cari punya cari finally kitorg dapat book bilik kat Eastin Hotel, Penang. sibaik available lagi bilik yang murah. dasar cheapskate. hahah! takla, tanak membazir kan amalan syaitonnn ;p bilik pon kitorg tak amek dengan bekpes sebab dah plan nak bekpes serabai yang femes masuk JJCM kat taman tun sardon tu. ngeeee... :D
pagi tu dari rumah kitorg bertolak dalam jam 10 lebih (kot? lupa lak). sampai2 jer terus singgah tempat taboq duit dulu yakni Queensbay Mall sementara nak tunggu check in hotel kul 2pm. hahaha....
had our lunch at Paddington. rindunya! lama tak makan pancakes dia. last time pi masa peknenkan adam lagi kot. it was 3+ years ago! bobo buat lawak cakap nanti 3 tahun lagi baru kita pegi situ balik. tersangatlah pathetic! hahaha....sian sungguh orang Jitra nih ;p
ouh, semua pics diambil guna fon jer so tak berapa clear. bleh tak pegi holiday tak bawak digicam. tskkk....
adam punya. sorry dah lupa abih nama2 food ni. adam kutip sausages kat dalam tu jer. sayoq2 memang dia tak makan langsung! tskkk....aku suapkan dia pancake tu suruh dia makan 'roti canai' ;p ada la berapa mulut jer dia makan. huhuh....
bobo's. salmon dengan spicy pancake yang tak spicy pon with mashed green peas (seingat aku la. huhuh...)
abis makan, soping2, jalan2 sampai nak tercabut kaki semua then barulah kitorg pegi check in hotel. bilik dia kecik jer tapi comfortable la. setakat nak stay satu malam jer pon. watper nak besaq2 kan? ;p
the king size bed for us 3 beranak. heaven! tenggelam kepala tidoq guna bantal tu. tehehe....rest kejap petang tu sementara nak tunggu ketibaan kekta & family. ouh yer, lupa nak bagitau awal2 tadi. kekta satu family dengan me mommy pon join holiday kitorg ni. wheeeee!!! kekta la tetiba suh book bilik last minit kata nak join sekali. kebetulan diorg nak balik Penang gak minggu tu. amek ko bilik suite jer yang available. kih3....tapi sesuai la dengan diorg sebab gerabak panjang! ;p
dah bilik pon comey, dressing table, coffee/tea facilites semua sumbat kat situ jer ;p tapi aku suka bilik ni sebab ada iron & ironing board siap2. takderlah macam sesetengah hotel kena call baru hantar iron. tu pon bagi tempoh sejam jer untuk guna. chait!
ok, it's pool time kids! gigis la beli pelampung tu kat adam. pastu dia takmo guna pon. ampess....ni posing sementara tunggu his cuzzies turun ke pool.
yeay! dah masuk pool! adam posing dengan nuha. pic tak lawo lak sebab membelakangi matahari (wah ayat skema!)
dengan semua anak2 kekta. eh, abe luqman jer takder. tengah swim kat mana2 dah la tu...luqman & kakak insyirah terer btoi swimming. tak macam amati depa. ngeee ;p
pis yo'll!
balik2 dari pool adam terus melepek! aku pon terlelap gak tapi kejap jelah. sebab malam tu nak keluar dinner lak. awal2 tu plan nak dinner di restoran seafood kat batu uban (tempat jatuh lagikan dikenang ;D). kitorg follow la kete diorg. tup2 bila dah dekat sampai simpang boleh pulak terlepas! nak u-turn tah mana hala punya jauh. perut pon dah keroncong untuk una ;p so kitorg decide pegi makan kat tempat lain jelah. sobs....takder rejeki nak makan seafood malam tu....
finally kitorg 3 beranak dinner kat restoran favvy jelah - Kapitan. tapi di qbay jer. malas nak pegi cawangan chulia street. ambience memang berbeza la between 2 cawangan ni. tapi belasah jelah sebab dah kelaparan.
finally kitorg 3 beranak dinner kat restoran favvy jelah - Kapitan. tapi di qbay jer. malas nak pegi cawangan chulia street. ambience memang berbeza la between 2 cawangan ni. tapi belasah jelah sebab dah kelaparan.
mine was nasi beriani ayam. share dengan adam tapi adam makan nasik dia jer. tak larat abiskan so tapau bawak balik hotel. sampai hotel adam cakap nak makan lagi. huhuh...dah lewat malam pon belasah nasik lagi anakanda nih ;p
hui yang ni setap! daging masak cili. walaupun kaler hitam tapi pedas meleleh! 1st time try lauk ni kat Kapitan. slurpppp....
2nd day. pagi tu seperti yang diplan, pegi taman tun sardon nak makan serabai yang maveles! terubat rindu. huhu....tapi dah mahal sket la sekarang ni. mentang2 dah glemer ;p selain serabai aku makan kotiau sup gak. rasa tetap sama macam dulu. setappp....kalau sesaper nak turun penang silalah try bekpes kat situ yer. macam2 food yang bes2 ada sampai tak terpilih ;D
lepas bekpes mandi kolam lagi. jenuh mandi kolam 2 hari berturut2 budak2 ni. tehehe....tapi 2nd day ni aku terlupa lak nak sapu sun tan lotion kat adam. abih kelabu asap kulit dia pastu ;p
lepas mandi terus siap2 kena check out. bobo ajak pulak jalan2 dulu di feringghi sebelum bertolak balik BM. aku ok jer sebab still awal masa tu. sampai sana dah lapar balik. so singgah makan laksa tepi jalan nearby pantai shamrock. semangkuk kecik RM3! cekik darah tul. rasa biasa2 jer. kuah cair lak tu. takleh beat la laksa air hitam kat gurney drive. slurpppp.....tapi dah takder pilihan makan jelah kan.
lepas makan terus sambung journey pegi hard rock hotel. saja jalan2 amek pics lagi.
kunun2 tourist la padahal memang orang penang. huhuh...
dah puas posing semua terus bertolak balik BM jumpa tok yang tersayang. rindunya kat tok! alhamdulillah tok nampak masih sihat. lepas isyak barulah kitorg bertolak balik ke jitra. dalam kete memang tido sesaja. letih berkawat kat penang! ;p esok pagi tu kena bangun awal lak hantar adam ke orientasi tadika. mujur tak terbabas. hehe...
adam sampai sekarang asyik dok sebut nak mandi kolam lagi. insyaallah one day kita pegi holiday lagi yer nak....
adam sampai sekarang asyik dok sebut nak mandi kolam lagi. insyaallah one day kita pegi holiday lagi yer nak....
1 comment:
lenkali mai mandi kolam kat melawati ja.. hotel foc. tp masuk kolam kena bayaq rm5 :p
Post a Comment