Tuesday, August 6, 2013

Checklist & Raya Wish

tinggal 2 hari jer lagi nak raya. lupa nak buat checklist awal2. huhuh....ok, here goes:

  • baju raya ---> *checked* alhamdulillah...warna tema? dun ask. tahun ni kitorg konsep cacamarba sebab bobo nak pakai jubah kaler koko gelap, adam pakai jubah kaler koko cerah. aku? hantam sajala mana2 baju nanti. ada 4 pasang semua. pagi raya nanti baru pikir. heee....
  • angpau ---> *checked* separuh dah siap masuk sampul ;D
  • kuih ---> *checked* ada 7 jenis rasanya. semua untuk makan sendirian berhad. muahahaha....
  • servis kete ---> *checked*
  • reload touch & go ---> *not checked* takper masih sempat
  • kemas rumah ---> *checked* weekend baru ni kitorg kemas rumah all out. spring cleaning gitu. sampai naik lembik!
  • packing baju ---> *not checked* list baju mana nak bawak balik kampung pon tak buat lagi. tskkkk!!
  • cuti raya ---> *checked* sambung 2 hari jer lagi. sebelum raya tak ambik pon sebab tahun ni raya penang dulu. dokek jo...
  • facial ---> *not checked* takdan buat facial raya pon tahun ni. belemoih la muka aku nanti. hukhukkk...
  • zakat fitrah ---> *checked* bobo dah bayar baru2 ni.

alhamdulillah...banyak yang dah setel. tinggal nak packing jela...



di kesempatan ini juga ahkak ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua readers & maaf zahir batin kalau ada tersalah cakap selama berblogging ni. sob sob...

ok lah, happy holiday uols!



Friday, August 2, 2013

Pokok & Mancis



Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. 

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar.

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Believe in "Cause and Effect". 
Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai...

Thursday, August 1, 2013

Innalillahiwainnailaihirojiun...


daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...

al-Fatihah buat bapa saudaraku, Ami Yed yang telah pulang menemui Ilahi pada malam selasa baru ni...

petang selasa dalam jam 2.30pm kami dapat perkhabaran dari kakak sepupu, kak long, ami dalam keadaan kritikal di GH Penang. aku terus ajak bobo pegi spital. dah rasa lain macam masa tu. sebab hujung bulan 5 tempohari ami pernah hospitalized selama 3 minggu. lepas discharge dia macam dah recover sikit.

hari isnin baru ni arwah ami dimasukkan ke GH semula. sedih tengok keadaan ami masa kitorg lawat tu. memang dah tak sedar. aku rasa berat jer nak balik. tapi memandangkan dah dekat waktu berbuka, kitorg balik jugak lepas 3 jam lebih berada di GH. tapi 2 jam lepas tu, dapat tau ami dah takder. Ya Allah...sedih tak terkata! :'(

arwah ami merupakan abang sulung dalam keluarga mak aku. lepas arwah tok meninggal tahun lepas, dialah yang jadi orang rujukan adik beradik semua. 

kami 3 beradik pon sangat rapat dengan arwah. in fact, dialah pakcik yang paling rapat dengan kami sebab kami tinggal di kampung yang sama. 

ami pernah bawak kami naik bot pergi rumah ikan kat tengah2 laut di Batu Uban, pernah hantar/ambik kami dari sekolah rendah dan kami pernah tolong ami jaga kedai runcit kat rumah dia. aku & kekta pernah solat berjemaah (terawikh kot?) kat rumah ami. banyak lagi la kenangan dengan ami...

masa hari pengebumian, ramai sangat orang datang ziarah jenazah ami. masa di hospital pun sama. ramai orang ziarah ami. memang ami sangat disenangi orang... 

masa ami nak hembuskan nafas terakhir pun kak long bagitau mudah. alhamdulillah...ami hembuskan nafas terakhir dalam bulan yang mulia..yang pasti, raya tahun ni mesti suram :(

kami doakan semoga roh Ami Yed tenang di sana dan ditempatkan di kalangan ahli syurga...amin....

you will be greatly missed.

Al-Fatihah...