Monday, December 6, 2010

Progress Renovation Dapur & Kipas Baru


kemarin kitorg pegi umah kejap nak tengok progress renovation dapur yang sekangkang tupai tu. huhuhu....alhamdulillah dah nampak rupa dinding baru. minggu ni kontraktor cakap dah boleh buat bumbung. itupun kalau tak hujan la. sebab skang ni asyik hujan jer. time aku amek pic ni pon tengah renyai2. sebab tu tak amek pic dari luar.
kemarin jugak kitorg kautim dengan apek tu suruh dia pasang wall tiles dapur, ubah paip air, tambah plugs dan curtain railing satu rumah. beriban jugakla dia quote. tak tau nak kata mahal ker murah. aku dah malas nak cari orang lain, senang suruh dia jer buat semua. sebab bab kc pon dah pening guna 2 kontraktor. so arini aku dah siap bayar deposit untuk semua2 tu. setel!
ouh yer, hari sabtu kitorg singgah ke Acfirst Lighting Centre, Alor Setar. niat di hati nak suruh bobo tengok jer kipas yang aku dah survey sebelum ni kat situ ok ker tak. tup2 bobo cakap 'kita beli terus la'. dahla tak spare cash lebih. kena la korek mana yang ada. huhuh...dalam masa yang sama 'ter'rambang mata lak tengok lampu2 kat kedai tu. amoi tokey kedai cakap kalau nak beli lampu kat dia, nanti dia bagi further diskaun lagi. yay!
kitorg beli 3 biji Alpha 3 blade, kaler gold gitu (tak dapat gelang gold, dapat kipas kaler gold jadi ler ;p). sebiji RM130 tapi sebab beli 3 dapat less jadi RM125 sebiji. model apa tak ingat lak ;p tapi guna regulator jer. remote yillek! kipas remote nanti ingat nak beli 2 biji Panasonic Bayu untuk pasang di hall dan master bedroom.

camnilah rupa kipas Alpha tu. tapi in gold kaler la. ciri2 kipas ni (googled) :

  • ada jaminan 3 tahun
  • 3 daun kipas fiber dan dijamin tidak berkarat (sesaper yang dok umah tepi laut elok beli kipas ni. hehee...)
  • 5 warna yang menarik - gold, white, brown, black dan silver
  • memberikan alunan angin lembut yang optima (wah! ayat...) dan sangat senyap
  • daun kipas yang besar untuk melancarkan pergerakan dan kuasa yang lebih
  • sistem perlindungan dengan wayar keselamatan
  • direka khas dengan terma fius untuk melindunginya dari kecederaan elektrik dan panas yang melampau
  • motor besi silikon yang berkuasa tinggi

baru ku tahu rupa2nya nak pilih kipas rumah pon jenuh yer. kekeke....

1 comment:

Zairi Osman said...

ape cerita kak? www.mrzairi.blogspot.com