Monday, September 6, 2010

Checklist Untuk Hari Raya

tinggal 3 hari jer lagi kita nak beraya. aku baru sibuk nak buat checklist. heheh...takper, sempat lagi nak last minute shopping, kan?

sebenarnya dah suku jalan aku type & save entry ni dalam draft. masa tu kita baru 4 hari berpuasa. tapi last2 terlupa terus nak sambung. tula, teradvanced sangat. keh3...

ouh yer, tahun ni kitorg akan beraya di Penang dulu sebab last year dah beraya di Banting. kekta & dell akan beraya di rumah mertua masing2. 2nd day raya baru diorg akan balik Penang. hopefully dapat la jumpa. nak collect duit raya untuk adam! huhuhu...

anyway, kelmarin kitorg ke Alor Setar untuk shopping raya. dapat la beli baju melayu untuk adam & bobo. untuk aku, tudung Ariani :D tahun ni theme color baju raya kitorg will be yellow+orange! hahaha...terang benderang gitu. sepatutnya kitorg opted for yellow. tapi tah camner baju kurung aku tu jadi macam banyak oren lak. nak taknak kena la adjust la sikit jadi yellow+orange. heheh...apa2 jelah....

ouh, sebelum beli baju melayu for my 2 boys, kitorg ke Pekan Rabu dulu. tiap2 taun sebelum raya mesti ke situ sebab nak beli bilis lilit. 2-3 taun lepas 1kg bilis tu cuma dalam RM17-18 camtu. tapi skang ni dah naik jadi RM22. yang jual RM25 for 1kg pon ada! gilo mahai. tapi beli jugakla sebab sedap. aku tabik kat pelilit (is there such word? ;p) bilis tu sebab gigih diorg lilit sekor2. dahla halus2 ikan bilis tu. hehe...

oklah, here's my checklist:
  • baju raya family ---> *checked* baju melayu for the boys & baju kurung pour moi
  • baju raya casual ---> adam jer ada. ummi & daddy belum cari lagi. maybe tak perlu ;p
  • tukar duit raya ---> *checked*
  • sampul duit raya ---> *checked* dapat free banyak lak taun ni
  • kuih raya ---> *checked* order 4 jenis jer. semua untuk makan sendiri. heh...
  • kek lapis sarawak ---> *checked* tapi still ada di KL
  • bilis lilit ---> *checked*
  • serunding ---> *checked*
  • kasut raya ---> untuk adam jer. ummi & daddy pakai jer mana ada. huhuh...
  • servis kete ---> ouh, ini penting. tapi belum lagi ;p
  • packing baju ---> belum gak tapi masih ada masa. yang ni pon aku akan buat checklist asing (ergghh..i hate packing!!)
  • kemas rumah ---> *half-checked* bleh gitu? ;p

last but not least, yang paling penting:

  • bayar zakat fitrah ---> *checked* bobo dah bayar aritu ;D
  • cuti raya approval from boss ---> *checked* yay!!

dalam checklist aku takder ketupat lemang rendang lontong (alamak, terliuq lak) bagai sebab kitorg beraya kat umah makcik. so makan apa yang makcik aku masak jela nanti. hehehe...

ouh yer, while i was typing this, ada supplier call aku nak datang hantar kuih raya all the way from Penang. diorg memang tiap2 tahun mesti hantar kuih raya 3 jenis. so skang ni aku ada 7 jenis kuih dahla *grin*

nampaknya ada several things lagi yang belum setel...bab shopping takder masalah sebab sehari sebelum raya pon kitorg plan nak pegi last minute shopping di Penang. bab nak packing la yang aku paling lemah sekali. tak suka tau!

anyhow, nanti aku post gambar bilis lilit tu. saja nak promote sebab kat KL tak jumpa pon mende alah ni. hehehe....

4 comments:

ana said...

a'ah...tu la pasal. tgh baca pasal bilis lilit ni sambil dok bayangkan...mcm mana la rupanyer...post la gambar nk tgk.

Maya Ariffin said...

aku nye order ikan bilis lilit pon dah *checked* hahaha.. tapi tak sampai2 gak lagik nih. beli untuk walbedal sendiri lah.

una said...

ana: pic dah slamat dipost yer. sila tgk puas2. hehe..

maya: wah..hg pon tau eh psl bilis lilit ni? sah! menantu org kedah. kui3...

Maya Ariffin said...

hahaha.. pes aku kenal pon kat jitra ler. Tapi bila time raya order kat owang banting jer. Java labelled. ahaha...