Monday, August 30, 2010

En. Abam @ 21 month old

naper aku rasa minggu ni macam dah dalam mood raya eh? boleh tak kalau nak ada mood raya awal2? hehee...sebenarnya bukanla mood raya sangat, tapi mood mim alip lam sin yang lebih. tskk....

hari ni lak ramai staf yang sambung cuti. kan esok kita MERDEKAAAA!! so tinggallah beberapa kerat jer yang rajin keje arini including yours truly ;D i'm saving up my leave for some reasons. not gonna tell now. tungguu...

anyway, last week was adam's 21 month old birthday. budak masyam itu dah 1 tahun 9 bulan! lagi 3 bulan jer nak masuk 2 tahun. how time flies...(ayat cliche kena ada yer). here are his milestones for this month:

1. his vocabs are expanding and picking up! yang paling lawak bila dia sebut 'op, jatuh pulok' tiap2 kali kalau ada barang jatuh. ni sebab terikut aku cakap la aritu. nasib la ko adam dapat mak kaki latah. huhuhu....

kitorg ajar dia cakap dalam bahasa utara. senang sikit nak communicate nanti. kan nak membesar di Jitra. kih3....bobo cakap utara lagi over dari aku. dah jadi macam loghat kebangsaan dia plak, bukan aku ;p. skang ni adam dah fasih sebut 'ayaq', 'tidoq', 'sayoq' & 'teloq' hasil didikan kitorg. tapi cik bibah tetap cik bibah. hahahahhh.....

2. still learning to self-feed using a spoon. still uses his left hand to hold the spoon. but less comots than before. ada kemajuan di situ. *applaud*

3. dah boleh recognize most of body parts. yang paling baru aku ajar dia dahi, perut & montot. hehehe....

4. skang ni adam suka nyanyi. tapi yang keluar bunyi hujung2 jer. tapi gaya nyanyi beria-ia sampai muncung & terlopong mulut ;p lagu ca ya nun alip jinjang kat motor bateri yang opah dia belikan pon dia nak ikut nyanyi T_T

5. kalau dulu kitorg jer yang dok bagi arahan, skang dah terbalik. dia lak dok bagi arahan. time dia nak makan 'bishekut', dia akan suruh aku bukak tin biskut sambil sebut 'ukak', 'ukak'. kekadang dia angkat sendiri tin biskut tu bawak kat aku suruh bukak.
kalau dia nak tido, kena ada orang tido kat sebelah dia sama. kalau tak, dia akan tunjuk kat bantal sebelah sambil sebut 'tidoq' 'tidoq' dengan muka stern dia. patutnya mak bapak yang suruh anak tido, ni dah terbalik lak. kih3...

6. ouh, kelmarin adam dah pecahkan teapot kesayangan aku. tapi tak kena kaki dia, teapot tu timpa atas kaki aku then terpantul ke dinding sinki. huwaaa.... :'( tulah satu2nya teapot yang ada kat umah aku. huhuhu....sedeyyy....aku beli kat Langkawi RM30 jer. tapi aku penah jumpa teapot yang sama kat Avenue K diorg jual RM90! triple mark up tu...btw, encek bobo, leh tak i nak demand ganti set Vantage trus? muahahahhaa....mau fengsan 8 hari kalau dia baca ni ;p
semalam kitorg pegi 'Big Field'. dia tanya taknak beli ker teapot baru ganti yang pecah tu? aku cakap la nak beli yang elok sikit macam Arcopal ker Arcoroc ker. then dia jawab kalau nak beli Arcoroc leh pi beli kat Sg. Korok. grrrrr.....

