Friday, October 29, 2010

Sawaddi Kap...Welcome to Haadyai!

ini adalah entry basi. hehe...

tengah bulan Okt baru ni aku kena attend kursus di Haadyai, Songkhla & Satun untuk 4 hari 3 malam. that was my 1st time in Thailand. walaupun dah bertahun duduk kat Perlih. bukan jauh mana pon. about 2 hours journey jer dari border Bukit Kayu Hitam. en. abam seperti biasalah, dijaga oleh opahnya yang di'import' khas dari Banting ;p sian Pah Melah...huhuh...

aku tak amek banyak pics pon masa kat sana. tak tau naper rasa malas lak. sebab mood kursus kot. kalau mood vacay mesti lain citer. kui3...btw, i won't story about our kursus, just the experience there, okes?

if you ask me what i like about Haadyai, my answer will be - i really enjoyed the food! (no food piccas however. told you, i wasn't in the mood ;p) semua restoran yang organizer bawak sedap2 food dia. don't worry, semua halalan toyyiban. sebab owner dia Muslim.

Sami Kitchen - this is the 1st restoran yang kitorg pegi. sampai2 jer terus lunch kat situ. yummeh! sebab kebuluran pon yer. hehehe...




sebab malas amek food pic, aku amek pic signboard jer. tu pon dari dalam bas ;p

2nd night - dinner di Restoran Chekkar. owned by Muslim too. semua lauk sedap2. kira takder yang tak sedaplah. hahaa... (dasar buruk lantak!)

ouh yer, masuk2 jer kat border Danok you'll see how complicated their electric system are. wayar2 letrik berselirat di kiri kanan jalan. yang disambung melintang di tengah2 jalan pon ada. memang buruk la rupa. macam dalam zaman 80's pon ada. i wonder ada tak orang depa yang mati kena electric shock. serius, memang scary! masa bas kitorg nak masuk jalan ke hotel pon siap langgar lagi wayar atas bumbung. scary gilos! eh lupa bagitau, kat sana kitorg stay di Sing Golden Hotel. ok gakla hotel tu...i have no complaint :D



signboard Restoran Chekkar (obviously ;p)



ok, sambung balik citer lepas dinner, kitorg teruskan aktiviti yang ditunggu2 iaitu - Free & Easy! yay!



nilah rupa area 'Lee Garden'. kira happening la tempat ni. sesuai untuk tourist sebab semua benda ada. souvenir shops penuh di kiri kanan jalan. kedai baju pon banyak. nak makan pon macam2 ada. cuma kena check halal ker tak jelah.

ouh yer, ayam KFC & burger McD kat Haadyai tak halal yer. tapi aku masuk gak McD sebab nak beli Iced Caramel Macchiato dia. ha, tu yang speselnya McD kat sana. Siap ada kaunter khas jual item McCafe diorg. item ala2 setarbak gitu. muffin, cheesecake, pastry semua ada. bes kan? awat McD sini takder eh?

farmasi Watson's diorg pon bes. ada barang yang lagi murah dari harga kat Msia. aku cuma beli Strepsils kat situ sebab sepanjang duduk kat sana, asyik sakit tekak jer. dengan batuk2 lagi. sebab perubahan iklim kot (ceh, yer2 jer...macam ada beza dengan Perlih ;p).

balik dari Lee Garden kitorg kena naik tuk-tuk. bayar 20 baht jer or RM2 duit kita. okla kan. sibaik tak jauh sangat dari hotel. kalau jauh takut gak sebab macam tergolek2 & tak stabil jer bila duduk dalam tu. heheh...

tengok la pompuan baju hijau tu dok jakun tayang Iced Caramel Macchiato dia. kih3...


di Samila Beach, Songkhla. kitorg ke sini pada hari ke-3. nampak tak orang ramai2 dok kerumun tu? kat situ ada patung duyung. tapi aku maleh lak (told ya!) nak pegi posing kat situ. orang cakap, kalau sesaper pegang patung tu, nanti mesti dia akan datang ke situ balik. aku tak pegang pon, so dapat pegi lagi ke tak pon taktau la. heheh...

Samila Beach. lawa kan view?




kat sini ada satu gerai jual coconut ice cream yang famous, i guess so. sebab kat gerai tu siap ada newspaper cutting gambar tokey dia dok amek anugerah apa tahla. hehe...



aiskrim ni ada layer2. layer bawah dia bubuh kepingan roti. 2nd layer ada pulut. pastu baru dia bubuh aiskrim. lepas tu dia tabur lak mango kering, buah nau & kacang tanah. verdict: shedaappppp.... ;p~

mari kita zoom...



iskk..terliur lak. mana nak cari eh kat sini? nampak gaya kena pegi Songkhla lagi la. huhuh....
last day lepas tamat sesi kursus, kitorg pegi lunch lagi di Sami Kitchen. as usual, memang terbaik dari ladanglah food dia. cuma kali ni diorg hidang kengsom lak, bukan tomyam. kengsom ni macam asam pedas cuma pedas sungguh!

lepas lunch, sambung lagi sesi Free & Easy. sesi favourite aku la tu. kui3...kitorg dibawa ke bazaar jer. aku beli tshirt jer kat situ. tak menarik sangat tempat tu. bukan apa, blouse2 diorg banyak saiz comel2 jer. sebab saiz orang Siam memang comel2. i mean, susah nak jumpa orang depa yang montel. rahsianya, kena makan tomyam banyak2. hahaha...

dah selamat shopping semua, baru la kitorg balik ke tanahair. cewah...macam jauh bebenor jer. kih3...

tu jer story pasal trip ke Haadyai. tak tau nak wat ending entry camner dah ;p
till then, tata!

2 comments:

Unknown said...

camtula gak perahssan akak masa masuk golok dolu2. dahla jalan sempit.. dgn wayer serabut.. dengan tak pakai helmet. mmg kamikaze la depa tu!
btw iced caramel macchiato sounds drooling-lah!

Unknown said...

Isk.. terlioq mango ice cream tuh.. *drool*