Saturday, February 20, 2010

Berdating Dengan Bobo

hari selasa lepas aku & bobo keluar berdua jer untuk setelkan hal2 bank etc. adam kitorg tinggalkan dengan opah dia. hehe...dah lama betul tak dating berdua. slalunya bertiga jer kan. ni kira dating secara tak rasmi la ;p then aku ajak bobo singgah OU sebab nak pegi MPH beli buku What to Expect - The Toddler Years. my sis cakap kat MPH OU jer ada buku tu. hehe...bagus2...leh la aku 'menyelam sambil minum air' (if you know what i mean). dah alang2 sampai situ takkan nak beli buku jer kan...sempat aku menyinggah sana sini. dapat la aku belikan adam romper kat Mothercare. sian adam banyak romper dia dah ketat2. pastu singgah kat Clarks, berkenan lak kat 1 wedges new arrival tu. sibaik takder saiz. slamat duit makcik! haha...
on the way nak balik kitorg lalu dalam ENEOS sebab bobo nak bayar AEON dia. tup2 terjumpa fish spa ni. murahnya! kitorg memang dah lama teringin nak pegi fish spa. yer, kitorg tu termasuklah encik bobo. hehehe....pastu apa lagi, dia yang ajak aku pegi situ. aku pon on jelah sebab dah lama teringin kan.

pemilik blog yang sedang menahan geli. nampak tak signboard kat belakang tu? RM5 jer untuk 10 minit. kalau pegi kat branded fish spa macam Kenko 30 minit dalam RM30+ camtu. kolam kat sini cuma guna kolam plastik jer. boleh ker kalau kita bela spa fish sendiri kat umah eh? tiap2 hari leh bagi ikan sedut kulit mati kaki. berseri-seri kaki nanti. kui3....


cuba tengok ada tak ikan yang pengsan sebab sedut kulit mati kaki ku? huhuhu....spa fish ni ada macam2 saiz. kalau yang besar datang sedut, memang rasa kuat sikit suction dia. yang kecik2 tu rasa geli2 jer. hehe...



kakiku diserang! bes gak sebab kitorg berdua jer masa tu. so banyak la ikan2 yang datang sedut. tapi memang jenuhla aku & bobo menahan geli yang amat! tambah2 kalau ada yang sedut tapak kaki. kitorg asyik dok tergelak jer sebab geli ;p bobo konon2 taknak tengok bawah sebab nak tahan geli. heheh...yelah tu....tapi dah dekat nak abis time tu dah rasa ok sket. leh kontrol geli dah.
anyway, kalau ada peluang nak pegi lagi!

2 comments:

Adila said...

siyes murah rm5 for 10minutes. kalau lame2 takot tak tahan geli plak nnt,
cukup laa 10 mnt je..
teruja bce post k.una! nak pi try jugak laa kt OU ah.hehe

una said...

along, pegi la try nanti. murah kan? 10 minit pon cukup kot sebab takut tak tahan geli tu. hehee..