7. speaking about damage. sinonim la kan dengan rumah yang ada toddler ni. heheh...sebelum adam pecahkan teapot aku, dia dah campak netbook aku ke luar pintu rumah. konon dia nak pegi simpan balik lepas abis tengok ABC dalam website Fisher Price. kebetulan kawan aku lak datang rumah nak hantar kuih raya time yang sama. aku bukak la pintu. pastu dia patah balik tak jadi simpan netbook tu. dia tunggu aku kat depan pintu dengan netbook di tangan. tengah aku dok bercakap dengan kawan aku, dia pegi campak netbook atas lantai porch. adesssss.....ada la some scratches here & there *nanges*. tapi alhamdulillah internal tak rosak. sibaik la bulan puasa. dapat la aku sabar lagi. huhuh....




inilah suspek yang dipercayai telah mencampakkan netbook ummi nyer ke luar pintu rumah

ouh, that's about it! ;D

Thursday, August 26, 2010

Dah Sampai!


woohooo! baju raya adam dah sampai akhirnya...after 3 weeks of waiting! i bought the tees from Orkid, directly from US. i bought my 1st (mana la tau kot2 ada yang 2nd...3rd..4th...100th pasni ;p) Coach from her too.

tiga helai tees ni harga RM100. aku rasa kalau beli kat Oshkosh stores di sini mungkin lagi mahal. i think so...sebab aku jarang pegi situ. aku lagi suka Mothercare. hehe...

aku order 2 helai saiz 2T and 1 helai saiz 3T. but it turned out yang saiz 2T tu pon macam saiz budak 3T. yang 3T macam untuk budak 4T. saiz mat salleh ropanya....semalam aku dah testing bagi adam try pakai. memang menggelebeh sikit but what the heck ;p kot2 dah nak raya nanti adam dah besar lagi sikit, who knows? (hahaaa...in your dream la minachi) maybe aku akan let go yang 3T tu untuk muaz, anak no 3 kekta. kalau muaz pon dah tak muat, aku peram jela sampai adam dah leh pakai. jangan reput sudah. keh3...

pasni cuma tinggal nak cari baju melayu adam & daddy dia jer. baju kurung raya aku minggu depan baru siap. can't wait! hehe...

p/s: sila abaikan meja opisku yang semak samun itu ;p

Wednesday, August 25, 2010

1st Time Ke Param Bersama Anakanda

selama berpuasa since taun lepas, aku memang saja avoid pegi param berdua dengan adam. kalau bobo ada baru bawak adam sekali. sebabnya...agak susah nak control adam kalau lepaskan dia berjalan. not literally lepas la, aku still pegang tangan dia. tapi dia yang asyik nak lepaskan tangan aku >_<
aku lagi sanggup beli juadah kat gerai2 tepi jalan jer. adam aku tinggalkan dalam kete (he's in a carseat) kejap. sambil beli, aku boleh tengokkan dia sama. biasanya dia ok jer sebab dia pon still boleh nampak aku. nak bawak adam dalam stroller pon tak berbaloi
rasanya sebab dekat sangat...
tapi
petang semalam aku rasa boring lak asyik dok beli kat tempat yang sama jer. so aku nekad nak bawak adam ke param. for the 1st time! masa kat opis lagi asyik dok terfikir camner la nak handle adam sorang2 sambil bawak plastik2 juadah nanti. dok menyaspenkan diri sendiri lak. hihihh...
hari
kelmarin dalam sejarah, aku pon bawak la adam ke param...mula2 tu aku dukung la kejap. pastu aku pimpin tangan dia. tak sampai seminit, dia dah nak lepaskan tangan aku. tskkk!! so aku terpaksa la dukung dia balik. sampai ke satu tahap, lengan aku dah tak boleh nak handle keberatan dia. tambah pulak dengan berplastik2 juadah yang aku pegang. adusss...terpaksa jugak aku tahan lagi sampai la dah dekat dengan kete, memang tak tertanggung dah.
last2, aku turunkan adam sebab dah nak 'terlondeh' (not my kain! but my grip hokeh). jenuh aku control ayu. muahahhaa...tangan kiri bawak plastik juadah, tangan kanan pimpin dia. saja jer aku jalan cepat sikit sebab taknak bagi dia lepaskan tangan aku. hihih....taktik kena ada ;p
bila dah sampai depan kete,
aku bukak pintu then suruh dia panjat sendiri jer masuk dalam. hahaha....dah takder kudrat nak dukung! sampai jer rumah terus rasa lemah longlai. ni baru sorang anak, kalau kena usung 2,3 orang ke param taktau la camner. mau aku order ala2 drive-thru jer kat peniaga param tu. hahahaa....kronik sungguh!
sampai ke pagi ni lengan aku still lenguh sebab dukung adam ;p apa pon aku dah berjaya! keh3...bak kata pepatah alah bisa tegal biasa kan....insya Allah lepas ni boleh bawak lagi. tapi tunggu la sampai lenguh aku hilang dulu. hehehe....


hasil tangkapan di param. leh imagine tak camner aku dukung adam sambil bawak beg2 plastik ni? nampak jer sikit tapi berat woo...nak terpeleot aku wehhh!

