Wednesday, January 18, 2012

TLC Your Scalp!

ok hari ni nak cakap pasal masalah donia - rambut gugur! ;p

as for me, lepas bersalinkan adam, rasanya masalah rambut gugur aku tak pernah stop pon. orang tua2 cakap kalau baby asik dribbles nanti rambut mak akan gugur kan? tapi skang ni anak dah penuh gigi pon dok gugur lagi. camno tu? hahah!


i have tried several shampoos to treat this problem. i mean, bukan gugur sehelai dua yer. ni tahap gugur sampai terfikir aku ni ada penyakit apa2 kah? ha sampai tahap camtu. tapi takderlah sekronik sampai kena pegi Yun Nam for treatment yang mahal gilos tu ;p


macam2 jenis shampoo dah aku try dari yang mahal sampai yang murah, dari cap Bawang sampai ke cap lengkuas (ok tipu). zaman dolu2 aku maintain guna Head & Shoulders. tapi rambut memang dok gugur jer. try pulak tukar cap Pantene, Lakme, Bawang, Dove, dan yang paling last, Sunsilk....semua tak efektif. mostly i bought for anti-hair fall control. tapi rambut masih banyak gugur.


one one sweet day (cewah!) aku terfikir nak try salon shampoo macam Lakme tu balik. btw Lakme tu aku beli kat Shins jer. promoter dia yang suggest aku amek untuk anti-hair fall lepas bagitau masalah aku. tapi lepas pakai sebotol tu tak rasa nak continue pulak. duh!


so i went to a salon in Jitra. ingat terus nak beli la apa2 shampoo untuk anti-hair fall. tapi diorg cakap nak scan dulu my scalp. pulak dah....macam banyak songeh lak nak beli shampoo jer kan. huhuh....


diorg pon scan la scalp aku. rupanya scalp aku ni sangat greasy, oily you named it. sebab tu rambut senang gugur. dandruff takder sangat. macam2 lagi la tokey dia explain this and that about my scalp. iskk..baru ku tahu apa problem sebenar.


pastu dia suggest aku guna shampoo cap EKS. never heard of it before. kena guna 2 jenis - 3 hari berturut2 guna sebum balancing dan 1 hari guna scalp soothing. lepas shampoo, guna leave-in treatment pulak. dia suh aku guna mask tapi aku malas nak guna mask2 nih ;p kena continue shampoo camtu for 2 weeks pastu kena pegi scan balik.


it has been 3 weeks now. lepas scan balik memang nampak banyak beza dengan condition scalp hari tu. anak2 rambut pon dah makin bertambah. bobo cakap dia pon perasan rambut aku macam lebat sikit. wah..serius ker nih?


nak kata 100% rambut dah tak gugur tu tipu la kan. tapi aku rasa ada kot reduce dalam 40% - 50%. tokey tu cakap kalau nak lagi efektif i should sign up for their treatment. it costs around RM500+. errr...ahkak menten shampoo jelah dulu yer ;p




for those yang ada masalah macam aku ni, silalah jumpa dengan profesional. kalau nak try home treatment macam aku ni jelah. tapi kalau terlebih mampu gi lah Yun Nam tu jer. tehehe...

toodles!

Wednesday, January 11, 2012

Holiday di Penang

holiday ni kitorg tak plan awal2 pon. reason sebenar nak bawak adam mandi kolam jer (and ummi nak soping ;p). tambah pulak time tu cuti panjang sempena Krismas. so boleh anggap macam holiday gakla. heeee....

cari punya cari finally kitorg dapat book bilik kat Eastin Hotel, Penang. sibaik available lagi bilik yang murah. dasar cheapskate. hahah! takla, tanak membazir kan amalan syaitonnn ;p bilik pon kitorg tak amek dengan bekpes sebab dah plan nak bekpes serabai yang femes masuk JJCM kat taman tun sardon tu. ngeeee... :D


pagi tu dari rumah kitorg bertolak dalam jam 10 lebih (kot? lupa lak). sampai2 jer terus singgah tempat taboq duit dulu yakni Queensbay Mall sementara nak tunggu check in hotel kul 2pm. hahaha....


had our lunch at Paddington. rindunya! lama tak makan pancakes dia. last time pi masa peknenkan adam lagi kot. it was 3+ years ago! bobo buat lawak cakap nanti 3 tahun lagi baru kita pegi situ balik. tersangatlah pathetic! hahaha....sian sungguh orang Jitra nih ;p


ouh, semua pics diambil guna fon jer so tak berapa clear. bleh tak pegi holiday tak bawak digicam. tskkk....



