Tuesday, April 30, 2013

Pool & Steak Day

2 minggu sudah bawak adam mandi kolam kat Puncak Mutiara, Kg. Pelet. rm5 jer sorang, mandi la sampai jadi kismis (read: kecut). tapi aku tak mandi pon. jadi pemerhati jer. 

kolam ni betul2 sebelah rumah (err...mansion to be exact!) tokey restoran tu. tapi dibuka untuk rakyat marhaen gak ;p.

masa kami pi sana takder orang pon. kami 3 branak jer. so, apa lagi...bobo & adam buat kolam tu macam depa yang punya la! kih3...

pelampung tu dia pakai dari rumah tak bukak2 sampai ke kolam T___T

pose tonggek kena ada

kolam dia saiz medium. tak besar, tak kecik. just nice ;D

mat ghenyih

father & son bonding time


kat situ takder guard so kena hati2 la bila mandi. mana la tau kot jadi apa2...nauzubillah...

depa mandi around sejam dari kul 11.30 pagi - 12.30 tengahari. bak kata orang utara  - tengah ghembang! (r kena exaggerate sket ;p). jenuh ahkak dok tahan panas bawah payung tunggu depa *lap peluh*.


adam took this pic. muka ahkak sembab gilos sebab tidoq lewat layan running man malam sebelum ;p


dah abis mandi salin baju semua, kami lunch kat situ gak. bobo rekemen tenderloin steak sebab dia makan aritu sedap gila katanya. ok lah, why not?

sibaik memang sedap bagai dikata cuma a bit masin daging dia. tapi overall sedap! tak sia2 aku tunggu depa mandi kolam sambil berpanas-panasan. dapat la makan steak. hahaha...


love!

till then. toodles! (closing anti-climax sungguh! ;p)

Friday, April 26, 2013

Asal Usul Solat

jom baca pasal asal usul solat ;D


SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
 Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
 
Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua
:- 
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga
:- 
Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:- 
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:- 
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:- 
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga
:- 
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:- 
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
 Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:- 
Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:- 
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:- 
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:- 
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:- 
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:- 
Dukacita terhadap anak Firaun.
 
 

Thursday, April 25, 2013

Lemon Infused Panfried Dory

amboi nama resipi gah sangat. kih3...
sebenarnya panfried dory ajala tapi olive oil di'infuse'kan sikit dengan jus lemon hence the name ;D

dah 2 kali aku masak dory ni. jadi fav dinner lak untuk kami 3 branak. not a healthy dinner tho sebab mashed potato tu very the creamy. hehe...

walaupun aku tak terer masak, saja la nak share resipi ni sebab senang banget. so this recipe is strictly for 'kitchen virgin' jer okes? ;p


Bahan2 (untuk 2 1/2 orang makan. 1/2 tu portion adam. hahaha...)

2 dory fillets (aku beli kat tesco saja) - aku share jer 1 fillet dengan adam
1/2 biji lemon
Tepung gandum
Butter
4 biji kentang saiz sederhana
1 ulas bawang besar/bawang bombay (yang tak tengik)
100ml susu (i used low fat) - ni aku agak2 jer bp ml. asalkan dapat tenggelamkan bawang2 nanti..
1 sudu besar (heaps) Parmesan cheese
Oregano
Baby carrots & broccoli
Cherry tomatoes
Salt & coarse black pepper

Cara2:

1. Dab ikan untuk keringkan air dia dengan kitchen roll.
2. Marinate/season ikan dengan salt & coarse black pepper.
3. Biarkan sebentar.

sambung buat mashed potato plak. heee...




Cara2:



1. Rebus kentang dalam air bergaram sampai empuk dan lenyekkan.
2. Hiris bawang dan tumis bersama sedikit butter.
3. Bila bawang dah lembut, masukkan susu.
4. Tutup api bila susu dah mendidih.
5. Masukkan susu berbawang (lawak plak term ni ;p) dalam kentang tadi dan lenyekkan semula hingga sebati.
6. Masukkan sedikit butter, parmesan cheese dan dash oregano & lenyek lagi sampai tangan lenguh ;p. 
7. Salt & pepper to taste. tadaa...mashed potato dah siap! ;D


prepare veges:

1. Potong broccoli kecik2
2. Blanch dalam air bergaram bersama baby carrots.
3. Tos veges dan masukkan dalam air berais untuk hentikan proses masak. vege akan tetap crunchy kalau buat macam ni. 
4. Sebelum hidang, tos semula dan perasakan dengan salt & pepper with a dash of oregano.

ok, time to cook the fish!