Friday, August 20, 2010

Tazkirah Jumaat

Pernah tak korang terfikir, kenapa ada orang Muslim yang tak solat, tinggal puasa, minum arak tapi hidup kaya raya & senang lenang? Aku pernah terfikir macam tu...dulu aku pernah baca email pasal istidraj dan barulah faham kenapa. Sempena hari yang mulia ni (macam raya lak ;p) aku nak share email yang aku dapat pasal 'ISTIDRAJ'. sila lah baca yer...

Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad).
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam....

Kesimpulannya, kita patut bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah swt kepada kita. Mudah-mudahan diredhaiNya. Dan doakanlah diri kita supaya dijauhkan dari istidraj....amin....



Wednesday, August 18, 2010

Adam & His Friend

semenjak tok belikan adam toy Thomas (sebenarnya yang tok belikan tu Percy, tapi kitorg yang panggil Thomas jugak. hehe) tiap2 hari dia mesti nak main tu. bangun tido cari Thomas, balik dari taska pon cari Thomas T_T. toys yang aku & bobo belikan dulu semua dia tak heran sangat dah...

skang ni plak, adam dah pandai suruh aku bukak laptop sebab nak tengok youtube Thomas. dia tunjuk jer kat laptop tu sambil sebut 'omeshh, nak, nak'. bijak IT btol budak2 zaman skarang yer...

tengah khusyuk. tak cukup dengan pegang, nak tengok dalam youtube lak. hihih...

adam & his beloved 'Thomas' (bukan nama sebenar) ;p

Tuesday, August 17, 2010

Third Time Is A Charm

ngehehe...dah 3 kali aku buat puding roti marble ni. kali ni, aku try kaler merah lak. yang sebelum ni aku buat kaler hijau. tapi tah cemana leh hilang lak kaler hijau tu once aku tuang masuk blended items ;p

this time around aku gigih snap pic puding sebelum dipotong. corak marble ok sikit la compare dengan sebelum ni walaupun still comots. hihih...
aku rasa yang jadi huduh tu sebab loyang aku kot. tengah2 loyang tu macam kembung sikit (cehh, nak salahkan loyang lak). huduh pon huduhlah, asalkan sodap! sep sikit bajet berbuka untuk seminggu sebab takyah beli kuih dah. hehe...

ok, silalah menjamu selera mata....


my favvy!


swirl marble ku yang berketak2


zoom sket ;p


notakakiku: sila dapatkan di param berhampiran anda. kih3....


Demam Di Bulan Puasa


bukan aku atau bobo yang demam, tapi adam si rambut cacak ;p. tapi dia tak puasa la yer...heheh...pic atas ni masa kitorg tengah tunggu turn di klinik nak jumpa doc.

perasan tak adam tengah pegang apa? pen! sekarang ni pergi mana2 aku mesti bawak satu notebook kecik dengan pen untuk bagi dia conteng. masa di klinik ni pon aku kena bagi dia main conteng2 sebab taknak duduk diam. aktif btol tak padan dengan demam!


kejap nak pegi minum air atau 'menumm' bak kata adam. kejap berlari ke depan. kejap nak main tolak wheelchair. sampaikan patient lain pon asyik tengok jer dia dok lalu lalang. huhuhu...bila dah dapat pen & notebook dia ralit la kejap.

pastu masa kitorg tengah tunggu ubat, nurse panggil masuk sorang patient ni. tetiba adam terus meluru masuk balik ke bilik doc sampaikan doc tu pon tergelak. muahahaha....anakku....anakku....terpaksa la aku dukung dia bawak keluar sambil mintak maaf kat orang tu dengan doc. kih3....malu ai :">


alhamdulillah skang ni demam adam dah ok sikit tapi belum kebah btol2 lagi. cikgu taska pon bagitau dia ok jer kat taska. takder merengek2. demam nak membesar agaknya ;D

