Friday, November 18, 2011

Preparation Birthday Party Adam

tinggal seminggu jer lagi birthday party adam. tapi rasanya preparation baru 50% kot? tskkk...

aku ada buat checklist untuk party. dah prepare sebulan yang lepas camtu. tapi awal2 tu cuma jot down here and there jela bila datang idea.

kalau ikutkan, ni 1st time kitorg nak organize party besar2an (besar bagi aku la ;p). birthday adam yang lepas2 tak buat party pon. aku cuma buatkan goodie bags bagi pada kawan2 taska dia. hehe...so checklist ni sangatlah penting so that takder item yang tertinggal. being me, aku memang suka buat checklist pon. sampaikan nak packing baju bila nak balik kampung pon aku buat checklist ;p

ni yang aku buat untuk party adam:


  1. Invitation list - lepas dah set date, kitorg mula list down saper dan berapa orang yang nak diinvite. aku bahagikan kepada 4 kategori: jiran, sedara-mara, cikgu taska & friends. penting untuk set bajet jugak nih. tapi sebenarnya aku pon taktau berapa exactly bajet kitorg buat masa nih! :-S

  2. Menu - yang ni kena tengok timing party dulu. we opted to do it from 2-7pm. so food selection pon kena la sesuai dengan time tu. nasi is a no-no sebab dah berat sangat. insyaallah we'll be serving bihun goreng, laksa, nasi impit & kuah kacang, nuggets & cocktails, mini pizza, kuih-muih 3 jenis, Waldorf salad, buah 1 jenis and of course birthday cake! kek aku order yang ada edible image gambar Thomas - adam's fav character. ehehe...and not forgetting a candies basket for the kids (jenuh rongak gigi budak2 tu nanti ;p)

  3. Goodie bag items - ada 6 semuanya: lollipops, crayons (sponsored by my sis, dell), crispies, balloons, jellies & kek Apollo. semua barang dah ada kecuali jellies & kek. ouh, btw goodie bags kali ni aku guna paperbag kaler putih pastu lekatkan dengan sticker gambar Thomas made by dell.

  4. Decorations - we have bought several packets of balloons and streamer from balloonbuzz masa balik KL aritu. hajat di hati teringin nak buat theme Thomas tapi bila cari party packs dia takder sangat. mickey, barney tu banyak gakla. metallic balloon Thomas memang ada tapi masalahnya kena guna helium. kat jitra ni nak cari kedai belon kat mana pon taktau. kalau masuk helium awal2 bukannya tahan lama sebab masa pegi beli tu sebulan yang lepas. jadinya amek yang biasa sudah ;p so, theme ada la Thomas sket2 sebab kat kek ada pic dia. huhuh....

  5. Serving table - memandangkan rumah kitorg cuma ada meja makan untuk 4 orang, so terpaksa la sewa meja sikit plus kerusi untuk tetamu. pastu beli paper plates, bowls, cups, fork & spoon, serviettes yang mencukupi. ouh, aku ada gak beli table cloth vynil kat Tesco aritu untuk lapik meja letak kek nanti. Not forgetting segala mala senduk, penyepit semua tu..yang ni plan nak pinjam kat makcik aku jer kot. hahhhaa...almaklumla dapur cook amatur bukannya ada semua barang ;p

  6. House preparation - ha, yang ni pon penting gak. disebabkan ramai sedara mara akan 'berkampung' di rumah aku, so stok bantal, toto, selimut pon kena la cukup. huhuhu....sebelum ni bukannya takder langsung extra bantal semua, cuma takder la banyak mana....pastu kena make sure setiap sudut bersih dari sebarang habuk. minggu ni dah kena start spring cleaning la jawabnya....'jadual kerja' untuk seminggu ni pon aku dah buatkan. hahaha....ciwi sungguh!

  7. Last but not least, make sure order dengan katerer semua tip top. ouh, tadi tak bagitau semua food aku order jer except nasi impit & kuah kacang. yang ni aku mintak me mommy buatkan. hehehe...aku plan nak buat Waldorf salad jer. mudah dan cepat! ;p

tu jer kot benda2 penting yang aku listdown untuk checklist party. kalau ada yang missing nanti aku update balik. piccas will be uploaded soon too. so, stay tuned! ;D

2 comments:

hakuko said...

yay!!! aiza pun buat theme thomas untuk akmal hakeem gak..peminat thomas dua2 beradik ni... :)

leh kita share2 idea kan...

una said...

aiza: yaka? kami bknla thomas sgt sbb susah nak cari party packs dia. nak buat sendiri maleh lak. huhuhu...lehla share idea ;D