salam...wahhh...rasanya kali ni paling lama aku 'senyap'. nak dekat 5 bulan kot? reason why? seperti biasa la...cliche reasons such as malas, takdak mood, bizi and so on. heheh...arini ni bukak2 jer blogger harus la ahkak tergapai2 gitu. first time guna template baru la katakan. huhuh....
there been ups and downs during the long silence. yang 'up'nya aku pegi holiday ke london & paris bulan 5 hari tu. will blog about it later insyaallah. the downs pulak, bobo kena warded. 4 kali sepanjang bulan 5-6 sebab GERD (sila gugel yer ahkak tak reti nak story camna penyakit tu. huhu...).
but the saddest part to me was our beloved tok (mak kepada our mak) passed away on June 7th. sedih sangat2 sebab dari kecik tok duduk dengan kitorg. dia la yang jaga kami 3 beradik selama lebih kurang 20+ tahun kot. lepas family aku pindah KL, tok taknak ikut. so dia duduk dengan makcik aku di bukit mertajam. that's why time raya kitorg akan balik bm....apa pun alhamdulillah aku dapat jumpa tok 4 hari sebelum arwah meninggal. kebetulan nak balik bm masa tu dan memang teringat sangat kat tok. masa aku balik tu tok dah tak boleh bangun. orang pun dia tak cam dah. tapi dia genggam erat tangan aku masa aku salam dia sebelum nak balik jitra :'(
mak penah citer tok tak pernah marahkan cucu2 lain especially kalau lewatkan solat. tapi kami 3 beradik jer yang dia selalu marah. itu tandanya dia sayangkan kitorg. zaman dulu memang la tak fikir camtu kan. selalu ingat tok asyik marah kami jer. cucu lain dia tak pernah nak marah pon. tapi bila umur makin meningkat aku appreciate sangat cara tok didik kami...
aku masih ingat dengan jelas, bila mak call bagitau tok dah takder, airmata aku terus mencurah2 macam air terjun! sampaikan adam pon pelik tengok aku menangis teresak2. dahlah tengah drive masa tu. vision sampai jadi blur! sepanjang perjalanan dari jitra ke bm pon tak henti2 airmata dok mengalir. ouh, rindunya aku kat tok!
sebenarnya aku pernah terfikir macamana aku nak behave kalau dapat berita tok dah takder? adakah aku akan menangis teresak2 atau tenang sebab boleh terima kenyataan? finally that day has come true....now i know. i'm not that strong...
semoga roh tok ditempatkan di kalangan orang yang beriman...ALFATIHAH...
1 comment:
akak pun rindu kat tok jugak!!! merambu2 ayaq mata dah ni.. alfatihah utk tok.. moga roh tok tenang dan bersama golongan yg beriman.. ameen..
Post a Comment