Thursday, December 31, 2009
Sayonara 2009!
Friday, December 25, 2009
Kegigihan Diriku & En. Abam @ 1 year and 1 month old
skang ni kan musim cuti...kalau orang lain, ujung2 taun ni mesti nak abiskan cuti, tapi aku takder chance langsung. weekend pon dok kat umah jer jadi desperate housewife kepada mr bobo ;p eh tak jugak, ada gak weekend yang aku kena pegi opis. so mr bobo plak la yang jadi desperate househubby to mrs bobo. kui3...mak aku pon dok tanya 'tak balik KL ka? lani ni kan dok sale merata2' (my mommy is really good when provoking her daughters to shop, shop & shop! tak gitu my sisters? ;p) huwaaa....baru aku sedar sejak pindah balik ke Perlis, aku tak pernah lagi balik KL purposely for balik kampung, eh bandar ;p. yang dok balik tu cuma kejap2 jer sebab ada meeting di Putrajaya. so it doesn't count la kan? tambahan pulak bobo still on probation. takleh la nak amek cuti lama2. so tak sempat la aku nak menikmati Y.E.S ujung taun ni..takper, ada hikmah di sebaliknya (slamat duit aku...hehe..)
anyway, my long silence was due to a workshop at Cameron Highlands and study period for my PTK exam. alhamdulillah exam PTK baru jer tamat riwayat arini. fuhh...legaaaaa...dah tua2 pon kena stadi maut lagi. sampai naik pimples muka aku tau...mencik jer..tapi kalau tak amek exam tu takder harapan la nak dapat anjakan gaji (dasar mata dollar!). bab naik pangkat, maleh nak komen ;p it's not my priority right now. harap2 dapat la aras 4...maleh btoi kalau kena repeat (mintak simpang!). tawakkaltu a'lallah....
nih nak citer pasal bengkel di Equatorial Cameron Highlands lak. tapi sebelum pegi sana ada pre-bengkel dulu kat opis. bengkel sesajo...tu pasal la nak update blog pon tak sompek (nih awat tetiba cakap nogori lak nih..hehe..) ;p kat sana sangat sejuk!! 1st night tu susah nak tido sebab rasa sejuk sampai ke tulang sum2 walaupun dah pakai outfit macam kuih lapis. pastu ditambah pulak dengan kekepaman bau blanket. eughhh....kepam gilos tau!! tapi 2nd night dah boleh tido sebab dah immune dengan bau tu kot. hahaha...
apa pun bengkel kat Cameron tu was ok. takder rasa pressure sangat sebab aku skipped the dinner and the telematch (notty2 ;p). yang paling bes masa pegi pasar malam kat Brinchang. walaupun orang ramai, tapi tak rimas langsung sebab tak rasa panas. heheh...kat pasar tu pon kitorg abiskan masa 2 jam! pompuan...pompuan....the next day before nak balik kitorg singgah kat pasar sebelah hotel tu lak. aku beli sayur sket dan pokok cili api! ehehhee...gigih sungguh nak tanam pokok. tingin nak pegi kebun teh tapi tak sempat lak. tak merasa la aku nak feeling2 bollywood jap. kui3...
pasal en. abam lak. alhamdulillah...pejam celik pejam celik anak bujangku dah masuk setahun sebulan ari krismas ni. aku ingat lagi masa awal2 lepas bersalin dulu. to tell you all the truth, aku takder confidence dan tak reti langsung camner nak jaga dan besarkan anak masa tu. almaklumla, takder experience...so, i just go with the flow...kekta, my big sis pon banyak membantu. time pantang dulu sket2 sms dia, sket2 sms dia untuk tanya itu ini pasal baby care. hehe...sibaik dia pon tengah berpantang gak. so ada la time nak entertain sms2 aku (yolah tu..). hehehe....
oklah, enuff with the memories ;p here goes en. abam's milestones at 1 year & 1 month old:
- he loves to shout or shriek at the top of his lungs! testing vocal kot tapi macam nak tercabut anak tekak jer aku dengar. iskk..risau lak aku
- he can walk a bit faster now. jatuh2 pon dah kurang. takder dah gaya jalan ala2 zombie macam awal2 dulu. hehe...chaiyok!!
- dah pandai gelengkan kepala kalau taknak something. kekadang tu geleng2 without purpose jer. pastu sengih2 tayang gigi rabbit dia. hehe...notty jer rupa..
- pandai tunjuk jari telunjuk (macam E.T tu) bila kita sua jari telunjuk kita. when i say E.T., he'll show his telunjuk (ajar anak jadi E.T plak ;p). then bila aku cakap 'NO!', dia akan tunjuk gesture no dengan telunjuk dia. tapi apa yang aku larang dia still buat. perbuatan dengan percakapan tak sinonim lagi. blom memahami maksud NO la kaedahnya. kih3....
