Tuesday, November 23, 2010

Perihal Rumah (Lagi!)

i've been so busy lately. nak hapdet blog pon tak menyempat dah. sebenarnya bukan busy buat apa, tapi busy mengkaji & 'menyervey' cerita pasal kitchen cabinet & budget masuk rumah dalam forums, websites, blogs...you name it ;p sebab, KITORG DAH DAPAT KUNCI RUMAH BARU! yippieee!!!

nak dijadikan cerita, our final late charges yang developer kenakan punya la banyak! jumlahnya boleh dapat grill full untuk 1 rumah semi-D. pastu kat pintu depan pakai grill wrought iron. ha, gitu la kalau nak dicomparekan. berpeluh jugakla nak bayar. surat mintak waived pon dah try hantar, tapi cuma dapat 30% diskaun. kalau tak bayar, memang sampai sudah la takleh amek kunci tu. so terpaksa la bayar dengan hati yang berat (there goes my 3G glass aluminium kitchen cabinet. huwaaaaa!!).

moral of the story, sesaper yang nak beli umah, beli la dari awal sementara masih dalam construction lagi. kalau tidak, anda akan mengalami nasib yang sama macam ahkak. huhuhu....mencik! stupid S&P agreement! i don't think we have any options to alter or do any changes in the agreement for our own benefit. or do we? developer yang buat S&P tu, so mestila diorg nak jaga diri sendiri jer kan...to hell with those buyers gitu. hahaha...memandai2 jer aku.

isk, dah2. aku takmo tensen2 dah. let bygone be sheltox ;p berbalik kepada cerita umah (cewah). lepas ambik kunci (about 2 weeks ago), kitorg terus pegi bayar TNB dan check defect semua. hari yang sama jugak pegi hantar balik borang defect kat developer. sibaik dekat jer dengan umah. hehe...
sekarang ni kitorg dah deal dengan sorg apek kontraktor untuk pecahkan dinding dapur sambung sikit ke belakang. alah, tak besar pon, dalam 5ft jer. saiz dapur pon cinoni. kalau tak renobet siap2, payah lak sokni kan? alang2 buat jela terus. grill pon dah seal deal, siap bayar deposit. kitorg opted grill yang melintang biasa jer. no kerawang2 whatsoever. tak berapa minat pesen gitu ;p

kat area ni la yang kitorg nak pecahkan (sila abaikan enchek bobo di situ ;p)



ni contoh umah yang dah dipecahkan dinding belakangnya untuk sambung sampai hujung. camni la rupa belakang umah kitorg nanti...

yang menjadi kepeningan aku sekarang ni = kitchen cabinet (kc)! ada la dalam 2-3 quotation aku dapat. tapi ada yang belum finalize lagi sebab aku mintak diorg alter sikit. so kena la tunggu lagi untuk decide betul2. antara quotation yang aku dapat for an L shape 15'x7.5' kc:

  • apek kontraktor: quote RM12k+ untuk pintu material chipboard+countertop konkrit+tiles 2'x2' complete with accessories & sink. aku rasa macam mahal sangat lak RM12k+ tapi dapat chipboard jer. mahal kat konkrit tu kot? and i've never seen his workmanship before. dia kata dah buat kat banyak rumah, tapi takder amek gambar. kalau ada pon, dah kena banjir! rumah dia kena banjir teruk hari tu...hmm, ok...
  • Glamour Living (kompeni supply barangan rumah & ID): quote RM13k+ untuk pintu aluminium 3G glass+countertop quartzstone but without wall tiles, sink & accessories. hasil kerja? ada kat kedai depa. memang lawa2 la semuanya without any doubt. nama pon kompeni ID. heheh...pricey sikit tapi dapat quartztone! much better than tiles kot? kalau aku nak buat tiles jugak, diorg cuma boleh tolong recommend kontraktor. tapi barang2 semua dari GL la...mesti lagi pricey!!
  • Nine Nine (lupa lak nama penuh kompeni but it's a kc specialist): belum dapat lagi quote. kena tunggu seminggu! wahh...ramai benor kot customer? tapi tengok tokey dok main Farmville jer. huhuhu....

nampak gaya kena survey lagi la kedai yang boleh buat kc kat area2 sini. biar sampai puas hati. bukan apa, kc ni nak guna lama. kalau dapat yang elok & still dalam kemampuan, better go ahead. kang menyesal lak kan. nasihat untuk diri sendiri nih. huhuhu....

i better stop now. banyak lak membebel. hehehe...toodles!

p/s: adam will be 2yo in 2 days time. apa pon aku tak prepare gara2 rumah baru. (mahapkan ummi yer nak...tskkkkk.......)

3 comments:

ana said...

nape tak try signature kitchen atau mama kitchen? rasa design diaorg pun ok...

una said...

err..ana lupa kot sy dok di perlis? rasanya takder cawangan signature kitchen/mama kitchen kat kedah/perlis...

Unknown said...

Hepi besday Adam! Tuk & tukbah rindu sesangat kat Adam. Rasa-rasa macam nak fly jer pi Perlis, tapi tak sampai ati pulak nak tinggai Fahri berdua-duaan dengan mama dia. Cian Adam, tak sempat pun nak selebret 2nd besday kat rumah baru. Takpa, besday tahun depan boleh selebret kat rumah baru ye Adam? Ciaocincauuu.. Hehe..