Thursday, November 26, 2009

ADAM RAYYAN 1st BIRTHDAY!!




alhamdulillah....25th november 2009 is our little darling's 1st birthday! dah besar anak aku...hehehe...aku ingat lagi masa nak deliver adam setahun yang lepas. perasaan bercampur baur. antara excited, takut, letih, happy, blom ready, sakit, you named it, semua ada...tup2 dah setahun si kecik yang notty nih ;p




ni pic raya tahun lepas, adam masih dalam 'inkubator'. heheh...aku due lagi sebulan kot masa ni...



adam sehari lepas lahir. sian tengok tangan kecik2 dah kena cucuk IV tube. masa ni kulit dia merah lagi...bila tengok dia sihat & sempurna, semua sakit masa contraction tu sangat berbaloi..baloi....


masa ni dah encem sikit, nurse sikatkan rambut. eheheh...


adam on 2nd day...still blom discharge sebab aku c-sect. kena bungkus baek punya....

adam at 2 months old. dah pandai senyum...boolat abis!

masa 4 bulan...still boolat ;D daddy tengah mandikan adam atas meja makan tau masa ni. hehehe...

masa ni dah 6 bulan...kami bawak adam jenjalan di Perlis...



dah 7 bulan. baru pandai menyulur masa ni...control idung sket, adam....kui3...



10 days before his 1st birthday. gigi dah 8 batang, rambut still maintain cacak! (p/s: pic ulang tayang yer...hehehe)

on his birthday! ummi & daddy love you soooooo mucho! muacksss.... :-*


adam: 'ummi ni nak enterprem jer...this entry is about me, okeh?' ummi: 'ala, bagi can la kat ummi jap...'



hah, amek...penuh pics adam dalam entry kali ni..hehehe...last nite kitorg 1 family kuar celebrate besday adam kat Maicafe. yang tak senonohnya, ummi & daddy birthday boy yang melantak sakan. birthday boy nyer cuma minum susu dan makan roti sket2. aku la tersilap oder sup. ingatkan Spanish Chicken Soup tu macam sup ayam Campbell dalam tin tu...rupanya macam sup tomato...takleh la bagi adam makan sebab masam sket. last2 cubit2 la roti yang keras tu bagi adam makan...

balik jer umah, pakat pengsan awal sebab dah dekat kul 11. mata dah berat, perut takyah cakapla...kui3...besday kek yang aku beli petang tu pon dah tak larat nak makan..so, simpan makan arini jela. kek pon aku beli 2 slice jer...memang untuk ummi & daddy yang makan sendiri. muahahaha....

budak umur setahun dah pengsan dalam playground cum cot. encik doraemon & mr ulat tu bodyguard dia tiap2 malam ;p

so, that's how we celebrated adam's 1st ever birthday...

TO ADAM,

UMMI & DADDY DOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI...BELAJAR RAJIN2 TAU..BILA BESAR NANTI BOLEH JADI ASTRONOT MACAM DR. SHEIKH MUSZAPHAR. EHEHE....TAKYAHLA, JADI ANAK YANG SOLEH & MANUSIA YANG BERGUNA DI DUNIA & AKHIRAT, OK? WE ALL LOVE U SOOOO MUCH!

LOTS OF LUV,

UMMI & DADDY

p/s: kepanjangan entry kali ini adalah disebabkan oleh mood raya aji yang sedang melanda blogger. sebabnya, takder half day kat opis arini (alasan!) ;p

Tuesday, November 24, 2009

Goodie Bags Dah Siap!

the flower marshmallows

goodie bag & the items. kek hiro tu ganti kek besday la kiranya. hehehe...


okeh, dah siap 20 goodie bags untuk kawan2 en. abam for tomorrow's celebration!