- he loves fan. nak2 table fan. haiyoo...kalau dia nampak jer fan, laju jer jalan terkedek2 nak pegi tepuk2 fan tu. ada skali tu sampai ter'on' trus fan tu. iskk...bahya sungguh!
- dah pandai sebut 'cat' & 'jatuh'. kalau aku tanya dia 'mana cat?' dia akan sebut balik 'cat' pastu tercari2 kat mana kucing tu. hehe...dengan kucing pon dia tak takut gak. sukati dia jer nak tarik2 bulu kucing kat umah makcik aku aritu. pastu kalau dia yang jatuhkan barang mesti nak sebut jatuh. tapi cara dia sebut tu pelat & bunyi macam 'chaaa...uhhh'. ehehhe...
- he's able to drink using a straw. aritu la adik aku sua straw air kotak ice lemon tea kat dia, pastu laju jer dia sedut air tu. wahh...bukan main suka lagi dia dapat minum ice lemon tea....sibaik tak sakit perut pastu..
- he loves to babble in his own language. macam2 bunyi ada. macam bahasa jerman pon yer ;p
- dah pandai buat gesture letak handphone kat telinga. skang ni abis semua barang dia buat macam handphone ie. a piece of paper, his baby wipes packet & Astro remote control. budak2 zaman milennium sungguh!
- suka baling barang ke belakang dari atas kepala. err..geddit? camner nak explain eh? ha..macam nak main jengket/tengteng tu...kita baling batu ke belakang tapi ngadap ke depan. iskk...apo2 lah ;p ha, dia suka buat camtu. ni citer 18sx sket. aritu aku dok lipat2 kain baju termasuklah undies2. pastu datang si kecik ni camukkan abis sumer lipatan. pastu dia ambil satu undies daddy dia & baling ke belakang. tup2 trus tersangkut kat leher dia. ahahhahaha!! gelak gilos kitorg tengok peel dia time tu. aku suh bobo amek pic tapi dia segan lak sebab nanti kantoi orang nampak undies dia. ahahhaa....
- ouh yer, en. abam baru jer baik dari demam. alhamdulilah kali ni tak lama demamnya. mebbe sebab nak naik bulan kot...cuma bezanya kali ni, dia jadi clingy sket dengan aku. sikit2 nak cari aku walaupun masa tu opah dia dok layan dia. anak omak nih! ;p
okla kot for the time being. buat syarat untuk update jer nih. heheh...so, pics2 akan diupload kemdian. it's time to sleep now...sok pagi aku ada facial appointment. lehla suruh amoi tu reducekan dark circles yang timbul semata2 nak update blog nih! haha...
toodles!
p/s: i love my netbook (tetiba!)
Wednesday, December 9, 2009
Rahsia Di Dalam Ais
- Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
- Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
- Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
- Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
- Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
- Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
- Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
- Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
- Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
- Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
- Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
- Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
- Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
- Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
- Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
- Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Wednesday, December 2, 2009
Cerita Hari Raya Haji
aku cakap kat mak & abah kitorg tak join la pegi akad tu sebab aku takder baju...pastu dah tak pegi kenduri nak buat apa lagi, kan? melencong la ke Queensbay Mall. ehehehehe....insyirah a.k.a cewah, anak kakak aku pon join skali sebab dia kena tinggal. sebab bangun lewat kot...sampai2 sana kitorg lunch dulu kat Chicken Rice Shop (CRS) sebab cewah lapar. besnyer skang ni kat CRS ada 3 Layer Tea! feberet tuh....
ni naik roket lak. see the big plastic bag? it's adam's bday present!
sibuk jer nak pegang gak stereng ketapi tu. hehhe...
lama jugakla kitorg dok tawaf dalam Queensbay tu..almaklumla, dah lama takpi mall ;p sampai adam tertido la dalam stroller dia. hehe...sampai jer umah rasa nak pengsan pon ada. letih sungguh! tapi apakan daya....kena bersiap untuk kenduri malam tu plak.
anyway, selamat pengantin baru to my cousin - Aizad & Syena. cool abih pasangan pengantin ni. kaler tema hantaran depa black & red tau. so gothic! hehehe....aizad lak leh lupa bawak kasut masa kenduri seblah syena. dia pakai kasut crocs jer. ahahhaha....lawak sungguh. last2 kawan dia pinjamkan kasut boot kat dia. sibaik lagi...
hmm...tu jelah citer raya haji kami. macam tak raya jer kan? ;p
Tuesday, December 1, 2009
Twilight
pastu orang dok may i say 'gila bayang' dengan si 'Edward Cullen' & 'Jacob' yang kunun hensem (not my taste) tu. ntahla, tak minat lak aku. haha...mau fan dia marah kat aku kalau baca blog ni..ker sebab aku dah makin matured (another term for old ;p) eh? budak muda mudi minat la kot dengan depa ni but not for me. tapi 'Bella' tu memang comel la...
