Thursday, April 18, 2013

Yay! Nok Kelik Kapung


we've been contemplating this several months ago.
family aku pon dok tanya bila nak balik KL?
kitorg tak balik since raya hari tu. sedisss...
tapi aku ada gak balik kejap in Oct sebab kebetulan kena attend meeting kat Putrajaya.
aku sorang jelah. itupun just for 1 nite. sedisss lagi.

asal airasia buat sale laju2 jer aku bukak cari tiket balik KL.
elok dah aku plan tarikh semua tup2 bobo lak takleh nak decide.
masalah orang belum confirm kerja gitu la. cuti sikit kekdahnya!
at last tutup balik website airasia tu. *nanges*

tapi setiap kesabaran ada ganjarannya. cewahh...
bak kata omputih 'every cloud has its silver lining'.
end of last month bobo bagitau dia dah confirm!
alhamdulillah...lehla kami sambung plan cuti balik 'bandar' :D
alang2 dah lama tak balik, kami sambung cuti lama sikit.
time undi plak tu.
bolehla bobo undi kat kampung dia. we'll see....

so tiket ni berjaya dibeli masa airasia buat sale rm29 aritu.
rm29 la sangat!
all in all total ticket price untuk kami 3 beranak is nearly rm500. *money flew*
$_$ 

takpolah sekali sekala bawak adam naik kapai terbang.
bobo pon cakap malas nak drive sebab jauh. WHATTT?
masa dok Kangaq dulu lagi jauh kot.
ni dah dok Kulim pon jauh lagi?
betullah kata Tun Mahathir - Melayu mudah lupa.
kih3...

ouh yer, cakap pasal adam.
he's all excited.

adam: 'bila kita nak naik kapai terbang ni?'
me: 'lagi 2 minggu jer'
'adam: iskk...lambatnya nak naik kapai terbang!' 
(as if dia tau 2 minggu tu lama mana ;p)

adam: 'boleh tak adam bawak mainan naik kapai terbang?'
me: 'boleh, tapi bawak satu jer'
adam: 'ok, adam nak bawak whale ni lah!'
referring to his fav toy plastic whale.

'adam takut la nanti kapai terbang bunyi kuat'. awwww....

tiap2 hari dia tanya bila nak naik kapai terbang without fail!
sian btoi anak aku. hehehe...
yelah, dulu masa naik flite dia kecik taktau apa lagi.
now dia dah besar panjang mestilah teruja kan.

memandangkan dia 'quite active' (as in suka lari sana sini), hari2 jugak aku pesan kat dia...

'kat airport nanti adam takleh lari2 tau. nanti polis marah'
'adam takleh bising2 tau nanti polis marah' 
(walaupun sebenarnya ummi dia yang akan jadi singa jadian, bukan cik polis ;p)

kena pyscho siap2 so that dia akan behave. 
harap2 menjadi la ;p

niway, me can't wait to balik 'bandar' either! tehehe...

KL aku datang!!

2 comments:

mrs plain-june said...

welkam hom!

una said...

kekta: hehe..red bebet jadi no... ;p