untuk renungan kita semua...
Barisan pertama: Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T: "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku (yg menunjukkan kekuasaan Ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2: Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah: "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3: Diiringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking: "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4: Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut: "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5: Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai. ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8: Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9: Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10: Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11: Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12: Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
No comments:
Post a Comment