Sunday, July 15, 2012

London Revisited - Day 4 & 5 (The Final Days)

this is the final entry on my london trip. sangat panjang yer...sesaper yang rajin baca bertabahlah! huhuhu.....

26 mei 2012 - day 4

hari terakhir untuk menikmati keindahan kota london (cewah!), kitorg tour habis-habisan london attractions. rasanya takder satu pon yang tertinggal kot. huhuh...hari tu aku pinjam pakai baju ja sebab dah kehabisan stok baju nipis ;p

tak macam di paris, kat london kitorg tak naik hoho bus. semua pakai 'gps' dalam kepala dell. hahah! and of course kitorg ronda naik turun tube & bas jer sampai oyster card pun kena top up. sekali lagi, kaki ni rasa macam nak tercabut. ntah berapa km kitorg menapak. layak masuk marathon dah rasanya. final day punya pasal so kenalah buat derk jer kan? chaiyok!!

kitorg pakai slipar jugak hari tu with plasters on standby. kampung sungguh! hahahaa...

aku dah tak berapa ingat tapi rasanya pagi tu kitorg terus naik tube turun tower hill dari bayswater. nak jadi cerita, masa tube dah sampai si dell dok asyik ngadap hp dia. orang pulak agak ramai. tup2 dia tak dapat naik. aku & ja jer naik. mujur la sebelum tu dah diskas nak turun mana semua. huhuh...

dalam tren. berdua lebih baik. kui3...

boleh tahan jauh jugak journey nak ke tower hill. dalam 25 minit camtu. kat situ ada tower of london & tower bridge yang orang selalu confuse ingat london bridge.

kat belakang tu la tower of london

sementara tunggu dell sampai, kitorg duduk jap kat viewing platform sebelah tube station ni. tempat ni tinggi sikit, kena panjat tangga. so view dia memang clear la...

kat atas lantai viewing platform

lepas dell sampai kitorg terus sambung perjalanan ke tower bridge.

pagi lagi pun dah panas gila!

natang2 ni dibuat daripada dawai2 jer. kreatif!

err..sebenarnya aku dah tak berapa ingat hari tu kitorg naik turun tube apa, jalan ke mana dulu. tapi aku akan rangkum la semua tempat yang kitorg pegi hari tu. camno nak jadi tourist guide (tak bertauliah) nih?! tehehe....

ok, bila dah jalan ke depan sikit dari tower of london, dah nampak river thames. kat situ pun dah boleh nampak tower bridge. wuuu....my dream has come true! dah nampak nilah baru rasa lengkap trip ke london. kah3....
no, that is not london bridge! it's tower bridge people! (dengan nada eksen. kih3...)

the UFO has landed! ;p yang bulat tu london's city hall. macam DBKL la kot.


tah apa nama building ni ;p
dalam perjalanan nak melintas tower bridge


pemandangan river thames

selepas melintas bridge



pastu masa nak cari london bridge, kitorg tersesat. tah mana hala kitorg tuju tapi takder rupa macam ada bridge pun. hahaha...penat tui menapak rupanya tersilap jalan. nilah padahnya jalan tak bawak map. macam terer jer ;p tapi dok tersesat2 camni is part of experience kan? bila dah sedar silap jalan kitorg pun patah balik ke point asal dengan bas. hahaha...dah tak koser nak menapak balik weh. bukan takat tercabut kaki, pinggang pun dah nak tercabut kekdahnya!

dah penat haruslah lapaq kan. kitorg main singgah jer kat kedai burger pak arab mana tah. nampak jer tanda halal terus redah masuk. huhu...tapi tak sangka lak sedap! ala2 rasa burger king gitu. even fries dia pun sedap! tapi kalau tanya aku lani camner nak pegi kedai tu mintak mahap la. sikit pun tak ingat. kih3....

lepas makan kitorg teruskan pengembaraan (cewah!) ke london bridge. alhamdulillah akhirnya jumpa jugak....boleh tahan jauh jugak dari tower bridge ke london bridge nih. mujur pakai slipar jer ;p

bersama slipar yang banyak berjasa padaku. huhuhu...


london bridge ni sebenarnya jambatan budus jer kalau nak dibandingkan dengan tower bridge. tak lawa pon. huhu...