(pic credit to mrgugel)
Thursday, November 26, 2009
ADAM RAYYAN 1st BIRTHDAY!!
alhamdulillah....25th november 2009 is our little darling's 1st birthday! dah besar anak aku...hehehe...aku ingat lagi masa nak deliver adam setahun yang lepas. perasaan bercampur baur. antara excited, takut, letih, happy, blom ready, sakit, you named it, semua ada...tup2 dah setahun si kecik yang notty nih ;p
adam sehari lepas lahir. sian tengok tangan kecik2 dah kena cucuk IV tube. masa ni kulit dia merah lagi...bila tengok dia sihat & sempurna, semua sakit masa contraction tu sangat berbaloi..baloi....
masa ni dah encem sikit, nurse sikatkan rambut. eheheh...
adam at 2 months old. dah pandai senyum...boolat abis!
masa 4 bulan...still boolat ;D daddy tengah mandikan adam atas meja makan tau masa ni. hehehe...
masa ni dah 6 bulan...kami bawak adam jenjalan di Perlis...
dah 7 bulan. baru pandai menyulur masa ni...control idung sket, adam....kui3...
10 days before his 1st birthday. gigi dah 8 batang, rambut still maintain cacak! (p/s: pic ulang tayang yer...hehehe)
on his birthday! ummi & daddy love you soooooo mucho! muacksss.... :-*
adam: 'ummi ni nak enterprem jer...this entry is about me, okeh?' ummi: 'ala, bagi can la kat ummi jap...'
hah, amek...penuh pics adam dalam entry kali ni..hehehe...last nite kitorg 1 family kuar celebrate besday adam kat Maicafe. yang tak senonohnya, ummi & daddy birthday boy yang melantak sakan. birthday boy nyer cuma minum susu dan makan roti sket2. aku la tersilap oder sup. ingatkan Spanish Chicken Soup tu macam sup ayam Campbell dalam tin tu...rupanya macam sup tomato...takleh la bagi adam makan sebab masam sket. last2 cubit2 la roti yang keras tu bagi adam makan...
balik jer umah, pakat pengsan awal sebab dah dekat kul 11. mata dah berat, perut takyah cakapla...kui3...besday kek yang aku beli petang tu pon dah tak larat nak makan..so, simpan makan arini jela. kek pon aku beli 2 slice jer...memang untuk ummi & daddy yang makan sendiri. muahahaha....
so, that's how we celebrated adam's 1st ever birthday...
TO ADAM,
UMMI & DADDY DOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI...BELAJAR RAJIN2 TAU..BILA BESAR NANTI BOLEH JADI ASTRONOT MACAM DR. SHEIKH MUSZAPHAR. EHEHE....TAKYAHLA, JADI ANAK YANG SOLEH & MANUSIA YANG BERGUNA DI DUNIA & AKHIRAT, OK? WE ALL LOVE U SOOOO MUCH!
LOTS OF LUV,
UMMI & DADDY
p/s: kepanjangan entry kali ini adalah disebabkan oleh mood raya aji yang sedang melanda blogger. sebabnya, takder half day kat opis arini (alasan!) ;p
Tuesday, November 24, 2009
Goodie Bags Dah Siap!
goodie bag & the items. kek hiro tu ganti kek besday la kiranya. hehehe...
Monday, November 23, 2009
It's Back!!
ari sabtu baru ni kitorg sefamily pegi ke Star Parade, Aloq Staq. tak sangka lak rupanya McD dah start jual Prosperity Burger dia. bobo macam tau2 jer aku nak oder apa, then trus dia pegi beratur untuk oder without asking me what do i want. heheh...
aku ingat lagi hampir setahun yang lepas, masa tu tengah pantang, burger ni la aku dok makan sebab burger ni kan banyak black pepper. kira macam makanan masa pantang gakla. hehe...seminggu ada kot dalam 2 kali aku makan. kui3...cuma kali ni aku rasa burger tu macam terlebih pedas sket. ker sebab bawang dia yang terlebih? hehe...memandai jer aku nih ;p
anyway, to friends who are craving for this burger and their curly fries (nyum...nyum...), go get yours today! as for me, kena la tunggu balik kampung raya haji ni plak untuk beli lagi sebab Perlih takder McD. ehehhe...sabaq..sabaq....
(pic credit to mrgugel)
Saturday, November 21, 2009
BERJAYA!
