupa lak. sedap! aku letak dalam candy basket.


item yang wajib ada - jellies! yang ni aku letak dalam goodie bags dan candy basket.


sunmaid kismis yang comey2 ni dah lama aku target nak beli untuk letak dalam goodie bags. tapi bila dah beli, switch plan pulak. aku letak dalam candy basket jer sebab items dalam goodie bags dah belambak pulak ;p aku beli 2 packs jer. each pack ada 14 small boxes.


candy land for the sweet tooth!


these are the items for the goodie bags. ada 7 semuanya....semua barang beli sendiri except for the lollipops and crayons. dua barang tu ditaja oleh dell. hehe...


gigis iols zoom sticker nih. dell yang tolong buatkan. ni pon dia sponsor. ngeeee :D haruslah pic Thomas - adam's fav character dulu kini & selamanya. hahaha!


the final product. simple jer goodie bags yang aku buat kali ni. cuma guna paperbag pastu lekat jer kelepet dengan sticker. aku buat ni sorang2 dalam bilik. nak sorok dari adam nyer pasal! dah setel semua aku keluar bilik tengok2 dia dengan daddy masing2 dah berdengkur! hampesss....yang ahkak ni sampai lenguh2 pinggang dok memproses goodie bags tu sensorang. huhuhu....


lepas ni aku buat entry pasal majlis besday pulak, okes?


toodles!



Wednesday, November 23, 2011

Dialog Cap Ibu & Anak

Scene: Di suatu petang dalam kereta ondawe balik dari keje. Lagu katy perry berkumandang di radio.

Anak: lagu aper ni?

Ibu: lagu 'last friday nite' (sambil nyanyi2 sket). Adam suka lagu ni?

Anak: (geleng-geleng kepala)

Ibu: abistu Adam suka lagu aper?

Anak: Adam suka 'insyaallah' (by maher zain), suka 'labbaikallah' (waiting for the call by irfan makki feat. Maher zain)

Ibu: (daku insap!)

Wordless Wednesday

just got the result for my previous interview. the result? just like what i have expected.
period.

Monday, November 21, 2011

Mari Hijaukan Bumi

nilah rupa pokok2 ku setelah beberapa purnama. tehehe...dah bertambah sikit sebab ada yang beli dan ada yang pakcik aku bagi...pokok dalam rumah lupa lak nak snap. yang tu pon dah makin tumbuh merendang. me loike!

pokok puding ni sebenarnya aku plan nak letak dalam bilik air. tapi pasu kaca tu tak sesuai lak nak letak dalam tu sebab space limited. at last kat dapur jer tempat dia. huhu...nantilah aku try cari bekas lain yang sesuai buh dalam bilik air. pokok tu pon sedang membesar sebagai johan. lehla kerat sikit bagi dia tumbuh tempat lain :D mahal jugak pokok ni rupanya. satu pasu tu RM12! sama harga pokok 'nyok' kecik yang aku letak dalam rumah tu.


nilah pokok lantana a.k.a. taik ayam kacukan yang aku bagitau aritu. comey kan? bau dia pon tak sekuat taik ayam yang biasa. errr...ker tak bau langsung kot. tapi aritu aku tersilap nama. aku bagitau nama dia lantera (macam lagu dato ct ;p). tehehe....
sebenarnya bunga2 tu baru jer tumbuh balik. aritu masa kitorg balik KL 4 hari abis kering macam dah nak mati jer aku tengok. sama ada panas sangat atau tak hujan langsung sepanjang kitorg takder kat umah. sian jer tengok. tapi alhamdulillah lepas aku jaga baik2, bagi baja semua dia berbunga balik. yippie!!



pokok2 ni semua pakcik aku yang bagi masa kitorg beraya kat umah dia aritu. sian pokok hujung sekali tu sebab sampai sekarang tak berpasu lagi. huhuhu...sebelah dia tu pokok karipuley. yang tu pon kena tukar pasu besar sikit baru dia tumbuh elok. pakcik aku la bagitau ;p tengokla weekend ni kalau free lehla pegi nursery cari pasu.