Cara2:

1. Coat ikan rata2 dengan tepung gandum. 
2. Panaskan grill pan (api sederhana panas) dan masukkan sedikit olive oil.
3. Perah lemon ke dalam pan tapi jangan sampai habis. Make sure biji dah diasingkan.
4. Bila minyak dah panas goreng ikan hingga masak (dalam 8-10 minit sebelah ikan).
5. Bila alih ikan perah baki lemon tadi.
6. Masukkan cherry tomatoes (2 in 1. eheee...) - ni optional. tapi bobo suka yang digrill sikit.

ok, dah siap! ;D


nilah ghoper ikan dory nyer bila dah siap.
letak a dollop of tartar sauce (beli readymate sudah!) atas ikan & dah boleh makan ;D



kalau suka pedas tabur sket cayenne atau chilli powder atas ikan dan mashed potato tu. 

selamat mencuba!

Wednesday, April 24, 2013

A Funfair Visit

aku sendiri dah tak ingat bila last pegi funfair. rasanya ada kot berpuluh tahun dulu (dan2 rasa ahkak dah kertu!!). seingat aku last masa pegi Pesta Penang (version funfair besar sikit. hehe...) kot zaman kecik dulu. masa tu masih duduk di Batu Uban. masa tu kami jalan kaki jer pegi pesta. hehe...lepas pindah langsung tak pegi dah kot sampailah sekarang.

baru2 ni dekat kawasan rumah kami ada funfair. in fact sampai sekarang pon semua rides & carousels masih ada di situ cuma tak sure depa masih operate ker tak malam2 (ahkak jarang keluar malam so tak perasan la ;p).

kat Jitra dulu pon ada funfair lebih kurang macam ni tapi tak penah pegi pon. memandangkan adam dah besar sikit sekarang ni boleh la bawak dia this time ;D


tak besar mana pon funfair ni so hampir semua rides kami naik. hahaha...

mula2 kami ride train dulu. naik pening aku sebab asyik pusing ber'round2' dalam circle. dahlah enjin bising! nak cakap apa pon takleh. tskkk...


lepas tu kami naik ferris wheel. gayat gila walaupun tak tinggi mana. tapi adam cool ja. makpak plak yang over ;p


yang tak tahan nak tergelak sebab bobo lagi gayat kalah aku! dia first time naik ferris wheel ni. sian laki ahkak. hahahaa...

muka cuak! kih3...

ada lagi satu ride kami naik ala2 train jugak. berpusing2 dalam circle. dahla laju so memang takleh nak amek pics langsung masa naik tu. hahah! turun2 jer pening lagi (faktor umur maybe?) ;p

pastu bobo bawak adam naik bumper car. aku dah tak kuasa (penin tak sudah) so jadi pemerhati jelah. 


gigih tikam kunun nak menang bear tu. huh!

kat situ ada tempat main tikam2 gak. tikam pilah camna pon mesti dapat hadiah. tapi...depa pandai trick. tayang hadiah semua teddy bear besaq2. padahal takder sorang visitor pon aku nampak menang atau dok usung bear2 tu. semua dapat hadiah cikai2 jer termasuklah kami. cisss...hahaha...

overall ada kot dalam 7 ketui toys kami dapat. semua made in china & cepat lingkup ;p 

yang tak bleh blah dapat seketui sikat yang leh vibrate. tak berani aku nak guna. kih3...

one of the toys yang kami dapat. robot joget bak kata adam ;p

apapun we had fun that night. sebab jenuh gelakkan bobo yang gayat naik ferris wheel. unsangkarable btoi! hahahaha...(tabaek gelakkan laki sendiri tapi nak gelak jugak ;p)


till then! 

toodles!