Monday, November 23, 2009

It's Back!!

tiap2 kali bila dah nak dekat CNY, mesti aku tertunggu2 bila Prosperity Burger McD ni nak kuar. and guess what? it's available now!! hip..hip..hooray! ehehe...

ari sabtu baru ni kitorg sefamily pegi ke Star Parade, Aloq Staq. tak sangka lak rupanya McD dah start jual Prosperity Burger dia. bobo macam tau2 jer aku nak oder apa, then trus dia pegi beratur untuk oder without asking me what do i want. heheh...

aku ingat lagi hampir setahun yang lepas, masa tu tengah pantang, burger ni la aku dok makan sebab burger ni kan banyak black pepper. kira macam makanan masa pantang gakla. hehe...seminggu ada kot dalam 2 kali aku makan. kui3...cuma kali ni aku rasa burger tu macam terlebih pedas sket. ker sebab bawang dia yang terlebih? hehe...memandai jer aku nih ;p

anyway, to friends who are craving for this burger and their curly fries (nyum...nyum...), go get yours today! as for me, kena la tunggu balik kampung raya haji ni plak untuk beli lagi sebab Perlih takder McD. ehehhe...sabaq..sabaq....

(pic credit to mrgugel)

Saturday, November 21, 2009

BERJAYA!

tanggal 20 November 2009, en. abam dengan rasminya telah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BERJAYA BERJALAN!! yay!!
alhamdulillah....semalam tak disangka2 en. abam dah berani berjalan tanpa pegang apa2. lebih dari 5 steps lagi...sebelum2 ni cuma 2 steps jer pastu dia terjatuh. so far semalam la yang paling jauh dia berjalan. lepas percubaan pertama dia dok try lagi berjalan. kejap jatuh, bangun, jatuh lagi, bangun lagi...tak putus asa langsung. heheh...tapi aku lupa lak nak snap gambar dia. almaklumla, ummi & daddy yang excited terlebih dok bagi support..hehe.....

Thursday, November 19, 2009

My Latest Addiction


yup, it's Victoria Secret's Ultra Moisturizing Hand & Body Lotion. i chose Delicate Petals coz i really really love the delicate scent & the texture of the lotion. tak melekit langsung & the scent lasts long. plus it's pink!
anyway, skang dah takyah susah2 nak beli VS thru ebay atau online shop sebab kat KLIA dah ada! yang paling dekat jual produk2 VS ni cuma kat Singapore. ada variety lagi bau yang ada sampaikan taktau nak pilih yang mana (being me, nak pilih lotion pon mau berjam2...heheh). body mist pon ada tapi tak rasa nak beli lak. it's quite affordable too, rm40 for 200ml. ok la kan?
apa pon pasni mesti kulit aku makin lembut & wangis..heheheh....
p/s: eh, tadi aku cakap nak wat keje, ni dok merapu lagi..kui3....

Unsangkarable...

ingat tak dalam entry yang lepas2 aku bagitau yang aku outstation ke Melaka? aku ke sana untuk attend Kursus Penyeliaan Berkesan & Memahami Psikologi Organisasi (panjang sungguh nama kursus nih) kat MITC Hotel...

overall training ni sangat enjoyable! 1st day tu cuak jugak bila tengok muka peserta2 lain sebab tak kenal lagi...diorg datang dari macam2 organization. ada yang keje nurse trainer, kurator muzium, pegawai keselamatan & doktor pon ada! yang tak besnya cuma satu jer, bilik hotel cam hampeh! taraf hotel Ban Cheong bak kata kawan aku. orang Perlih jer yang tau hotel ni...ehehe...

niway, to cut the story short ;p ada la satu sesi ni kitorg kena lukis muka masing2 dalam A4 paper. iskk...aku ni dahla 'kerastangan'. huduh gilos lukisan aku. haha...tak kisahla, yang penting spek aku sama shape. kui3...

pastu lukisan tu kena distribute among semua peserta dan kitorg kena tulis attribute kawan kita kat belakang paper tu. kira macam 1st impression kita pada seseorang la..lepas dapat balik lukisan sendiri, aku pon baca la apa yang kawan2 lain tulis. dalam ramai2 tu ada dua orang jer komen aku 'pendiam', tapi ada gak orang tulis aku 'peramah'. ahahaha....jarang sangat orang cakap aku peramah. pendiam tu memang sokmo ler orang cakap walaupun sebenarnya takla pendiam mana pon..heheh...