Saturday, August 14, 2010

Dah Nak Siap!

dah lama aku tak story pasal rumah yang kitorg baru beli, kan? there's something happened during the process. menyakitkan hati! but we gonna try to sort it out. kami akan berusaha. will talk about it later, k? right now, let the piccas do the talking ;D sorry yer, size piccas cinoni sangat. aku cilok dari fb abah jer. coz he took all the pics using his iphone (i osso want one! huwaaaa!).



sedang meng'inspect' tingkap takut jatuh ;p



mak tengah kira baper biji tingkap yang ada sambil cekak pinggang. nak sponsor grille ker mak? hehehe...





me, mak, bobo & adam in front of the house. tak sabaq nak pindah! depa siap tanam pokok kat depan tu...



tak puas2 belek rumah ;p




kat depan rumah lagi ;D



ewah2...sabo nak, daddy belum pon start bayar lagi rumah tu. kih3...

En. Abam & Cik 'Bibah'

hohoho...tajuk macam nak citer anak sendiri ada skandal jer! eyppp...budak kici mana boleh skandal mendel. nak tau saper cik 'bibah' sebenarnya? sila lah scroll.... ;p


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


scroll lagi...saspen nih!


*


*


*


*


ok dah. penat lak nak enter bebanyak kali. kih3....introducing cik 'bibah'.....

yes, it's a zebra! tapi en. abam sebut bibah. hehehe...ada la bunyi sama kat ujung2 sket. dah banyak kali aku betulkan sebutan, tapi dia still nak sebut bibah. bibah pon bibah la...asalkan dia kenal nate gapo yang ada belang2 tu. hehehe...

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

wahh...tetiba tajuk dalam lughatul arabiyyah. hehehe...

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu...



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA....SEMOGA RAMADHAN KALI INI KITA DAPAT MENINGKATKAN AMAL & MENJALANKAN IBADAH DENGAN PENUH KEBERKATAN.
AMINN....


akhir kata, jangan lupa bangun sahur! sunat tu ;D

Monday, August 9, 2010

Award Time!



agagagga....dapat anugerah kehormat gitu. mekacih Maya sebab telah menyusahkan bersusah payah bagi aku anugerah ini. kui3....seperti biasa, dapat award kena la jawab soklan2 cepumas, kan? (korang yang create mende ni takder keje lain ker haaa?) tapi soklan2 tag kali ni panjang berjela! mencabar minda sungguh! dah berapa minggu entry ni dok dalam draft sebab tak sempat siapkan. hari ni berjaya jugak aku siapkan. at last! hehehe...


Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..? Jawapan 1: yeah, i'm hot from the oven (pinjam iklan pizza, leh?)


Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg? Jawapan 2:




Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..? Jawapan 3: en. abam sedang bersuka ria mandi kolam kat belakang rumah. aku suka pic ni sebab dia tengah senyum dengan rambut tercacak!


Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..? Jawapan 4:
err...3 minggu lepas kot. makan pizza baru Pizza Hut yang ada meatballs tu. tak larat nak abiskan! meatballs dia gumuk2 ;p


Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..? Jawapan 5: tadi asyik dok ulang lagu Rossa 'Hati yang telah kau sakiti' dalam media player. bila dah jemu, off terus player ;p


Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..? Jawapan 6: makan gaji buta >:p


Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..? Jawapan 7: sayang (ni bobo panggil. malu lak ter'reveal' kat sini ;p), ummi (ni adam panggil. hihih...)


Soalan 8: Tag lagi 5 orang... Jawapan 8: nahh!! kita tengok siapa yang kena...
1.
Wardah 2. Kekta 3. Ana 4. Eda 5. Melia


Soalan 9: Siapa orang no. 1...? Jawapan 9: opismet yang ada 2 daughters comey2


Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...? Jawapan 10: produktif sungguh hang no...


Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...? Jawapan 11: hubungan dengan hubbynyer lerr..


Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...? Jawapan 12: kekta ada hubungan adik bradik dengan diriku ;p


Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...? Jawapan 13: nanti aku suh laki eda tolong jawab soklan ni ;p


Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag
Jawapan 14: 1 fakta untuk sorang ker 5 fakta sorang? aku bagi 1 jelah. janji ada, kan?

1. Wardah: seorang mak aji yang suka benor warna merah. hehe...

2. Kekta: gila baking! tapi takmo bukak bakery ;p

3. Ana: my ex-coursemate yang soft spoken ;D

4. Eda: dah beranak 2 ;p

5. Melia: taiko zaman skolah dulu. hahahah...



tahniah kepada mereka yang ditag. huhuhu...jangan mare aaa....

En. Abam @ 20 months old

iskk..skang ni nak buat entry seminggu sekali pon payah. bz bebenor! random things about me since errrr....3 weeks ago?:
  • outstation ke Melaka & KL. saya yang menurut perintah gitu ;p seperti biasa, adam tinggal dengan cikgu. sobsss...
  • sedang mengalami selsema & batuk2
  • dah buat puding 'rimau' untuk kali ke 2 & hasilnya, corak lebih lawa dari 1st time buat. keh3....(tapi malas nak amek pic lak)
  • playpen adam dah bagi pinjam kat dell
  • bought a new wedges at The Curve & a cardigan at Padang Besaq ;p
  • last but not least, August 3rd was our 3rd anniversary. tapi masing2 celebrate kat opis jer. sedihhhh....

oklah, back to the topic.

well3...my notty boy is 20 months old now. lagi 3 bulan jer nak masuk 2 tahun! here are his milestones for this month:


1. vocab dah makin bertambah & senang ikut apa orang sebut. orang tua2 cakap ringan mulut gitu. jangan ringan tangan udahler ;p paling lawak sekali bila dia suka sebut 'eeee...shemutla' bila nampak semut atau apa2 jenis insect yang ada kat umah. tapi kalau cicak dia kenal lak. bila nak sebut mesti ada 'eeee' dulu kat depan. kih3...kecik2 dah tau geli (sebab ummi dia pon penggeli ;p)

2. ouh, aku dah dapat idea macamana nak tackle problem adam yang selalu merengek kat depan pintu bilik air time aku mandi. heheh...caranya: bagi dia semangkuk cereal/snack atau Vitagen sambil tunggu depan pintu bilik air. bila dia dah leka makan/minum, takla dia merengek. heheh...kekadang aku lak yang saspen, dia ada ker tak kat depan pintu sebab senyap jer ;p bila dia menyahut time aku panggil nama dia, baru rasa lega. kih3...mungkin dia rasa secure kot kalau aku ada depan mata. sebab tu time dia tak nampak aku, dia mesti pegi cari...

3. kartun fav adam skang ni Dibo The Gift Dragon & Animal Mechanical. siap tau nyanyi sikit lagu Dibo tu part 'dibodibodi'. hehehe...Animal Mechanical lak dia sebut 'apeka apekah'. hahahhaa!! kalau dia taknak tengok kartun lain, mesti dia bagi remote tv kat aku suruh tukar channel sambil sebut Dibo!! erkk...hari2 nak tengok dinosaur pepel tuh

4. kitorg dah cabut carseat & simpan dalam umah jer. budak kici tu bukan main lagi nak duduk kat seat depan jer skang ni. bila letak kat seat belakang, eventually dia akan datang ke depan gak. tsk!

5. adam suka minum guna gelas/cawan & dah taknak guna sippy cup. kalau nak minum, dia suruh aku letak dulu gelas/cawan tu kat atas meja/lantai then baru dia amek. kalau aku suapkan pon dia taknak. cett...

6. he loves to count his fingers. bobo la yang selalu ajar dia mengira sebelum nak tido. skang ni adam dah boleh count nombor 1-5 in BM and English. takder lompat2 dah! hehehe...nombor 6-10 still menggagau lagi. chaiyok!! ouh, sebut ABC pon dah pandai. sebelum ni dia sebut A C trus, B nyer hilang. tapi sekarang tidak lagi (macam iklan lak ;p)


that's about it!