Sunday, July 1, 2012

Bienvenue A Paris!

seperti yang dijanjikan, nak buat entry pasal trip ke paris & london bulan 5 hari tu for the sake of own memory. ngeeee... ;D

long entry alert!

i will do it part by part la senang sikit. sebab panjang sangat! so this entry is solely dedicated for paris trip.

sebelum tu, nak story history before the trip:
aku sebenarnya plan nak pegi umrah bulan 4 aritu. mak ajak temankan dia. abah dah tengah2 jalan baru decide nak join. nak dijadikan cerita, 2 weeks sebelum tarikh umrah blood pressure mak naik mencanak tinggi! doc keluarkan surat cakap tak advisable untuk mak pegi umrah. i was thinking plan asal nak temankan mak, kalau mak dah tak jadi pegi, aku pun taknak la pegi lagi...jadinya abah jer pegi sorang....takpelah belum ada rezeki aku nak jejak tanah suci lagi...mana tau kot2 lepas ni dapat buat haji terus kan? aminnnnnn.... 

dah tak jadi pegi tu memang la rasa ralat jugak. tapi kena fikir Allah knows better.

pastu adik aku, dell pulak memang rajin dok belek airlines website kot2 ada sale. tup2 qatar airways buat sale time tu. dia ajak aku join pegi london. dalam ati isk, tingin gak. sebab pegi last year tak puas! time tu memang boleh consider macam tak pegi pun sebab tak nampak london bridge, big ben and whatnot. almaklumla working trip. banyak cantek nak harap orang bawak pegi jalan merata. hehhh....

aku mintak permission bobo, dia cakap ok jer. pastu seminggu sebelum aku fly dia pulak kena warded pasal sesak nafas. masa tu taktau lagi apa puncanya. cuak jugakla...banyak kali jugakla aku tanya dia boleh ker nak pegi paris ni? dia memang suruh jugak aku pegi. mebbe dia kesiankan aku kot sebab aritu dah kena kensel pegi umrah. refund ada kemungkinan dapat tapi bukan 100% la. but as of now aku tak dapat balik pon refund tu... :( kebetulan jugak time yang sama abah pon warded sebab demam tak kebah2 lepas balik dari umrah. banyak sungguh dugaan melanda masa tu. 2 hari sebelum fly (the day bobo was discharged) baru aku confirm betul2 jadi pegi. abah pon dah discharged masa tu. dia pon suruh kitorg proceed jer dengan trip tu. huhuh....

anyway, days go by dan masa pun tak panjang untuk decide. yelah, sale tu bukannya lama sangat. aku pon try ajak member kamceng aku si ija. kebetulan pulak dia cakap macam aku ni tau2 jer dia baru dapat bonus. so dia pon on terus! muahahha...so it's girls only trip! 3 orang pompuan sahaja. kui3....

kitorg book tiket tak sampai sebulan pun before fly. mulanya plan ke london saja. tapi aku saja suruh dell check tiket ke paris sama. turned out tiket kl-paris-london boleh dapat murah time tu. so terus zassss book! i'm going to paris!! (jakun sat ;p)

2-3 weeks sebelum fly jenuh aku & dell baca survey, gugel everything about paris. dell penah pegi dah 2 kali tapi dia ingat2 lupa. so kitorg memang harapkan dia la bab2 jalan ni. huhu...dia gak tolong book siap2 hostel yang kitorg akan stay kat sana - Vintage Hostel. tiket eurotrain pun beli siap2.

nak dijadikan cerita dah dekat nak fly tu baru perasan yang kitorg cuma ada sehari semalam jer nanti di paris. the next day tu dah kena naik eurotrain ke london. rupanya dell tersilap assume kitorg akan sampai pada hari yang sama fly. rupanya sampai keesokkan hari. huhuh...nak tukar tiket eurotrain memang takleh dahla. dia kena beli lain terus. terbang rm200 gakla nanti. so kitorg kena plan betul2 target nak ke mana semua. mujur la di paris ada bas hop in hop off (hoho) so senang sikit. memang dia akan bawak ke semua tourist spots.

to those yang ingat aku banyak duit pegi holiday ke paris & london tu, you are so wrong! i consider this trip as budget travel. memang tak plan nak shopping pun. rasanya aku bawak duit cukup2 jer kot untuk makan dan transportation. siap boleh bawak balik balance lagi. apa yang penting bagi aku, dapat tengok negara orang. kat paris pulak tu! it has been in my dream for ages! just look at my pinterest album. hahahahaa....

oops! dah panjang pulak membebel. ok, let's start the trip.

