Friday, August 5, 2011

Trip to Ireland - Part 2


ok, sambung entry pasal trip di Ireland. tapi kali ni citer masa di Athlone dan Galway pulak. eh sebelum tu, selamat berpuasa semua! aku sambut posa kali ni di KL. nanti story...

sebenarnya entry ni dah ada dalam draft dekat semggu lebih. well, being me...ada saja la aral yang melintang bila nak siapkan entry yang panjang sket. tambah2 yang ada banyak pics. eh, melalut pulak!

back to the topic. lepas stay 1 nite di London, aku bertolak ke Dublin untuk stay 1 nite jugak sementara tunggu kawan2 rombongan cik bedah yang lain sampai dari Msia.

kat Dublin aku stay di Premier Inn. bilik dia besar, beza sungguh dengan bilik hotel di London yang sekangkang kera tu. huhu...katil pon tinggi semacam. tengokla pic kat atas tu. kalau tergolek jatuh mau sengal gak badan kot ;p breakfast items kat sana pon bes2. i just love their pomegranate juice and tea. really refreshing!

malam tu kitorg dinner dengan orang embassy di Swai Restaurant yang terletak di tebing sungai Dublin. resto tu milik Msian Chinese yang dah 20 taun migrate ke Ireland. orangnya sangat humble dan down to earth. dia citer masa mula2 sampai Ireland, dia keje basuh pinggan jer kat resto tu. tapi sekarang ni dia dah ada 7 cawangan resto kat sana. such a successful story!




the food were awesome!! memang truly Msian taste la...isk, posa2 nih terliur lak tengok butter prawn tu ;p

the next day lepas kawan2 yang lain sampai, kitorg terus shoot ke Athlone untuk urusan rasmi kat sana. perjalanan dari Dublin ke Athlone ambil masa dekat 2 jam gakla. sepanjang perjalanan view lebih kurang sama jer. nampak rumput2, kuda, lembu, biri2. hehehe....pastu cuaca kejap panas, kejap ujan pastu panas balik dan gitulah seterusnya...memang unpredictable!


me @Athlone Inst. of Technology (AIT). kitorg organize conference kat sini la...

on 2nd day, kami dibawa lunch di Hodson Bay Hotel. kitorg naik bot dari Athlone untuk ke hotel ni...

kat bawah ni pemandangan di Athlone town. macam pekan Kangaq sket cuma lagi lawa jer. heheh....town dia sangat relax. tak busy dan takder jem sana sini.


muka pucat lesi sebab sejuttt!


posing ala2 tugu town Athlone. huhuhu...


kat depan Croi Oige (pelik tui nama) apartment, tempat kami menginap sepanjang di Athlone. sebelah tu ada kandang kuda. hari2 bau angin 'semerbak' hasil penyahtinjaan depa. hahaha!

habis conference adalah time yang ditunggu2! diorg bawak kami jalan2 ke Cliffs of Moher & Galway.

bawah ni adalah pemandangan sepanjang perjalanan ke CoM.

timmy time! timmy...it's timmy!


singgah breakfast jap di Kinvara. nice view....tapi sangat2 sejuttt!! mula2 aku makan kat bench mengadap bot2 ni. pastu takdan kejap terus lari masuk bas balik. heheh....




bukti dah sampai Ireland (poyo!)




comel jer kan pekan Kinvara ni. buildings dia pon comel2. me likey!


lepas makan, sambung semula journey ke CoM.

sepanjang perjalanan tu view ala2 wallpaper kat pc. cantik sangat! subhanallah...kagum dengan kebesaranNya...




bukit tu adalah limestone semulajadi....







ok dah sampai CoM. bukit yang dok nampak jauh kat hujung tu adalah Galway. tempat yang kami akan pegi lepas tu....


mhothair? spelling dekat2 mahathir lak ;p


souvenir shops di bawah tanah. masuk2 jer jumpa deret kedai ni dulu


the lembus yang gemuk2. rilek sungguh tengok depa ni. bahagianyer idup yer....



dah sampai atas. jenuh kontrol idung sebab semput!


the magnificent view of coM. ada burung2 dok terbang kat bawah tu...


the castle. kat situ pon ada souvenir shop tapi kecik sket.




tahan dinding takut runtuh ;p









selesai trip di CoM, kitorg gerak pula ke Galway untuk shopping la apa lagi. ngeeee... ;D







sedap gak sore mamat ni

kat sebelah depan tu ada taman kecik. ramai sungguh mat2 saleh dok terbaring terlungkup tengah sun bathing. padahal suhu kemain sejuttt! cuma ada terik matahari jela. well, that's summer in Ireland. tak sama la macam Msia yang tiap2 ari musim summer. tehehe....




lepas penat shopping kitorg terus gerak balik ke Athlone. dapat kejap jer shopping sebab kedai tutup awal aritu, kul 6pm. tak puas rasanya menginspect baju2 untuk adam kat Mothercare. huhuhu...kasut Clarks pon tak dapat jugak! mencik tau....

cakap pasal shopping, sepanjang kat Ireland kitorg asik shopping di Penneys jer sebab murah. hehhe....harga rasanya sesuai la dengan kualiti dia..beli jugakla 2-3 helai tshirt basahan untuk adam & bobo kat sana. untuk diri sendiri jer yillek! well, i told u so...(refer to my previous entry ;p).

ouh, that's about it! tamatlah sudah riwayat entry part 1 & 2 pasal trip to Ireland ;p

toodles!

2 comments:

Unknown said...

hebatla pekan kangaq! boleh disamakan dgn pekan athlone :D

una said...

kekta, yg sama tu tang tak berapa nak membangun ja ;p (marah org perlih satgi!)