disebabkan cuaca panas sangat, abis hose air kitorg pon jadi lembik terkulai layu. tapi silap kitorg gak sebab pi beli yang nipis. orang patut beli yang tebal sket kalau nak letak outdoor nih. pfffttt...membazir masa dan uang saja. huhuh...sibaik murahan jer ;p


my small garden ;p



zoom sket. bunga kertas tu pon baru mula nak berbunga semula lepas hampir mati kekeringan aritu. sian dia senasib dengan lantana. pokok limau ok jer tak kering. pastu pokok setawar yang aku ingat hidup segan mati takmau tu elok pulak dia tumbuh. nyaris2 aku nak buang hari tu. tapi aku hold dulu niat kot2 dia nak hidup. sibaik tak jadi buang. heh...lupa pulak nak zoom pokok setawar tu. comey2 jer daun dia ;D

hmm...pasni nak tanam pokok apa pulak yer? any suggestions?

Friday, November 18, 2011

Preparation Birthday Party Adam

tinggal seminggu jer lagi birthday party adam. tapi rasanya preparation baru 50% kot? tskkk...

aku ada buat checklist untuk party. dah prepare sebulan yang lepas camtu. tapi awal2 tu cuma jot down here and there jela bila datang idea.

kalau ikutkan, ni 1st time kitorg nak organize party besar2an (besar bagi aku la ;p). birthday adam yang lepas2 tak buat party pon. aku cuma buatkan goodie bags bagi pada kawan2 taska dia. hehe...so checklist ni sangatlah penting so that takder item yang tertinggal. being me, aku memang suka buat checklist pon. sampaikan nak packing baju bila nak balik kampung pon aku buat checklist ;p

ni yang aku buat untuk party adam:


  1. Invitation list - lepas dah set date, kitorg mula list down saper dan berapa orang yang nak diinvite. aku bahagikan kepada 4 kategori: jiran, sedara-mara, cikgu taska & friends. penting untuk set bajet jugak nih. tapi sebenarnya aku pon taktau berapa exactly bajet kitorg buat masa nih! :-S

  2. Menu - yang ni kena tengok timing party dulu. we opted to do it from 2-7pm. so food selection pon kena la sesuai dengan time tu. nasi is a no-no sebab dah berat sangat. insyaallah we'll be serving bihun goreng, laksa, nasi impit & kuah kacang, nuggets & cocktails, mini pizza, kuih-muih 3 jenis, Waldorf salad, buah 1 jenis and of course birthday cake! kek aku order yang ada edible image gambar Thomas - adam's fav character. ehehe...and not forgetting a candies basket for the kids (jenuh rongak gigi budak2 tu nanti ;p)

  3. Goodie bag items - ada 6 semuanya: lollipops, crayons (sponsored by my sis, dell), crispies, balloons, jellies & kek Apollo. semua barang dah ada kecuali jellies & kek. ouh, btw goodie bags kali ni aku guna paperbag kaler putih pastu lekatkan dengan sticker gambar Thomas made by dell.

  4. Decorations - we have bought several packets of balloons and streamer from balloonbuzz masa balik KL aritu. hajat di hati teringin nak buat theme Thomas tapi bila cari party packs dia takder sangat. mickey, barney tu banyak gakla. metallic balloon Thomas memang ada tapi masalahnya kena guna helium. kat jitra ni nak cari kedai belon kat mana pon taktau. kalau masuk helium awal2 bukannya tahan lama sebab masa pegi beli tu sebulan yang lepas. jadinya amek yang biasa sudah ;p so, theme ada la Thomas sket2 sebab kat kek ada pic dia. huhuh....

  5. Serving table - memandangkan rumah kitorg cuma ada meja makan untuk 4 orang, so terpaksa la sewa meja sikit plus kerusi untuk tetamu. pastu beli paper plates, bowls, cups, fork & spoon, serviettes yang mencukupi. ouh, aku ada gak beli table cloth vynil kat Tesco aritu untuk lapik meja letak kek nanti. Not forgetting segala mala senduk, penyepit semua tu..yang ni plan nak pinjam kat makcik aku jer kot. hahhhaa...almaklumla dapur cook amatur bukannya ada semua barang ;p

  6. House preparation - ha, yang ni pon penting gak. disebabkan ramai sedara mara akan 'berkampung' di rumah aku, so stok bantal, toto, selimut pon kena la cukup. huhuhu....sebelum ni bukannya takder langsung extra bantal semua, cuma takder la banyak mana....pastu kena make sure setiap sudut bersih dari sebarang habuk. minggu ni dah kena start spring cleaning la jawabnya....'jadual kerja' untuk seminggu ni pon aku dah buatkan. hahaha....ciwi sungguh!