*
Thursday, November 19, 2009
My Latest Addiction
Unsangkarable...
overall training ni sangat enjoyable! 1st day tu cuak jugak bila tengok muka peserta2 lain sebab tak kenal lagi...diorg datang dari macam2 organization. ada yang keje nurse trainer, kurator muzium, pegawai keselamatan & doktor pon ada! yang tak besnya cuma satu jer, bilik hotel cam hampeh! taraf hotel Ban Cheong bak kata kawan aku. orang Perlih jer yang tau hotel ni...ehehe...
niway, to cut the story short ;p ada la satu sesi ni kitorg kena lukis muka masing2 dalam A4 paper. iskk...aku ni dahla 'kerastangan'. huduh gilos lukisan aku. haha...tak kisahla, yang penting spek aku sama shape. kui3...
pastu lukisan tu kena distribute among semua peserta dan kitorg kena tulis attribute kawan kita kat belakang paper tu. kira macam 1st impression kita pada seseorang la..lepas dapat balik lukisan sendiri, aku pon baca la apa yang kawan2 lain tulis. dalam ramai2 tu ada dua orang jer komen aku 'pendiam', tapi ada gak orang tulis aku 'peramah'. ahahaha....jarang sangat orang cakap aku peramah. pendiam tu memang sokmo ler orang cakap walaupun sebenarnya takla pendiam mana pon..heheh...
ada macam2 lagi la komen diorg...dan yang paling tak tahan (malu jer nak citer ;">), ada yang tulis 'dah kawin ker?', 'hai cantikla awak, bagi la no tipon...brapa?'. ahahahahaha! bila aku baca tu nak gelak besar rasanya...tak sangka lak aku still nampak macam orang bujang. maksudnya nampak muda la, kan? hehe...bes2...and btw that's not even an attribute! tu soklan cepumas namanyer...sorry yer, but i'm taken. heh...
dalam kursus tu gak kitorg belajar pasal temperament staf termasukla bos2. temperament manusia ni boleh dikategorikan dalam 4 kaler iaitu emas, oren, biru & hijau. lebih kurang macam api, angin, air & tanah la...pasan tak yang kebanyakan big2 boss dalam sesuatu organisasi tu kaler emas which is api. orang kaler emas ni extrovert, determined & kurang sensitif. sebab tu kot ada pesen bos2 yang sedap2 jer fire staf dalam miting tapi luar miting macam takder pape berlaku. heheh....contoh jer yer...tiada kena mengena di antara orang idup atau mati ;p
banyak lagilah benda yang aku belajar dari kursus tu. masa last day, kitorg dapat sorang sekotak biskut as a token of appreciation selain sijil penyertaan. hehehe....tak penah2 aku attend kursus yang bagi biskut untuk peserta bawa balik.
oklah, nak sambung buat keje lak...
tata for now!
Tuesday, November 17, 2009
Saturday, November 14, 2009
En. Abam @ 11 months
- can stand still without holding onto anything for a longer period (more than 20 secs). baru2 ni dia try jalan ke depan dalam 2 steps, pastu jatuh. what an achievement! chaiyok! chaiyok!
- currently he's been 'ceri beri' (my cute term for diarrheoa ;p) regularly in every single day! maybe its time to switch the milk or maybe it's because of something else. malas nak bawak jumpa doc lagi coz he seems normal, active and healthy. takder merengek2 sebab sakit perut pon. but i still have to monitor him..
- he loves to watch tv especially during azan and selawat Asma Ul Husna in Astro Oasis. drama2 pon dia tengok gak. hehe...ni mesti turun prangai ummi dia yang 'hantu tv' ;p kadang2 dia siap berdiri depan kabinet tv sebab nak tengok lebih dekat. jangan rosak mata nanti udahler...
- his nursery teacher told me that en. abam is the most kuat makan baby in the nursery! ahahahhaa!!! see the macho body la teacher...btw ada trophy tak untuk category ni? ehehee...
- dah pandai 'memberi'. contohnya, kalau dia tengah pegang toys, bila aku mintak, dia akan hulur bagi kat aku. hehe...hopefully esok besar tak jadi 'kupik' la..
- gigi dah ada 8 batang! antu gigi bak kata bobo. hehe...
- suka crawl sambil angkat kaki tinggi2. macam menonggek2 gitu. apa punya pesen daaa....
- dah pandai marah bila tak dapat something yang dia nak. wahh...such a drama king!
- he loves to see our wedding pics. tersengih2 jer bila tengok frame gambar kitorg tu. hehehe...
- he can wave bye2 now. tapi ikut mood dia. hehh...
