Friday, February 25, 2011

Selamat Hari Jumaat!

sekarang ni tiap2 hari Jumaat adam kena pakai baju melayu kat taska. memang baju oren satu tu jelah yang dok bagi dia pakai pon sebab yang lain dah tak muat. heheh...dah jadi uniform rasmi lak.
ouh yer, break time nanti aku ada facial. biasanya aku buat hari Sabtu. tapi memandangkan dah agak jauh nak datang Perlis semata2 untuk facial sekarang ni, aku tukar buat Jumaat lak. sep sikit duit minyak ;p
last but not least, have a great weekend everyone!
toodles!

Thursday, February 24, 2011

Progress Renovation & Kitchen Cabinet (Final Part - Finally!)

kisah aku terkunci 2 jam dalam bilik air dek adam telah mendapat liputan meluas di opis. heheh....apa pun, sebagai peringatan kepada ibuk2 bapak2 di luar sana, buanglah selak kat luar pintu bilik air atau ubah bagi tinggi sikit. tu jer pesanan ringkas dari penaja hari ini ;p

anyway, bukan pasal tu yang aku nak citer. it's about our kc.

dalam previous entry aku ada bagitau supplier worktop nak pegi pasang quartzstone on 21st feb kan? memang diorg pegi pasang hari tu. tapi aku & bobo masing2 tak dapat amek cuti lak on that day. so terpaksa la mintak tolong kontraktor yang buat renovation dapur bukakan pintu rumah. tawakkal jelah sebab no choice. nak suruh diorg datang hari lain pun dah susah sebab diorg pon dah ada schedule sendiri. nebermind...

hari yang ditunggu2...tak senang duduk aku dibuatnya kat opis. huhuh...plus, tak sabar nak tengok the much awaited quartzstone top! tup2 masa aku dalam meeting petang tu, orang Glamour Living (GL) call. dia bagitau aku kontraktor top tak boleh nak pasang lagi sebab diorg salah ukur. what??? dulu ukur dengan kaki kah? grrrrrrrram tau! ingatkan hari tu akan jadi the final day oredi setelah berbulan menunggu, but i was wrong. tetttt!

nak taknak kenalah tunggu lagi a few days. diorg kena buat balik top yang salah ukur tu pastu baru boleh reschedule bila nak datang pasang. i insisted them to put my top as their 1st priority. hari selasa, aku call sendiri tokey supplier top tu mintak dia cepatkan. letih dah tunggu kc bila nak siap. tambah2 pulak aku dah bayar about 90% kat GL. banyak kot! then he returned my call bagitau esok (rabu) jugak diorg akan datang pasang balik. phewwww.....

so yesterday was the official day. my kc has completely done! masa aku balik dari keje, diorg still kat rumah. Ah Chu, our kitchen renovater (cewah) pulak tengah sibuk pasang paip dan tap. lantai rumah tak tau la nak cakap camner dah. ala2 berjiran sebelah kilang simen pon ada. huhuh....pasni kena kerja keras cuci lantai sampai naik muscle la jawabnya. hahahaa...

dekat kul 8pm baru diorg habis keje. alhamdulillah....akhirnya siap jugak kc yang ditunggu2 selama ni. banyak sungguh dugaan! nasib baikla workmanship diorg nampak kemas (as of yesterday. hehee...)

without further ado, meh aku tepek pics sepanjang pembikinan ;p

oops! pic tak senon sikit. semua pakat dok tertonggek ;p

kontraktor dari kompeni supplier quartzstone sedang gigih berusehe!



hasil pembikinan. spiderman pon sampai tertonggeng melihat kejelitaan kc yang dah siap. kui3....


akhirnya kc ku tidak cacat lagi ;p


the sink. masa beli nampak macam besar. bila dah pasang alahai, cinoni lak :(

lega rasanya dah setel bab kc. pasni insya Allah jika dimurahkan rezeki nak buat built-in wardrobe kat bilik pulak. duit duit...di mana kau duittttt?? ;p

Friday, February 18, 2011

The Longest 2 Hours

semuanya gara2 benda ni....



pic googled



SELAK PINTU!




most of my frens and family dah tau pasal citer ni ;p but for the sake of memory, aku nak citer gak dalam blog. hehehe...

selama ni aku dok imagine jer camner kalau adam terselak pintu bilik air time aku mandi. guess what? 2 hari lepas, it became reality!

masa tu aku tinggal berdua jer dengan adam sebab bobo baru on the way balik dari KL. biasanya time aku nak mandi aku akan kunci pintu bilik sebab adam dah pandai bukak. pastu aku tinggalkan dia kejap dengan toys sementara aku pegi mandi.