  7. Last but not least, make sure order dengan katerer semua tip top. ouh, tadi tak bagitau semua food aku order jer except nasi impit & kuah kacang. yang ni aku mintak me mommy buatkan. hehehe...aku plan nak buat Waldorf salad jer. mudah dan cepat! ;p

tu jer kot benda2 penting yang aku listdown untuk checklist party. kalau ada yang missing nanti aku update balik. piccas will be uploaded soon too. so, stay tuned! ;D

Tuesday, November 15, 2011

Our Aidiladha

amboih sejak hujung oktober sampailah masuk bulan nov ni asal weekend jer mesti busy. first week balik KL, 2nd week sambut raya haji. 3rd week shopping barang untuk kenduri adam. phewwww....


tapi untuk entry kali ni nak citer pasal raya haji. i know i know...entry basi! ;p


raya haji tiap2 tahun jarang sangat kitorg sambut meriah. macam tahun lepas pon kitorg tak balik kampung. pagi tu bobo pegi solat raya di masjid, pastu tengahari sikit kitorg pegi rumah kawan makan kambing bakar. pastu balik rumah aku tengok hang, hang tengok aku. masing2 sangap. kih3....


tapi tahun ni sangat2 berbeza. sebabnya, ada anak2 jiran datang beraya!


pagi tu lepas bobo keluar pegi masjid baru aku start masak. plan memang nak buat nasik goreng jer untuk alas perut sementara tunggu tengahari sikit nakpi makan kambing kat rumah kawan. heheh...


elok2 jer habis masak dan hidang atas meja...ting tong!! nampak kelibat anak2 jiran dah masuk porch rumah aku bagi salam. errkkk...dengan aku tak mandi lagi. sibaik dah bagi adam mandi siap2 sebelum tu. nak taknak jemput jugakla diorg masuk. takkan nak menyorok pulak kan? kui3....adam excited habih la ramai kawan2 datang rumah. siap pakai baju raya & bawak beg duit lagi depa tu. sakan sungguh!


tak lama lepas tu bobo pon balik dari masjid. dia terus ajak budak2 tu makan sekali. merasalah korg makan nasik goreng di pagi raya. hahahaa....malu weh balik rumah mesti depa pi citer kat mak depa 'mak, mak, tadi kat rumah makcik tu depa jamu nasik goreng, bukan nasik impit!' kuang3....sibaik gak bobo ada beli 1 tapawe serunding. ada la sket bau2 raya ;p



the 3 sisters. nasibla korang makan nasik goreng jer time raya. hahaha...(sila abaikan rumahku yang serabut itu ;p)

pokcik bobo sedang melayan tetamu cilik. ewah!


tengok depa makan berselera gak. kesedapan kot? perasan! hehehe....


budak kici 2 orang ni bukan reti nak makan bila dah berjumpa. asik nak main jer. tskkk....


petang lepas zohor kitorg pegi rumah kawan lak. tiap2 tahun dia jemput pi makan kambing korban kat rumah in laws dia. tenkiu hajah! nanti jemput kami lagi na...(muka tak malu! ngeeeee....).




walaupun aku bukan kaki kambing (op kos la dah manusia ;p) tapi yang bakar ni kesedapan lak. boleh terima la kalau makan. pastu black pepper sauce dia pulak yummeh! aihh...teringat2 lak. kalau sesaja pi kedai nak order lamb chop tu memang idokler teman ;p bau kekambingan sangat takleh terima la. kesimpulannya setahun sekali jela aku makan kambing. hehe....

bobo sedang meng'operate' kaki kambing

balik dari rumah kawan kitorg cadang nak terus pegi beraya di rumah pakcik aku di Jitra. sekali nak ziarah kakak sepupu yang baru operate kaki masuk besi lepas patah tulang. dia tergelincir jatuh di Jalan TAR time hujan. iskk ngeri! jatuh terduduk atas kaki sendiri pon leh patah. nurse bagitau dia sebab kurang kalsium. tu yang senang patah tulang. erk! dan2 rasa nak minum anlene...