- last but not least, berat dah 8.9kg. tinggi tak ukur la plak ;p
that's all i can think of. banyak jugak yer achievements budak kecik nih...berkat susu banyak DHA kot. ahahahah....memandai jer aku nih.
speaking of susu, me & bobo have planned to switch his milk when he's 1 year old because of several reasons. but let us just keep the reasons to ourselves. but anyway, my option for the time being will be Nespray 1+. ala, yang iklan dia Dato' Sheila Majid tu...i've compared the DHA content with another brand - Dumex Dugro ker Dupro tah and the latter contains lesser DHA than Nespray. price wise has not much difference. beza dalam sen2 jer..hmm...we'll see how...ada lagi masa untuk buat comparison. lagi pon stok susu Promil Gold dia pon ada 4 kotak lagi. bobo cakap kalau nak bagi cepat abis, jual jer dalam mudah.com.my. haha...susu pon nak jual dalam mudah pokcik nih ;p
oklah, nak rest jap coz tonite i'll be flying to KL for tomorrow's meeting. tq to en. abam's teacher for letting him stays with you once again tonite...baik ati sungguh cikgu taska nih ;D
adios...
Ideas for Birthday Goodie Bag
en. abam cuks tu dah pon 11 bulan setengah....11 ari jer lagi dah nak setahun! ayayay! aku still tak plan betul2 nak bubuh apa dalam goodie bag dia. yup, aku plan nak bagi goodie bag jer untuk kawan2 dia kat taska sebab aku tak buat party/kenduri. goodie bag pon jadilaa...
i'm thinking of putting these into the bags:
- a slice of cake (butter/choc/marble)
- a box of crayon (4 or 8 pieces)
- a packet of marshmallows/biskut icing
- wafers or chocolates
ok la kot....hehehe....no specific theme or whatsoever. asalkan barang2 tu senang nak cari. btw thanks to marryme for sponsoring the crayons (eh, kira sponsor ka?). tehehe....
sesaper yang ada ideas lagi untuk goodie bags share2 la yer...
tata!
Monday, November 9, 2009
My Belated Birthday
isn't she's cute? ;D
ni semua gara2 karnival brukben haritu la....aku memang pantang sket tengok benda2 in pink nih...pastu kat karnival tu ternampak la netbook ni....1st day usha2 dulu. 2nd day (on my birthday) saja jer pegi lagi karnival tu. walaupun tak plan secara serius nak beli, tapi aku standby gakla cash. kalau ada lagi, leh la beli, kalau takder, takper....tapi dalam hati dok doa mintak2 la takder orang beli lagi. heheh....
pastu tengok2 si comel ni ada lagi...trus sambar la jawabnyer...heheheh....bobo plak dok cucuk aku 'beli jelahh....' memang lagi soka ler makcik! kui3....pastu as a besday prezen, bobo belikan aku beg untuk si comel ni. kaler pink gak. siap dengan fan usb pon kaler pink. ahahaha....girlie abessss....
malamnyer, bobo belikan lauk dinner yang bes2 kunun untuk celebrate besday aku. hehhe...mulanya dia kata nak masak tapi bahan mentah aper pon tadak. so semalam dia tunaikan janji untuk masakkan aku lauk spesel resepi dia sendiri. kitorang bagi nama lauk 2 in 1. sebabnya ada 2 jenis item dalam satu lauk tu. heheh...kreatip jugak cik abe nih. rasa dia aku leh bagi thumbs up sebab sedap....sesaper nak resipi leh mintak kat bobo yer...cas murah jer. heheh...
ok lah, it's 11.30 pm right now and it's time for my beauty sleep (gelinyer ayat ;p).
toodles!
Friday, October 30, 2009
Secret Revealed....
Wednesday, October 14, 2009
Am I That Old?
anyway, back to Gossip Girl (GG) ;p i think i need to find their dvd or cd (pirated pon takper..muahahaha...) coz i really dig this show. rasa macam still remaja lak bila tengok GG. heheh....berangan jelah...but i'm still a teenager at heart. lagu2 boyband yang dolu2 pon aku suka (kantoi...). Backstreet Boys, 'N Sync, Take That, you name it. hahaha...
perhaps i should put a reminder to watch GG every tuesday on my hp. that'd solve my 'nyanyukness' maybe ;p
speaking of nyanyukness, this morning i smsed bobo to ask him whether he's at his office already coz i need to discuss with him about our 'plan'. what 'plan'? syyy...better keep it secret for now. hehehe...
then, i got a reply email from him saying that he had smsed me earlier to tell his whereabout. when i checked my sms inbox, suddenly i realized that i've already read his sms!
when i told him that i've actually read his sms but i don't remember anything about it, he blame it on the 'asam t*ik idung uncle mendiang' (ala, asam dalam botol kecik yang ada muka founder dia tu...) that i munched everyday throughout the raya days before. hahaha....sedap pulak asam mendiang tu.
moral of the story, do not eat 'asam t*ik idung' anymore. hahaha..bleh gitu?