nak dijadikan cerita, malam tu (it's about 8ish pm) aku lupa nak bagi toys dia. dekat2 nak abis mandi aku dengar dia panggil aku 2 kali 'ummi! bla..bla...bla..(cakap jarman)'. aku jawab 'kejap! ummi nak abis dah'. elok2 jer nak tarik pintu, baru aku perasan dia dah selak pintu dari luar. OMGGG!!! dah takder toys nak main, dia main selak pintu rupanya! tu kot yang dia nak bagitau kat aku tadi....

pastu aku cakap kat dia, 'adam, tolong bukak pintu'. aku nampak selak tu bergerak2. tapi setakat tu jelah. tak terbukak2 pon. i knew he was trying hard. after a while, aku suruh adam ambik hp aku. nasib baiklah dia dah pandai ikut arahan. terus dia pegi ambik handbag aku then letak depan pintu bilik air. tapi hp aku ada atas ironing board. lepas aku bagitau, dia patah balik pegi ambik kat situ. clever boy! aku suruh dia hulur ikut bawah pintu. nasib baik ada ruang boleh lepas hp tu...dari celah2 tu jugaklah aku boleh nampak kelibat dia sikit....

terus aku call bobo nak bagitau terperangkap dalam bilik air gara2 anak tersayang. hahah! terkujat dia kejap. dia lak baru sampai Bukit Mertajam. aduhhhh....confirm kena tunggu a couple hours lagi nih. except kalau adam dapat bukak balik selak tu la.

tak lama lepas tu, adam mula mintak susu, mintak nasik. dia memang tak reti lagi nak bukak balik selak tu walaupun dah try. aku terpaksa cakap dengan dia 'ummi tak boleh buat susu, adam kena tolong ummi bukak pintu dulu'. lepas beberapa kali nangis sampai tersedu sedan, he gave up. dia mula main barang2 dalam handbag aku dan tong sampah tepi pintu bilik air. aku nampak dia main lipstik, so aku mintak dia hulur kat bawah pintu sebelum dia sempat buat kelas seni lukis ;p. dia pon hulur la...lepas tu segala mak nenek nak dihulurnya kat aku. jam tangan, perfume, another lipstik, cottonbud, baju uniform dia dan sejadah. hahaha....

lepas bosan main barang2 dalam handbag, dia start nangis balik suruh aku keluar. haihhh....memang aku rasa useless betul time tu. sebab aku tak boleh buat apa2 melainkan pujuk dia. kejap2 dia hulur kaki, kepala, tangan nak bagi aku sentuh. senyap la kejap. macam tu jela for the whole one and half hour plus. aku pon dah lenguh2 kaki tangan sebab dok try dalam bahasa kasar, terajang pintu tu. dari duduk atas toilet bowl sampai duduk kat lantai. untuk menahan kesabaran, aku baca zikir 'Allahu Akbar' tak taula berapa kali. err...boleh ker baca dalam bilik air? :-S

long story cut short, dekat kul 10pm tetiba dia diam jer duduk depan pintu sambil kaki menjulur ke depan. aku tanya apa semua dia jawab dengan geleng kepala. mungkin dia dah letih. aku pon sambung duduk tersandar atas lantai sementara tunggu bobo sampai.

pastu aku dengar dia berjalan. bila aku jenguk, adam dah takder depan pintu bilik air. dua tiga kali aku panggil, dia tak menyahut pon. adusssss.....lagi la aku panik! sebab dah tak nampak bayang dia langsung. aku takut dia tertelan ubat ceri-beri & angin yang aku simpan dalam handbag aku tu jer. nauzubillah....dalam hati dok berdoa janganla jadi apa2 yang buruk kat adam.

dalam 10 minit lepas tu, bobo pon sampai. bukak2 jer kunci bilik, terus dia terpa tengok adam. rupa2nya dia dah terbaring terkedang atas katil! aku cuma nampak bobo dari celah pintu bilik air. then aku terus suruh bobo angkat adam. risau sangat sebab tak tau apa jadi kat dia sebelum tu.

bobo pon terus kejutkan adam. lepas adam terjaga baru dia bukakkan pintu bilik air. at last!!! 2 jam wo aku terperangkap dalam tu. siap mandi 2 kali la. alhamdulillah takder apa2 jadi kat adam. mungkin dia dah letih sangat sebab nangis sedu sedan tadi. belum minum susu atau makan nasik lak tu. tak lama lepas tu, he's back to normal. dah rancak balik lepas makan nasik share dengan bobo. awal2 tu nampak dia trauma sikit sebab senyap jer. lega rasanya dapat peluk dia balik!

moral of the story, sila cabut selak kat luar pintu bilik air kalau ada anak kecik. atau tukar terus pesen pintu bilik air. dengan harapan lepas ni tak jadi dah peristiwa pahit macam hari tu. heheheh....

so, that was the longest 2 hours i've ever experienced in my life (tak termasuk sakit contraction dulu yerrr).