dari situ kitorg sambung menapak cari tube station (kot? tak ingat dah ;p). tup2 terjumpa borough market secara tak sengaja. it's london's most renowned food market. memang aku & dell teringin nak pegi situ tapi dell pun tak sure kat mana. tak sangka pulak boleh terjumpa. rupanya dekat sangat2 dengan london bridge. ikut southwark street. hehe...


harusla posing depan pintu market bersama slipar2 kami. kui3...

the patisseries look so yummy!

the colors of borough market

the people & the food. inseparable! ;p

macam2 ada juai kat sini. meats, veges, wines, buah, etc.... 

look at those cherries & the fat asparagus!

selesai menjamu mata kat borough market (tak beli apa pun situ ;p) kitorg naik tube dari london bridge station, turun kat waterloo (if i'm not mistaken ;p).

bangunan tajam tu namanya the shard. baru jer bukak awal julai baru ni...

macik bedah & macik kiah dengan ayaq masing2 ;p

keadaan dalam underground

dari waterloo, kitorg cari jalan menuju ke london eye. hampir tersesat jugak kat situ. almaklumla, memang totally depends pada map yang ada kat tube station (and also dell's 'gps'). mana ada map kat tangan ;p

jalan punya jalan jumpa bfi imax. dia ada kat tengah2 roundabout. besar gilos!


pastu masing2 blur ke mana arah tuju. bayang london eye pun tak nampak2 lagi nih. hahahha....

so pasrah jelah bawak kaki menghala ke southbank centre. masa tu tak ketahuan pun apa nama tempat tu. redah jer...alhamdulillah rupanya kami berada di jalan yang benar ;p

sutton walk - the main pedestrian route between waterloo station & southbank centre

nak angkat tangan pun dah ala2 jer. lotih den! ouh, ni kat southbank centre dah

it's an art centre by the way ;D
jalan ke depan sikit dah nampak london eye!

sepanjang jalan dari southbank centre kitorg lalu sebelah jubilee gardens sampailah ke hujung tu jumpa westminster bridge. kat sepanjang jubilee gardens tu ada ramai gak orang dok buat show pelik2 untuk cari makan. orang pakai costumes pun ramai tak berani nak amek gambar sangat takut diorg marah.

yang jadi mr bean ada, jadi witch pun ada. huhu...

dah sampai kat westminster bridge kitorg pun melintas. kat depan tu dah pun nampak big ben, the famous clock tower ;D


ouh my london!

umat manusia melintas westminster bridge

harus la ada posing berbackground london eye walaupun masing2 susah nak bukak mata. ngeh3...
cuaca tersangatlah panas masa ni...

boleh buat poskad tak? ;p

me & big ben ;D
nak jadi cerita tengah dok ralit tengok sana sini, si dell pulak 'hilang'. rupanya dia ada jer kat situ tapi kitorg yang tak perasan. mujurla aku ada simpan nombor hp dia kat sana. phewwww....

bila dah jumpa balik, sambung jalan lagi la...nampak westminster abbey, tempat will & kate kawin tapi tak amek plak pic kat situ. church jer kot...kat area situ juga terletaknya palace of westminster. gerun gak tengok bangunan tu. very gothic look. huhuhu....

palace of westminster
tetiba pi posing dengan phone booth ;p

pakcik polis ni sporting habis ;D

tempat2 'wajib' pegi ni semuanya dalam walking distance. walaupun ada yang kena menapak jauh sikit tapi tak terasa penat sebab cuaca ok, matahari panas tapi tak lembab macam negara kita. cuma kaki jelah sakit. huhuhu...kalau ada rezeki next trip kompom kena bawak foot soak sekali kot ;p

akhirnya kitorg sampai kat whitehall. kebetulan ada horse guards changing masa tu. aku ada amek video tapi malaslah tempek sini. pic bawah ni salah sorang abe askar kat situ...

abe askar ni pun sporting tapi muka ketat habis. hahah...

ja kat depan whitehall

dari whitehall kitorg menuju ke st. james park, laluan ke buckingham palace. luas betul park ni. ramai mat saleh lepak tengah2 panas tu. yang kitorg lak asyik lari dari kena matahari. mengada2 lak. kah3....

bergambar bersama rimbunan pokok. heh...

lawa kan?


mari menonggek seperti itik ;p


tak taula berapa jauh kitorg berjalan dalam park tu. akhirnya jumpa jugak dengan buckingham palace. time tu diorg tengah sibuk prepare queen's diamond jubilee celebration. ada scaffolding la tengah2 tugu tu...

