fuhh...dah seminggu lebih aku tak buat entry baru. almaklumla..bz dengan perpindahan...alhamdulillah semua dah selesai. skang ni aku kembali bersiaran dari peghelih la...
keje - aku dah mula keje balik ari Rabu aritu. welkam bek to meself! masuk2 bilik opis tengok atas meja...fuhh..penuh dengan surat, paperwork, borang2 yang aku kena amek tindakan. nampak gaya tak sempat nak 'honeymoon' kejap la camni ;p
pindah - cuma tinggal sket2 kotak yang aku belum bukak. aku puas ati sangat dengan rumah sewa skang ni. semua ruang ada tiles. senang nak mop & sapu. bilik air pon bersih. cuma pressure air tak baper kuat untuk aku guna water heater. tak kisahlah, mandi kolah pon bukannya sejuk sangat. warm jer...btw cuaca kat perlis skang ni not as what i expected la. nak kata panas sangat tak jugak. ada certain time jela. apa pon aku dah siap pasang aircond kat bilik aku sebagai preparation di hari panas. sebabnya panas kat negeri ni lain macam sket (jangan mare yer orang perlis). heheh...
adam - aku hantar ke nursery. nama nursery tu Taska Jannatul Firdaus. fees dia cuma RM180 sebulan. sangat2 murah compared to nursery di Penang atau KL. yang lagi bes, nursery ni tulun buatkan homemade meals untuk babies. so aku takyahla nak siapkan meal untuk adam. diorg siap ada jadual aktiviti untuk babies. aku tengok aritu salah satu aktivitinyer ialah membunyikan loceng. eheheh..kiut jer...pastu tiap2 babies akan diberi satu buku untuk parents tanda checklist barang2 yang perlu dibawa. kat seblah bawah buku lak pengasuh akan tulis apa meal anak kita untuk hari tu, macamana perkembangan anak, berapa kali dia minum susu & berapa jam anak kita tidur. all these for only RM180 a month! hanya terdapat di perlis saja yer...negeri lain aku tatau la ;p adam pon ok dok kat sana. asik sengih2 pengasuh dia cakap. heheh...sibaik la dia jenis yang nak kat sesaper jer. ker 'stranger anxiety' dia yang belum develop lagi eh?
bobo - kitorg terpaksa lagi berPJJ buat sekian kalinya...what to do...skang ni kena cari jalan lain la pulak camner nak dapat duduk skali...amin....
me - serba sikit rasa lega sebab dah tak payah tempuh jem tiap2 hari masa duk kat KL dulu. heheh...skang ni 15 minit dah sampai opis. itupun dah termasuk masa hantar adam kat nursery dia. yang penting skang ni aku kena adjust la episod baru dalam hidup aku ni. almaklumla, kat sini aku jadi ibu tunggul. bobo cuma leh datang seminggu atau 2 minggu sekali jer. alhamdulillah semalam aku start jaga adam sorang2. dia memang tak banyak karenah. lepas kenyang & bersih, dia akan leka main2 sendiri atau tengok PHDC. pastu dia akan terlelap sendiri kalau ngantuk sangat. good boy....
3 comments:
haaa.. una, ko mesti tgk Pocoyo or My Fren Tigger and Pooh! hahahaha... darling kenit aku tu kalu tgk Pocoyo dia leh ketawa sowang2, patu MFT&P tu lak dia ske dengan lagunya.. goyang2 la dia.
jauhnye skrg~
tp nurseri tu mmg terbaik la! dah la murah gile! ;D
maya: semua citer la dia tgk. tp gitu2 jer sebab sambil main dengan toys. tp aku suka dibo. hehehe...
jie: aah..jauh sgt ;D rezeki kat sini...mmg lega gak tp nursery camtu. kalau kat kl ader tak camni eh?
Post a Comment