Tuesday, December 28, 2010

Celebrating En. Abam's Birthday & Milestones @ 24 & 25 month old

ni namanya entry 2 in 1. direka khas untuk blogger pemalas tegar macam aku. hahaha...dahlah cerita basi, 2 in 1 lagi. taktau nak kata apa dahla. huhuh...tapi aku nak cerita jugak ;p
25 nov yang lepas adam genap 2 tahun. tapi aku & bobo tak belikan special present pon untuk adam except a Thomas & Friends VCD. hehehe...
the week after, opah & acik neni (my sil) datang Perlis nak celebrate besday adam. ingatkan diorg nak jalan2 dalam Perlis jer, rupanya diorg plan nak ke Queensbay, Penang. nak shopping dan cari besday present adam sekali. aku pon follow jelah walaupun takder plan nak shopping. pecah rekod pegi Penang kali ni aku dapat tahan napsu tak keluarkan 1 sen pon! huhuhu....nilah penangan renobet rumah. jadi sayang duit nak beli benda2 yang not-in-da-plan. heheh....
so hari tu dapat la opah belikan adam toy Thomas di Toys R Us. siap ada railway, 'arang batu' semua. awal2 tu ada la rupa railway nyer, tapi skang ni railway ke mana, arang ke mana. heheh...FYI 'arang' tu rupa dia bulat2 hitam macam makjun! macam taik kambing pon yer ;p
adam & Thomas yang tak dapat dipisahkan bagai irama & lagu ;p

this is the toy. nampak tak 'makjun2' tu? hehe...

lepas beli present, kitorg dinner di Manhattan's. niat di hati nak makan Subway, tapi seat penuh pulak. kedekut betul Subway kat situ. ada la kot dalam 8 biji meja jer yang diorg provide. tu pon meja kecik. punah harapan ahkak nak makan sandwich peberet!



belated birthday boy


amboi, kernyih sakan yer...



lepas makan kitorg terus bertolak balik Perlis. sampai rumah dekat kul 1am. huarghhh...sakan sungguh berjalan hari tu. adam pon salin baju tido kat Queensbay jer. kih3...bukan apa, sebab sebelum ke Penang kitorg singgah Alor Star setelkan hal rumah dulu. so sampai Penang pon dah lewat petang...
oklah, nak citer pasal milestones adam lak ;p
sebenarnya dah suku jalan aku draf milestones untuk 24 bulan. tapi lately jadi bz lak, sampai adam dah masuk 25 bulan. hence, aku gabung jelah milestones for both months yer. this would be the final entry of en. abam's milestones. cukup la kot rekod sampai 2 taun jer. tapi kalau 'ter'rajin, from time to time i'll update. heheh...

here goes:

1. masih 'keciwi' dengan Thomas & Friends (obviously!). kemarin kitorg pegi Tesco, dia nak beg Thomas lak. so terpaksa la bobo belikan. kih3...sibaik murah jer..
2. dah pandai sebut 'assala akum' (assalamualaikum) time nak masuk rumah, baca bismillah dan baca doa makan in his own words. sejuk perut ummi... ;D
3. suka buat memek muka pelik2. mana belajar tahla...
4. makin manja dengan aku. sikit2 'nak ummi...nak ummi' kalau datang time dia nak bermanja. hehe...
5. skang ni aku ajar dia sebut 'ummi, adam nak susu' kalau dia nak mintak aku buatkan susu untuk dia. alhamdulillah dia dah pandai sebut. good boy!
6. adam takut tempat gelap. kalau bilik gelap, confirm dia takkan masuk walaupun masa tu ball dia ada dalam bilik tu. dia akan tarik tangan kitorg suruh temankan dia masuk bilik. hehehe....
7. aku masih masakkan adam bubur nasi untuk dinner on weekdays. tu jer yang paling cepat siap dan senang masak. kalau weekend, dia akan makan apa yang kitorg makan. mujurlah adam ni tak banyak songeh. apa yang kitorg suap, dia telan jer ;p
8. adam belum boleh sebut huruf 'R' betul2. so lorry jadi 'lolee'. word yang end dengan 'ng' pon jadi 'm'. contoh few words: sayam (sayang), akom (dukung).

it's amazing how our child developed so fast before our eyes in just 2 years izzit? pejam celik dah nak masuk 3 taun next year. but dun ask me bila adam nak dapat adik, okes? (sebab dah ramai yang tanya ;p) the time will come with Allah's will...insya Allah....insya Allah...(sila nyanyi ikut tune Maher Zain ;p)
p/s: rajin pulak ahkak update hari ni. sebab, 'kucing' takder. muahahhaa....

No comments: