Tuesday, September 15, 2009

Nak Raya Dah Ni!

diam tak diam tinggal 4 ari jer lagi umat Islam nak sambut Aidilfitri. cepatnyer masa berlalu, kan? masa awal2 puasa dulu rasa cam lambat jer lagi nak abis puasa. tup2 dah tinggal tak baper ari jer lagi...

bila check balik rupanya banyak lagi benda yang belum aku setelkan sebelum cuti raya. iskk...keje kat opis still melambak2. sampai put off mood raya aku jer ;p pastu pc opis lak dah arwah. skang ni aku terpaksa la guna laptop opis yang ala2 tukun tiruan gak tu. nasib..nasib...

anyway, jumaat lepas aku pegi la tailor kunun nak amek baju raya yang dah siap sepasang. sepasang lagi lambat sket siap sebab aku buat sulam kat tangan. understood la kan. dua tiga hari sebelum tu aku dah call dulu akak tailor tu nak kompomkan betul ker baju aku dah siap. dia cakap aah, dah siap. so, aku pon pegi la kedai dia dengan perasaan teruja sekali. sebelum pegi pon aku call dia lagi skali. dah sampai sana baru diorg nak cari baju aku. mula2 tu tak jumpa langsung baju aku waima kain perca dia pon ilek pocik. pastu diorg cari lagi dalam 5 minit baru jumpa kain. okeh, kain dah siap. baju lak? dekat 15 minit gakla diorg cari...rupa2nya dok ada dalam bakul kain yang belum siap kelim lagi. haduiiiiii.....buang masa jer aku tercongok tunggu diorg cari. potong stim btol la...last2 aku balik dengan tangan kosong jela...tapi sibaik gakla aku pegi check. kalau tak, ntah2 sampai ari raya haji pon takdan siap. haha...diorg janji minggu ni akan siap. of kos la kena siap! tak raya ahkak nanti tauuu...huwaaaa... :'(

pasal duit raya lak. aku dah tukarkan rm50 kepada duit singgit2. pastu siap amek sampul raya baru. dicampur pulak dengan baki duit raya singgit2 yang tak abis taun lepas, so berpuluh-puluh ringgit jugakla bajet duit raya untuk budak2 taun ni. untuk anak2 buah, bajet asing yer...takkan ler nak bagi singgit jer. hehh...tapi duit raya untuk diorg aku tak pegi tukar lagi nih. harap2 sempat la tukar sebelum nak cuti nanti. bank kat bawah opis pon payah nak pegi. hehe...

kue raya...semua dah dapat & ada yang dah tinggal separuh pon ;p hari2 aku dok makan masa sahur & berbuka. hahah...sukati jer..tapi memang aku beli untuk makan sendiri pon. mana la ada orang nak datang beraya umah aku nih ;p kalau ada aku goreng kopok jela memandangkan kue2 dah abis. hehe...

ouh, wiken lepas kitorg pegi shopping lagi di Alor Star (tak abih2). kali ni aku belikan bobo a pair of jeans as his birthday+anniversary gift. prezen 2 in 1 gitu...pastu dia beli tshirt raya selai. aku lak beli blouse raya. jeans macam tingin gak nak beli tapi nanti dulu la kot...tak urgent. tapi aku saja la try gak jeans sepasang. saiz dah decrease jadi 27" jer! yay!!! soka...soka...pastu en. abam pon dapat gift gak dari aku. aku belikan dia toys Fisher Price Snail Pail. heheh...ada 10% less. okla tu...baju dia aku tak beli dah. enuff!! (buat masa ni ;p)

pasni aku nak start packing lak untuk balik kampung. tahun ni beraya di Banting dulu, pastu baru balik Penang. banyaknyer benda nak dibawak balik termasukla ikan pekasam dalam peti es tu. hehehe....

oklah, nak standby depan tv dah. nak tengok Gossip Girl.

-xoxo-

1 comment:

dell said...

nasib baik jejari oat kami tak bukak lagi. kalau tak silap2 kena reorder lagila jwbnya :p