:(
kalau tak, dapatla main dengan en. abam lagi untuk 1 malam. skang ni jadi 2 malam la aku tak jumpa dia... :( nak amek esok pon dah tak sempat sebab flight aku malam. nak tanak terpaksa tinggalkan lagi kat cikgu dia.
pagi tadi seblom kuar umah aku dah pesan kat dia suh behave masa kat umah cikgu. terkebil2 jer mata dia tengok aku dok cakap. macam la paham..hehh...saja aku pesan sebab cikgu dia pon cakap skang ni en. abam makin lasak! now you know. kui3...nak pakaikan diaper pon jenuh berperang tau. boys will be boys...
haih...camni la kan hidup seorang ibu 'tunggul'. i wonder how the single moms out there raise their children solely. tambah2 yang anak ramai. memang patut salute lah! dan aku patut bersyukur sebab ada bobo untuk bergantung harap...
anyway, tak sabar nak tunggu ari jumaat! wait for ummi yer en. abam busyukkk!!
Monday, October 12, 2009
Entry Yang Takder Makna
en. abam & mr. ronald
muka serius sambil naik kuda
tu jer entryku untuk hari ni. haha...takder makna, kan?
Thursday, October 8, 2009
Penantianku Berakhir
bagi orang lain mebbe it's not a big deal anak pandai pegang botol susu sendiri. but to me, it is. sebabnya, dah berbulan aku tunggu en. abam pegang sendiri botol masa nyusu. masa dia kecik aku ajar gak tapi dia taknak. still nak ummi yang pegangkan botol. nak bermanja kot. heheh...
semalam aku saja sua botol tu kat dia sebelum dia start nyusu. sebelum ni asal nak nyusu jer aku kena riba dia pastu tunggu la sampai dia abiskan susu. tengok2 semalam dia dah pandai sua puting botol tu sendiri ke mulut. aku pon lepaskan tangan. pastu dia trus nyusu sendiri. yay! dah berjaya!
masa bangun nyusu tengah malam semalam pon aku bagi dia pegang botol sendiri. biar dia prektis. tapi aku still monitor dia la. tu pon ada tumpah2 gak sebab dia nyusu sambil mengiring. hehe...
apa plak next accomplishment budak kici ni nanti yer? hmmm...sama2 kita nantikan ;D
Sunday, October 4, 2009
Testing
Tak Lama Jer Lagi...
aku & bobo plan nak celebrate besday aku & en. abam together gether. dia suh aku yang decide nak celebrate macamana. bagi aku, pegi vacation la bes, kan? dari beli kek dan prezen jer. hehe...tapi kalau leh prezen nak la jugak (dasar tomakninah nyer bini) ;p
mulanya aku teringin nak pegi vacation kat Avillion Resort, Port Dickson. ala, chalet yang leh nampak air laut dari lantai dia tu...pastu shower dia lak jenis open. bes, kan? tapi macam bahya pon ada. kang ada ikan skodeng. hehehe....
tapi disebabkan cuti bobo pon dah tinggal baper ari jer, so tukar plan lak. aku cakap pegi Penang jelah. tapi aku nak dok hotel yang aku suka yakni (yakni pulok) Hotel GrandPlaza Parkroyal kat Batu Feringghi. bilik hotel ni cantik sangat. modern kontemporari gitu...i loike....pastu food dia plak mabeles! buffet breakfast dia saja ada banyak sangat choices. sesuai untuk orang yang suka makan (aku la tu)...
semalam aku saja gugel Hard Rock Hotel yang baru bukak kat Penang. bes memang bes tapi mahal sangat lak. room rate untuk satu malam bilik dia leh dapat untuk 2 malam kat Parkroyal. tak bebaloi la...tapi kalau dapat singgah kedai merchandise dia ok gak, kan?
cuma ada satu masalah, date untuk pegi celebrate cum vacation ni kitorg lom decide lagi. sebabnya weekends dalam bulan November tersangatlah padat! 2nd & 3rd week ada kenduri kawin sepupu bobo. 4th week masa raya haji lak ada kenduri kawin sepupu dan sedara aku. nak pegi 1st week macam awal sangat pulok.
hmm...we'll see how. harap2 jadi la plan kitorg ni. i really need a vacation! cuti raya aritu kira lain yer...hehehe...
