Friday, February 18, 2011

The Longest 2 Hours

semuanya gara2 benda ni....



pic googled



SELAK PINTU!




most of my frens and family dah tau pasal citer ni ;p but for the sake of memory, aku nak citer gak dalam blog. hehehe...

selama ni aku dok imagine jer camner kalau adam terselak pintu bilik air time aku mandi. guess what? 2 hari lepas, it became reality!

masa tu aku tinggal berdua jer dengan adam sebab bobo baru on the way balik dari KL. biasanya time aku nak mandi aku akan kunci pintu bilik sebab adam dah pandai bukak. pastu aku tinggalkan dia kejap dengan toys sementara aku pegi mandi.

nak dijadikan cerita, malam tu (it's about 8ish pm) aku lupa nak bagi toys dia. dekat2 nak abis mandi aku dengar dia panggil aku 2 kali 'ummi! bla..bla...bla..(cakap jarman)'. aku jawab 'kejap! ummi nak abis dah'. elok2 jer nak tarik pintu, baru aku perasan dia dah selak pintu dari luar. OMGGG!!! dah takder toys nak main, dia main selak pintu rupanya! tu kot yang dia nak bagitau kat aku tadi....

pastu aku cakap kat dia, 'adam, tolong bukak pintu'. aku nampak selak tu bergerak2. tapi setakat tu jelah. tak terbukak2 pon. i knew he was trying hard. after a while, aku suruh adam ambik hp aku. nasib baiklah dia dah pandai ikut arahan. terus dia pegi ambik handbag aku then letak depan pintu bilik air. tapi hp aku ada atas ironing board. lepas aku bagitau, dia patah balik pegi ambik kat situ. clever boy! aku suruh dia hulur ikut bawah pintu. nasib baik ada ruang boleh lepas hp tu...dari celah2 tu jugaklah aku boleh nampak kelibat dia sikit....

terus aku call bobo nak bagitau terperangkap dalam bilik air gara2 anak tersayang. hahah! terkujat dia kejap. dia lak baru sampai Bukit Mertajam. aduhhhh....confirm kena tunggu a couple hours lagi nih. except kalau adam dapat bukak balik selak tu la.

tak lama lepas tu, adam mula mintak susu, mintak nasik. dia memang tak reti lagi nak bukak balik selak tu walaupun dah try. aku terpaksa cakap dengan dia 'ummi tak boleh buat susu, adam kena tolong ummi bukak pintu dulu'. lepas beberapa kali nangis sampai tersedu sedan, he gave up. dia mula main barang2 dalam handbag aku dan tong sampah tepi pintu bilik air. aku nampak dia main lipstik, so aku mintak dia hulur kat bawah pintu sebelum dia sempat buat kelas seni lukis ;p. dia pon hulur la...lepas tu segala mak nenek nak dihulurnya kat aku. jam tangan, perfume, another lipstik, cottonbud, baju uniform dia dan sejadah. hahaha....

lepas bosan main barang2 dalam handbag, dia start nangis balik suruh aku keluar. haihhh....memang aku rasa useless betul time tu. sebab aku tak boleh buat apa2 melainkan pujuk dia. kejap2 dia hulur kaki, kepala, tangan nak bagi aku sentuh. senyap la kejap. macam tu jela for the whole one and half hour plus. aku pon dah lenguh2 kaki tangan sebab dok try dalam bahasa kasar, terajang pintu tu. dari duduk atas toilet bowl sampai duduk kat lantai. untuk menahan kesabaran, aku baca zikir 'Allahu Akbar' tak taula berapa kali. err...boleh ker baca dalam bilik air? :-S

long story cut short, dekat kul 10pm tetiba dia diam jer duduk depan pintu sambil kaki menjulur ke depan. aku tanya apa semua dia jawab dengan geleng kepala. mungkin dia dah letih. aku pon sambung duduk tersandar atas lantai sementara tunggu bobo sampai.

