sebelum jadi basi, nak citer pasal family trip kami ke Kansai. tehehe...
kami sekeluarga baru balik dari sana lebih kurang 2 minggu yang lepas. why Kansai, bukan Osaka? sebab kami pegi ke 3 prefectures (daerah) dalam Kansai region iaitu di Osaka, Kyoto dan Nara :D
kami dah plan trip ni dari bulan Januari lagi. beli tiket dulu pastu baru pikir nak jalan ke mana. jenuh gak nak ejas cuti bobo. almaklumla dia keje kilang. susah nak cuti lama2. lepas ejas sana sini dapat la dia cuti 4 hari. jadilah walaupun tak lama. asalkan dapat jejak Jepun. tehehe...
this is my 2nd time to Japan. tahun 2006 dulu dapat pegi Tokyo. itu pon kejap jer sebab work trip. tapi siok jugak sebab dapat pi Disneyland Tokyo. ngeeee....
start dari situ la aku mula suka dengan negara depa. sangat bersih, orangnya polite, honest & helpful. rasa selamat jer jalan2 kat sana..bobo pon 'ter'minat dengan Jepun sebab bos dia orang sana. kawan tu pulak dok 'racun' suh gi holiday sana. bobo pon apa lagi...kih3...
anyway lepas dah beli tiket aku pon mula la draf itinerary. google map, hyperdia, booking.com really come in handy. hotel pon aku book thru booking.com. takyah bayar apa pon. bayar kat hotel masa check in jer. sonang tui.
survey punya survey finally aku pilih New Osaka Hotel Shinsaibashi untuk penginapan kami 3 beranak. hotel ni betul2 kat area Amerikamura, dekat sangat dengan Shinsaibashi Station, convenience store, Dotonbori, dan tempat2 yang best kat Osaka. pricewise pon affordable, total 5 malam Y45050 (RM1,450).
beli tiket sudah, booking hotel pon sudah, pastu kena finalize iti la pulok. roughly iti kami camni:
Day 1: arrive KIX. check in hotel
Day 2: half day trip to Nara (Isuien Garden, Nara Park, Todaiji Temple). trip to Osakajo koen (Osaka castle)
Day 3: trip to Kyoto: Arashiyama (Togetsukyo Bridge, Bamboo Grooves, Tenryuji Temple, Sagano Romantic Train) - Kinkakuji Temple - Ginkakuji Temple (Philosopher's Walk) - Kiyomizudera Temple (Higashiyama) - Fushimi Inari Shrine - Gion
Day 4: Amerikamura/Dotonbori (shopping) - Osaka Masjid - Option 1: Osakako (Tempozan Ferris Wheel/Kaiyukan Aquarium)/Option 2: Namba area (shopping) - Umeda Sky Building (Floating Observatory)
Day 5: Universal Studio Japan - Dotonbori/Shinsaibashi-suji (shopping)
Day 6: check out from hotel. fly home
kalau ada sesapa nak tiru iti tu dipersilakan. tapi aku tak jamin kalau kaki hangpa tercabut (literally) lepas tu yer (mcm kaki kami. huwaaa....). iti kami memang sangat2 pack sebab nak mengejar masa yang singkat. semua tempat nakpi kann...sampai kawan bobo (pakcik jepun yang bawak kami jalan di Nara) cakap 'you cannot sit down' lepas baca iti kami. hahahha....
btw aku akan pecahkan entry pasal trip Kansai ni ikut hari. senang sket nak story. so hari ni nak story dulu masa Day 1.
DAY 1: 26 APRIL 2014
kami amek flite dari Penang International Airport (naik Airasia) dan transit 2 jam setengah di LCCT. flite ke Kansai Airport (KIX) bertolak jam 3pm waktu Msia. kami sampai kat Terminal 1, KIX lebih kurang jam 10.30pm waktu Jepun. dalam flite agak bosang sebab takder inflite entertainment. tah kenapa diorg takleh provide & refund semula duit kami. hmmmm....
lepas imigresen kastam semua dah jam 11pm lebih. alhamdulillah all went smooth. lepas dah keluar dari terminal mula la episod 'menggagau' kami. maklong la pestime sampai KIX. teraba2 jugak la cari mana satu mesin nak beli tiket night bus kami tu. pastu menggagau cari platform mana satu pulak. kih3...
dalam dok tergagau teraba (sori bunyi lain mcm pulak. hahahaha...) tu akhirnya dapat jugak kami naik airport limo 'Night Bus' kul 12am ke Nankai Namba Station. to be safe, kami tanya jugak kat local people situ betul tak platform bas semua.
lepas 55 minit (tepat) perjalanan akhirnya kami pun sampai la di Nankai Namba Station, Osaka. dari sana kami amek pulak teksi ke hotel. terpaksa sebab dah lewat malam. pejam mata bayar jelah. huhu...
sekitar nankai namba station |
jam 1+am baru sampai hotel. comel jer bilik dia tapi complete semua amenities ada. sabun shampoo semua full size. brand shiseido lagi uols. pastu tepi lif ada vending machine. very convenient kot2 tengah malam dahaga green tea. kih3...ouh yer, wifi pon ada. laju woo...jenuh berwassap2 la dengan family pastu. hehe...
saiz tilam memang aku mintak extra large. rasanya king size tu. mujur gakla adam jenis tido tak buas. takder la aksi 'helikopter' atas katil tu. hahaha...
rupa bilik kami. comey jer... |
tengah check in |
btw aku ada tulis review pasal hotel ni dalam booking.com. sesapa nak baca sila view situ okes?
so, end of day one. nanti sambung citer day 2 dalam next entry pulak yer.
till then. toodles!
No comments:
Post a Comment