Friday, December 30, 2011

Entry Terakhir 2011 (kot?)


olaa! lama sungguh ahkak menyepi membawa diri yang lara. heee...taklah. i'm still here, safe & sound alhamdulillah....


this might be the last entry for this year. hujung tahun pon aku busy like a bee sebab kena prepare macam2 dah for next year's tasks.
so, apa azam tahun baru anda? (soalan cliche mesti ada ;p) mine, rahsia! tehehe....sebenarnya takder azam pon. takpon carry forward jelah mana2 azam yang still tak tercapai tu.


anyway, saja nak citer pasal kejadian petang tadi.


sekarang ni hari2 aku drive kete Persona bobo pi balik keje. kete dia tu ada tepek sticker ala2 sporty la kunun kat cermin depan.


tadi kat satu trafik lite ni (lampu merah) aku benti betul2 di belakang kete recond zaman 80-an kot. penuhla fancy2 sticker kat kete tu. driver dia budak laki muda lagi. leh nampak sebab dia turunkan cermin tingkap.


pastu aku perasan masa aku benti kat belakang kete dia, mamat tu siap ushar lagi thru side mirror dengan rear view mirror dia. sangat obvious!


once lampu dah hijau tetiba dia drive slow jer macam bagi chance aku overtake. aku pon terus la belok sebelah tapi memang tak pandang pon kat dia. koser mak! tapi aku drive dalam 80-90km/j jer pon.


tup2 bila dekat nak sampai kat trafik lite lagi satu, tetiba pulak dia pecut tak mau2 potong aku. hek elehhhhh...lu pehal mamat?! tetiba nak show off dengan kete buruk dia tu. last2 sampai kat trafik lite lagi satu lampu merah balik. dia kena benti. tapi aku lak memang dah kena belok masuk jalan kiri kat sebelah dia. selisih jer. takyah susah payah pecut pon! hahahahhaaa!! show off ler sangat!


aku rasa orang laki especially yang muda takleh terima kot orang pompuan drive kete elok sikit dari diorg. nak2 pulak dia tengok level ahkak2 jer bawak kete yang lebih sporty dari diorg. terus rasa diri tu terancam kot. huhuh....kesian sangat aih. very low self-esteem problem.


kepada anak2 muda di luar sana, sempena nak masuk tahun baru ni, lebih baik korang pegi cari hobi yang lebih berpekdah daripada nak intimidate golongan hawa dengan kete recond buruk korang tu! now go get a life!


sekian saja bebelanku di hujung tahun 2011 ;p
niway, hepi new year eberibadi! wish siap2 la yer just in case dilanda penyakit 'M' esok malam. tehehehe....

Saturday, December 17, 2011

Cutest Biscuit Tin!

tin biskut oat krunch ni cute sangat kan? ada 3 designs untuk 3 biskut variety. murah jer cuma RM9.90 per tin. ada 16 packet biskut. sila dapatkan di supermerket berhampiran anda ;D

Thursday, December 15, 2011

Tekak oh Tekak!

prasan tak? prasan tak? tu kat blog list tu....hehehhe....
dah lama plan nak buat makeover kat situ tapi asyik tertangguh jer.
hari ni tetiba ntah mana datang angin rajin terus buat ;D
macam la susah benor. tehehe....

just a quick update.

aku tengah sore throat. dekat 2 minggu dah kot tak baik2.
tapi alhamdulillah kali ni tonsil tak bengkak sampai jadi ulcer. tapi merah sangat.
nak telan liur sendiri pon sakit. aduiii....
strepsil dan lozenge woods dah habis 2 peket.
kat rumah sebelum tidoq telan breacol lagi.
semua tak jalan. tskkkkkk.......
a friend of mine suh try minum air asam jawa.
will do that asap!

ouh, tenkiu sebab sudi baca luahan perasan orang tengah sakit tekak ;p

Wednesday, December 7, 2011

Luahan Perasaan Kejap

pic: gugel

semenjak dua menjak ni rasa taktau nak update pasal apa. my life is not interesting anymore! hahhaa...mundane jer hari2 pegi keje balik keje pegi keje balik keje. kalau orang yang ada anak dah sekolah confirm tengah bersuka ria coti2 kan?
i'm not like some people yang suka tiru blogger lain 'eh, dia tu buat entry pasal jerawat, aku pon nak buatlah!' ada kan spesis camni? gigih nak bagi ada entry jugak walaupun topic nan hado. so pathetic!

oklah, tu jer luahan perasaan pada hari ni ;p toodles!

Friday, December 2, 2011

Happy 3rd Birthday Adam Rayyan!

alhamdulillah selamat sudah majlis besday adam hari sabtu yang lepas despite the heavy rain. semuanya berjalan lancar except aku jer yang jalan tak lancar hari tu. nak terpeleot dah sebab banyak sangat menapak ke sana sini! hahahaa....

sehari sebelum majlis aku dan bobo amek cuti untuk preparation. walaupun majlis tak besar mana but still, kena la prepare betul2 ye dop? ;p tambah pulak ni 1st time kitorg organize majlis besday untuk adam.