pastu aku dengar dia berjalan. bila aku jenguk, adam dah takder depan pintu bilik air. dua tiga kali aku panggil, dia tak menyahut pon. adusssss.....lagi la aku panik! sebab dah tak nampak bayang dia langsung. aku takut dia tertelan ubat ceri-beri & angin yang aku simpan dalam handbag aku tu jer. nauzubillah....dalam hati dok berdoa janganla jadi apa2 yang buruk kat adam.

dalam 10 minit lepas tu, bobo pon sampai. bukak2 jer kunci bilik, terus dia terpa tengok adam. rupa2nya dia dah terbaring terkedang atas katil! aku cuma nampak bobo dari celah pintu bilik air. then aku terus suruh bobo angkat adam. risau sangat sebab tak tau apa jadi kat dia sebelum tu.

bobo pon terus kejutkan adam. lepas adam terjaga baru dia bukakkan pintu bilik air. at last!!! 2 jam wo aku terperangkap dalam tu. siap mandi 2 kali la. alhamdulillah takder apa2 jadi kat adam. mungkin dia dah letih sangat sebab nangis sedu sedan tadi. belum minum susu atau makan nasik lak tu. tak lama lepas tu, he's back to normal. dah rancak balik lepas makan nasik share dengan bobo. awal2 tu nampak dia trauma sikit sebab senyap jer. lega rasanya dapat peluk dia balik!

moral of the story, sila cabut selak kat luar pintu bilik air kalau ada anak kecik. atau tukar terus pesen pintu bilik air. dengan harapan lepas ni tak jadi dah peristiwa pahit macam hari tu. heheheh....

so, that was the longest 2 hours i've ever experienced in my life (tak termasuk sakit contraction dulu yerrr).

THE END.... ;P

6 comments:

amelia shafer said...

huuhhhh... aku yg suspen baca citer hang ni..!! hg tukaq la pintu.. tak pun bah selak tu naik ataih sikit. agak2 tangan adam tak sampai nk capai selak tu.. mintak simpang la jadi apa2 kat dia n anak2 kita .. risau la.. ni satu lg.. len kai hg wat la karate do tendang pintu tu.... wacchaaaaaaa!!!

ana said...

mak aih...klu jd kat ana tak tau la mcm mana.
nasib baik pintu bilik air ana guna tombol..dan paling nasib baik nasib baik suami una dh dok sekali. klu dok berdua ngan adam mcm kat perlis...oh tidak!!!!!

Annasue'G said...

ala kesiannya..tp kesian kat adam..menunggu sampai tertido..hihi. selak tu rendah sgt ey sampai adam buleh sampai. bahaya. nasib baik adam jenis diam sket, kalo aidan dah melalak2 dah.

una said...

melia: aku dah try karate-do, silambam, kalari payat semua tapi tak bleh bukak jugak pintu tu ;p xpa, dah cabut pon selak tu. huhuh...

ana: tula kan...sibaik jadi masa hasben ada sini...iskkk...kalau jd masa dok pjj dulu?? huwaaaa..

jie: tula, tak sangka lak dia leh capai selak tu. adam jenis diam sket? nehi nehi...mmg dia melalak la pon. rasanya 1 geng dgn aidan kot. sbb besday depa sama. tehehe....

Maya Ariffin said...

Wahahahah.. best kan. Aku punya pengalaman yg sama ok! Terkunci didapur rumah, terpaksa keluar dari pintu dapur (luckily kuncinya ak sangkut dedekat situ je).. Anak dah melalak2 tak hengat dah.. terpaksa lompat pagar, tapi still tak leh masuk rumah coz grill bermangga. Aidid not even a year yet... jalan pon lom lagik. So yang dia tau.. menangih sampai lebam je ler. Tebalkan muka pinjam apek sblh umah nye tepon call hubby.. Well penantian tetap satu penyiksaan. The longest 2hrs i can ever imagined.. as aku nye contraction dulu pon tk sampai sejam. huahuahu...

una said...

maya: hahahah....hg pon penah kena yer? mmg phm sgt la perasan masa tu kan? sibaik gak leh kuar sendiri..