aku call pakcik 2 kali tak berjawab. so kitorg balik rumah dulu. ingatkan diorg takder kat rumah. elok2 sampai rumah pakcik aku return call suh datang. dia tengah berkebun kat luar masa aku call.


so lepas maghrib baru gerak ke rumah diorg. makan nasik ayam makcik aku masak. pastu ada laksa lagi. tak larat dah. esoknya diorg ajak datang lagi ke rumah sebab makcik aku nak masak beriani dengan macaroni sup. jadinya dua hari berturut2 kitorg pegi beraya kat rumah diorg. malu gak sebab asik makan jer :"> tapi orang cakap rezeki jangan ditolak. kih3...


tu jer sambutan aidiladha kitorg. meriah tang makan jer kot. huhuhu....



p/s: baru ni anak jiran dalam tingkatan 4 kot tegur aku 'makcik...' sambil senyum berjalan balik rumah dia. am i that old? huwaaaaaa :'(
bobo lak dok gelak2 panggil aku makcik. chiss! chiss! chisssss! tapi kalau dia tak refer aku as makcik takkan nak panggil kak pulak sebab aku panggil mak dia kak ;p

Monday, November 14, 2011

Now You See It, Now You Don't!

Puas hatiku...akhirnya wardrobe yang malfunction tu dah ilek pocik.

Sabtu baru ni tokey dia datang ambik balik setelah aku SMS (tapi guna hp bobo ;p) bagi kata putus. Nak datang tengok atau nak tunggu kami report kat tribunal pengguna?

Dan2 dia reply bagitau nak cabut balik wardrobe tu ari sabtu then lagi 2 minggu datang pasang balik yang baru. Melayu...melayu...kena ugut sket baru nak jalan keje.

Actually dia janji nak datang rumah tengok balik wardrobe tu bulan lepas lagi. Ada kot 3 kali set date tapi asik tak jadi. Bila dah tak jadi bukannya dia nak bagitau pon. Kami lak yang dok keje tanya dia. Haihhhh....Cemuih tui bila dia dok bagi alasan banyak projek lain. Tu yang tak sempat datang rumah kitorg. Podahhh! Cas bagus jer padahal hampeh to the max!

Dahla masa nak datang pasang dulu siap mintak kitorg bayar semua siap2. Padahal rupa lemari pon takder lagi!

Sapa nak tahan sabar lama2 kalau camtu kan? Aku suh bobo SMS, kol mamat tu dia kata dah malas. Isk takleh jadi ni. Tu yang aku take over contact mamat tokey tu. Our patience has its own limit!

Takper, kami tunggu lagi 2 minggu tengok dia tepati tak janji dia. Tapi aku memang dah tawar hati nak pasang balik wardrobe tu kat bilik kitorg.

Tengokla camner, mebbe pasang kat bilik lain kot. Untuk bilik kitorg nanti cari kompeni lain jelah. Tunggu ada rejeki...buat masa ni terpaksa la guna lemari lama balik. Phbbbttt!



Wednesday, November 2, 2011

Trip to Zoo Negara

last week kitorg balik KL sebab nak antar kekta & paksyed (my BIL) pegi haji. alang2 dah cuti deepavali aku & bobo sambung lagi 3 hari cuti. mula2 balik Banting dulu 2 malam. pastu tido KJ lak. dapat la melepaskan napsu jap di KLCC & OU. kih3....ouh, that's another story ;p

hari sabtu sebelum kekta pegi haji kitorg pegi rumah dia. she made me an advanced birthday cake (kunun2 ler kek besday ;p). kekta buat kek coffee chiffon marble. yummehhhh! berketul2 aku makan. rasanya suku portion kek tu kot aku makan sorang. huhuh...


