Thursday, July 22, 2010

Roti Bombay Mariiii

sempena ramadhan yang bakal menjelma ni, ahkak dengan baik hatinya nak share resipi Roti Bombay kot2 boleh buat untuk juadah berbuka atau bangun soq nanti. hehehe...(tak pernah2 bagi resipi dalam blog except resipi moi adam dulu ;p). jangan tanya mana dapat nama Roti Bombay tu, sebab aku pon taktau asal usulnyer. dari Bombay la gamaknyer. heheh...kat sini ada satu restoran tu jual roti ni, aku try2 adapt jelah resipi dia. roti ni lebih kurang french toast la cuma di'bombay'kan. kih3....ok, enough babbling. here goes:

Roti Bombay

Bahan2 (untuk sorang makan):

2 keping roti putih/wholemeal (ikut sukak) & dibelah 2/3/4 (pon ikut sukak)

1 biji cili merah (kalau nak lagi pedas ganti cili api) dipotong kecik2

1 biji teloq

2 ketui ikan sardin (amek sos tomato sket2 jer). kalau sardin tu saiz besaq, sekoq pon dah cukup

sedikit garam untuk perasa

sedikit marjerin untuk menggoreng


Cara2 masak:

1. gaulkan semua bahan. camni rupa dia nanti...



2. celupkan roti dalam adunan tadi & goreng dengan marjerin yang dipanaskan dalam kuali. balik-balikkan roti.



3. tadaaa! dah pon siap. senang sesangat kan?


zoom sikit ;p


verdict: mudah, pantas & yummeh! ala2 murtabak sardin gitu.


SELAMAT MENCUBA!

No comments: