Friday, December 6, 2013

Berlibur di Bukit Bendera

lama sungguh takpi Bukit Bendera. aku sendiri pon dah tak ingat bila last pi sana. dekat 20 tahun kot? hehe...nama jer org Penang ;p

few months ago bobo ajak pi sana lepas brekpes kat Transfer Road. memandangkan takder plan lepas tu, aku pon setuju jerlah (padahal dalam ati nak ajak pi Gurney Plaza. mihmihmih...)

panaih lit lit


kitorg sampai sana lebih kurang jam 10.30 pagi. boleh tahan ramai orang jugak rupanya. lepas beli tiket kena queue untuk naik train. train dia pon dah moden. canggih la sket compared dengan yang lama.





perjalanan nak naik atas lebih kurang dalam 20 minit saja. suhu agak dingin tapi taklah sesejuk mana. tapi air kat toilet dia sejuk gilos baq ang! 

basically takder apa sangat kat atas tu. cuma boleh tengok view Penang, ada kedai makan, tempat lepak2 dan boleh naik golf cart yang mahal berapi (RM30 per trip yang tak jauh mana). tapi kitorg naik jugak golf cart tu for the sake of experience. drebar mamat india tu dok cerita la sejarah2 kat Bukit Bendera semua. then ada lalu tepi rumah tokey Sports Toto ker Magnum 4D tah. mansion dia besaq gilos! rumah tokey Maxis pon ado atas tu. diorg cuma datang untuk holiday jelah. 

enjoy the piccas!


makcik gemoks!

awan dok lindung view plak dah...

sekodeng sat. kena bayaq singgit nak tengok view pakai natang ni




  
the oldest postbox. 100 tahun dah umur dia. huhu...






the old furnicular train. kayu jer. hehe..

tu jerlah yang ada kat Bukit Bendera ni. view memang lawa. takat nak beriadah ok la. nyaman jer suhu. hehe...

sapa yang belum pegi tu, sila la pegi yer. nanti leh beli FM kat gerai2 souvenir bawah tu. hiksss...

till then. toodles!

2 comments:

wakgelas said...

wak pon dh lama x gi penang.,ehHee

una said...

salam wak, terima kasih sbb singgah ke blog saya. ehee..jemputla dtg ke penang. leh pekena roti canai transfer road :-D