
Tuesday, May 10, 2011
Dia Mai Dah....

Monday, May 9, 2011
Don't Make My Blood Go Upstairs!
ceritanya begini....
rumah sewa kitorg dulu di Perlis tuannya koperasi X (bukan nama sebenar ;p). tapi aku deal dengan sekretari koperasi a.k.a. penjaga rumah sewa tu jelah, the so called pakcik. kitorg kena bayar deposit dulu 3 bulan sewa. that's fine. masa nak masuk rumah pon macam2 kitorg repair sendiri dan bayar sendiri kat repairman.
lepas dah keluar dari rumah tu, terus ada penyewa lain masuk. memang aku tak nafikan ada lagi benda yang kena repair. bukannya kitorg taknak repair dulu. dah panggil repairman tu sampai sudah dia tak datang2. masa awal2 jer rajin datang. lepas tu berkali2 jugakla panggil tapi tak datang2. sampai berapa kali nak panggil kan? so eventually dah sampai masa kitorg pon nak pindah keluar.
aku fikir sebab dulu masa kitorg baru masuk pon banyak benda yang kena repair dan bayar sendiri. so penyewa baru pon kena la repair apa yang patut macam kami dulu. but i was wrong! si pakcik ni meeting dengan ahli2 koperasi dia aritu. pastu diorg decide kami penyewa lama yang kena repair semua2 tu. total repair is RM365! gilo tak banyak tu!! so leburla hampir half duit deposit kami!
yang paling menyakitkan hati, sampaikan tali jamban pon kitorg yang kena ganti balik. padahal masa kitorg masuk memang dah takder tali tu!! whaddaaaaa h***!!!!!!!! memang ahkak marah tul bila tengok resit repairing items tu. kalau nak suruh kitorg bayar lampu porch yang memang dah lama tak menyala tu takper lagi. ni tali jamban yang memang kitorg pon tak penah nampak! kalau takder tali tu bukannya takleh flush pon! yennadei btoi!
bila diorg nak bagi cek refund deposit, memang aku cerita habis pasal tak kepuasan hati aku kat kakak2 admin koperasi tu. diorg bagitau masa meeting sesama lembaga pengarah diorg tak masuk. pakcik tu jer masuk. so diorg tak tahu menahu apa2 la.
kebetulan nama aku diorg print silap kat cek tu. so aku cakap mintak diorg revise dan consider balik pasal query aku tu. tulunla, kalau nak potong upah repair lampu ker longkang sumbat (yang dah berapa kali repair tu) takper lagi, kitorg faham. ni benda yang tak berkaitan pon nak potong dari duit deposit memang tak patut la kan.
bukan apa, sebenarnya ada jer perjanjian sewa yang aku kena sign. tapi rasanya diorg sendiri tak faham gamaknya isi perjanjian tu. aku ingat lagi dalam perjanjian tu ada mention pasal sebarang kerosakan yang disebabkan oleh 'worn-out', adalah di bawah tanggungjawab tuan rumah, yakni koperasi. kalau kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, tanggungjawab untuk repair di bawah penyewa. make sense, right?
last friday pakcik tu call aku balik bagitau cek dah siap. bila aku tanya berapa, dia jawab sama jelah macam hari tu. lepas tu dia tanya aku balik kenapa aku query pasal diorg potong kos repair2 tu. siap cakap Rm300+ bukannya banyak mana pon. eiiii....menyirap ros terus bila dengar dia cakap camtu. aku taktau la kan kot2 hang orang paling kaya dalam negeri ni. tapi janganla ingat semua orang banyak duit macam hang!
bila dah menyirap tu aku cakap la 'kalau koperasi amek duit kami, memang kami tak halal la'. pastu dia terus meninggi suara dengan aku cakap 'ooo! kalau camtu kami pon tak halal la hgpa duduk rumah tu dulu. dahla kami tak penaik sewa sepanjang hgpa dok situ!' hahahahaa!!! cam lawak pon ada. tak penaik sewa? sapa suruh kan? that's your problem anyway! lepas tu dia membebel apa tah lagi dengan high volume. sorry to say pakcik. you don't have my respect anymore! aku cakap elok2 dengan nada biasa, dia nak melenting lak. pap! terus aku cut off the line. puas hati aku!
serabut kepala fikir pasal benda ni sepanjang weekend. sampai terfikir nak amek loyer pon ada (hahahaha!! poyo lak). bobo nasihat terima jelah berapa yang diorg nak bayar balik. biar kat akhirat esok diorg kena pembalasan sebab kita tak berkat duit tu. adui...awatla laki ahkak baik sesangat lak nih! yang bini lak ala2 dah nak lipat lengan baju! dun mess wit me gitu! huhuh...