Friday, April 19, 2013

12 Barisan Manusia...Menuju Ke Akhirat

untuk renungan kita semua...

Barisan pertama: Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T: "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia maupun di akhirat". 

Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku (yg menunjukkan kekuasaan Ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka". 

Barisan ke-2: Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah: "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk." 

Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu. 

Barisan ke-3: Diiringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking: "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka. 

Barisan ke-4: Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut: "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yg halal. 

Barisan ke-5: Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai. ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar. 

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. 

Barisan ke-6: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. 

Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran. 

Barisan ke-8: Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka". 

Barisan ke-9Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. 

Barisan ke-10: Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-11: Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-12: Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. 

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T" 

Thursday, April 18, 2013

Yay! Nok Kelik Kapung


we've been contemplating this several months ago.
family aku pon dok tanya bila nak balik KL?
kitorg tak balik since raya hari tu. sedisss...
tapi aku ada gak balik kejap in Oct sebab kebetulan kena attend meeting kat Putrajaya.
aku sorang jelah. itupun just for 1 nite. sedisss lagi.

asal airasia buat sale laju2 jer aku bukak cari tiket balik KL.
elok dah aku plan tarikh semua tup2 bobo lak takleh nak decide.
masalah orang belum confirm kerja gitu la. cuti sikit kekdahnya!
at last tutup balik website airasia tu. *nanges*

tapi setiap kesabaran ada ganjarannya. cewahh...
bak kata omputih 'every cloud has its silver lining'.
end of last month bobo bagitau dia dah confirm!
alhamdulillah...lehla kami sambung plan cuti balik 'bandar' :D
alang2 dah lama tak balik, kami sambung cuti lama sikit.
time undi plak tu.
bolehla bobo undi kat kampung dia. we'll see....

so tiket ni berjaya dibeli masa airasia buat sale rm29 aritu.
rm29 la sangat!
all in all total ticket price untuk kami 3 beranak is nearly rm500. *money flew*
$_$ 

takpolah sekali sekala bawak adam naik kapai terbang.
bobo pon cakap malas nak drive sebab jauh. WHATTT?
masa dok Kangaq dulu lagi jauh kot.
ni dah dok Kulim pon jauh lagi?
betullah kata Tun Mahathir - Melayu mudah lupa.
kih3...

ouh yer, cakap pasal adam.
he's all excited.

adam: 'bila kita nak naik kapai terbang ni?'
me: 'lagi 2 minggu jer'
'adam: iskk...lambatnya nak naik kapai terbang!' 
(as if dia tau 2 minggu tu lama mana ;p)

adam: 'boleh tak adam bawak mainan naik kapai terbang?'
me: 'boleh, tapi bawak satu jer'
adam: 'ok, adam nak bawak whale ni lah!'
referring to his fav toy plastic whale.

'adam takut la nanti kapai terbang bunyi kuat'. awwww....

tiap2 hari dia tanya bila nak naik kapai terbang without fail!
sian btoi anak aku. hehehe...
yelah, dulu masa naik flite dia kecik taktau apa lagi.
now dia dah besar panjang mestilah teruja kan.

memandangkan dia 'quite active' (as in suka lari sana sini), hari2 jugak aku pesan kat dia...

'kat airport nanti adam takleh lari2 tau. nanti polis marah'
'adam takleh bising2 tau nanti polis marah' 
(walaupun sebenarnya ummi dia yang akan jadi singa jadian, bukan cik polis ;p)

kena pyscho siap2 so that dia akan behave. 
harap2 menjadi la ;p

niway, me can't wait to balik 'bandar' either! tehehe...

KL aku datang!!