THE END.... ;P

Wednesday, February 16, 2011

Progress Renovation Dapur (Part 4)

semalam 1st time kitorg pegi pasar pagi di Pekan Jitra. bes jugak sebab ada jual macam2. hajat di hati nak makan nasik kerabu pagi tu, tapi tak jumpa pulak gerainya. mebbe dah habis atau memang tak bukak kot. so tukar menu makan nasik kuning dengan lauk pauk. pastu tapau roti canai kat 1 gerai ni. penjualnya orang2 tabligh. kitorg beli 2 keping jer, tapi diorg bagi free 1. adam plak dapat free 1 peket chocs. murah rezeki sungguh kami pagi tu. alhamdulillah....

oops! terkuar topik lak ;p ok, berbalik pasal citer progress renovation kat dapur.


sebenarnya bukan major renovation pon, cuma pasang blind jer. tapi still dalam W.I.P kan? hehehe...


setelah hampir 3 minggu penantian, akhirnya blind kat dapur dah siap semalam sempena sambutan Maulidur Rasul (huh, apa kaitan?). aku buat 3 layer kaler - off-white, silver & dark grey. bila dah pasang nampak macam out-of-theme lak. huhuhu...tak kisahlah. yang penting ada blind ;p ouh yer, Salam Maulidur Rasul kepada semua! walaupun dah lepas, aku nak wish jugak ;D


sementara tunggu blind siap, kitorg cover tingkap dengan kain pelikat dan kain batik jer. kih3....tradisional sungguh!


BEFORE

tingkap depan sink - cover dengan kain pelikat bobo. ada pisang enterprem lak ;p


tingkap washing area - cover dengan kain batik aku. macam pakai skirt pon ada. huhuhu...




AFTER

tinggg! tiada lagi kain pelikat la la la la....pisang masih ada di situ


kain batik dah turun pangkat jadi penutup washing machine

hari isnin minggu depan kontraktor nak datang pasang worktop pulak. aku ingat nak amek cuti untuk celebrate worktop baru. hahaha...kidding! taklah, untuk monitor kerja2 pemasangan jer. someone should be home anyway, right? kalau tak, camner diorg nak masuk rumah kan? tapi lepas discuss dengan bobo, dia yang akan amek cuti nanti. okla tu, settle one issue.


stay tune for more entries on our kc, okes?


nak nap kejap. hehehe...toodles!


Bersangka Baik...


sila belek betul2 pic di atas. tu anna kournikova kan? sejak bila dia endorse plastik sampah yer? hahhahaa.....
tak agak2 betul manufacturer ni...buh pic pompuan seksi dengan harapan dapat increase sales la yer?
tu pasal bobo pon terpengaruh beli beg plastik tu. haippp!! bila aku tanya takder brand lain dah ker, dia cakap tu jer yang ada kat kedai tu. oklah...ahkak percaya. tak baik berprasangka buruk terhadap somi sendiri kan? huhuhu....

Thursday, February 10, 2011

Tahap Kronik!

aiyayaiyayai! sian sungguh blog aku nih. semakin terpinggir jadinya sejak pindah rumah. to tell uols the truth, dah 2 bulan bil berukben aku tak bayar! selkom jenuh antar 'email cinta' berkali2 kat aku. muahahahaaa....bukan takmo bayar, tapi malas nak pegi bayar. bleh gitu?

nak blogging kat opis pon payah gak sebab masa mencemburui diriku ini (cewah!). anyway, kami sekeluarga dah selamat menjadi warga Jitra. rumah belum habis kemas betul2 lagi. kotak2 pon masih banyak belum buka. sebab barang tak perlu guna lagi. nanti la aku amek pic kat rumah baru. selalunya camera aku simpan dalam handbag. bag tu lak aku letak dalam bilik. bila nak turun bawah sokmo lupa bawak turun camera sekali. nak naik atas semata2 nak amek camera memang tak la kan. dilemma sungguh duduk rumah 2 tingkat ni yer. hahahhaa...poyo tul!

skang ni aku tengah tunggu MIL sampai ke Kangar sebab sok aku kena pegi kursus 3 ari di Penang. dia datang untuk jaga adam. tu yang ada masa kejap update blog nih ;p heeee...cakap pasal kursus, malas tul nak packing baju.

that's all for now. insya Allah takder aral, next entry aku buh pic kat rumah baru. heheheh...

toodles!