pagi ni kakak admin koperasi call aku bagitau suruh amek cek. sibaik bukan pakcik dot..dot..dot..tu yang call. rasanya dia pon sure bengang dengan aku pasal insiden aritu. you deserved it! jangan ingat kami muda2 tak tau apa hak kami! kakak tu bagitau diorg dah alter balik jumlah refund deposit tu. segala makneka repairing items tu diorg dah potong balik. Alhamdulillah kalau betul diorg dah ubah. selagi aku tak amek cek tu, selagi tu aku takmo percaya. huhuhu....kakak tu pon siap bagitau kalau nak datang amek cek, datang awal2 pagi sebab petang pakcik tu ada kat opis. hahahahahaaa!!!! confirm dah kecoh kat koperasi pasal kes aku. takpelah, yang penting kami dapat balik hak kami by hook or by crook!
to that pakcik, ingat2 sikit pakcik pon ada anak baya2 kami. what goes around comes around!
Friday, April 29, 2011
Bobo's Birthday Celebration
layan pics jelah yer. petang2 sepi'e' gini mata pon dah kuyu bila ngadap pc. pics juga adalah tidak mengikut turutan kejadian sebenar ;p (maleh tahap dewa tapi nak update jugak nilah padahnya ;p)
ini budak sudah pandai mintak eskrem
Sedap Jugak Egg Tart KFC Nih!
tart ni aku tapau kat KFC Alamanda 2 hari lepas. aku pegi meeting di Putrajaya. disebabkan meeting abis awal, apa lagi, ke Alamanda la jawabnya ;D nak pegi airport pon bosan lak menunggu sebab flight lambat lagi. aku & member UMT berdua jer time tu. sibaik gak ada kawan teman tawaf ;p dekat 4 jam kot kitorg kat sana. amek ko meronda sampai lebam! dahla aku siap usung trolley bag. kat sana takder tempat simpan bag lak. huhuh...macam lari dari rumah pon ada. tapi lari dengan ayunya sebab berbaju kurung. muahahah...
aku beli 4 ketui jer tart ni. sorang 2 ketui untuk aku & bobo. jadi la kan? tapi malam sampai umah tu aku makan seketui jer. seketui lagi makan keesokan hari share dengan adam ;D
luaran yang tak menggambarkan dalaman. huhuh...
kepada tokey2 KFC, sila la jual di seblah utara gak yer. pis!
Wednesday, April 13, 2011
My Favourite Things
one of my favourite things are my facial products. i've been using Clarins since 2007. masa tu saja nak try test facial kat centre dia. 1st time jadi 2nd, 3rd and the rest is history ;D kiranya dari zaman bujang sampai dah ber-anak aku setia lagi dengan facial di situ. hehe...
these are the products that i just bought. sebenarnya beli moisturizer White Plus HP tu jer (i just love it!). yang lagi 3 items tu free gifts! ehhee...tulah yang membuatkan aku suka beli/guna Clarins ni. the aesthetician tak pernah paksa kita beli barang2 dia. pastu kalau beli mesti ada jer free gifts and points. dah kumpul points banyak2, dapat tukar products lak. tu yang bagusnya. tapi aku sebenarnya ada gakla certain time tukar guna brand lain (kantoiii.. ;p). tapi at the end mesti cari Clarins balik ;D
ouh, niat entry ni saja nak share pasal barang kegemaran aku. takder idea nak story mory sebenarnya. hahah!
p/s: no, i didn't get any commission from Clarins hokeh? ;p
Projek Mencantas 'Rambutan'
setelah beberapa purnama, kitorg decide nak potong balik rambut adam. mulanya ingat nak bagi panjang lagi dengan harapan nanti rambut jatuh ke bawah la. tapi makin panjang, makin mencacak lak jadinya. hahaha! so terpaksa la cantas terus....
so ane muthu, here we come!
after a while....tadaaa!!
tiada lagi rambutan, yang tinggal hanyalah budak hensem macam umminyer. kui3....
ada macam justin bieber tak rambut cek? ;p
Tuesday, April 12, 2011
Blog Bersawang Untuk Kesekian Kalinya
anyway, i have to admit, penyakit 'M' mrsbobo memang susah nak baik. memang takder ubat pon ;p blog dah bersawang2 sampai leh bukak rumah hantu kat funfair dah kekdahnya!
sepanjang penyepian dari arena blogging, tak banyak perkara yang berlaku. there have been ups and downs but mostly downs i think (sentimentel lak ;p). takpelah, every cloud has a silver lining, kan? apa pun baru2 ni aku dah dapat tahu result PTK yang amek masa bulan 12 last year secara tak rasmi. surat rasmi belum dapat lagi but i just hope for the best! taknak percaya selagi belum dapat surat rasmi. kalau over confident keluar result lain rasa disappointed lak. huhuhu....
oklah, next entry is coming soon to your nearest pc monitor!
p/s: my MIL is here. rasa segan lak nak tengok Glee malam ni ;p