Thursday, January 27, 2011

Moment of Truth

this sunday will be the moment of truth - we'll be moving to our new house, finally! esok aku amek cuti sebab nak setelkan barang2 yang masih belum habis dikemas. huwaaaaa!!! tapi sibaik gak MIL ada kat sini. leh gak tolong sikit2 ;p pastu aku sambung terus cuti sampai la abis CNY. muahahahaaa!! kalah ca ya nun alip yang nak beraya jer ;p

ouh yer, perasan tak? perasan tak? mrsbobo dah bertukar 'baju' baru! dah masuk tahun baru kena la tukar baju kan...pakai kaler hijau lak. hehe...

oklah, nak standby untuk balik. pening kepala dah 2 hari tak lega. arini perut angin lak. tskkkk....nak balik awal & get some rest. harap2 hari nak pindah nanti dah ok balik.

will update soon on our house moving! toodles!

Monday, January 24, 2011

Progress Renovation & Kitchen Cabinet

bagi menjimatkan masa dan ruang (cewah), aku combine jer entry pasal progress renovation dan kc, okes?

semalam aku, bobo dan kawan2 aku dah pegi cuci rumah. sampai sengal betis dibuatnya! alatan cucian kebanyakan pinjam dari kawan2 yang jadi mangsa banjir aritu ;p aku cuma bawak baldi, cebok, mop, penyapu dan bahan pencuci.

semalam jugakla first time aku tengok grill dan kc yang dah siap dipasang. seronok rasanya bila tengok semua dah siap (except worktop dapur. grrrr....). baru leh percaya tinggal beberapa hari jer lagi kitorg nak move it! move it! sebelum ni antara percaya dengan tak percaya. teheheee...

bobo in action ;p dia sampai dah lewat so kitorg tinggalkan bilik air bawah untuk dia cuci sorg2. keh3...



grill yang simple

jeng...jeng...jeng....nilah kc idaman kalbu yang ditunggu2 selama ni! ;D i've got no complaint. workmanship kontraktor tu sangat kemas. so terubat la jugak hati yang duka sebab worktop tak siap lagi. huhuhu....

my fav part of the kc - the tall unit. leh simpan segala mak nenek food dalam tu. me likey!


oops! pic tergelap lak. see the worktop? papan plywood jer. huhu....



i'm so in love right now (hahaha! poyo!)



overall overview. takleh nampak penuh lak. kena guna DSLR nih ;p


di antara aksesori yang dipasang....

spice and bottle rack


dish drainer


swivel basket



cutlery tray


btw, hob tu rupanya dah boleh guna. so, kitorg tak jadila bawak dapur temporary untuk masak nanti. apa pun kena hati2 bila nak masak nanti sebab top tu plywood. risau lak takut tersambar api ker apa. nauzubillah....orang GL bagitau diorg akan pasang quartz stone top tu on 21st Feb. nampak gaya hampir sebulan gakla kena guna plywood tu. sedeyyy....dengan sink pon takder lagi. huhuh...takpelah....ulat dalam batu pon boleh hidup, tul tak? ;p
this week kontraktor tinggal nak pasang curtain rail dan cat sikit2 tempat yang tertinggal. pastu blind untuk dapur pon aku dah order semlm di Jitra. 1 sq ft RM4.50. murah gak kot. aku pon tak sure sebab dah tanya kat satu company decor ni diorg caj RM5.50 per sq ft. aku pilih kaler 3 tones. off-white+silver+dark grey. tah camner rupa takleh bayang lagi. hehe...harap2 it will turn out all right. curtain2 satu rumah insya Allah by this week akan siap.
fuhhh...penatnya plan nak pindah rumah. belum campur penat pindah betul2 lagi! nampak gaya aku kena start makan supplement la pasni. kih3...

Friday, January 21, 2011

Tazkirah Jumaat

tengah housekeeping inbox email tadi, terjumpa balik email ni...Azab Bagi Wanita. silalah baca untuk peringatan kita bersama....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah

menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan, aku melihat

perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya..

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan

timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat

tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya

dinyalakan api neraka.
Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,

memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,

dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari
lubang hidung, badannya berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu

kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari
duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,kata
Nabi."

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?


*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung

rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat

tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat

kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk

lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena

ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya

diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak
mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar

ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

Mendengar itu,
Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

nauzubillahiminzalik. semoga kita dijauhkan dari berada dalam golongan2 tersebut....

