Wednesday, September 14, 2011

Baru Nak Story Pasal Raya

untuk kesekian kali blog ni kembali bersawang. sawang sempena raya gitu. huhu....previous entry pon update thru iphone jer guna blogger app. MODE: LEMAU! hari ni macam free sket, leh la buat entry raya. dah ketinggalan ERL tapi takper, masih dalam syawal kan? :D

hari ahad sebelum raya baru kami bertolak balik KL. leh dak sabtu tu bobo kena kerja ganti cuti raya? ampesss...sampai2 jer KL terus shoot ke jalan TAR. mission: nak cari baju melayu bobo & adam. manusia macam ulat taik! ingatkan kami jer yang last minit shopping (jangan harap!). las2 baju melayu tak dapat pon. cuma dapat beli songkok adam jer. buang karan sungguh!


pastu tengok jam dah kul 4 lebih, harus terus balik ke KJ. kang sangkut jem, tak sempat lak berbuka dengan mak abah semua. dalam hati mula la cuak kot2 tak dapat beli baju melayu diorg. kang adam bersongkok dengan berdiaper jer. hahah! kidding...takper, esok masih ada! kena cari habis2an nih!

malam tu pulak kitorg pegi Sunway Pyramid dengan dell, raja & baby fahri. adam takmo ikut sebab dah jumpa geng main (anak kekta). huhu...kat sana bobo dapat la beli shirts raya. aku cari2 gak baju melayu untuk adam. ada jumpa saiz dan kaler yang sesuai. ingat nak hold kejap sebab nak tunjuk kat bobo dulu. tup2 bila pegi tengok balik dah takder dah kat rack tu! ciss....


keesokkan hari kitorg dah nak balik ke Banting. so beraya la dengan mak & abah siap2 (sob...sob...). ondawe balik kitorg singgah ke SACC Mall dulu dengan harapan dapat cari baju melayu for my 2 boys.


jenuh tawaf kat sana akhirnya berjaya jugak dapat baju diorg di PKNS. phewwww!! tobat tahun depan taknak shopping last minit dah! harus raya haji ni dah pi tempah siap2. muahahaaa! over!


balik dari SA kitorg shoot ke AEON Bukit Tinggi lak dengan harapan nak beli kasut raya aku. rasa macam 'bateri habis' dah bila jalan2 kat sana. letih gilos! tapi kasut raya punya pasal ku gagahkan jua ;p tup2 saiz aku dah habis. huwaaaaa! :'( sibaik la aku bawak gak sandal wedges yang selalu dok pakai ke opis.


sampai2 jer rumah Banting tengok my MIL dah tengah rebus ketupat semua. ketupat tu dia anyam sendiri. terer btoi! SIL aku pon tak pas2 lagi belajar anyam dengan dia. tambah lak aku ni kan? ;p rendang daging pon dah siap. pastu bahan2 untuk buat sambal goreng pon dah ready. tinggal nak tumis jer. orang2 jawa terer la masak sambal ni. malam tu aku jadi tukang gaul sket2 jer. huhuhu...


sebab semua benda dah ready, malam tu layan adam main bunga api jela. hehe...tahun ni dia dah pandai pegang sendiri. tahun lepas kitorg yang main, dia tukang tengok jer. hehehe...



kite bakor jer...bak kata adam ;p

1ST DAY RAYA

pagi tu bobo sorg jer yang pegi solat sunat Aidilfitri kat masjid. tengah dia bersiap2 tu baru perasan baju melayu dia takder lubang untuk kancing butang! tskkkk....masa beli memang tak perasan langsung. tambah pulak nak cepat kan. asal ado jelah. last2 aku pin jer dulu kolar tu dengan jarum peniti. bila dia balik dari masjid baru aku buatkan lubang. tak pasal2 jer pagi raya kena singgah kedai aci beli pisau belit. huhuh....nilah padahnya last minit shopping! sibaik baju melayu adam takyah alter apa2. just nice dengan dia....



happy boy di pagi raya!


lepas tu aku, bobo & MIL pegi ziarah kubur arwah bapak untuk sedekahkan Yassin. balik dari kubur kitorg singgah ke Hospital Banting dulu sebab MIL nak cek mata kiri dia. jadi merah2 lak lepas makan paracetamol. huhu...1st time pegi spital masa raya. masa dok tunggu turn tu ada ambulan sampai. seramnya tengok sorg pompuan ni terbaring atas stretcher dengan muka berdarah2! habis baju raya dia pon penuh tompok darah. eksiden motor rasanya...sian btol!


lepas balik rumah semula tengok sepupu sepapat bobo dah sampai. meriah sungguh! so tengahari tu beraya di rumah jelah. petang sket baru kitorg keluar beraya di rumah sedara mara bobo kat area Banting.


tapi sedih, tahun ni kitorg tak amek gambar raya family pon. masa siang tu macam bz jer nak posing2 amek gambar. so hold dulu. pastu bila dah petang dengan muka pon dah belemoih gila, baru teringat balik. adam pon dah salin 'uniform' dia. terus hilang mood!



2ND DAY RAYA


tengahari tu kitorg pegi beraya di rumah makcik bobo di Keramat dan Ampang. balik dari Ampang beraya di Subang Jaya lak. macam biasa la, salam2 raya, makan, sembang2, makan dan makan lagi. huhuhu...


ni kat rumah nenek sedara bobo di Ampang. ada kerusi ala2 maharaja gitu. tengokla muka bobo tu! kunun buat gaya maharaja la >_<


model ubat batuk cap ibu & anak :p


kitorg sampai Banting semula dah malam. lepas mandi aku kemas beg siap2 sebab esok pagi dah nak bertolak balik ke BM. yahoooooo!!



3RD DAY RAYA


BM here we come! pagi tu kitorg breakfast di McD Banting dulu. rindunya kat McD! ;p alhamdulillah kul 3.30 petang dah sampai di BM walaupun kereta agak banyak atas hiway. sampai2 jer terus melantak. the foodspread were awesome macam biasa ;D family makcik aku kat BM tu ada bisnes makan. sebab tu yang kitorg suka sangat beraya kat BM. kui3...taklah, the main reason sebab nak bermaaf2an sempena raya la kan (leh caya ker ni? ;p)


malam tu aku & family beramai2 turun Penang cari Restoran Kapitan. masing2 dah mengidam tandoori cheese nan dia. bobo jer mengidam beriyani kambing. dia kalau boleh hari2 makan kambing pon takper. hahah! nak pegi Kapitan Chulia Street macam jauh sket sebab dah malam, so kitorg pegi cawangan dia jer di Queensbay. the ambience memang tak sama la macam di Chulia. feel dia lain woo...kalau pegi Kapitan di Bandar Perda pon tak sama feel dia macam di Chulia. heheh...dell kata rasa food dia pon tak sama, tapi aku rasa sama jer kot.



4TH DAY RAYA


kitorg bertolak balik ke Jitra sebelum solat Jumaat. saja nak balik awal sebab nak mendobi baju2 & kemas rumah sket. malamnya kitorg pegi beraya di rumah pakcik aku kat Jitra gak. diorg buat BBQ ayam & sotong. sedaapppp :-p~



tu jelah story raya kami sekeluarga. nothing spesel, macam biasa jer...bak kata pepatah omputih whatever you do, do it in moderation. ecewah!
tapi perasan tak? banyak sungguh citer pasal makan. coz that's the best part in raya celebration! ngeeeee ;D

1 comment:

Unknown said...

lawak tgk gambaq maharaja bobo! hehe..
pst.. maila ghaya ghumah kami. baru bagi pakai "baju" baru ;)