cari punya cari finally kitorg dapat book bilik kat Eastin Hotel, Penang. sibaik available lagi bilik yang murah. dasar cheapskate. hahah! takla, tanak membazir kan amalan syaitonnn ;p bilik pon kitorg tak amek dengan bekpes sebab dah plan nak bekpes serabai yang femes masuk JJCM kat taman tun sardon tu. ngeeee... :D
pagi tu dari rumah kitorg bertolak dalam jam 10 lebih (kot? lupa lak). sampai2 jer terus singgah tempat taboq duit dulu yakni Queensbay Mall sementara nak tunggu check in hotel kul 2pm. hahaha....
had our lunch at Paddington. rindunya! lama tak makan pancakes dia. last time pi masa peknenkan adam lagi kot. it was 3+ years ago! bobo buat lawak cakap nanti 3 tahun lagi baru kita pegi situ balik. tersangatlah pathetic! hahaha....sian sungguh orang Jitra nih ;p
ouh, semua pics diambil guna fon jer so tak berapa clear. bleh tak pegi holiday tak bawak digicam. tskkk....
abis makan, soping2, jalan2 sampai nak tercabut kaki semua then barulah kitorg pegi check in hotel. bilik dia kecik jer tapi comfortable la. setakat nak stay satu malam jer pon. watper nak besaq2 kan? ;p
balik2 dari pool adam terus melepek! aku pon terlelap gak tapi kejap jelah. sebab malam tu nak keluar dinner lak. awal2 tu plan nak dinner di restoran seafood kat batu uban (tempat jatuh lagikan dikenang ;D). kitorg follow la kete diorg. tup2 bila dah dekat sampai simpang boleh pulak terlepas! nak u-turn tah mana hala punya jauh. perut pon dah keroncong untuk una ;p so kitorg decide pegi makan kat tempat lain jelah. sobs....takder rejeki nak makan seafood malam tu....
finally kitorg 3 beranak dinner kat restoran favvy jelah - Kapitan. tapi di qbay jer. malas nak pegi cawangan chulia street. ambience memang berbeza la between 2 cawangan ni. tapi belasah jelah sebab dah kelaparan.
finally kitorg 3 beranak dinner kat restoran favvy jelah - Kapitan. tapi di qbay jer. malas nak pegi cawangan chulia street. ambience memang berbeza la between 2 cawangan ni. tapi belasah jelah sebab dah kelaparan.
2nd day. pagi tu seperti yang diplan, pegi taman tun sardon nak makan serabai yang maveles! terubat rindu. huhu....tapi dah mahal sket la sekarang ni. mentang2 dah glemer ;p selain serabai aku makan kotiau sup gak. rasa tetap sama macam dulu. setappp....kalau sesaper nak turun penang silalah try bekpes kat situ yer. macam2 food yang bes2 ada sampai tak terpilih ;D
lepas mandi terus siap2 kena check out. bobo ajak pulak jalan2 dulu di feringghi sebelum bertolak balik BM. aku ok jer sebab still awal masa tu. sampai sana dah lapar balik. so singgah makan laksa tepi jalan nearby pantai shamrock. semangkuk kecik RM3! cekik darah tul. rasa biasa2 jer. kuah cair lak tu. takleh beat la laksa air hitam kat gurney drive. slurpppp.....tapi dah takder pilihan makan jelah kan.
lepas makan terus sambung journey pegi hard rock hotel. saja jalan2 amek pics lagi.
dah puas posing semua terus bertolak balik BM jumpa tok yang tersayang. rindunya kat tok! alhamdulillah tok nampak masih sihat. lepas isyak barulah kitorg bertolak balik ke jitra. dalam kete memang tido sesaja. letih berkawat kat penang! ;p esok pagi tu kena bangun awal lak hantar adam ke orientasi tadika. mujur tak terbabas. hehe...
adam sampai sekarang asyik dok sebut nak mandi kolam lagi. insyaallah one day kita pegi holiday lagi yer nak....
adam sampai sekarang asyik dok sebut nak mandi kolam lagi. insyaallah one day kita pegi holiday lagi yer nak....
1 comment:
lenkali mai mandi kolam kat melawati ja.. hotel foc. tp masuk kolam kena bayaq rm5 :p
Post a Comment