Thursday, June 20, 2013

Adam's Sports Day

hari sabtu last week tadika adam buat sports day. pagi tu baru aku terfikir yang adam takder sport shoes pon. camner nak main sport? hahaha...nak taknak terpaksa la bagi dia pakai kasut jalan. kasut raya last year ekceli. hentam sajalah asalkan bertutup. takkan main sport nak pakai slipper ben10 atau slipper ulat plak kan? kui3...

sports day ni combine dengan little caliphs sg. dua. meriah gakla sebab budak2 & mak bapak pon ramai. lagi meriah sebab ada persembahan budak2, lori van vico dengan lori van teh brand apa lupa lak. kalau lori van milo mau aku berulang2 pi amek. vico ni ahkak minum mai secewen jerlah. huhu...

adam dok dalam rumah hijau. rumah saiyidina ali kot ntah lupa lak ;p acara sukan dia bukanla sukan yang betul2 sukan macam lari berpagar ker lari berganti ker. tapi lebih kepada sukaneka gitu.

adam kena main bawak bola pingpong bergilir. sian dia 'bercerau' peluh! anak daddy sungguh. sibaik aku dah standby bawak towel kecik. huhu...

team dia dapat no 4 tapi still dapat bronze medal. heheh...budak yang dok depan sekali la spoil. sebab dia kecik lagi pastu jalan slow ya hamat. muahahaha...sibaik dapat gak medal. kalau tak dapat mau meraung tengok kawan2 dok tayang medal depa.

abis main semua game ada pertunjukan silat dari mana tah lupa lak (lupa sokmo macik nih!). terer btoi depa tu. kagum gakla tengok budak2 pompuan bersilat. hehe...

kitorg cabut awal dalam kui 11.30am camtu. tak tahan dah matahari makin tegak atas kepala. diorg ada buat game untuk parents gak. tapi kitorg tak join pon. malu! hahaha...taklah. takmo la berpanas2. rosak kulit ahkak tau.... ;p

btw, enjoy the piccas!




















Tuesday, June 18, 2013

The Power of Blogging - Part 2


dulu aku pernah citer pasal sorang reader yang minat sangat dengan pokok setawar. ok flashback jap entry tu kat sini.

kekadang dok terfikir gak idup ker tak daun2 tu. kalau tak idup macam buang karan jer aku pos daun2 tu kat dia. huhuh...

pastu baru2 ni dia email aku gambar daun (now dah jadi pokok) setawar yang aku hantar dulu. wahhh....dah beranak pinak sampai jadi 2 pasu! sekarang ni kawan2 dia pulak tengah tunggu nak amek daun2 tu. tak sangka lak pokok setawar pon ada peminat. tehehe...


'To be doing good deeds is man's most glorious task.'



p/s: dear vinney, please take a good care of them, okay? hehe...


Monday, June 17, 2013

Powerbank Dah Selamat Sampai!


alhamdulillah....berkat kesabaran dan bebelan akhirnya sampai jugak powerbank ni kat tangan aku pagi tadi. fuhfuh...berjanggut ahkak tunggu! (refer previous entry)

sampai2 terus bukak parcel then terus testing. comey tak kaler fink? kih3...

ok, tu jer nak bagitau. muahahah...

till then, toodles!

Friday, June 14, 2013

Pengalaman Shopping Online Di Dealmates (plus Sesi Lepas Geram!)

 

sekarang ni kan ada macam2 kompeni online seller yang guna kupon/certificate. paling famous groupon la kot. pastu ada milkadeal, streetdeal, mydeal & berlambak2 deal lagilah ;p

tapi hari ni nak aku citer experience shopping kat dealmates sebab dah tiga kali beli barang kat situ. dan jugak nak lepas geram sket. beware...18SG entry ahead. muahahaha...

ok , here goes....

first time shopping aku tolong belikan powerbank untuk kekta sebab kredit kad dia ada problem masa tu. so first time la jugak aku register kat dealmates. dapat rebate 3% pastu harga powerbank pon dapat diskaun lagi. masa tu ada express deal so powerbank tu sampai kat kekta dalam 3 hari jer camtu.

2nd time aku beli beg untuk diri sendiri. dapat la diskaun sket sebab tolak rebate aritu. pastu dell pon tolong belikan kekta beg yang sama. hehe...pastu dapat certificate bagitau beg akan sampai dalam tempoh 3 minggu. tak kisah sangat sebab bukannya nak guna urgent pon. 

bila sampai masanya, beg tu pon sampai la...punya la excited bukak parcel. yelah kan, berjanggut kot tunggu! tup2, diorg hantar model beg yang salah! grrrrrrr.....tensi btoi. dah la tunggu lama gila, pastu boleh salah model lak. 

tak puas hati, aku gugel gambar beg. confirm bukan beg yang aku order! memang rupa dia lebih kurang tapi still tak sama! (sorry ada banyak exclamation mark pulak. nak habaq tengah marah. hahahaha....)

dan2 tu jugak aku contact customer service diorg. mujur gak ada live chat. aku siap bagi link gambar beg nak tunjuk comparison. mamat tu cakap 'it's similar'. yea similar but it's still not the same hokeh! 

tapi apa pon dia tolong gak aku hantar email komplen kat dealer beg tu. couple hours later, orang dealer beg call aku terus. dia cakap memang salah diorg hantar model lain kat aku. yang bagusnya, dia siap tanya dell tu sister aku ker sebab diorg pon nyaris2 nak pos beg yang sama kat dell. diorg terperasan kot binti sama. hihih...mujur jugakla...kalau tak kekta pon akan dapat beg salah ;p

diorg email bagitau akan hantar beg baru in 2 weeks time. tapi kena tunggu shipment baru. takperlah, kitorg tunggu jer. malas nak mintak refund. 

