Thursday, August 1, 2013
Innalillahiwainnailaihirojiun...
daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...
al-Fatihah buat bapa saudaraku, Ami Yed yang telah pulang menemui Ilahi pada malam selasa baru ni...
petang selasa dalam jam 2.30pm kami dapat perkhabaran dari kakak sepupu, kak long, ami dalam keadaan kritikal di GH Penang. aku terus ajak bobo pegi spital. dah rasa lain macam masa tu. sebab hujung bulan 5 tempohari ami pernah hospitalized selama 3 minggu. lepas discharge dia macam dah recover sikit.
hari isnin baru ni arwah ami dimasukkan ke GH semula. sedih tengok keadaan ami masa kitorg lawat tu. memang dah tak sedar. aku rasa berat jer nak balik. tapi memandangkan dah dekat waktu berbuka, kitorg balik jugak lepas 3 jam lebih berada di GH. tapi 2 jam lepas tu, dapat tau ami dah takder. Ya Allah...sedih tak terkata! :'(
arwah ami merupakan abang sulung dalam keluarga mak aku. lepas arwah tok meninggal tahun lepas, dialah yang jadi orang rujukan adik beradik semua.
kami 3 beradik pon sangat rapat dengan arwah. in fact, dialah pakcik yang paling rapat dengan kami sebab kami tinggal di kampung yang sama.
ami pernah bawak kami naik bot pergi rumah ikan kat tengah2 laut di Batu Uban, pernah hantar/ambik kami dari sekolah rendah dan kami pernah tolong ami jaga kedai runcit kat rumah dia. aku & kekta pernah solat berjemaah (terawikh kot?) kat rumah ami. banyak lagi la kenangan dengan ami...
masa hari pengebumian, ramai sangat orang datang ziarah jenazah ami. masa di hospital pun sama. ramai orang ziarah ami. memang ami sangat disenangi orang...
masa ami nak hembuskan nafas terakhir pun kak long bagitau mudah. alhamdulillah...ami hembuskan nafas terakhir dalam bulan yang mulia..yang pasti, raya tahun ni mesti suram :(
kami doakan semoga roh Ami Yed tenang di sana dan ditempatkan di kalangan ahli syurga...amin....
you will be greatly missed.
Al-Fatihah...
Labels:
family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment