Monday, July 18, 2011

Tanya Sama Pokok....Apa Sebab Goyanggg?

tetiba terngiang2 lagu pokok bila nak buat entry ni ;p

petang semalam aku & bobo gigih pi nursery nak beli pokok berpasu. almaklumla rumah takder tanah, so kena la cari dengan pasu2 sekali.

rambang mata jugak yer nak pilih pokok pon. aku berkenan pokok apa tah nama dia...Rm100+! tak jadi la beli. hihih...so end up beli yang ni jer...

pokok (lupa nama lak) besar satu dan satu lagi pokok limau. hehehe...pokok limau tu beli sebab RM5 jer. tapi kena beli pasu sekali la dengan tanah 2 kampit. gigih kan kitorg?



pokok buluh yang kanan sekali tu adalah satu2nya pokok yang kitorg ada sebelum ni. itu pon pemberian pakcik aku. dulu kecik jer, skang ni dah rimbun sket. pandai gak aku bela. kui3...tu pon tak siram hari2.


masa nak pilih pokok semalam pon aku tanya dulu senang jaga ker tak. takmolah yang susah jaga sebab kadang aku ni terlupa gak nak siram. huhuh...masa kat umah sewa di Kangar dulu aku penah bela pokok cabai melaka. beli di Cameron. tapi umur dia tak panjang :-S. orang kata sebab tangan panas yer kalau bela pokok asyik mati? so kesimpulannya beli yang senang jaga jelah....


pokok yang besar tu kitorg letak dalam rumah. bila ada pokok rasa macam dok kat resort gitu (perahsantan!)

no more toys adam kat ceruk tu ;D




plan kitorg lepas ni nak beli 1 pokok sebulan at least. nak aim pokok mana lak pasni yer? any suggestion? jangan suggest pokok durian, rambutan dahla yer. hehe...


3 comments:

Iela Fazielah said...

hmm ila mmg suka pokok kelapa ni... dah aim nak bl... mmg cantik bila letak dlm rmh kan...ala2 resort... tp mcm ila bl pokok ila suka terus org nursey tu yg terus tanamkan dlm pasu..so..smapi rmh terus letak kat mana yg kita nak n siram air je..lg mudah

Annasue'G said...

baru bcadang nak letak pokok dlm rumah jgk. hikhik. lagi 1 suka pokok bunga yg bunga die kecik2 tu, bile pagi kembang semua, ptg kuncup balik. tp tak ingat plak nama apa. ;p

una said...

iela: oo panggil pokok kelapa eh? hehe..sama spesis la kot yer..btol gak tu, baik suh org nursery tanamkan dlm pasu siap. sy aritu tgn dah mcm rupa hapa jer sbb comot dgn tanah! huhu...

jie: marilah bersama2 letak pokok dlm rumah. ngeee :D pokok morning glory kah?