anyway, aku memang dah lama berhajat nak bawak adam pegi zoo sebab dia suka tengok gambar animals. lagipun aku sendiri dah berpuluh tahun tak pegi kot. pastu plan dengan kekta...dia pon cakap nak join bawak anak2 dia sebab tak penah bawak diorg ke sana. padahal rumah dia sebelah zoo jer kot. kui3....
tup2 last minit dia tak jadi ikut lak. yelah, esok dah nak bertolak ke mekah takkan sibuk nak pegi zoo lak kan? so aku la yang tukang bawak anak2 dia. tapi yang ikut 2 orang jelah, luqman and muaz. kitorg pegi satu family, pastu dell bawak fahri and her maid. so total ada 4 adults and 4 boys. meriah rombongan cik pah! ;p


ni baru sampai. adam dah start lari ke depan. he's not even in the pic! adehhhh....

ha! dapat gak tangkap adam. muehehe...meh posing jap dengan ummi. bila tengok balik pic ni baru aku prasan kedai kat belakang tu nama camtu. hehehe....

ok boys, start walking!

kebetulan masa sampai tu baru start show. aku tengok sea lion (ker seal eh?) kejap jer sebab tak selesa kena berdiri berhimpit2. orang lain awal2 dah penuh kat situ. sigh....

such a clever seal! dok tepuk2 semua. heheh...comey jer

ouh ni dia tengah swim ke sana ke mari. nak tunjuk terer ler teww ;p

lompat masuk gelung. pandai kan dia? *tepuk kagum**tepuk kagum*


ouh, ni lak penguin. dok terkurung dalam tangki tu. diorg ni sangat lincah!



baru jalan sikit dah mintak aiskrim. nak yang cone lak tu. makan 4-5 suap takmo dah. tskkk...ummi & daddy gak yang kena habiskan ;p

posing bertinggung. huhuh...


ni kat akuarium. adam excited betul dapat tengok fish. masa bawak pegi aquaria dulu dia tak reti appreciate lagi. dok nganga jer lebih. hehehe....tapi kat sini dia suka sungguh!

adam & abang luqman yang tak nampak muka. hihih...

adam & daddy


keluar dari akuarium start menapak balik cari tiger, lion semua. jenuh pusing tak jumpa2!

jumpa brother bear dulu ;p fahri sebut 'buang' (beruang) hehehe...


budak kecit yang tengah tahan kantok takmo tido


masing2 teruja dapat tengok tenuk a.k.a. tapir a.k.a. cipan

ni hah dia. gumuks!

cipan betoi hang! keh3...

anak rusa nani. heheh...rusa kot ni, lupa dah. tapi diorg ni sangat bising! asyik bunyi kuat gila!


ami bobo & muaz yang berani! aku nak ambik gambar pon takut2 sebab ulaq tu asyik dok sua kepala dia ke depan. euwwwwww....

syed muaz the brave boy! (tak macam amati dia ;p)

giraffes! rileks jer diorg ni

fahri dok tahan kantok lagi. hihih....

me & the giraffes ;p



elephant! dia sekor jer yang friendly sket sebab asyik sua belalai kat orang. saper yang tangan panjang sket dapat la sentuh dia. huhuh...


adam muka cuak. takut pulak dia bila dapat jumpa elephant depan2. kalau tengok gambar kemain lagi siap buat gaya & bunyi elephant. chaitt....



yang ni cranes ker flamingo tah. dell cakap flamingo. sedara mara la tu...tengok pic ni rasa macam ada kat Jepun lak. huhuhu....

haaa....i'm the king of the jungle! dok melepek jer diorg time ni. lion jantan rupanya tido & rehat 22 hours in a day! lagi 2 jam tu? time makan la kot? jantan pemaleh ropanya ;p

adik bradik tigger. hehe...diorg ni aktif. lompat sana sini pastu dribble buah nyok macam bola. heheheh....

pak belang dan mak belang

eles adam ni jumpa yang real takut lak

me & cheeky boy!


adam & daddy naik hippo
ouh, time to go home....

balik2 jer rumah terus lunch. tak sempat nasik nak hadam kitorg semua pakat pengsan! letih menapak kat zoo nyer pasal. hahahah....tak tau la baper km berjalan kat sana. penat sungguh! tambah dengan cuaca panas lak. pastu nak kejar adam lagi. huihhh...but it's fun tho.


tu jer citer trip to zoo kali ni.


toodles!