Friday, July 17, 2009

What I Like About Perlis



haha...title tak bleh blah! sebenarnya aku nak wat list the pros and cons living in the most northern state nih. sebab orang slalu tanya 'eh, tak boring ker duk kat sana? bukan ada apa pon', 'apa u buat time weekend kat sana?' dan soklan yang paling bes 'kau boleh idup eh kat Perlis tu. kalau aku sure mati kutu'.

if u wanna know, yes. i still survived after a good 7+ years living here (walaupun sini takder McD ;p) ok, lemme list down the pros:

No Traffic Jam: aku tak suka tempat yang sesak & menyesakkan kepala. but when it comes to shopping it's different story, okeh? sebab yang tu 'ter'paksa. haha...what i mean sesak here is more to traffic jams & crowded places without no specific reason. contohnya macam kat KL. 24/7 traffic jam. orang KL ni tak tido kah? misteri sungguh...traffic jam in Perlis? time cuti panjang jer kot. macam time nak raya, etc. itupon takla teruk mana...boleh diterima akal lagi. heheh...

Makanan Sedap & Murah: this is my favourite point (point pon ada fav). Untuk orang yang berselera kampung (macam aku) memang banyak sangat choices kat Perlis ni. Antaranya kedai Pokok Sawa, Sri Mongkol, Anjung Keli & Suri Corner. trust me, you won't regret. hehe...kedai ikan bakar kat Kuala Perlis pon banyak yang bes dan murah2.

Pleasant Panorama: kat sini tak pesat membangun sangat so banyak lagi la flora & fauna yang wujud. fauna tu termasukla biawak, kucing & anjing yang tetiba melintas jalan. hehehe...yang paling cantik ialah sawah bendang yang nampak macam karpet bila dah masak hijau. such a pleasant view!

Affordable Facial: hehe...yang ni memang tak bleh dapat di negeri2 lain. affordable facial memang la banyak but what i meant here is Clarins Facial. bukan facial kat pusat2 spa kampung tau....at only RM100 i get almost 2 hours of thorough facial using Clarins product inclusive hand, shoulder & neck massage. very soothing and relaxing...kalau di Clarins Institute yang kat departmental store tu harganya RM198 for only 1 hour. itupun without eye treatment. pricey, kan? what's more interesting is that i get 10% off for purchasing Clarins product. kalau beli kat KLIA pon less 5% jer kot..

Jarak: skang ni aku nakpi opis amek masa 20 minit jer. itu pon dah termasuk masa hantar adam kat nursery dia. without any toll. just imagine how much i can save for petrol & toll or LRT. meaning, dok Perlis memang boleh save some money. hehehe...

Low Crime Rate: kat Perlis ni memang jarang gakla dengar kejadian jenayah. abah aku citer dulu2 ada jail tapi pastu ditutup. sebabnya, takder orang jahat yang nak dijailkan. hehehe...hopefully selamat & sejahtera la penduduk Perlis ni yer...


the cons pulak:

Susu & Diapers Mahal: masa kat KL aku dok beli susu (Promil Gold) adam kat kedai sensei. harga memang murah compared to beli kat hypermart atau mini market. kat sini harganya dlm 3-5 ringgit lebih dari kat KL. agak mahal la. diapers pon sama. aku tak jumpa lagi kedai yang jual diapers (adam pakai Drypers untuk siang & Mamy Poko untuk malam) murah. kena pegi survey lagi nih..

No shopping malls: yang ada cuma The Store. hehe...aku tak kisah sangat sebab dok balik KL & slalu outstation. time balik/outstation tu apa lagi, pulun la pegi sukat shopping malls yang ada ;p point ni sebenarnya ada kebaikannya jugak ;p. paham2 jela yer...

hmm...aku cuma dapat 2 points jer untuk cons. rasanya tu jer kot. so, takderla teruk sangat tinggal jauh2 ni kan? insya Allah kalau takder aral, sampai pencen la aku keje kat sini...

(pic credit to Mr Gugel)

4 comments:

Hadramie said...

Memang benar pun tidak ada penjara di Perlis sekarang. Tapi Jalan Penjara masih wujud di depan sekolah Derma yang bersimpang dengan Jalan Sekolah Derma. Tapak penjara dulu sekarang dijadikan pejabat JKR. Bestkan tinggal di Perlis yang low cost of living & low crime rate nih?

haku ko said...

kak husna..i must say, im very impressed. MOST of my friend wud give me the same questions.."hang buleh na idup kat sana..boring aku..takdak shopping complex..bla bla" i must ask those peeps to read this particular post. :)

una said...

abah: memang bes... ;p

aiza: haha..this is based on my personal point of view. org lain mebbe fikir lain kot. tapi ok apa duk kat perlis, kan? kan? btw ada satu point tertinggal - dekat jer nakpi langkawi. hehehhh...

Wan said...

lebih suka soping di padang besaq dari midveley. serius