Wednesday, November 24, 2010

Pendatang Tanpa Izin

ouh, bukan pasal tu yang aku nak citer. tapi pasal perkara yang paling tidak diingini telah berlaku....
it was on aidiladha eve. masa tu aku berdua jer dengan adam. bobo still on the way balik dari opis. seingat aku masa tu baru jam 8pm lebih. aku tengah baca mag kat sofa. adam lak dok main depan aku. pastu adam mintak susu. aku dengan selambanya pegilah ke dapur. adam lak membontoti (heheh...lawak lak pekataan nih ;p) aku dari belakang.

elok2 jer lepas isi air filtered dalam botol susu kat sink, aku pon toleh la mengadap meja makan untuk pegi bancuh susu adam. masa tulah baru aku prasan ada ULAQ MASUK DALAM RUMAH KAMI! elok jer dia dok berlingkar bawah meja makan. aku jerit sekuat hati. aku pon terkejut dengan diri sendiri sebab boleh jerit sekuat tu. mesti ulaq tu cakap 'ek eleh pompuan ni...rilek laa'. hahahaha...(hey, tengah serius nih!) yang aku pelik, cemana la boleh tak perasan ulaq ada kat situ at the first place sebab dari ruang tamu boleh jer nampak meja makan. hmmm....

lepas abis jerit (yang sedikit pon tak mendatangkan pekdah itu), aku terus sambar adam yang masa tu berdiri sebelah peti ais (position betul2 sebelah meja makan) dalam keadaan tercengang. terkujat badak kot dengar ummi dia jerit tadi. kui3....sibaik dia tak nangis. sambil dukung tu aku pecut sekuat hati masuk bilik sambil cakap kat dia 'adam, ada ulaq...ada ulaq'. rasanya satu badan dah menggigil ketakutan. mau taknya, dahla berdua jer dengan anak. tak kenal lak ulaq jenis apa? bahaya ker tak? dia masuk ikut celah mana? iskkk....neves breakdown jadinya! adam terus tersenyap tengok aku jadi camtu. hahaha...

pegang hp pon taktau nak call sapa dah. last2 aku pakai tudung, terus pecut ke umah jiran sebelah sambil kendong adam. pintu depan umah aku biar ternganga. i was panicked, remember? ;p mulut adam lak tak abis2 sebut 'ulaq!' 'ulaq!' masa dok tunggu jiran bukak pintu depa. hehehe...sibaik la jiran ada. depa la yang tolong call Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) suh datang tangkap ulaq tu.

tak sampai 15 min JPAM pon sampai. rupanya ulaq tu dah lari ke tempat lain. pulak dah!!! depa terpaksa geledah semua bilik. tup2 jumpa kat mana tau? kat ruang tamu di celah toybox adam! erkkkkk!!!!!!

orang JPAM bagitau ulaq tu spesis ulaq air. tak bahaya tapi still boleh gigit. aku tengok panjang dia ada kot dalam 1 kaki setengah. eeiiiii!!! geli!!!!!!!!!!! tapi alhamdulillah dapat gak tangkap. kalau tak jumpa mau aku tido hotel sampai hari ni. hahaha....over btol. rupanya sejak kejadian banjir memang tiap2 hari JPAM dapat panggilan ada ulaq masuk umah la, ada atas pokok depan umah la. macam2 jenis lak tu. tskkkk.....ngeri!

sampai ke arini aku still fobia dengan kejadian tu. mata aku asyik nak pandang kat bawah meja makan jer. hopefully that was the first and last case before we move into our house. aminnnn.....

2 comments:

mrs plain-june said...

ngeri!!!!!

ana said...

takutnye...nasib baik tak kena gigit.