long story cut short, hari ni dah lebih 3 minggu aku tunggu. beg tu tak nampak batang hidung pon. bila aku email tanya, diorg jawab still tunggu shipment. haihhhhh.....ship dah jadi titanic koittt?!

citer 3rd time shopping (tak serik2 kes beg ;p). aku beli powerbank untuk diri sendiri pulak. dalam certificate cakap kena tunggu dalam 3 minggu. oklah kena bersabar lagi. beli barang murah jer kali ni so harap2 takder masalah la kan. 

tunggu punya tunggu tak sampai jugak. sebab dah tau cara, aku direct email kompeni dealer tu terus. tak deal melalui customer service dealmates dah. dealer reply email katanya dia tak boleh janji bila sebab takut break promise. padahal dalam certificate ada mention powerbank tu akan dideliver bila. obviously dah lepas dari date tu pon. so memang oredi broken promise pon! geram tui ahkak!

pastu aku email balik siap quote certificate tu. then aku gertak nak report kat consumer tribunal. pastu kan....sepantas kilat dia reply balik nak cakap sorry bagai. bagi alasan tengah sangkut kat kastam la, nak provide good quality product la apa bala lagi tah. grrrrr...tau pon takot! 

nak meniaga elok2 la. ni dok bagi janji pelsu. mana tak geram! at least email la bagitau kat customer dari awal item akan sampai lewat sikit sebab apa semua. ni tak, customer lak kena tanya dulu. pastu dok berdolak dalik bagi jawapan selamat. kena gertak sekali baru hang tau takot! amboih geram sungguh makcik. hahahhaa....

anyway, apek dealer powerbank tu cakap nak poslaju kat aku pagi ni. we'll see.....kalau hari isnin depan tak dapat jugak, memang aku bawak ke tribunal la kes ni. takleh bagi muka dah. pfftt....

pesanan penaja dari aku, sebelum nak beli barang online, check dulu review2 customer pasal seller tu. macam dealmates ni aku memang tak check dulu. tambah2 pulak pestaim beli macam ok ja. tu yang ingat memang reliable. tup2 dua kali terkena. hmmphhh....

ok now dah lega sket sebab dah lepas geram. muahahhaa...

till then, toodles!

Tuesday, June 4, 2013

Banting Aku Datang!

not in a good mood actually. pakcik sedara (abang sulung mak aku) tengah sakit & keadaan sangat lemah. doakan yang terbaik untuk keluarga pakcik aku...jumaat ni pulak genap setahun arwah tok tinggalkan kami. sekejap jer dah setahun! semoga roh arwah tok aman di sana....amin....

ok sambung story balik kampung. kali ni di Banting pulak setelah abiskan masa 3 hari di Kelana Jaya.

lewat petang sabtu my MIL dan SIL datang jemput kitorg di KJ. almaklumla takder transport. terpaksa mengharap belas kasihan orang. mih3...

esoknya hari mengundi. aku dok dendiam jelah sebab pusat mengundi aku kat Penang. takder rezeki nak mengundi kali ni (dan tayang jari biru). hukhukk...

petang tu kitorg jalan2 kat Pantai Morib. dah berzaman tak pergi situ. dah cantik rupanya! jakun kejap ;p

sibaik adam tak mintak beli natang ni ;p

bapak yang main, bukan anak ;p

ahkak main kite pakai handbag uols. kelas tak?


lepas main kite kitorg singgah makan sotong bakar & tauhu bakar kat situ. sedapnyesss...tapi tak amek gambar lak ;p pasni kalau balik Banting lagi wajib pegi makan lagi ;D

esoknya kitorg jalan2 kat Shah Alam pulak. bobo nak cari henpon baru. aku tak beli apa pon. memang takder plan nak menyoping dah. eceh...masa tu jelah ;p tapi aku ada jumpa satu kedai beg kat Plaza Masalam. leather bag made in China. tapi lawa2 tul. harga pon not bad la. mampu milik. memandangkan takder plan nak soping aku letak balik jelah beg tu. cam tak caya jer dengan diri sendiri. hahahaha....

the next day dah hari last di Banting. pagi tu siap2 beg. lepas zohor terus keluar lunch dan shoot ke airport. besday bobo patutnya hari tu. memang tak sempat celebrate pon. just wish jer. huhuh...takperlah, dah celebrate bagi kek mahai aritu kan? kih3...lagipon besday kali ni dia dapat jumpa mak dia. tu pon dia dah cukup happy ;D

kat airport ingat nak lepak kat Starbucks tapi umat macam ulat taik tul kat LCCT tu. last2 lepak kat kedai kat departure jer minum Nescafe tin. kah3...

ajak adam posing tapi dia taknak. huh!

dah dekat nak sampai mesti terlentok

sebelum balik ke Kulim kitorg singgah dinner siap2 kat Kayu. walaupun aku bukan la penggemar nasik kandar, pada aku this is one of the best kot. nasik kandar line clear aku tak pernah try lagi. nama jer orang Penang. heheh...sebabnya abah aku citer tempat dia tak hygenic sangat. sebelah longkang jer kedai dia. erkkk....yang bagi famous line clear tu orang2 luar gamaknya. huhuh...





that's how we spent our balik kampung trip. bobo ajak balik lagi sebelum puasa. naik train! errrr...nanti nak pikiaq 100x dulu. hiks!

till then. toodles!