me & mat ghenyih berambut cacak. suka background pic ni sebab ada chandelier tu ;p


nachos aka kopok bak kata adam. dip yang tengah2 tu my fav. lazatness!


love it to bits!


adam punya. sorry dah lupa abih nama2 food ni. adam kutip sausages kat dalam tu jer. sayoq2 memang dia tak makan langsung! tskkk....aku suapkan dia pancake tu suruh dia makan 'roti canai' ;p ada la berapa mulut jer dia makan. huhuh....


mine. rib eye steak with cheddar cheese pancake & black pepper sauce. drooollllsssss ;p~


bobo's. salmon dengan spicy pancake yang tak spicy pon with mashed green peas (seingat aku la. huhuh...)


abis makan, soping2, jalan2 sampai nak tercabut kaki semua then barulah kitorg pegi check in hotel. bilik dia kecik jer tapi comfortable la. setakat nak stay satu malam jer pon. watper nak besaq2 kan? ;p


the king size bed for us 3 beranak. heaven! tenggelam kepala tidoq guna bantal tu. tehehe....rest kejap petang tu sementara nak tunggu ketibaan kekta & family. ouh yer, lupa nak bagitau awal2 tadi. kekta satu family dengan me mommy pon join holiday kitorg ni. wheeeee!!! kekta la tetiba suh book bilik last minit kata nak join sekali. kebetulan diorg nak balik Penang gak minggu tu. amek ko bilik suite jer yang available. kih3....tapi sesuai la dengan diorg sebab gerabak panjang! ;p


dah bilik pon comey, dressing table, coffee/tea facilites semua sumbat kat situ jer ;p tapi aku suka bilik ni sebab ada iron & ironing board siap2. takderlah macam sesetengah hotel kena call baru hantar iron. tu pon bagi tempoh sejam jer untuk guna. chait!


view dari bilik. bleh nampak tempat 'sedekah amal jariah' di situ ;p


laut & pulau jerejak pon nampak gakla sipi2...(bumbung kedai yang nampak lebih ;p)


ok, it's pool time kids! gigis la beli pelampung tu kat adam. pastu dia takmo guna pon. ampess....ni posing sementara tunggu his cuzzies turun ke pool.


yeay! dah masuk pool! adam posing dengan nuha. pic tak lawo lak sebab membelakangi matahari (wah ayat skema!)


dengan semua anak2 kekta. eh, abe luqman jer takder. tengah swim kat mana2 dah la tu...luqman & kakak insyirah terer btoi swimming. tak macam amati depa. ngeee ;p


kakak insyirah yang lasak!


pis yo'll!

balik2 dari pool adam terus melepek! aku pon terlelap gak tapi kejap jelah. sebab malam tu nak keluar dinner lak. awal2 tu plan nak dinner di restoran seafood kat batu uban (tempat jatuh lagikan dikenang ;D). kitorg follow la kete diorg. tup2 bila dah dekat sampai simpang boleh pulak terlepas! nak u-turn tah mana hala punya jauh. perut pon dah keroncong untuk una ;p so kitorg decide pegi makan kat tempat lain jelah. sobs....takder rejeki nak makan seafood malam tu....

finally kitorg 3 beranak dinner kat restoran favvy jelah - Kapitan. tapi di qbay jer. malas nak pegi cawangan chulia street. ambience memang berbeza la between 2 cawangan ni. tapi belasah jelah sebab dah kelaparan.



mine was nasi beriani ayam. share dengan adam tapi adam makan nasik dia jer. tak larat abiskan so tapau bawak balik hotel. sampai hotel adam cakap nak makan lagi. huhuh...dah lewat malam pon belasah nasik lagi anakanda nih ;p


hui yang ni setap! daging masak cili. walaupun kaler hitam tapi pedas meleleh! 1st time try lauk ni kat Kapitan. slurpppp....