ada macam2 lagi la komen diorg...dan yang paling tak tahan (malu jer nak citer ;">), ada yang tulis 'dah kawin ker?', 'hai cantikla awak, bagi la no tipon...brapa?'. ahahahahaha! bila aku baca tu nak gelak besar rasanya...tak sangka lak aku still nampak macam orang bujang. maksudnya nampak muda la, kan? hehe...bes2...and btw that's not even an attribute! tu soklan cepumas namanyer...sorry yer, but i'm taken. heh...

dalam kursus tu gak kitorg belajar pasal temperament staf termasukla bos2. temperament manusia ni boleh dikategorikan dalam 4 kaler iaitu emas, oren, biru & hijau. lebih kurang macam api, angin, air & tanah la...pasan tak yang kebanyakan big2 boss dalam sesuatu organisasi tu kaler emas which is api. orang kaler emas ni extrovert, determined & kurang sensitif. sebab tu kot ada pesen bos2 yang sedap2 jer fire staf dalam miting tapi luar miting macam takder pape berlaku. heheh....contoh jer yer...tiada kena mengena di antara orang idup atau mati ;p

banyak lagilah benda yang aku belajar dari kursus tu. masa last day, kitorg dapat sorang sekotak biskut as a token of appreciation selain sijil penyertaan. hehehe....tak penah2 aku attend kursus yang bagi biskut untuk peserta bawa balik.

oklah, nak sambung buat keje lak...

tata for now!

Tuesday, November 17, 2009

Budak Motak Yang Macho

playin' with his truck


posing jap. macho tak, ummi?



adam showing his choppers ;D


p/s: baru pasan dah lama tak upload pic adam dalam blog. pic2 ni diambil semata2 untuk update. heheh...



Saturday, November 14, 2009

En. Abam @ 11 months

i've been saving this entry for 2 days already. no ideas for intro, so here goes (malas mode):


  1. can stand still without holding onto anything for a longer period (more than 20 secs). baru2 ni dia try jalan ke depan dalam 2 steps, pastu jatuh. what an achievement! chaiyok! chaiyok!
  2. currently he's been 'ceri beri' (my cute term for diarrheoa ;p) regularly in every single day! maybe its time to switch the milk or maybe it's because of something else. malas nak bawak jumpa doc lagi coz he seems normal, active and healthy. takder merengek2 sebab sakit perut pon. but i still have to monitor him..
  3. he loves to watch tv especially during azan and selawat Asma Ul Husna in Astro Oasis. drama2 pon dia tengok gak. hehe...ni mesti turun prangai ummi dia yang 'hantu tv' ;p kadang2 dia siap berdiri depan kabinet tv sebab nak tengok lebih dekat. jangan rosak mata nanti udahler...
  4. his nursery teacher told me that en. abam is the most kuat makan baby in the nursery! ahahahhaa!!! see the macho body la teacher...btw ada trophy tak untuk category ni? ehehee...
  5. dah pandai 'memberi'. contohnya, kalau dia tengah pegang toys, bila aku mintak, dia akan hulur bagi kat aku. hehe...hopefully esok besar tak jadi 'kupik' la..
  6. gigi dah ada 8 batang! antu gigi bak kata bobo. hehe...
  7. suka crawl sambil angkat kaki tinggi2. macam menonggek2 gitu. apa punya pesen daaa....
  8. dah pandai marah bila tak dapat something yang dia nak. wahh...such a drama king!
  9. he loves to see our wedding pics. tersengih2 jer bila tengok frame gambar kitorg tu. hehehe...
  10. he can wave bye2 now. tapi ikut mood dia. hehh...
  11. last but not least, berat dah 8.9kg. tinggi tak ukur la plak ;p

that's all i can think of. banyak jugak yer achievements budak kecik nih...berkat susu banyak DHA kot. ahahahah....memandai jer aku nih.

speaking of susu, me & bobo have planned to switch his milk when he's 1 year old because of several reasons. but let us just keep the reasons to ourselves. but anyway, my option for the time being will be Nespray 1+. ala, yang iklan dia Dato' Sheila Majid tu...i've compared the DHA content with another brand - Dumex Dugro ker Dupro tah and the latter contains lesser DHA than Nespray. price wise has not much difference. beza dalam sen2 jer..hmm...we'll see how...ada lagi masa untuk buat comparison. lagi pon stok susu Promil Gold dia pon ada 4 kotak lagi. bobo cakap kalau nak bagi cepat abis, jual jer dalam mudah.com.my. haha...susu pon nak jual dalam mudah pokcik nih ;p

oklah, nak rest jap coz tonite i'll be flying to KL for tomorrow's meeting. tq to en. abam's teacher for letting him stays with you once again tonite...baik ati sungguh cikgu taska nih ;D

adios...