21 may 2012
our flight with qatar airways from klia-doha-charles de gaulle (CDG-paris airport) was at 9pm. lebih kurang 6 jam setengah perjalanan dari klia-doha. transit dalam sejam setengah jer camtu. memang taknak transit lama2 sebab boring. sampai doha pusing2 jap kat duty free shoplots pastu dah kena boarding flight ke paris. yeehaaaa!



me & ja kat airport doha. ronda2 kat duty free. around 2am kot masa tu. tapi punya la ramai umat!


22 mei 2012
approximately 7 hours later dalam flight dari doha, kami pon sampai la CDG....jam 8.30am di paris masa tu....


rupa masing2 dah macam hapa jer. but we are all excited!

nak dijadikan cerita, pasport dell boleh pulak tercicir lepas amek beg. sibaik la ada mamat cina mana tah ternampak, terus dia pegi cari dell. phewwwww...berdebar2 betul masa tu! pastu bermulalah pengembaraan kami ;D

melilau2 jugak la nak cari sortie (exit in french) ke train station. ikut jer signage tulis RER (kalau tak silap). dari terminal, kena naik tren dulu untuk ke train station tu. kitorg beli 2 tiket. satu untuk naik dari CDG ke Gare du Nord (GDN) dan satu lagi beli mobilis untuk travel di paris nanti. untuk ke GDN kena naik RER B. travelling time cuma dalam 30 mins. boleh refer website parisbytrain for more info. siap boleh print gambar untuk guide arah mana kita kena amek. really helpful kan?


ouh yer, lupa nak citer. sebelum pegi sana aku dah check weather forecast paris. tup2 forecast bagitau hari yang kitorg patut sampai sana hujan! dalam hati memang ingat bernasib malang. dahla pegi satu hari jer pastu hujan lak. sedeyyy...huhuh...tapi alhamdulillah masa touch down tak hujan pun cuma mendung & hazy...



me & ja tengah tunggu train ke GDN.



dalam train. banyak gak pitstop dia. masa naik tu orang tak penuh pastu lama2 penuh la. yang besnya french ni semua wangi2 belaka. suka sangat bau pepium depa. takdak pon terbau tengik ka apa. ker sebab pagi lagi masa tu? pakat wangi2 jelah sebab nakpi keja. ce naik time balik keja. heheh...tapi aku rasa depa ni memang wangi2 la sebab cuaca sana kan sejuk dan kering. mana ada peluh2 nih. ce depa mai negara kita. mau tengik gak kot sapa yang maleh mandi tu! ;p

lagi satu benda yang aku observe sepanjang perjalanan dalam train ialah tulisan grafitti yang penuh di dinding2 bangunan. asal ada dinding jer mesti ada grafitti. asal ada grafitti jer mesti ada bangunan. hah, gitulah lebih kurang. takdak satu spot pun yang tertinggal i tell you! yang herannya owner bangunan2 tu pun tak pulak ada inisiatif nak cat balik ka apa...hmm...

setengah jam lepas tu kitorg pun sampai GDN. kat sana pon melilau2 gak cari exit. jenuh heret beg 12kg tuh! lepas dah jumpa exit, konpius pulak jalan nak ke vintage hostel. huhuhu....vintage ni walking distance 5 min jer dari GDN patutnya. dia kat rue de dunkerque. mujurla dell boleh berbbm dengan hubby dia. so jenuh gakla my BIL dok guide kitorg yang buta arah ni. hebak btoi dia boleh ingat lagi jalan2 kat paris padahal dah dekat 2 tahun pegi sana.


nilah stesen GDN tu. ala2 kl sentral kita la...



kafe yang betul2 mengadap GDN. rue de dunkerque rupanya menghala ke sebelah kanan kafe tu. so menapak la kitorg ke hostel...mencabar jugakla sebab kena heret beg naik bukit. tskkk....

 

hah jumpa pun!





nilah hostelnya...so small yet so trendy! cuma yang tak sioknya kena heret beg naik tangga untuk ke lif. lif dia halus sangat. cuma muat sorang kalau bawak beg. sesuai la kot dengan room rate dia. kih3...


keadaan dalam bilik. terpaksa pilih sharing 4 orang sebab bilik yang share 3 orang dah penuh. so katil satu lagi tu minah saleh mana tah duduk. not so friendly. kitorg pun buat tak kisah jer dengan dia. heheh...

