Tuesday, January 10, 2012

Adam Goin' To Tadika

start tahun ni adam dah bertukar ke tadika di Jitra. tapi kitorg hantar dia kat sana hari isnin-khamis jer. jumaat still kena hantar ke taska lama di Kangaq sebab tadika tutup jumaat. nilah masalah orang yang duduk di Kedah tapi keje di Perlih. huhuhu....


sebelum start sesi sekolah aritu, adam kena pegi orientasi 3 hari berturut2. tapi half day jelah. so aku kena la amek cuti untuk hantar dan ambil dia dari tadika. lepas ni dia kena start bangun pagi siap pakai uniform semua la. takleh macam dulu dah aku salin diaper jer pastu terus angkut masuk kete. huhuh....


1st day orientasi dia nak bangun bukan main payah. merengek la jugak sebab kena paksa mandi semua. sampai tadika kitorg tunggu kejap. tapi bila kitorg nak gerak balik tu dia mula la nangis. 2nd day aku jer yang hantar dia sebab bobo dah start keje. kebetulan pulak aku terlupa bawak susu dia pagi tu, so terpaksa la balik umah kejap. mula la dia merengek. bila explain kat dia ummi kena balik umah kejap jer nak amek susu, dia ok sket. 3rd day, dia still nangis lagi. tapi cikgu dia cakap awal2 tu jer pastu dia ok dah.


sian la jugak tengok dia camtu sebab masa hantar kat taska lama dia tak pernah nangis langsung. my tough boy wasn't so tough anymore. huhu...tambah pulak cikgu tadika cakap dia la budak yang paling kecik kat situ. takut budak2 lain buli dia jer. ker dia yang buli orang? kih3....


lani dah masuk 2nd week dia ke tadika baru. alhamdulillah dah nampak improvement. bangun pagi pon tak susah sangat. merengek2 kejap masa kena kejut tu normal la kan. sampai tadika pon dah tak nangis. temporary jer kot sementara dia nak adjust environment baru.


aku tanya gak dia belajar apa kat sekolah tiap2 hari. biasanya dia akan jawab 'adam belajaq solat'. pastu siap demo laung azan sekerat ;p semalam aku tanya lagi dia belajar apa. tapi dia jawab 'adam tak belajaq, tidoq jer' hahahaha.....yer2 jer anak aku nih.


ouh yer, kat tadika ni kitorg amek sekali kelas pra-tahfiz. mudah2an adam boleh cepat belajar baca al-Quran. amin.....

3 comments:

Unknown said...

hehehe.. somelnya adam dgn baju tadika baru.. mcm gown pun ada. hehe..

myNana said...

taska ni kat mana ya?

una said...

salam myNana, tadika ni di taman suria 2, jitra. tadika nursyifa nama dia..