Ideas for Birthday Goodie Bag

it's saturday afternoon and i'm blogging from my office sweet office. heh...dah malas nak ngadap keje sebenarnya, so baik aku update blog yang dah nak bersawang balik nih ;p

en. abam cuks tu dah pon 11 bulan setengah....11 ari jer lagi dah nak setahun! ayayay! aku still tak plan betul2 nak bubuh apa dalam goodie bag dia. yup, aku plan nak bagi goodie bag jer untuk kawan2 dia kat taska sebab aku tak buat party/kenduri. goodie bag pon jadilaa...

i'm thinking of putting these into the bags:
  1. a slice of cake (butter/choc/marble)
  2. a box of crayon (4 or 8 pieces)
  3. a packet of marshmallows/biskut icing
  4. wafers or chocolates

ok la kot....hehehe....no specific theme or whatsoever. asalkan barang2 tu senang nak cari. btw thanks to marryme for sponsoring the crayons (eh, kira sponsor ka?). tehehe....

sesaper yang ada ideas lagi untuk goodie bags share2 la yer...

tata!

Monday, November 9, 2009

My Belated Birthday

skang dah pukul 11.06 pm. walaupun dah kantok, aku gagahkan jua mata ini untuk celik sebab nak update blog yang dah bersawang mawang nih atas permintaan Mrs F (bukan nama sebenar, u know who u are ;p). bukan taknak update, cuma takder masa...almaklumla...muka wanted...kejap miting sana...kejap bengkel sini...kejap miting lagi kat sinun...haihhh....

ekceli aku baru jer menyambut besdayku yang ke 21 tahun (perahsantan!) pada 1st November yang lalu. there's no special celebration, tapi apa yang penting hari tu aku dapat celebrate bersama2 dengan my two heroes...macam last year, aku celebrate besday cum baby shower (kunun2 la) dengan ex-hosmet. it was fun tho...diorg beria2 nak surprisekan aku...siap beli kek & prezen. hehe..thanks guys....i really appreciate it...

for this year, aku telah mengprezenkan diri sendiri dengan this 'baby'.....jeng..jeng...jengg.....


isn't she's cute? ;D

ni semua gara2 karnival brukben haritu la....aku memang pantang sket tengok benda2 in pink nih...pastu kat karnival tu ternampak la netbook ni....1st day usha2 dulu. 2nd day (on my birthday) saja jer pegi lagi karnival tu. walaupun tak plan secara serius nak beli, tapi aku standby gakla cash. kalau ada lagi, leh la beli, kalau takder, takper....tapi dalam hati dok doa mintak2 la takder orang beli lagi. heheh....

pastu tengok2 si comel ni ada lagi...trus sambar la jawabnyer...heheheh....bobo plak dok cucuk aku 'beli jelahh....' memang lagi soka ler makcik! kui3....pastu as a besday prezen, bobo belikan aku beg untuk si comel ni. kaler pink gak. siap dengan fan usb pon kaler pink. ahahaha....girlie abessss....

malamnyer, bobo belikan lauk dinner yang bes2 kunun untuk celebrate besday aku. hehhe...mulanya dia kata nak masak tapi bahan mentah aper pon tadak. so semalam dia tunaikan janji untuk masakkan aku lauk spesel resepi dia sendiri. kitorang bagi nama lauk 2 in 1. sebabnya ada 2 jenis item dalam satu lauk tu. heheh...kreatip jugak cik abe nih. rasa dia aku leh bagi thumbs up sebab sedap....sesaper nak resipi leh mintak kat bobo yer...cas murah jer. heheh...

ok lah, it's 11.30 pm right now and it's time for my beauty sleep (gelinyer ayat ;p).

toodles!