dalam part 1 ni aku citer pasal trip di Dublin dulu yer. aku stay 7 days 6 nites di Ireland. 5 nites stay di Athlone, and 1 nite di Dublin. citer kat Athlone nanti aku buat dalam part 2.
please beware...entry ni penuh dengan pics! huhuhu....tapi most of them aku dah tepek dalam fb aku. saper yang dah tengok sila la tengok lagi. keh3 ;p
sebenarnya kitorg (me & rombongan cik bedah dari Perlis) stay di Dublin one nite prior going back to tanahair. saja organizer kasik chance jenjalan kat sana lak ;D lagipon flight balik kitorg awal pagi esoknyer. kalau nak bertolak dari Athlone ke Dublin Airport makan masa dekat 2 jam gakla.
jadinya pagi sehari sebelum balik, kitorg bertolak dari Athlone ke Dublin. lepas sampai jer, terus start marathon! taktau la berapa puluh kilometer kitorg menapak kat Dublin hari tu. kira kaki ni kalau boleh bercakap mau kena maki hamun dah kot. huhuhu....tapi sebab once in a lifetime experience (hopefully there'll be another time op kos ;p) so ketepikanla kejap sakit kaki tu.
kat bawah ni pic apartment yang kitorg menginap di Parnell Street, Dublin. betul2 depan Rotunda Maternity Hospital.
ruang dalam apartment. sangat cosy!
tv ni walaupun kecit ada cable tau. macam2 citer ada tapi aku yang tak larat dah nak tengok. tido lagi bes! ;p
me posing in front of Rotunda Hospital. ramai sungguh mak buyung tunggu masa nak bersalin kat situ. huhuhu....sementara tunggu nak dapat kunci apartment, kitorg pakat singgah toilet spital tu sebab sojuk punya pasal. huhuh....ouh yer, sepanjang hari masa di Dublin adalah hujan. the Irish weather is usually uncertain. but it always rain in a day. memang takleh sidai kain la kat sana. semua orang guna dryer agaknya. disebabkan tu jugaklah aku kena beli stokin & 'adik2' tambahan kat sana. kui3....
lepas tinggal beg di apartment, bermulalah tour kami around Dublin. these are some views of Dublin city.
yay! dah sampai tempat untuk shopping mopping! time ni tak banyak kedai ada sale sebab belum sampai masanya lagi. but still, rambang mata hitamku!
nampak tak jalan basah? ada time hujan agak lebat, pastu rintik2 pastu lebat balik. kitorg selamba jer jalan tak pakai payung. aku ada gak survey 2-3 kedai kunun nak beli payung. tapi tengok harga paling murah 5 euro (ce kali dengan 4.3) terus kensel! basah pon basahlah ;p
temperature masa ni below 20c. sojukkk! tambah dengan hujan lak lagi la...ketaq lutuit!
tengah dok jalan2 tetiba jumpa kedai ni ;p
tehehee....tapi tak berani la nak amek pic kedai. too kinky! huhuhu....
suka sangat tengok bangunan2 kat sana. pantang ada view yang lawa sikit mesti stop kejap amek pic (minah jakun sungguh!)
love this pic! this is my fb profile pic right now :D
the tram. macam ulat besar atas jalan. ehhee....
posing dengan hujung tudung dah basah. huhu....
minah salleh ni blocking view lak
shopping bag makin bertambah masa ni ;p Carroll's is the most famous store to buy Irish souvenirs. kalau tak caya, ce google cari website dia. hehehe....
wewwitt! awek cekci! us with Molly Malone statue. dalam troli & bakul2 tu siap ada fish carvings. kalau nak tau sejarah cik Molly ni sila baca kat sini.
this is the view from our apartment. apartment ni ada 1 bilik jer tapi selesa sangat! tilam gebu, bantal gebu. cuma sejukkkk sesangat sebab heater lambat panas. huhuh...
pastu keesokan pagi bangun nak mandi, water heater macam tak function lak. so mandi 'p ramlee' jelah. hihihi...gosok gigi pon rasa nak beku gusi wo! kalau mandi jugak kompom kena reput frost ;p (over!)
kat bawah tu pics some of the souvenirs that i bought from London & Ireland. suku daripada tu aku dah bagi2 kat orang. hehe...banyak tak? tapi barang untuk diri sendiri adala seketui dua jer. plan nak beli kasut Clarks, tapi yang on sale items huduh2 lak. so terus tak beli langsung. huhu...pastu mak aku cakap aku tak pandai shopping. aku? tak pandai shopping? what?? when?? how?? ;p
tapi kan, ntahlah. bila ada kat negara orang aku tend to prioritize orang lain kot in buying things. sama macam masa pi Bandung dulu, beli tshirts kat bobo & adam lagi banyak dari beli baju diri sendiri. huhuhu....but that's not orang lain la kan...
close up sket. fm tu banyak diborong di London compared to Ireland. sebab yang Ireland nyer tak cun sangat ;p semua tu untuk colleagues & family...
these are for the staffs. dekat 30 orang kot semua. so yang aku mampu beli adalah Irish sweets & pensel London sorang sebatang jer. huhuhu....
these are for the staffs. dekat 30 orang kot semua. so yang aku mampu beli adalah Irish sweets & pensel London sorang sebatang jer. huhuhu....
one tip for those yang nak ke Ireland - please bring along your umbrella..ela...ela...eh...eh...
kih3...
that's about it! nantikan part 2 - trip di Athlone plak yer....
toodles!
p/s: maleh nak tukaq font verdana macam biasa. aci tak?
kih3...
that's about it! nantikan part 2 - trip di Athlone plak yer....
toodles!
p/s: maleh nak tukaq font verdana macam biasa. aci tak?