sibaik la jugak parents aku, my MIL and SIL datang awal sikit. pastu maid kekta pon ada skali. dapat la jugak tolong aku prepare macam2. dua hari sebelum kejadian pon aku asyik tido lewat. banyak sangat benda kena buat. padahal food semua order dari orang. cuma kuah kacang & nasi impit jer yang aku buat. eh, tolong mak aku buat. ngeeeee ;D


silalah jamu mata pics kat bawah ni. sorry aku susun not in order. maleh pulak susun balik ;p
pics yang sempat amek pon sikit sangat2. sedihhhh :'(


sorry takder gambar buffet table. seketul ni jer yang ada. tu pon cilok dari fb SIL aku. huhuh...aku suh bobo snap each food tapi rupanya dia tak amek pon sebab kamera aku memory dah full. pastu dia tak bagitau aku balik. duhhhh.....frust la jugak tapi nasik dah jadi buboq! :(


besday kek adam. op kos la tema Thomas (again!). aku order 2kg choc moist. tapi nampak macam kecik lak. tapi apa pun sedap!



my MIL sedang mencedok kuah laksa penang yang marvelous! iskk teringat2 lak :p~


adam dok renung masa depan Thomas seketui di tepian kek. heheh...


sesi cucuk ker potong kek nih? huhuh...sebelah adam tu cousin dia, nuha. anak bongsu kekta yang beza umur seminggu jer dengan adam :D eh arini besday nuha! epi besday nuha!! we love youuu!!!


the earliest guests - jiran tetangga :D ni jer kot gambo guests yang ada. guest2 selepas tu semua takder pics dah ;p


bukan nak tayang tv tu yer, nak tayang deco kat atas tu ;p streamer dan balloons kami beli di balloonbuzz OU. gigih import dari KL. hehe...


me mommy, MIL, uncle and auntie



pic ni diambil masa malam sebelum majlis. lawak jer tengok adam lagi kemetot dari nuha. sampai terlangut amek pic! hehehe...


besday prezen from tok. suka la dia dapat Thomas lagi!!!! tskkkkk.....



amboi renyihan besday boy tak menahan! ;p


yang ni clear sikit. best cuzzie foreber! tehehe....


dari baju sampai toys Thomas jer. adakah anakku akan berkhidmat di ketapi tanah melayu dewasa kelak? huhuhu....


hmm...believe it or not, tu jer pics yang ada untuk majlis ni. salah aku jugak tak check dulu memory kamera. yang aku dok ingat nak charge battery jer, bab housekeeping lupa langsung!! pastu kamera pulak bukan dengan aku sebab dok sibuk layan tetamu dan refill food. takpelah, simpan memory dalam kepala sendiri jer. huahuahua...


till then! tata!




Thursday, December 1, 2011

Adam's Party Favors

fuhh...kejap jer dah masuk bulan 12. kekta pon esok dah nak balik dari menunaikan haji. how time flies!
alhamdulillah majlis besday adam pon dah selamat diadakan hari sabtu lepas (eh, awat ayat aku skema sangat nih?). many thanks kepada kawan2 yang datang!


oklah, sementara masih belum basi ;p, aku nak share pasal party favors yang aku buat untuk besday adam last week. party favors tu ada yang aku letak dalam goodie bags, ada yang aku letak dalam candy basket masa kenduri.


aku buat dalam 48 goodie bags. patutnya 50 tapi dah beli semua barang baru prasan paket kek tak cukup. aku beli 2 kotak yang ada 24 pieces each. tehehehe...mengong! untuk kawan2 taska aku bawak dalam 23 paket jer. selebihnya untuk kawan2 dan jiran yang datang masa kenduri...



items yang aku 'sorok' dalam laci dapur. sibaik adam tak rajin bukak laci tu. risau gak sebab senang jer nak bukak laci tu. hehehe...


ceklat crispy ni aku beli kat duty free bukit kayu hitam. kebetulan jer jumpa yang paket besar. ada 75 keping semua...aku letak dalam goodie bags. yang extra aku letak jer dalam candy basket.


fun size M&Ms aku beli di Tesco. ada 15 paket each packs. aku beli 2 packs jer. satu yang biasa, satu lagi yang ada peanuts. yang ni aku letak dalam candy basket. cepat jer sold out! ;p


kacang tumbuk moden. tak main dah balut2 dengan kertas minyak. hehehe...yang ni beli 1kg dari opismet. ada berapa ketul tah lupa lak. sedap! aku letak dalam candy basket.


item yang wajib ada - jellies! yang ni aku letak dalam goodie bags dan candy basket.


sunmaid kismis yang comey2 ni dah lama aku target nak beli untuk letak dalam goodie bags. tapi bila dah beli, switch plan pulak. aku letak dalam candy basket jer sebab items dalam goodie bags dah belambak pulak ;p aku beli 2 packs jer. each pack ada 14 small boxes.


candy land for the sweet tooth!


these are the items for the goodie bags. ada 7 semuanya....semua barang beli sendiri except for the lollipops and crayons. dua barang tu ditaja oleh dell. hehe...


gigis iols zoom sticker nih. dell yang tolong buatkan. ni pon dia sponsor. ngeeee :D haruslah pic Thomas - adam's fav character dulu kini & selamanya. hahaha!


the final product. simple jer goodie bags yang aku buat kali ni. cuma guna paperbag pastu lekat jer kelepet dengan sticker. aku buat ni sorang2 dalam bilik. nak sorok dari adam nyer pasal! dah setel semua aku keluar bilik tengok2 dia dengan daddy masing2 dah berdengkur! hampesss....yang ahkak ni sampai lenguh2 pinggang dok memproses goodie bags tu sensorang. huhuhu....


lepas ni aku buat entry pasal majlis besday pulak, okes?


toodles!