Tuesday, January 18, 2011

Progress Renovation Rumah

title entry kali ni takder part2 dah. sebab dah cacamarba. keh3...

minggu ni rumah dah siap pasang lampu2 dan kipas semua except kat bilik bawah. apek kontraktor tersilap pegi pasang kipas kat dapur lak. aku suruh pasang kat bilik sebelah dapur. tskkk....bobo kata takper, nanti beli lain jelah kipas untuk bilik tu. huhuhu....dia siok pulak ada kipas kat dapur. nyaman gitu ;p



nilah rupanya kipas Alpha kaler gold yang kitorg beli aritu. dalam pic ni tak clear sangat kaler dia sebab snap guna hp jer. kamera aku tertinggal kat opis lak ;p kat dapur kitorg tak buat plaster siling so guna lampu kalimantang jela. tapi cornice 'terpaksa' buat sebab nak tutup kabel wiring kat tepi tembok atas tu.

bawah ni pic di area dining dan hall setelah dipasang plaster siling, lampu2 dan kipas ;D dinding pon dicat semula sebab dah comot. ouh yer, weekend aritu kitorg dah beli kain curtain untuk satu rumah except untuk tingkap dapur (nak pakai blind), tingkap bilik adam dan tingkap family area. nak pilih kain curtain pon berjam2! sampai adam pon cranky. sian dia ;p hopefully kaler curtain kat hall nanti sesuai la dengan kaler dinding tu ;p




lega sebab dah tak nampak kabel yang melintang patah membujur lalu tu. hehehe....

btw, esok orang kc nak pegi pasang dah. tapi ada bad news - countertop tak sempat siap. huwaaaaaaa :'-( kitorg terpaksa tunggu after CNY sebab company supplier nak cuti panjang. haihhhhhhhh......kitorg dah usaha mintak diorg cepatkan jugak tapi setakat tu jer yang boleh buat. redha jelah....nak cari supplier lain pon confirm semua tak boleh buat cepat sebab semua pakat nak cuti raya. kena la fikir plan B pulak camner cara nak masak :-( note to myself: lain kali jangan buat kc time dekat2 CNY. huhuhu....

insya Allah hari ahad ni kitorg plan nak pegi cuci rumah. sebab tinggal seminggu jer lagi nak i like to move it! move it! barang2 pon dah simpan dalam kotak sikit2. yang mana dah tak guna pon dah dilet go kat tong sampah. huhu...banyak jugak tukun tiruan kat umah aku tu rupanya.

dalam dok sibuk2 fikir hal rumah, kete aku pulak rosak T_T skang ni masih di 'spital'. sibaiklah kete bobo dah leh amek dari workshop. kalau tak, aku kena naik gerek karan la pi opis. huhuhu....


hopefully everything will run smoothly after this. Insya Allah...

Monday, January 17, 2011

Go Away You Pervert!!!


sila klik pic di atas untuk lebih jelas.
now, what did you see? perasan tak apa yang di'search'?
perverts are not allowed here, okeh?
shuh shuh!
GO AWAY!

Wednesday, January 12, 2011

Progress Renovation Dapur (Part 3)

olaa...hepi belated new year eberibadi! dah masuk 2nd week Jan baru sempat wish. hehe...

seperti biasa, aku nak citer pasal renovation lagi ;p (selagi belum slamat pindah, selagi tulah aku nak citer. huahuahua....)


alhamdulillah minggu lepas dah nampak progress kat dapur. tiles lantai dah siap pasang. tiles ni pon kitorg yang pegi pilih dan beli sendiri. kaler koko dan sedikit kesat. kalau lantai situ basah takla terpeleot kan ;p draining pipe untuk washing machine pon dah ada.


sebenarnya sebelum kontraktor nak pasang tiles tu ada kejadian yang tidak diingin terjadi kat umah. PAIP DALAM TEMBOK LEAKING! habis satu rumah banjir! sibaiklah kontraktor paip cepat gak buat keje diorg. skang ni semua dah setel. phewww....takleh bayangkan kalau kitorg dah pindah masa tu. hopefully lepas pindah tak jadi dahla leaking2 tu.





ouh yer, tengok pic di bawah. nilah rupa kabel yang merentang dari depan ke dapur yang aku bagitau dalam entry lepas. huduh kan? so nak taknak kitorg kena la buat plaster ceiling (pc) untuk tutup kecacatan tu. kontraktor cakap dah siap pasang kelmarin. this weekend baru nak pegi tengok camner rupa.

we just opted for a plain pc. takder cornice bagai. tunggu PM bagi bonus baru mampu buat kot. hahahaa...mimpi di siang hari jelahhh...




last weekend kitorg pegi kedai lampu Acfirst di Kelubi, Jitra. kontraktor yang tunjukkan jalan. nak harap kitorg pegi sendiri memang tak sampai la sebab belum arif lagi area Jitra nih. asam kelubi ahkak tau la. hehehe...

hari tu dapatla beli semua lampu rumah (downlight, lampu bilik air, lampu dry kitchen, lampu tangga) dan tambah lagi 3 biji kipas. kali ni kipas yang aku beli semua guna remote control. brand Alpha jugak. planning dulu nak beli KDK atau Panasonic. tapi takder jual lak kat situ. so rembat jelah apa yang ada. asalkan ada warranty.


tu jer kot nak citer. takder idea lak untuk ending ;p


toodles!