Monday, April 15, 2013

Sakae Sushi Time!

edited

kali ni kitorg try sushi kat Sakae Sushi lak. first time try so agak jakun. harharhar...

menu dia guna ipad yang di'instal' di setiap meja. canggih btoi. nak order pon main tekan2 jer. cuma kena hati2 kalau anak main tekan tup2 terorder macam2. heheh...

kalau nak tengok buku menu pon boleh...tapi waiter cuma datang meja amek order air jer. senang la keja depa ;p

hot water tap pon di 'instal' di tiap2 meja. kalau nak tambah air senang takyah panggil waiter dah. 





sementara tunggu order sampai, kitorg amek dulu sushi dari kaiten. lapaq sangat! huhu...




adam mesti nak amek salmon roe sushi. habis licin 2 ketui tu dia makan. cayalah adam!




aku & bobo pilih 2 jenis sushi ni...taktau nama apa tapi dua2 sedap gila!!

harga sepiring ikut kaler piring tu. yang paling mahal piring kaler biru kalau tak silap ;p




bobo order set 'Sakae'. ada salmon, scallops, breaded chicken, kuah kari, miso sup, chawanmushi & nasik.


adam nak makan dalam 'shinkansen' so dia pilih set ni. semua kids menu ada vitagen sebotol.




ni aku punya. set 'Haru'. memang haru nak habiskan sebab banyak! hahaha...
set ni ada chicken & salmon teriyaki. setappppp... *droolsss* sebelum tu ingat nak order sashimi tapi salmon habis lak. next time jelah...





bobo's fav - chuka idako atau dalam bahasa mudah, sotong. kih3...dia kata sedap tapi aku tak rasa pon. perut dah sengkak!



ni contoh menu yang aku snap dari ipad tu. kalau nak order tap jer kat pic tu. easy peasy.





overall kitorg rasa Sakae lagi sedap dari Sushi King walaupun pricewise mahal sikit tapi sangat berbaloi dengan food dia yang yummeh tu ;D

kalau pergi lagi lepas ni nak try unagi dia lak. ecehh...dah siap plan gitu! ;p

till then. 

toodles!

Friday, April 12, 2013

Happy 4th Anniversary Dear Blog!

dah 4 tahun rupanya aku berblogging walaupun entry macam cipsmore ;p

15 april 2013 genaplah 4 tahun blog mrsbobo ni wujud di dunia blogger. kalau manusia dah leh hantar pi tadika. eh.

hopefully this blog will remain until errr...bila2 lah! heee...taktau nak cakap apo ekceli ;p

btw, tengkiu kengkawan readers yang masih setia membaca mrsbobo! 

nah kapkek ;D


Thursday, April 11, 2013

Spageti Goreng Kicap Lada Hitam


baru2 ni aku goreng spageti kicap lada hitam. dah lama tak buat. huhu...
bagi aku, kalau makaroni lagi sedap goreng macam goreng mee tu tapi spageti lagi best kalau goreng kicap camni. hehe...

nah amek resipi:

Bahan2:

Spageti - rebus al dante macam biasa 
Brocolli dan cauliflower - blanched dulu 
Ketulan ayam/daging/seafood (ikut selera masing2)
Bawang besar & bawang putih - chopped
Kicap pekat 
Kicap manis
Lada hitam yang ditumbuk/beli siap2 crushed black pepper lagi sonang
Sedikit gula
Garam to taste

berapa sudu kicap tu agak2 jela yer sebab aku pon main bubuh jer. no sukat2. hiks!

Cara2:


  1. tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau. 
  2. masukkan ayam/daging/seafood sehingga masak.
  3. masukkan kicap2 dan bahan2 perasa (kalau masuk kemudian nanti ayam/daging/seafood jadi tawar lak).
  4. bila kicap dah mendidih masukkan spageti dan gaul rata.
  5. finally masukkan sayur2an yang telah diblanched dan tabur lada hitam. kalau suka pedas tabur lebih sket ;p
  6. gaul sebati & siap untuk dimakan ;D
kalau nak improvise boleh masuk hirisan tomato & shitake mushroom. sure lagi mabeles!



p/s: bobo puji sedap spageti ni :D tapi apa pon aku masak semua dia puji kot. hahahaha...


ok, selamat mencuba yer!

till then.

toodles!


Friday, April 5, 2013

Sunnah Hari Jumaat

please click for larger view

Salam Jumaat!

me kebizian sikit minggu ni hence the lack of updates. 

apa pon jom kita amalkan sunat hari jumaat :D

toodles!