Tuesday, June 4, 2013

Banting Aku Datang!

not in a good mood actually. pakcik sedara (abang sulung mak aku) tengah sakit & keadaan sangat lemah. doakan yang terbaik untuk keluarga pakcik aku...jumaat ni pulak genap setahun arwah tok tinggalkan kami. sekejap jer dah setahun! semoga roh arwah tok aman di sana....amin....

ok sambung story balik kampung. kali ni di Banting pulak setelah abiskan masa 3 hari di Kelana Jaya.

lewat petang sabtu my MIL dan SIL datang jemput kitorg di KJ. almaklumla takder transport. terpaksa mengharap belas kasihan orang. mih3...

esoknya hari mengundi. aku dok dendiam jelah sebab pusat mengundi aku kat Penang. takder rezeki nak mengundi kali ni (dan tayang jari biru). hukhukk...

petang tu kitorg jalan2 kat Pantai Morib. dah berzaman tak pergi situ. dah cantik rupanya! jakun kejap ;p

sibaik adam tak mintak beli natang ni ;p

bapak yang main, bukan anak ;p

ahkak main kite pakai handbag uols. kelas tak?


lepas main kite kitorg singgah makan sotong bakar & tauhu bakar kat situ. sedapnyesss...tapi tak amek gambar lak ;p pasni kalau balik Banting lagi wajib pegi makan lagi ;D

esoknya kitorg jalan2 kat Shah Alam pulak. bobo nak cari henpon baru. aku tak beli apa pon. memang takder plan nak menyoping dah. eceh...masa tu jelah ;p tapi aku ada jumpa satu kedai beg kat Plaza Masalam. leather bag made in China. tapi lawa2 tul. harga pon not bad la. mampu milik. memandangkan takder plan nak soping aku letak balik jelah beg tu. cam tak caya jer dengan diri sendiri. hahahaha....

the next day dah hari last di Banting. pagi tu siap2 beg. lepas zohor terus keluar lunch dan shoot ke airport. besday bobo patutnya hari tu. memang tak sempat celebrate pon. just wish jer. huhuh...takperlah, dah celebrate bagi kek mahai aritu kan? kih3...lagipon besday kali ni dia dapat jumpa mak dia. tu pon dia dah cukup happy ;D

kat airport ingat nak lepak kat Starbucks tapi umat macam ulat taik tul kat LCCT tu. last2 lepak kat kedai kat departure jer minum Nescafe tin. kah3...

ajak adam posing tapi dia taknak. huh!

dah dekat nak sampai mesti terlentok

sebelum balik ke Kulim kitorg singgah dinner siap2 kat Kayu. walaupun aku bukan la penggemar nasik kandar, pada aku this is one of the best kot. nasik kandar line clear aku tak pernah try lagi. nama jer orang Penang. heheh...sebabnya abah aku citer tempat dia tak hygenic sangat. sebelah longkang jer kedai dia. erkkk....yang bagi famous line clear tu orang2 luar gamaknya. huhuh...





that's how we spent our balik kampung trip. bobo ajak balik lagi sebelum puasa. naik train! errrr...nanti nak pikiaq 100x dulu. hiks!

till then. toodles!

No comments: