Friday, November 12, 2010

November Rain

keadaan hiway yang dah bertukar jadi lautan
view from inside

dalam berapa meter pon taktau la nih ;-S


yelloo...i'm back after a long hiatus. nak start entry pon taktau camna ;p
macam2 hal terjadi bulan Nov ni. apapun, 1st Nov is my besday. huhuhu....hadiah yang paling 'grand' aku dapat = BANJIR! tapi alhamdulillah rumah aku tak masuk air. enchek bobo lak bagi aku prezen printer. hahahaa...kawin dengan orang IT gitu la kekdahnyer ;p ouh yer, kekta pulak bagi besday kek. It's a French mille crepes from
Humble Beginnings. tq kekta!
citer pasal banjir lak. tengok jelah piccas above. scary isn't it? masa ni kitorg redah jugak sebab nak survey jalan hiway dah boleh lalu ker belum. panjang lagi sebenarnya citer pasal banjir ni. aku buat point form jelah yer (masih mood malas, bila yang rajin ntahler. kui3):
  • around 4pm - 7pm: we took around 9 hours journey from Sg. Petani to Kangar. reason: hiway tutup, kena lalu jalan lama. biasanya 1 jam setengah jer journey kalau ikut hiway. punyalah kitorg nak elakkan lalu jalan banjir. tup2 kat Kuala Sungai (Kedah) kena redah gak air banjir. dalam gilos! rasanya tenggelam tayar kete. nak patah balik not worth it sebab dah abiskan 3 jam perjalanan. so tawakkal jela...berdebar2 jer masa redah tu..

  • 7pm: lepas redah banjir, tak sampai 5 minit enjin kete mati sendiri. terpaksa pull over tepi sawah. cek punya cek rupanya radiator kete bocor. sebab tu temperature tinggi. pulak daahhhh....bubuh air, dia keluar balik. jalan tak sampai 1km enjin kete mati balik. sibaik kali ni mati kat petrol pam, bukan tepi sawah. scary tau!

  • around 7pm - 10pm: after hundreds (ok, tipu) of phone calls we made, dapatla cari tow truck untuk angkut kitorg balik kitorg ke Perlis. we waited for 2 hours for the truck to arrive. dari 10.15pm-12.15am. yup, 12.15 in the wee hours. dengan masing2 tak dinner lagi. adam pon aku suapkan roti bun & minum susu jer. dengan nyamuk & panas tunggu dalam kete. fuhhh...mencabar minda sungguh!

  • sibaikla tow truck tu jenis yang angkut naik atas terus, bukan jenis yang heret kat belakang truck. takdela kitorg tertonggeng dalam kete. hehe...adam lak dah pengsan dari tengah tunggu tow truck sampai la ke rumah.

  • 1.15am: we safely arrived at home. berdebar2 jer rasa nak tengok keadaan rumah. sebab masa awal2 banjir kitorg still di KL. lepas tu stranded di BM, umah makcik aku. tanya kawan2 ada yang cakap air masuk jugak rumah tapi dah surut. ada yang kata tak masuk. mana satu pon taktau. but we just have to expect for the worst. taknak +ve thinking sangat sebab banjir kali ni lagi teruk dari tahun 2005.

  • nampak2 jer kawasan rumah lega sikit sebab air dah surut. tapi rumah kampung depan tu memang ada lagi area yang belum surut. bertambah lega bila bobo bagitau rumah kitorg ok. syukur sangat! tengok takat air kat dinding memang sipi2 jer lagi nak masuk rumah. phewwww....

  • daripada nak cuti 2 hari sampai seminggu kitorg takleh pegi keje. jalan nak ke opis pon lambat surut air. memang teruk gakla kali ni...minggu ni baru betul2 masuk opis. tu pon hari isnin pegi cuci opis yang affected. selasa pegi tolong kat rumah kawan lak. abih barang2 depa banyak rosak...

dengar news katanya ada 2nd wave lak banjir ni. erkkk...takut lak dengar. hopefully tu cuma forecast, tak jadi betul2. kete kitorg yang rosak tu pon tak sempat lagi pegi repair sebab bobo kena attend training kat KL lak seminggu.

tulah citer banjir aku. walaupun tak kena kat rumah, kete lak rosak. masing2 ada habuan sendiri...apapun kena redha dengan ujian yang Allah bagi pada kami penduduk negeri Perlih & Kedah. ujian dunia ni kecil saja kalau nak dibandingkan dengan ujian di akhirat kelak. btol tak?

sekian saja nasihat dari setazah mrsbobo buat puan2 pada petang jumaat ini. tehehehe....

p/s: tumpang seronok sebab ada blogger bongkar pasal penipuan bisnes gelang & 'neckless' sorang retis tuh! ;p

2 comments:

ana said...

betul ke yg pasal retis tu...siap dpt dato' lg...

una said...

hehe, taktau la nak cakap. just wait n see ;p