Wednesday, September 30, 2009
Exhausted
on sunday afternoon me and bobo brought adam to see a doc. he gave adam an antibiotic and a bottle of orange flavoured paracetamol. the usual medicines la kan...then bobo and my MIL went back to KL on the same night. so i have to take care of adam all alone.
later at that night, his fever has become higher. the temperature was about 39.5c. i was so terrified! dahla sorg2, anak demam panas lak :( i just wipe his head with a wet face towel to reduce the heat.
on monday morning, the day i should start to work after raya, adam's fever hasn't reduced. so i had to take an emergency leave to take care of him. on that day, his fever was on and off. kejap panas kejap kebah. but the good part is, adam was still active and cheerful when playing. but later in the evening towards the night, he became weak. nak memerap dan merengek jer...sometimes i can see him like 'meracau'! risau jer...the medicines doesn't seem to work for him. i didn't know how many hours i manage to sleep on these 2 nights. jaga anak sakit lagi penting at this time...merasalah jadi zombie time2 camni...zombie kampung pisang pon kalah tau...
on tuesday morning, his fever had reduced a bit. i thought maybe he's recovering and i sent him to his nursery. at 10ish am, his teacher called and told me that adam won't stop crying and his temperature has increased. it's been 4 days since he's down with high fever. on my mind, i just think that i need to bring adam to see a paed immediately.
later in the afternoon, me and my ex housemate (thanks a lot for accompanying me) brought adam to Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar. alhamdullillah our journey was ok. aku cuak gak coz lama gilos tak drive jauh2 ni...my skill is still there. haha..skill la kunun....bawak kete auto jer pon ;p
Dr. Guna, the paed at PMC checked adam. his temperature was 38.9c at that time. his throat has become white because of infection and his phlegm was plenty too. so adam was treated with a ubat cucuk montot to reduce his fever, nebulized and phlegm suction. he got 4 different types of medicines. phewww....all together his bill was rm100+. okla kan...then adam has to be nebulized 3 times for 3 consecutive days. ulang alik klinik la aku sampai esok. on friday afternoon we need to see Dr. Guna again for check up.
today, adam is getting better. the high fever has gone with the wind ;p. only left the stubborn phlegm. one more day to go! my mommy says 'dia nak boleh apa2 la kot sebab tu dia demam...' i hope it's time for walking. hehehe....today, my MIL has come all the way from Banting to see and take care of his one and only grandchild. tq mak! terasa beban ni separuh dah hilang...tu pasal la jugak aku dapat buat 2 entry sekaligus dalam 1 malam ni. huhuhu....
hmm...all the exhaustion was worth it when you see your healthy baby smiles and giggles happily, isn't it? have a speedy recovery yer adam....
it's time to sleep now. toodles!
Pelik bin Ajaib
nilah kucing kesayangan aku dan bobo. kitorg letak nama dia mary lou or fondly known as mary ;p mary ni nama asalnyer belle. kitorg adopt dia dari SPCA in Januari 2008. masa tu umur mary lebih kurang dalam 5 bulan. kitorg baru jer pindah ke Puchong masa tu. en. abam pon tak wujud lagi ;p
mary terberanak!
patutla masa aku balik Banting tu aku tengok dia gemuk semacam. yer2 jer aku ingat sebab dia makan banyak. tapi yang peliknyer dia nampak macam letih jer...asik2 nak duduk, asik2 nak tido. rupa2nya ada isi...iskkk....
tak ker pelik bin ajaib namanya tu? dulu vet cakap dia takleh beranak. tup2 kuar 2 ekoq trus. how kam bing? btw tu pic lama masa diorg kitten lagi. skang dah besar sket. nanti aku uploadkan latest pic diorg. comey gak macam mak diorg...heheh....
kena mintak balik rm150 dari SPCA la camnih..
p/s: ilang pulak spacing paragraf entry nih!
Friday, September 25, 2009
En. Abam @ 10 months old
he drinks not less than 6oz/180ml of milk nowadays. so i don't use his 4oz bottles anymore. i've also bought him Avent Magic Cup to teach him how to drink plain water by himself. ada la 2-3 kali sedut, pastu tanak dah. payah sungguh nak bagi minum plain water...
- he prefers thick solid food eg. homemade unblended porridge rather than Nestle porridge and liquidated rusks recently. he'll make this 'i wanna puke' look when i feed him liquid food. dah pandai memilih!
- dah pandai marah bila tak dapat something yang dia nak. he'll scream and merengek until he gets it. notty boy!
- he's practising to stand up without support/holding into anything. ada la dalam few seconds gak. bila berjaya berdiri mesti nak senyum2, pastu nak terduduk dah. hehehe....cepat2 jalan yer adam...
- he's independent when it comes to playing. pandai layan diri. takder orang layan pon takper asalkan ada toys. takder la nak memerap kat ummi & daddy dia jer...baguih2
- dah pandai cium2 muka orang bila nak bermanja. siap pegang lagi muka orang tu pastu dia akan cium berkali2 macam woody woodpecker ketuk batang pokok. ahahaha...
- gigi atas dah tumbuh tapi ada gap lak. ala2 Elton John & Madonna gitu. heheh...skang ni asik nak gigit orang jelah...