lupa lak berapa euro bilik ni. sapa nak tau pi la tengok sendiri dalam website vintage yer. huhuhu...ouh btw bilik ni comes with breakfast. dapatla makan croissant dengan cereal pagi esoknya. sep bajet! ;p



the key card

 
memandangkan check in time pukul 4ptg, kami simpan dulu beg kat hostel. lepas tu terus keluar jalan2 memandangkan kami ada hari tu jer untuk tawaf paris. huhuhu...gambar2 aku letak dalam collage jelah yer. banyak sangat kalau nak upload one by one. juling mata tengok ;p

ok, tempat pertama yang kami tuju adalah di montmartre. walking distance jer dengan hostel. kat situ dah boleh nampak sacre coeur, spot tertinggi di paris. kami tak pegi pun situ, cuma tengok dari jauh jer. kat situ boleh nampak view paris la. tapi kami skip jer sebab nak cepat. huhuh...

seperti yang diplan, kami naik bas hoho dari depan metro anvers. kami naik l'open tour. bas ni ada 4 route yang kita boleh pilih. ikut suka la nak turun dan naik kat mana. tiket boleh beli dalam bas dengan drebar dia atau online. sonang kan? harga 31 euro for 1 day. rasanya kami lalu 3 route kot. route satu lagi takdak apa sangat kat situ so tak pegi la...

masa naik tu main redah jer sebab taktau kena amek route mana dulu. dah naik baru amek map dia. memang kitorg totally depends kat map la. dalam bas kitorg duduk kat tingkat atas. sejuk gilos!! aku dahla pakai 2 lapis jer. memang ketaq dagu gakla menahan sejuk. kalau duduk bawah tak nampak view pulak. so bertahan jelah...


 
kami plan nak ronda2 dulu touristy spots. pastu baru shopping. end up terpusing 2 kali tempat yang sama time nak cari balik champs elysees. ternaik bas hoho yang tak lalu situ rupanya. huhuh...champs elysees ni ada orang iktiraf sebagai jalan yang paling lawa dalam dunia. memang lawa pun. kiri kanan pokok cantik pastu tengah2 nampak arc de triomphe. just stunning!

di area GDN. ada mamat2 bawak keta lama untuk tour paris. so cute! ingat nak try tapi dah tak sempat :(

 
tak singgah pon HRC tu. tapi tak kisah pun sebab bukan collector tshirt dia ;p


kalau tak silap kedai bunga ni berdekatan dengan gare de lyon. salah satu train station selain GDN. masa kat sini kitorg kena tunggu agak lama untuk bas hoho route ke eiffel. dahla sejuk banget masa tu. sampai kena menyorok di sebelah bangunan sebab taknak kena angin. hahaha...kebetulan kat situ ada food stall kecik. kitorg try la beli hot choc kat situ untuk panaskan badan. tup2 saiz cup kecik pastu hot choc dia separuh jer. 3 euro. kalau convert gulppp....takpelah, bila lagi nak try kan?
kat sana kitorg tak pegi pon shopping complexes yang besar2 macam printemps & galleries lafayette. memang tak sempat pun nak pegi. masa sangat suntuk so kena tuju tempat yang berkenaan jer.
around paris
 
da vinci code. hehhe...the world famous louvre. it's a museum actually

di sekitar louvre
notre dame & seine river
sepanjang seine ada book stalls jual buku2 lama/vintage. stall dia macam menenggek jer kat tembok tebing sungai tu...
hampir semua pics di paris aku snap dari atas bas jer. what to do...hukhuk...pastu pics plak kusam jer sebab cuaca sangat gloomy. apa pun alhamdulillah tak hujan seperti predicted ;D
di sekitar place de la concorde. the largest square in paris. kalau kat malaysia macam dataran merdeka la kot
pic kiri: place de la concorde. pic atas kanan: bangunan lawa taktau nama ;p pic bawah kanan: padlock love bridge. fahrin ada lalu situ dalam citer seindah sakura. ngeee ;D
ni masa 1st round lalu champs elysees. tengok dari atas bas jer dulu. huhu...sini banyak kedai2 luxury/branded goods
cantik kan jalan kat sini?
LV! sebelum ni dok dengar jer nak masuk situ kena queue panjang. tup2 kitorg pun terjebak sekali sebab dell nak beli beg LV kat situ. phewww....

 
eiffel tower! teruja sungguh bila nampak besi nih. huhuhu...


cuaca gloomy pun gloomy lah asalkan aku dapat tatap eiffel ni depan mataku sendiri. tehehe...