dapat bergambo depan gate pun jadilaa...

another view @buckingham palace

kemdian dari buckingham kitorg berjalan agak jauh ke hyde park corner tube station. masa ni memang rasa kaki menonong jer bawak badan. hahahah...

this is wellington arch. berdekatan dengan tube station tu...

gaya pesen apa taktau ;p

edited - baru sedar termiss satu tempat. huhu....

kat hyde park corner tube station tu kitorg pegi top up oyster card. pastu tanya sekali kat mamat ticketing tu how to get to oxford street. dia bagitau lagi senang naik bas jer. takyah naik tube. wooo...mujur gak tanya. so kitorg keluar balik dari situ dan pegi nearby bus stand. kitorg terpaksa pegi oxford street semula sebab ja nak buat tax refund untuk handbags yang dia beli. auntie niman yang tolong belikan beg2 tu tapi dia tak bolehla buatkan tax refund untuk ja...so sampai2 oxford street terus turun depan selfridges tuju customer service dia. kalut betul masa tu sebab kedai2 kat sana tutup awal, dalam pukul 8 pm camtu. huhu....

lepas dah settle everything kitorg naik bas semula turun kat bayswater. eh yeker? ntah lupa. huhu...pastu terus singgah dinner siap2 kat sadaf restaurant di westbourne grove. pekena nasik beriani ayam dia. kitorg order satu plate jer share 3 orang (cheapskate!) pastu air pulak mintak sky juice jer (again cheapskate! kah3....). memang selambak nasik dia. kitorg siap boleh tapau bawak balik sikit.

marvellousness! nasik beriani tapi rupa macam nasik goreng

cee...siap promote tunjuk biz card & resit ;p

sebelum pi london aku dah survey dulu kedai halal mana yang dekat dengan tempat tinggal kitorg. ada orang rekomen sadaf ni. memang sedap nasik dia. recommended! yang lawaknya lepas kitorg bayar tu patut ada belen lagi 4 pence. tunggu punya tunggu depa tak mai2 bagi lagi belen. dok asyik aku tengok hang, hang tengok aku dengan waiter2 dia. hahahah...last2 paham sendiri la kan. kira burn jer 4 pence tu. anggap macam tips la kot. cit! habaq la awai2. huhuhu....

kemdian kitorg singgah pulak ke sainsbury local, supermarket kat area situ. canggih supermarket diorg guna self check in jer. of course la ada pak guard sorang dok jaga depan pintu. mamat myanmar rasanya tapi pandai gak cakap melayu. siap tegur kitorg. hehe...kat situ aku beli yogurt yang takder jual kat mesia - muller corner & hazelnut yogurt. muller tu besh woo...naperla takder jual kat sini....sobs....
ni yang aku beli. banana yogurt with choc flakes. shedapnyaaaaaa......
sesaper yang nak pegi uk tu sila la cari yogurt ni yer. tapi check dulu ingredients sebab bukan semua kita boleh makan tau. aku siap beli extra untuk bawak balik msia tapi malangnya tak letak dalam luggage. aku hand carry ingat boleh lepas. rupanya size dia lebih dari 100ml so terpaksa la say goodbye sebelum nak masuk boarding tu. sedeynyaaaa... :'(

lepas soping2 yogurt kitorg pun balik semula ke talbot road & call it a day. phewwww....balik rumah kena packing habis2an pulak sebab esok pagi dalam kul 11 camtu dah kena bertolak ke heathrow.

27 mei 2012 - day 5

disebabkan kitorg dah lembik sangat nak tarik beg lagi, so we just took the airport transfer. 45 pound jer one way. sorang baru 15 pound. takperlah, dah last day kan. duit pound pun ada belen lagi. huhuu...

goodbye london! till we meet again...

end of our trip. dalam flight memang tak amek pics pun. keje tido jer siap selubung kepala dengan selimut. transit doha dalam sejam so tak sempat nak singgah duty free pun. turun2 aku singgah toilet jap terus kena boarding balik. huhu...

all of all it was a tiring but very fun trip! puas hati dapat ronda satu pelusuk london. i mean, tempat2 wajib pegi la...hopefully ada lagi rezeki nak repeat ke sana...aminnnnn.....

till then. toodles!

2 comments:

TwiggyLiyana said...

i miss London *sigh*

una said...

twiggyliyana: me too! ntah bila dpt pegi lagi...sobsss...