2nd day. pagi tu seperti yang diplan, pegi taman tun sardon nak makan serabai yang maveles! terubat rindu. huhu....tapi dah mahal sket la sekarang ni. mentang2 dah glemer ;p selain serabai aku makan kotiau sup gak. rasa tetap sama macam dulu. setappp....kalau sesaper nak turun penang silalah try bekpes kat situ yer. macam2 food yang bes2 ada sampai tak terpilih ;D

the serabais. ada 2 flavor. yang ori dan flavor gula merah+nyok aka kelapa parut ;p


lepas bekpes mandi kolam lagi. jenuh mandi kolam 2 hari berturut2 budak2 ni. tehehe....tapi 2nd day ni aku terlupa lak nak sapu sun tan lotion kat adam. abih kelabu asap kulit dia pastu ;p


adam & daddy bonding time



dengan sepupu sepapat & ami syed, my bil





lepas mandi terus siap2 kena check out. bobo ajak pulak jalan2 dulu di feringghi sebelum bertolak balik BM. aku ok jer sebab still awal masa tu. sampai sana dah lapar balik. so singgah makan laksa tepi jalan nearby pantai shamrock. semangkuk kecik RM3! cekik darah tul. rasa biasa2 jer. kuah cair lak tu. takleh beat la laksa air hitam kat gurney drive. slurpppp.....tapi dah takder pilihan makan jelah kan.

ni dia laksa cekik darah


adam makan nuggets jer


lepas makan terus sambung journey pegi hard rock hotel. saja jalan2 amek pics lagi.


posing dengan statue mendiang mikel jeksen ;p


kunun2 tourist la padahal memang orang penang. huhuh...


dah puas posing semua terus bertolak balik BM jumpa tok yang tersayang. rindunya kat tok! alhamdulillah tok nampak masih sihat. lepas isyak barulah kitorg bertolak balik ke jitra. dalam kete memang tido sesaja. letih berkawat kat penang! ;p esok pagi tu kena bangun awal lak hantar adam ke orientasi tadika. mujur tak terbabas. hehe...


adam sampai sekarang asyik dok sebut nak mandi kolam lagi. insyaallah one day kita pegi holiday lagi yer nak....


Tuesday, January 10, 2012

Adam Goin' To Tadika

start tahun ni adam dah bertukar ke tadika di Jitra. tapi kitorg hantar dia kat sana hari isnin-khamis jer. jumaat still kena hantar ke taska lama di Kangaq sebab tadika tutup jumaat. nilah masalah orang yang duduk di Kedah tapi keje di Perlih. huhuhu....


sebelum start sesi sekolah aritu, adam kena pegi orientasi 3 hari berturut2. tapi half day jelah. so aku kena la amek cuti untuk hantar dan ambil dia dari tadika. lepas ni dia kena start bangun pagi siap pakai uniform semua la. takleh macam dulu dah aku salin diaper jer pastu terus angkut masuk kete. huhuh....


1st day orientasi dia nak bangun bukan main payah. merengek la jugak sebab kena paksa mandi semua. sampai tadika kitorg tunggu kejap. tapi bila kitorg nak gerak balik tu dia mula la nangis. 2nd day aku jer yang hantar dia sebab bobo dah start keje. kebetulan pulak aku terlupa bawak susu dia pagi tu, so terpaksa la balik umah kejap. mula la dia merengek. bila explain kat dia ummi kena balik umah kejap jer nak amek susu, dia ok sket. 3rd day, dia still nangis lagi. tapi cikgu dia cakap awal2 tu jer pastu dia ok dah.


sian la jugak tengok dia camtu sebab masa hantar kat taska lama dia tak pernah nangis langsung. my tough boy wasn't so tough anymore. huhu...tambah pulak cikgu tadika cakap dia la budak yang paling kecik kat situ. takut budak2 lain buli dia jer. ker dia yang buli orang? kih3....


lani dah masuk 2nd week dia ke tadika baru. alhamdulillah dah nampak improvement. bangun pagi pon tak susah sangat. merengek2 kejap masa kena kejut tu normal la kan. sampai tadika pon dah tak nangis. temporary jer kot sementara dia nak adjust environment baru.


aku tanya gak dia belajar apa kat sekolah tiap2 hari. biasanya dia akan jawab 'adam belajaq solat'. pastu siap demo laung azan sekerat ;p semalam aku tanya lagi dia belajar apa. tapi dia jawab 'adam tak belajaq, tidoq jer' hahahaha.....yer2 jer anak aku nih.


ouh yer, kat tadika ni kitorg amek sekali kelas pra-tahfiz. mudah2an adam boleh cepat belajar baca al-Quran. amin.....