yang bawah tu les invalides - kompleks related to sejarah military france

sebelum pegi sana dell ada bagitau dia tingin nak pegi latin quarter. kat situ area ramai students so barang2 pun murah sikit compare dengan tempat lain. kebetulan pulak aku ada tertengok anthony bourdain pegi area tu dalam no reservations. macam menariks gak so why not? ;D

nilah rupa latin quarter. banyak lorong2 kecik. ada gak kedai2 kebab halal kat situ

ada satu kisah masa kat sana. kitorg dah nak terkenc sangat2. nak cari public toilet tak jumpa lak. so singgah jer kat mcd walaupun taknak beli apa2. masuk jer situ dah nampak signage tulis toilet diorg cuma untuk customers. ah lantaks! tak tertahan dah. kui3....masa tengah tunggu turn nak masuk baru aku terperasan ada notis bagitau nak masuk toilet kena key in dulu code number printed dalam resit. kitorg yang tak beli pape ni mana ada resit. tskkk...pastu ada sorg mamat mat saleh sebelah kitorg macam terperasan kot kitorg dah gelabah. tup2 dia terus bagi resit dia kat ja. he didn't say a word. cuma senyum jer. wheeee!! tq abe mat saleh! amboih dan2 abe ;p

pemandangan di latin quarter. basikal tu namanya velib. boleh sewa untuk ronda2 sekitar paris. ada banyak gak stesen dia

lepas puas meronda, barulah kitorg patah balik untuk menyoping kat champs elysees. time tu dah lewat petang so macam kelam kabut gakla sebab nak singgah LV. kedai yang kitorg masuk cuma sephora. kedai lain lalu depan jer sebab nak kejarkan LV nun. huhuh...kat LV kena queue dekat 20 minit kot baru dapat masuk. queue memang panjang gakla. macam ada orang nak bagi free food jer! muskil haku...

lepas tu kena balik naik metro sebab bas hoho dah stop. alhamdulillah dalam blur2 baca map tu sampai jugak kitorg kat hostel. turun di anvers dan jalan kaki jer balik.

taktau nak cakap betapa letih, nak tercabut kaki, semua ada. tapi memandangkan dinner tak beli siap2, kitorg terpaksa keluar semula. menapak la lagi ke area GDN untuk cari kedai kebab. semua pakat makan tak habis sebab keletihan melampaui kelaparan. tambahan pulak portion dia besar sangat2. huhuhu....balik hostel, mandi, solat, packing kejap terus pengsan!

pic kiri: dalam butik LV. pic atas kanan: di depan monoprix champs elysees. pic bawah kanan: kebab yang portion boleh makan 2-3 orang.

23 mei 2012
pagi tu lepas breakfast di hostel kitorg keluar jalan2 kejap di montmartre untuk beli souvenirs di newsagent. kul 12 tghari dah kena naik eurotrain dari GDN ke london. mujur la dah bukak newsagent tu sebab aku tak beli satu pun lagi souvenir. huhuh...las minit sungguh!

berlatarbelakangkan sacre coeur basilica

the colors of paris!

pastu continue jalan2 lagi dekat2 area hostel. kedai2 tak bukak la lagi sebab masih awal.

antara kedai2 yang comey kat situ
jalan punya jalan punya jalan untuk cari jalan pulang ;p, tup2 sampai kat depan carrefour. aku memang suka masuk supermarket kalau pi obersi. syok tengok barang2 yang tak available kat negara kita. hehe...


macik2 jakun. kahkahkah...

balik hostel semula, simpan2 barang terus check out. menapak lagi ke GDN. pi perabih duit syiling euro yang masih berbaki kat sana. tunggu kejap pastu naik eurostar pulak ke london.

tulah kisah kami bertiga di paris. macam three stooges pon ada. kui3...

interesting facts:

1. masa tersesat barat nak cari tempat apa tah, terserempak dengan family melayu. diorg tegur kitorg tanya dari mana nak ke mana? kitorg punyalah lurus jawab dari kl. kahhhh....mujur la pakcik tu tulun guide kitorg untuk cari tempat tu ;p

2. most of frenchmen semua hensom2 belaka. ala2 retis gituh!

3. nutella & banana crepe is a must try. ouh, tak lupa hot choc diorg.

4. buildings semua lawa2, banyak ukiran. suka sangat tengok. so vintage!

5. walaupun lawa, banyak gak tempat berbau hancing. sekali tu nampak sorg budak laki ni main pancut jer kat bawah pokok. mak dia tunggu kat tepi dia. cheh!

that's all i can share about my experience in paris.

london story will be continued....

stay tuned!

3 comments:

dell said...

mmg memorable trip! esp part tercampak passport ataih lantai epot CDG hahaha

Engku Artini said...

hai.. bestnya jalan2..

una said...

cek: hahah! buat saspen btoi! luruh jantung sat ;p

engku artini: hai...aah mmg bes. ngee... ;D