Friday, April 17, 2009

Baby oh baby - The sequel

ok, sambung balik citer lepas bersalin. ehehhe..1st day sepanjang hari aku tak dapat jumpa adam. dia kena tahan kat nicu sebab dah lemas kot. so aku lepak2 jelah kat wad. sedara mara yang datang melawat semua kena pegi tengok adam kat nicu. aku yang tak tengok2 anak sendiri sebab takleh bangun dari katil. efek epidural blom hilang betul2 lagi. aku tengok pic adam yang bobo tangkap dalam hp jelah..uii..montel jugak baby aku ni..pipi bolat! rupa taktau la macam saper sebab bengkak lagi..


jadinyer 2nd day la baru dapat jumpa dia..nurse tolakkan cot dia masuk bilik aku. 1st time tengok dia rasa berdebar2 sgt. mcm tak pecaya budak kenit nilah yang dok tendang2 aku dalam perut dulu..tup2 dah ada kat luar perut ;p alhamdulillah he's progressing well..pastu dr fatimah datang untuk cek aku. aku sebenarnya still weak masa tu sebab takleh makan lagi. tambah pulak baru lepas demam. dia pon tak jadi la nak buang dressing aku lagi. pastu diorg bukak tiub epidural dengan cathether aku...then bermulalah episod yang mengerikan..

ilang2 jer efek bius, huihhh..it hurts like hell....doc suh aku turun katil n jalan2 untuk bagi cepat sembuh luka operate. bayangkan, nak turun katil-jalan pegi toilet yang jauhnyer belakang kepala katil-jalan pegi katil semula yang jaraknya sekangkang kera tu pon amek masa 1 jam! ouchhhh...sibaikla bobo ada sepanjang masa dok jaga aku dan papah aku. dia pon mandi kat wad gak. memang tak balik umah langsung. haa..ni citer lawak. disebabkan katil tu agak tinggi, bobo lak tido atas toto kat lantai. nak dijadikan citer aku memang takleh tido langsung lepas bersalin sebab rasa angin dalam perut. 2nd nite masa pagi2 buta aku rasa tak selesa sangat perut ni. aku koling2 bobo (yang masa tu tengah sedap tido berdengkur) dia tak dengar lak. aku dah tak tahan. tengok tepi katil ada charger hp. apa lagi..trus aku capai n baling kat bobo (ganazzz gilos). baru la dia terjaga n tolong amekkan minyak angin untuk aku. eheheh..sori yer abg..bukan disengajakan.. ;p 3rd nite tu baru aku tukar charger hp dengan sekor teddy bear yang lembut dan kecik. ehehheehe...moral of the story, sediakan teddy bear sebelum hujan..

3rd day i'm getting better. aku belasah gak makan nasik sket walaupun depa tak bagi aku makan lagi. lapaq la wehhh..tak larat nak makan benda lembik2 jer tau..pastu dr fatimah datang cek, dia cakap aku dahleh discaj esok. yippiee!! tak sabar nak balik. iv adam pon dah dibukak. cian dia..dahla tangan kecik kenot (pinjam word kakak insyirah-cousin adam).

4th day aku pon balik la umah dengan bobo & adam. lengkaplah kami sebagai satu family..syukur alhamdulillah..bermulalah episod berpantang kat umah mertua lak..

-THE END-


2 comments:

Hadramie said...

tambah la lagi pic adam bucuk tukbah tu

una said...

aa coming soon..heheh