Friday, April 24, 2009

Musim sakit gigi kah?

ekceli dah lama aku simpan post ni dalam draf. takder masa lak nak post sebab minggu lepas aku cam bz sket ;p

kul 12pm ari kamis camtu bobo kol aku. dia mintak aku balik umah awal sebab nak suh aku bawak dia pegi dentist. dia dah tak tahan sakit gigi. so aku pon balik la...then sampai umah dalam kul 1.45pm. lepas solat trus kuar balik. tapi aku suh bobo drive (orang sakit kena bawak kete seniri. hehehe..) sebab maleh. bleh gitu? pas lunch trus shoot pegi kinik dentist kat puchong perdana. kinik tu tak accept kedit kad la pulok. bobo tak bawak cash banyak sebab ingat nak guna kad insurans ING dia. tapi kinik tu bukan panel ING lak. parking lak dah bayar 5 kupang. aku pon ajakla bobo pi kedai dvd haram kat situ...sempat la aku rembat 4 dvd - shopaholic, p.s. i love you, fast & furious 4 & ong bak 2 (ni bobo yang nak, aku tak baper minat citer ganaz2)

dahtu kitorg pegi la cari dentist kat bandar puteri puchong lak. rasanya abis semua kinik kitorg masuk kot. tapi ada saja yang tak kena. kinik yang accept kedit kad dah fully booked, yang tak full tak accept kad..macam2 lagi lah. yang paling aku nyampos skali masa kat KPMC. aku tengok kat luar ada signboard tulih kinik pergigian. so kitorg pon masuk la situ. skali tanya kat meja registration rupa-rupanya dah takder pon kinik gigi kat situ. yang menyakitkan hati sorang mamat gomok ni jawab siap gelak2 kat kitorg. dia cakap 'kan dah takder signboard kinik gigi kat luar tu..' takder signboard your skull!! kalau takder signboard, takderla kitorg terhegeh2 nak masuk situ. ngoks betullaa...bobo tak jawab aper pon kat dia balik sebab dah maleh layan. orang tengah sakit la katakan..muka aku memang dah mencuka masa tu. takleh kontrol. ikutkan ati rasa nak sound si gomok tu 'takleh ker jawab elok2, nak gelak2 pesal lak?' mana la kitorg tau kan. ingat hari2 ker pi KPMC tu. dah kuar dari situ aku pi cek balik kot2 aku yang salah tengok signboard. tapi mata aku ni bukan buta yer...rabun jer...memang sah ada signboard kinik gigi kat situ. cuma kat wording dia ada la jurai2 cellotape yang dah reput. kunun2 nak cover bagitau kinik gigi dah tak wujud la tu. tak profesional langsung!

pehtu kitorg pon patah balik kat 1st kinik. phewww...sibaik la takyah cabut lagi gigi bobo. dentist cuma bagi ubat untuk bagi ilang rasa sakit. in a few days lepas dah ok baru pegi cabut plak. so takder la kena bayar mahal ;p aku beria2 bawak novel kunun2 nak baca masa tunggu bobo cabut gigi. hehh..takdan 5 minit dah siap semua.

balik umah mak aku tepon bgtau dia pon sakit gigi gak. pehtu rupanya abg ipar aku pon sakit gigi gak. iskkk...macam musim sakit gigi la pulok. apa pon memang sakit gigi merupakan sakit yang paling sakit, kan? ouh, btw, bulan ni COLGATE anjurkan KEMPEN BULAN KESIHATAN MULUT. ada beratus2 kinik gigi offer free dental check up. so sesaper yang tanak sakit gigi lehla pegi kinik2 yang participate dalam kempen ni sementara bulan mei belum menjengah ;D

2 comments:

mrs plain-june said...

bila bobo nk kena cabut gigi tu? poksyed tgh menghitung hari.. dia dok seriau sbb dia bukan kena cabut.. tp kena belah gusi mcm akak dulu.. sbb geraham bongsu tumbuh melintang. akak lg dok bg dia ketaq.. sakit woo.. lg sakit drp beranak! hahaha..

una said...

dia kata nakpi cabut bulan depan lak. mau sakit balik tara nak tggu tu. hehe..iskk..seriaunya nak kena belah gusi!