- his opah bought him a walker. mula2 naik tak pandai gerak lagi. skang ni jalan ke tepi macam ketam lak. ke depan lom terer btol2. heh...but i won't allow him to use the walker frequently as it would disturb his development for walking (source from What to Expect).
hmm...tu jer kot buat masa ni. kalau ada achievement lagi i'll update soon ;D
toodles!
Thursday, September 24, 2009
Raya!
2nd day raya adalah hari yang ditunggu2. heheh..sebabnya, hari tu aku, bobo & en. abam nak bertolak ke Penang. wheeee!! kitorg bertolak dari Banting kul 2.30pm. benti lunch jap kat R&R Sungai Buloh. pastu trus shoot ke Bukit Mertajam. ondawe tu smooth jer. tapi elok sampai kat Bukit Merah jam la pulok! sepanjang jalan ke Juru pastu slow jer...overall dekat 7 jam gakla travelling hour nak ke BM. lama gilos...itu la masa ondawe dari Perlis nak balik Banting kitorg dok gelakkan kete2 dari KL yang stuck dalam traffic jam di hiway PLUS. last2 kena batang idung sendiri. amek ko....
mak tengah potong besday kek dengan dani, anak cousinku ;D
Tuesday, September 15, 2009
Nak Raya Dah Ni!
bila check balik rupanya banyak lagi benda yang belum aku setelkan sebelum cuti raya. iskk...keje kat opis still melambak2. sampai put off mood raya aku jer ;p pastu pc opis lak dah arwah. skang ni aku terpaksa la guna laptop opis yang ala2 tukun tiruan gak tu. nasib..nasib...
anyway, jumaat lepas aku pegi la tailor kunun nak amek baju raya yang dah siap sepasang. sepasang lagi lambat sket siap sebab aku buat sulam kat tangan. understood la kan. dua tiga hari sebelum tu aku dah call dulu akak tailor tu nak kompomkan betul ker baju aku dah siap. dia cakap aah, dah siap. so, aku pon pegi la kedai dia dengan perasaan teruja sekali. sebelum pegi pon aku call dia lagi skali. dah sampai sana baru diorg nak cari baju aku. mula2 tu tak jumpa langsung baju aku waima kain perca dia pon ilek pocik. pastu diorg cari lagi dalam 5 minit baru jumpa kain. okeh, kain dah siap. baju lak? dekat 15 minit gakla diorg cari...rupa2nya dok ada dalam bakul kain yang belum siap kelim lagi. haduiiiiii.....buang masa jer aku tercongok tunggu diorg cari. potong stim btol la...last2 aku balik dengan tangan kosong jela...tapi sibaik gakla aku pegi check. kalau tak, ntah2 sampai ari raya haji pon takdan siap. haha...diorg janji minggu ni akan siap. of kos la kena siap! tak raya ahkak nanti tauuu...huwaaaa... :'(
pasal duit raya lak. aku dah tukarkan rm50 kepada duit singgit2. pastu siap amek sampul raya baru. dicampur pulak dengan baki duit raya singgit2 yang tak abis taun lepas, so berpuluh-puluh ringgit jugakla bajet duit raya untuk budak2 taun ni. untuk anak2 buah, bajet asing yer...takkan ler nak bagi singgit jer. hehh...tapi duit raya untuk diorg aku tak pegi tukar lagi nih. harap2 sempat la tukar sebelum nak cuti nanti. bank kat bawah opis pon payah nak pegi. hehe...
kue raya...semua dah dapat & ada yang dah tinggal separuh pon ;p hari2 aku dok makan masa sahur & berbuka. hahah...sukati jer..tapi memang aku beli untuk makan sendiri pon. mana la ada orang nak datang beraya umah aku nih ;p kalau ada aku goreng kopok jela memandangkan kue2 dah abis. hehe...
ouh, wiken lepas kitorg pegi shopping lagi di Alor Star (tak abih2). kali ni aku belikan bobo a pair of jeans as his birthday+anniversary gift. prezen 2 in 1 gitu...pastu dia beli tshirt raya selai. aku lak beli blouse raya. jeans macam tingin gak nak beli tapi nanti dulu la kot...tak urgent. tapi aku saja la try gak jeans sepasang. saiz dah decrease jadi 27" jer! yay!!! soka...soka...pastu en. abam pon dapat gift gak dari aku. aku belikan dia toys Fisher Price Snail Pail. heheh...ada 10% less. okla tu...baju dia aku tak beli dah. enuff!! (buat masa ni ;p)
pasni aku nak start packing lak untuk balik kampung. tahun ni beraya di Banting dulu, pastu baru balik Penang. banyaknyer benda nak dibawak balik termasukla ikan pekasam dalam peti es tu. hehehe....
oklah, nak standby depan tv dah. nak tengok Gossip Girl.
-xoxo-