Friday, June 14, 2013
Pengalaman Shopping Online Di Dealmates (plus Sesi Lepas Geram!)
sekarang ni kan ada macam2 kompeni online seller yang guna kupon/certificate. paling famous groupon la kot. pastu ada milkadeal, streetdeal, mydeal & berlambak2 deal lagilah ;p
tapi hari ni nak aku citer experience shopping kat dealmates sebab dah tiga kali beli barang kat situ. dan jugak nak lepas geram sket. beware...18SG entry ahead. muahahaha...
ok , here goes....
first time shopping aku tolong belikan powerbank untuk kekta sebab kredit kad dia ada problem masa tu. so first time la jugak aku register kat dealmates. dapat rebate 3% pastu harga powerbank pon dapat diskaun lagi. masa tu ada express deal so powerbank tu sampai kat kekta dalam 3 hari jer camtu.
2nd time aku beli beg untuk diri sendiri. dapat la diskaun sket sebab tolak rebate aritu. pastu dell pon tolong belikan kekta beg yang sama. hehe...pastu dapat certificate bagitau beg akan sampai dalam tempoh 3 minggu. tak kisah sangat sebab bukannya nak guna urgent pon.
bila sampai masanya, beg tu pon sampai la...punya la excited bukak parcel. yelah kan, berjanggut kot tunggu! tup2, diorg hantar model beg yang salah! grrrrrrr.....tensi btoi. dah la tunggu lama gila, pastu boleh salah model lak.
tak puas hati, aku gugel gambar beg. confirm bukan beg yang aku order! memang rupa dia lebih kurang tapi still tak sama! (sorry ada banyak exclamation mark pulak. nak habaq tengah marah. hahahaha....)
dan2 tu jugak aku contact customer service diorg. mujur gak ada live chat. aku siap bagi link gambar beg nak tunjuk comparison. mamat tu cakap 'it's similar'. yea similar but it's still not the same hokeh!
tapi apa pon dia tolong gak aku hantar email komplen kat dealer beg tu. couple hours later, orang dealer beg call aku terus. dia cakap memang salah diorg hantar model lain kat aku. yang bagusnya, dia siap tanya dell tu sister aku ker sebab diorg pon nyaris2 nak pos beg yang sama kat dell. diorg terperasan kot binti sama. hihih...mujur jugakla...kalau tak kekta pon akan dapat beg salah ;p
diorg email bagitau akan hantar beg baru in 2 weeks time. tapi kena tunggu shipment baru. takperlah, kitorg tunggu jer. malas nak mintak refund.
long story cut short, hari ni dah lebih 3 minggu aku tunggu. beg tu tak nampak batang hidung pon. bila aku email tanya, diorg jawab still tunggu shipment. haihhhhh.....ship dah jadi titanic koittt?!
citer 3rd time shopping (tak serik2 kes beg ;p). aku beli powerbank untuk diri sendiri pulak. dalam certificate cakap kena tunggu dalam 3 minggu. oklah kena bersabar lagi. beli barang murah jer kali ni so harap2 takder masalah la kan.
tunggu punya tunggu tak sampai jugak. sebab dah tau cara, aku direct email kompeni dealer tu terus. tak deal melalui customer service dealmates dah. dealer reply email katanya dia tak boleh janji bila sebab takut break promise. padahal dalam certificate ada mention powerbank tu akan dideliver bila. obviously dah lepas dari date tu pon. so memang oredi broken promise pon! geram tui ahkak!
pastu aku email balik siap quote certificate tu. then aku gertak nak report kat consumer tribunal. pastu kan....sepantas kilat dia reply balik nak cakap sorry bagai. bagi alasan tengah sangkut kat kastam la, nak provide good quality product la apa bala lagi tah. grrrrr...tau pon takot!
nak meniaga elok2 la. ni dok bagi janji pelsu. mana tak geram! at least email la bagitau kat customer dari awal item akan sampai lewat sikit sebab apa semua. ni tak, customer lak kena tanya dulu. pastu dok berdolak dalik bagi jawapan selamat. kena gertak sekali baru hang tau takot! amboih geram sungguh makcik. hahahhaa....
anyway, apek dealer powerbank tu cakap nak poslaju kat aku pagi ni. we'll see.....kalau hari isnin depan tak dapat jugak, memang aku bawak ke tribunal la kes ni. takleh bagi muka dah. pfftt....
pesanan penaja dari aku, sebelum nak beli barang online, check dulu review2 customer pasal seller tu. macam dealmates ni aku memang tak check dulu. tambah2 pulak pestaim beli macam ok ja. tu yang ingat memang reliable. tup2 dua kali terkena. hmmphhh....
ok now dah lega sket sebab dah lepas geram. muahahhaa...
till then, toodles!
Labels:
ramblings,
shopping,
women issues
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment