Monday, May 9, 2011

Don't Make My Blood Go Upstairs!

hari ni kembali bersiaran setelah beberapa hari tenet di opis tergendala disebabkan oleh kebakaran di ict. seriously! tapi sekarang, hati aku lak yang 'terbakar'. seriously! puncanya: sorang pakcik koperasi di negeri indah nan permai lagi mempesona ni. grrrrrrrrrrrrr!!

ceritanya begini....

rumah sewa kitorg dulu di Perlis tuannya koperasi X (bukan nama sebenar ;p). tapi aku deal dengan sekretari koperasi a.k.a. penjaga rumah sewa tu jelah, the so called pakcik. kitorg kena bayar deposit dulu 3 bulan sewa. that's fine. masa nak masuk rumah pon macam2 kitorg repair sendiri dan bayar sendiri kat repairman.

lepas dah keluar dari rumah tu, terus ada penyewa lain masuk. memang aku tak nafikan ada lagi benda yang kena repair. bukannya kitorg taknak repair dulu. dah panggil repairman tu sampai sudah dia tak datang2. masa awal2 jer rajin datang. lepas tu berkali2 jugakla panggil tapi tak datang2. sampai berapa kali nak panggil kan? so eventually dah sampai masa kitorg pon nak pindah keluar.

aku fikir sebab dulu masa kitorg baru masuk pon banyak benda yang kena repair dan bayar sendiri. so penyewa baru pon kena la repair apa yang patut macam kami dulu. but i was wrong! si pakcik ni meeting dengan ahli2 koperasi dia aritu. pastu diorg decide kami penyewa lama yang kena repair semua2 tu. total repair is RM365! gilo tak banyak tu!! so leburla hampir half duit deposit kami!

yang paling menyakitkan hati, sampaikan tali jamban pon kitorg yang kena ganti balik. padahal masa kitorg masuk memang dah takder tali tu!! whaddaaaaa h***!!!!!!!! memang ahkak marah tul bila tengok resit repairing items tu. kalau nak suruh kitorg bayar lampu porch yang memang dah lama tak menyala tu takper lagi. ni tali jamban yang memang kitorg pon tak penah nampak! kalau takder tali tu bukannya takleh flush pon! yennadei btoi!

bila diorg nak bagi cek refund deposit, memang aku cerita habis pasal tak kepuasan hati aku kat kakak2 admin koperasi tu. diorg bagitau masa meeting sesama lembaga pengarah diorg tak masuk. pakcik tu jer masuk. so diorg tak tahu menahu apa2 la.

kebetulan nama aku diorg print silap kat cek tu. so aku cakap mintak diorg revise dan consider balik pasal query aku tu. tulunla, kalau nak potong upah repair lampu ker longkang sumbat (yang dah berapa kali repair tu) takper lagi, kitorg faham. ni benda yang tak berkaitan pon nak potong dari duit deposit memang tak patut la kan.

bukan apa, sebenarnya ada jer perjanjian sewa yang aku kena sign. tapi rasanya diorg sendiri tak faham gamaknya isi perjanjian tu. aku ingat lagi dalam perjanjian tu ada mention pasal sebarang kerosakan yang disebabkan oleh 'worn-out', adalah di bawah tanggungjawab tuan rumah, yakni koperasi. kalau kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, tanggungjawab untuk repair di bawah penyewa. make sense, right?

last friday pakcik tu call aku balik bagitau cek dah siap. bila aku tanya berapa, dia jawab sama jelah macam hari tu. lepas tu dia tanya aku balik kenapa aku query pasal diorg potong kos repair2 tu. siap cakap Rm300+ bukannya banyak mana pon. eiiii....menyirap ros terus bila dengar dia cakap camtu. aku taktau la kan kot2 hang orang paling kaya dalam negeri ni. tapi janganla ingat semua orang banyak duit macam hang!

bila dah menyirap tu aku cakap la 'kalau koperasi amek duit kami, memang kami tak halal la'. pastu dia terus meninggi suara dengan aku cakap 'ooo! kalau camtu kami pon tak halal la hgpa duduk rumah tu dulu. dahla kami tak penaik sewa sepanjang hgpa dok situ!' hahahahaa!!! cam lawak pon ada. tak penaik sewa? sapa suruh kan? that's your problem anyway! lepas tu dia membebel apa tah lagi dengan high volume. sorry to say pakcik. you don't have my respect anymore! aku cakap elok2 dengan nada biasa, dia nak melenting lak. pap! terus aku cut off the line. puas hati aku!

serabut kepala fikir pasal benda ni sepanjang weekend. sampai terfikir nak amek loyer pon ada (hahahaha!! poyo lak). bobo nasihat terima jelah berapa yang diorg nak bayar balik. biar kat akhirat esok diorg kena pembalasan sebab kita tak berkat duit tu. adui...awatla laki ahkak baik sesangat lak nih! yang bini lak ala2 dah nak lipat lengan baju! dun mess wit me gitu! huhuh...


pagi ni kakak admin koperasi call aku bagitau suruh amek cek. sibaik bukan pakcik dot..dot..dot..tu yang call. rasanya dia pon sure bengang dengan aku pasal insiden aritu. you deserved it! jangan ingat kami muda2 tak tau apa hak kami! kakak tu bagitau diorg dah alter balik jumlah refund deposit tu. segala makneka repairing items tu diorg dah potong balik. Alhamdulillah kalau betul diorg dah ubah. selagi aku tak amek cek tu, selagi tu aku takmo percaya. huhuhu....kakak tu pon siap bagitau kalau nak datang amek cek, datang awal2 pagi sebab petang pakcik tu ada kat opis. hahahahahaaa!!!! confirm dah kecoh kat koperasi pasal kes aku. takpelah, yang penting kami dapat balik hak kami by hook or by crook!


to that pakcik, ingat2 sikit pakcik pon ada anak baya2 kami. what goes around comes around!


5 comments:

aQueen said...

wooo..woooo...marah banget lo.. takpa2...duit dh dpt balik kan.. pi belanja pakcik tu makan kt Bora Ombak peh.. heheh..:))

mrs plain-june said...

fuh..fuh.. bahangnya terasa sampai melawati.. kalau pakcik tu ada kat depan mau dia pun hangus :p

maya al-Qibty said...

huhu..mmg ur blood go upstairs lah..caiyok caiyok :p

una said...

melia: drpd blanja dia baik blanja hg. kan? kan? ;p

kekta: muahahaha...rentung habih!

maya: now oredi go downstairs ;p

cekhos said...

ckp kat pakcik tu.. kalau RM300 tu tak banyak mana pasai pa pakcik charge jgak? patut pakcik halalkan jo lah.