Friday, December 30, 2011

Entry Terakhir 2011 (kot?)


olaa! lama sungguh ahkak menyepi membawa diri yang lara. heee...taklah. i'm still here, safe & sound alhamdulillah....


this might be the last entry for this year. hujung tahun pon aku busy like a bee sebab kena prepare macam2 dah for next year's tasks.
so, apa azam tahun baru anda? (soalan cliche mesti ada ;p) mine, rahsia! tehehe....sebenarnya takder azam pon. takpon carry forward jelah mana2 azam yang still tak tercapai tu.


anyway, saja nak citer pasal kejadian petang tadi.


sekarang ni hari2 aku drive kete Persona bobo pi balik keje. kete dia tu ada tepek sticker ala2 sporty la kunun kat cermin depan.


tadi kat satu trafik lite ni (lampu merah) aku benti betul2 di belakang kete recond zaman 80-an kot. penuhla fancy2 sticker kat kete tu. driver dia budak laki muda lagi. leh nampak sebab dia turunkan cermin tingkap.


pastu aku perasan masa aku benti kat belakang kete dia, mamat tu siap ushar lagi thru side mirror dengan rear view mirror dia. sangat obvious!


once lampu dah hijau tetiba dia drive slow jer macam bagi chance aku overtake. aku pon terus la belok sebelah tapi memang tak pandang pon kat dia. koser mak! tapi aku drive dalam 80-90km/j jer pon.


tup2 bila dekat nak sampai kat trafik lite lagi satu, tetiba pulak dia pecut tak mau2 potong aku. hek elehhhhh...lu pehal mamat?! tetiba nak show off dengan kete buruk dia tu. last2 sampai kat trafik lite lagi satu lampu merah balik. dia kena benti. tapi aku lak memang dah kena belok masuk jalan kiri kat sebelah dia. selisih jer. takyah susah payah pecut pon! hahahahhaaa!! show off ler sangat!


aku rasa orang laki especially yang muda takleh terima kot orang pompuan drive kete elok sikit dari diorg. nak2 pulak dia tengok level ahkak2 jer bawak kete yang lebih sporty dari diorg. terus rasa diri tu terancam kot. huhuh....kesian sangat aih. very low self-esteem problem.


kepada anak2 muda di luar sana, sempena nak masuk tahun baru ni, lebih baik korang pegi cari hobi yang lebih berpekdah daripada nak intimidate golongan hawa dengan kete recond buruk korang tu! now go get a life!


sekian saja bebelanku di hujung tahun 2011 ;p
niway, hepi new year eberibadi! wish siap2 la yer just in case dilanda penyakit 'M' esok malam. tehehehe....

Saturday, December 17, 2011

Cutest Biscuit Tin!

tin biskut oat krunch ni cute sangat kan? ada 3 designs untuk 3 biskut variety. murah jer cuma RM9.90 per tin. ada 16 packet biskut. sila dapatkan di supermerket berhampiran anda ;D

Thursday, December 15, 2011

Tekak oh Tekak!

prasan tak? prasan tak? tu kat blog list tu....hehehhe....
dah lama plan nak buat makeover kat situ tapi asyik tertangguh jer.
hari ni tetiba ntah mana datang angin rajin terus buat ;D
macam la susah benor. tehehe....

just a quick update.

aku tengah sore throat. dekat 2 minggu dah kot tak baik2.
tapi alhamdulillah kali ni tonsil tak bengkak sampai jadi ulcer. tapi merah sangat.
nak telan liur sendiri pon sakit. aduiii....
strepsil dan lozenge woods dah habis 2 peket.
kat rumah sebelum tidoq telan breacol lagi.
semua tak jalan. tskkkkkk.......
a friend of mine suh try minum air asam jawa.
will do that asap!

ouh, tenkiu sebab sudi baca luahan perasan orang tengah sakit tekak ;p

Wednesday, December 7, 2011

Luahan Perasaan Kejap

pic: gugel

semenjak dua menjak ni rasa taktau nak update pasal apa. my life is not interesting anymore! hahhaa...mundane jer hari2 pegi keje balik keje pegi keje balik keje. kalau orang yang ada anak dah sekolah confirm tengah bersuka ria coti2 kan?
i'm not like some people yang suka tiru blogger lain 'eh, dia tu buat entry pasal jerawat, aku pon nak buatlah!' ada kan spesis camni? gigih nak bagi ada entry jugak walaupun topic nan hado. so pathetic!

oklah, tu jer luahan perasaan pada hari ni ;p toodles!