Saturday, July 7, 2012

London Revisited - Day 1

salam...kali ni nak sambung citer pasal trip di london pulak ;D saja letak tajuk london revisited sebab dah pegi tahun lepas. tapi serupa macam tak pegi pon. huhuh....so this time memang aku dah list semua tempat yang patut pegi. balas dendam katanya! alhamdulillah rasanya semua tempat dalam list dah covered.

jenuh gak nak regain memory pasal trip ni sebab dah sebulan yang lepas. but i'll try my best to detail out everything i remember. mana tau kot2 nakpi lagi lepas ni. insyaallah mudah2an murah rezeki. amin.... ;D

ok, here goes...

day 1 - 23 mei 2012
safely arrived king's cross st. pancras station, london via eurostar from paris. dalam train asik lena jer. maleh nak amek pics. sedar2 dah dekat nak sampai london. huhu...train ni cuma amek masa 2 jam lebih sikit dari paris-london. laju gilos kan? ouh, harga tiket adalah 40 pound sorang kot (tak ingat sebab dell yang beli siap2 thru online). kat king's cross kitorg beli oyster card so that senang nak naik turun bas/tube lepas tu. just touch & go. oyster kali ni lawa sebab ada gambar queen elizabeth sempena diamond jubilee celebration. meaning that dah 60 tahun her majesty jadi queen of england!

posing dulu kat tube. blur pulak gambaq nih ;p

di london kami menginap di rumah auntie niman kat talbot road. auntie ni kawan lama mak & abah aku yang memang resides kat sana sejak tahun 70an dulu. kiranya lepas habis study auntie & hasben dia terus duduk sana.

so dari king's cross kitorg kena naik tube turun ladbroke grove ker royal oak station tah lupa mana satu. kih3...tak sampai setengah jam lepas tu sampai la ke destinasi...tup2 kat station tu takder lif/escalator sebab station kecik jer kot. terpaksalah kitorg heret beg naik tangga. dahla tinggi jugak tangga tu. macam nak tercabut lengan usung beg! huwaaaaa....

rumah aunty niman cuma walking distance dari station. dalam 5-10 minit saja...memandangkan kitorg sampai sana lebih kurang jam 2pm, so kitorg decide hari tu cuma nak jenjalan di area berdekatan rumah auntie...the best thing is rumah auntie dekat sangat dengan portobello market dan notting hill!

little we know that the temperature will be quite high in london! tengok weather forecast dalam belas2 tapi rasanya dalam 20+ celcius gak kot time siang. pastu matahari pulak terik gilos! boleh peluh gakla...last year aku pegi sana dalam awal bulan jun tapi rasa sejuk2 gakla. tu yang konpiden ingat mesti sejuk time kitorg pegi nanti. hukhukkk....abe2 mat saleh pon berjalan tak berbaju jer kat sana. baju diorg pegang jer. kih3...

jadinya sebelum keluar balik kitorg pakat2 salin baju. mujur la ada bawak gak tshirt selai dua. patutnya nak buat baju tidur. buat berat beg jer bawak jaket, sweater bagai. nampak gaya kat london memang takkan pakai la baju2 tu. tskkkk....so first day jenjalan kat london aku pakai baju tidur jelah. tapi orang bukan tau pon so lantak situ! hahahaha....

tempat tujuan pertama kitorg adalah makan cafe di portobello road. perut dah lapaq sebab dalam train cuma makan choc croissant yang dibawak bekal dari paris. dell la beria2 dok mengidam nasik goreng kat makan. dia cakap sedap gilos. harusla ahkak try kan. so menapak jer ke sana....

nilah nasik goreng tu. setimbun! tak boleh nak habis walaupun kelaparan sangat. tapi memang sedap la...

perut orang melayu, baru 2 hari tak jumpa nasik tak sah! kui3...patutnya ada satay kot nasik tu tapi hari kami pegi tu takder pulak. sambal belacan pon takder. nevermind....

lepas makan, ronda2 di portobello dan notting hill. pics kat sana tak banyak sangat so takyah buat collage la yer...


hummingbird bakery ni kat notting hill. favourite auntie niman. kitorg try dia punya red velvet cupcake. sedap tapi creamcheese dia manes sket. orang yang makan manis mungkin rasa ok...

sempoi display kedai ni. susun mesin jahit banyak2


bangunan di notting hill. ada gak jumpa souvenir diorg bubuh muka julia roberts. pasal movie tu, terus femes tempat ni. tapi rumah pintu biru dalam movie tu dah tukar cat kaler lain. so taktau la rumah hugh grant tu yang mana satu dah. hehe...

minah comot

lawa lagi vintage car nih. masa nak amek pic kete ni sebenarnya takut2 sebab kat tepi tu ramai pak itam. badan besar2 lak tu. erk!


kat sana banyak jual baju, kasut, bric a brac & antiques. kedai2 pon kalerful jer. lawa!

ja suruh amek pic dia dengan pokok dogol kat belakang tu. ingatkan the one and only la pokok camtu. rupa2nya ada lagi pokok dogol kat area situ. jakun sungguh! hahahha....


minah comot dengan baju tidurnya. kah3...kat kedai ni aku beli bas double decker untuk adam

kekta's favourite. siap beli buku resipi dia. kat notting hill ni their first store. suka sangat tengok window display dia. menarik! nak amek pics kat dalam segan so amek kat luar jelah...kat sini dell beli potato salad. sedapppp....

disebabkan portobello market cuma bukak on weekends, kitorg plan nak singgah lagi sana sebelum bertolak balik. weekend market diorg sangat happening (dell bagitau). macam2 barang orang jual. crowds pon sangat ramai.

malam tu kitorg tak keluar ke mana2. auntie niman order pizza for dinner.

tu jer citer pasal day one in london. stay tuned for day two entry! hehe...

No comments: